Thursday, July 9, 2015

Tentang Memalukan Secara Halus

Baca entri Ladynoe hari ni, memang buat aku rasa macam "Exactly!". Dah lama aku nampak benda ni. Dari zaman awal awal main Facebook, and deactivated Facebook for 2 years, and activate balik recently (for some reason), perkara ini nampaknya masih lagi berlaku.

Jenis orang yang suka share benda benda sebegini di Facebook.

"Hargailah Pengorbanan Isteri"
"Kesusahan Seorang Bernama Isteri"
"Jasa Seorang Isteri"

Okay itu memang hak masing masing, but isn't that embarassing to ask people to appreciate you? We earn the appreciation, not we ask for it. Earn it. 

That's one story, another story yang aku nak highlight sekarang is, isteri jenis yang suka tag suami masing masing pada artikel yang menjurus pada pembentukan peribadi seorang lelaki.

"Ciri-ciri Suami Yang Baik"
"Suami Perlu Menjadi Imam Pada Keluarga"
"Rasulullah Tolong Isteri Buat Kerja Rumah"
"Kesan Merokok Dalam Rumahtangga"
"Hukum Menggunakan Gaji Isteri"

Tak dinafikan langsung artikel artikel itu memang bagus, tapi bila you tag your husband to that kind of article in your Facebook timeline, you are actually telling your whole Facebook community that your husband is not up to that level. Janganlah begitu, it's humiliating. If you really like the article and really want your husband to read it, why don't you just copy the link and WhatsApp/email to your husband personally? Because if it was me, I will be extremely embarrassed if my husband tagged me to articles like,

"Rahsia Che Ta Mengekalkan Bentuk Badan"

atau

"Petua Memikat Suami Melalui Masakan"

You know, perkara perkara yang mana aku tahu ianya bukan my strongest point. Faham kan? So wives out there, please... Stop tagging your husband to that kind of articles. Macam aku pernah baca hari tu, derhaka pada suami ini ada banyak jenis, embarassing your husband in public can be of them. Media sosial ni bahaya, banyak perkahwinan yang berantakan gara gara medial sosial. Kita jangan hanyut sekali dengan orang lain. There are a lot of things that's better to be kept among yourself and your spouse only. Semoga Allah lindungi kita semua dari kemudaratan ini.


5 comments:

TY said...

sangat setuju husna... I pn kesian kat suami2 yg di tag ni... maybe tujuan wives die supaya dapat baca sama2 n sama2 improve tapi mmg memalukan sang yg kena tag tu..

penah ada kenalan tag husband die article "memukul bukan cara terbaik didik anak"... ya Allah.. mungkin la niatnya supaya sama2 dpt belajar cara didik anak tapi x ke akan timbul fitnah yg husband die tu suka pukul anak? Nauzubillah...

Rasa nk buat status kat fb tp takut these people sentap plak...

Unknown said...

Akak buat yg paling simple. Kalau article camtu atau ada gambar, akak whatsapp terus kat suami. Pastu bincanglaa, samada direct atau dlm whatsapp klu dia keja atau takdak kat rumah. Senang cerita. Tag dia klu ada post2 fb yg kelakar jaa

humble.yat said...

husna..sokong sngat sangat entri ini..bila org tag mcm tu , balik pada dia balik..apa pun kena jaga aib suamiisteri...media sosial ni public sangat...nauzibillahiminzalik..setakat ni apa -apa kita org direct je bincang pasal artikel tu artikel ni...malu lah nak tag hehe

Unknown said...

I setujuuuuu. Kadang rase kesian kan tengok isteri2 yang tag suami kat artikel cenggitu. I kalau nak bagi artikel pun, mmg direct teros. Wasap ade, fb pm ade, byk saluran lagi. Kadang i print screen pendek2 je senang dia sekali imbas je haha. Idok le panjang berjela dia pun tak kuasa nak bace.


Macam yang u cakap la, kalau i pun takkan suka nak suami tag kat artikel2 macam tu. Macam rase jatuh lak ego/maruah as a wife. Better settle jangan bagi orang nampak.

Ainur said...

Setuju dengan TT. ZZ mostly shared sahaje. Takdelah nak tag husband melainkan penjagaan anak2 itu take serious.