Friday, May 22, 2015

Hiburan Anak Anak

Anak anak aku ni, or maybe kids in general, memang jenis mudah terhibur agaknya. Benda kecil kecil pun diorang boleh ketawa berdekah dekah, ulang lagi benda yang sama tu 5-6 kali, masih lagi ketawa dengan frekuensi yang sama. Come on la kids, lawak ulangan tak sepatutnya kelakar okay =))

Main tembak tembak dan Mummy pura pura pengsan dengan lidah terjelir; dekah dekah mereka ketawa.
Main keretapi (beratur Mummy depan sekali) jalan laju laju lepas tu Mummy stop mengejut dan semua berlanggar sesama sendiri; sampai hilang suara mereka ketawa.
Main masak masak lepas tu suapkan Mummy Daddy makan lego berbentuk jagung dan banana, pun boleh buat mereka ketawa.
Main tarik tali, Abang pura pura jatuh sambil buat bunyi kelakar, Adik boleh sampai terbongkok bongkok ketawa lantaran terlalu geli hati, dah cramp perut mungkin laughing out loud.

Spending time with my kids is always fun. My husband and I, we love taking part in everything they do. Nampak mereka membina sesuatu menggunakan Lego, saje kami datang dan bertanya penuh minat, "Haaaa ini mesti robot kan?" Kadang kala mereka akan mengiyakan (padahal takde rupa robot pun -___-"), kadang kadang mereka menafikan dan memberi idea lain, "Bukanlah, ini rumah Daddy!" Ohhh. Barulah tahu. 

Our kids are gadget free, Alhamdulillah. Mereka tidak didedahkan langsung dengan gadget i.e iPad, Tab, not even our own smartphones. We have our own (obvious) reasons not to expose them to that at their age, terlalu muda anyway. Not even as a reward, contohnya kalau berkelakuan baik, baru dapat main those gadgets. No. Setakat ini, we survived without it. Akan tiba masanya, akan tiba. Sabarlah, dan kena berlapang dada untuk 'bekerja' lebih sedikit. You know, kalau bagi anak main iPad, kan senang kerja kita. Boleh memasak dengan aman, mandi dengan aman, makan dengan aman, layan laman web sosial dengan aman. Eh. Bila takde benda benda tu, segala benda lebih mencabar, kita kena berusaha lebih sedikit, kita kena bersedia untuk lebih penat berbanding orang lain dan ia juga bermakna that we have to spend most our time with them and really focus to them. Aku rasa memang itulah tanggungjawab sebagai ibu bapa, bukan tanggungjawab sebuah iPad :p

Penat memang penat, tapi seronok sangat sebenarnya. Well, tak apalah, anak masing masing. Ikut hangpa la nak buat macam mana.

Anyway, dua hari lepas Ammar Yusuf pulang bawa balik kapal terbang kertas. 

"Abe Ipe (Abang Irfan, anak pengasuh) buatkan untuk Abang," katanya.

Aku nampak benda tu, terus keluarkan beberapa helai kertas A4 dan buat apa yang aku pernah tahu semasa kecil dulu.


Kapal kertas. HAHA. So basic.

Aku juga buat puppets, dan satu lagi kapal terbang untuk Adam Muaz pula, yang nampak lebih 'canggih' dari kapal terbang Abe Ipe kahkah tu pun nak compete.

"Mummy ni hebatlah!" My kids, so easily impressed ;)


It's kinda funny that they were having so much fun with it :)


I told them "Kalau nak bagi laju kena tiup dulu baru terbangkan.." Mitos zaman budak budak. And they really did OMG so innocent :)))


Abang dah baling 2-3 kali Adik masih 'fuhhh fuhhh' tiup lagi, lalu terus saja dia dimarahi Abang.
"Adik! Kalau nak laju bukan tiup lama lama! Tapi tiup kuat kuat sekali je!" HAHAHAHA. This is serious business, dude.



Nak hiburkan anak anak ni, memang senang sangat sebenarnya. It's the matter of kita nak atau taknak je. Sambil tengok anak anak main tu, aku berbual dengan H. Cerita pengalaman masa kecil, buat layang layang guna lidi dan surat khabar, lagi panjang ekor kononnya akan lebih tinggi terbangnya. Our childhood was so much fun, kan? Selagi boleh, aku nak bagi anak anak aku rasa benda benda macam ni. Cheap entertainment, but it is a real definition of fun.

Selesai main, nampak Ammar Yusuf masukkan semua origami tu dalam beg baju dia.

"Abang nak bawak pergi rumah Ibu la, nak tunjuk kat Abe Ipe.."

So proud this boy, so appreciative.

Alaaa kalau tahu nak tunjuk kat Abe Ipe, Mummy buat lagi canggih dari tu HAHA. Annoying mother :p


2 comments:

nini said...

Amboi mommy...hihi....erk..nini dah lupa nak buat benda alah tu semua..hehehe

adianiez AIDA said...

wow a great ideas dok umah dgn anak2.
anak2 pun seronok la bila mama nyer join sekaki...