Tuesday, May 26, 2015

Bukan Tips Rumahtangga

Banyak betul kisah rumahtangga didengari sejak kebelakangan ini. Isteri orang bercinta dengan suami orang, suami orang dengan janda, dengan anak dara, isteri orang dengan lelaki bujang, suami tidak bertanggungjawab, isteri tidak bertanggungjawab, suami isteri tiada cinta... macam macamlah.

Bila terjadi perkara perkara sebegini, banyaklah tips rumahtangga diberi oleh bermacam macam orang.

Nak bagi suami sayang, kena buat begini. 
Nak pastikan suami tak pandang orang lain, kena buat begitu.
Nak kekalkan cinta sesama suami dan isteri, kena buat begini dan begitu.

Tips itu meliputi perkara perkara asas, seperti perlu banyak bersabar, bertolak ansur, cuba memahami, you know, perkara perkara asas yang rasanya semua orang sudah tahu. Dan juga perkara perkara sampingan, seperti kena rajin memasak (jaga makan minum), pastikan rumah sentiasa kemas dan terurus, pastikan diri sendiri terurus, dan sebagainya.

Ciri-ciri isteri idaman
1. Pandai dan rajin memasak
2. Rajin kemas rumah
3. Pandai jaga anak (suap makan, mandikan, mendidik, etc)
4. Rajin buat kerja rumah (basuh/jemur/lipat baju, pinggan mangkuk, etc)
5. Pandai jaga diri (cantik, slim, etc)
6. Hebat 'layan' suami
7. Tolong kewangan suami
8. IKHLAS DAN TIDAK MERUNGUT MELAKUKAN SEGALA YANG DI ATAS

Sounds too good to be true. Kalaulah begini, aku awal awal sudah angkat tangan, surrender. Tahukah anda, sebahagian besar tugas di atas sebenarnya bukan tanggungjawab seorang isteri pun? But yes, kalau isteri  buat, akan dapat pahala. Tapi kalau isteri buat semuanya setiap hari kemudian merungut di hadapan kawan kawan dan mengata-ngata suami disebabkan diri sendiri yang terlalu penat, pahala tak dapat, dosa pula menimbun nimbun, kan? Aku kenal diri aku sendiri, aku mungkin boleh buat 1-7 setiap hari, tapi tak janji aku dapat buat perkara ke 8. Kita bukan robot, dan kita bukan malaikat. Kita manusia biasa je. Kita ada batasan tenaga, ada had sabar. Jadi aku rasa, ciri ciri isteri idaman di atas adalah merepek, dan menganiaya kaum isteri.

Jadi apa yang aku boleh buat, be realistic, do what makes my husband happy without sacrificing my own happiness. Macam mana yang kita tahu bahawa setiap anak adalah unik dan tersendiri, begitu juga dengan suami. Suami kita tak sama dengan suami orang lain, that's why aku tak berapa ambil pusing sangat bila ada orang bagi petua nak kekalkan rumahtangga kena buat begini buat begitu, kerana mungkin cara itu sesuai untuk suami dia, tak semestinya sesuai untuk suami aku. Hanya kita yang kenal suami kita, kan?

So now, kita fokus pada apa yang suami kita paling suka. Bukan apa yang suami suka, tapi paling suka. Sebab kalau nak ikutkan apa yang dia suka, semua 8 ciri di atas dia suka, but it is impossible untuk kita ni penuhi. Jadi kita lebihkan usaha untuk apa yang dia paling suka, dan kurangkan usaha untuk apa yang kita rasa suami kita boleh tolerate. Kalau suami jenis suka makan/cerewet makan, kita fokus pada masakan kita tapi mungkin boleh bagi tugas mengemas pada suami. Kalau suami jenis tak kisah makan simple/makan luar tapi tak boleh tolerate rumah bersepah (macam suami aku), kita fokus pada memastikan rumah sentiasa kemas sebaik sahaja selesai anak bermain. 

Dan paling penting, kalau tahu suami kita suka tengok kita cantik, kita fokus untuk jadi cantik (di mata suami) tapi kita kena cuba agihkan tugas tugas menguruskan rumahtangga dengan suami. Sebab berdasarkan pemerhatian aku, di sebalik seorang isteri yang cantik dan berpenampilan menarik, terdapat seorang suami yang sangat rajin membantu dalam menguruskan rumahtangga. It only works that way, win-win situation. Sebab bila suami memang ringan tulang dan sangat membantu, barulah isteri ada masa untuk 'membelek' diri sendiri instead of 'membelek' anak anak, pinggan mangkuk kuali sudip, mop lantai dan sebagainya. Nak isteri cantik, suami kena rajin. Kalau you malas, kena terima isteri wajah kusam muka masam mood teruk setiap hari. Like it or not, it is all because of you.

Above all, doa. Doa adalah paling penting. Bagilah tips itu dan ini, buatlah itu dan ini, jodoh kita adalah di tangan Allah. Jadi, doa jangan tinggal. Bila doa, mesti sebut nama. Aku kalau dengar Suami doa, "Panjangkanlah jodoh aku dengan Noorul Husna binti Hadzarami" memang rasa bergetar dada, setiap kali. Doa itu penting, bermakna kita berserah. Sangat sangat berserah selepas segala usaha yang telah kita lakukan. 

Ini bukanlah tips rumahtangga, bukan tips perkahwinan. Sebab setiap perkahwinan dan rumahtangga adalah unik, dan rumahtangga kami mungkin tidak sama dengan rumahtangga anda. Aku harap sangat kita semua boleh fokus tidak hanya pada kebahagiaan suami sahaja, tapi juga pada kebahagiaan diri sendiri. Love yourself and know what you worth. Bila kita bahagia, then only kita boleh bahagiakan orang lain. 


6 comments:

Shepha said...

I think the biggest problem here is communication and trying hard to impress. awal2 kahwin dulu semangat sgt nak layan suami mcm raja, then suami pun dah terbiasa menjadi raja, kita la yg makan hati. mula2 memang lah ikhlas, lama2 kita pun reti penat, bila penat and taktau nak let it out, kita mula merungut and mula makan diri kita sendiri.

we can have it all,but we can't have it all at once.
I masa sebelum kahwin dah bincang pasal ni semua. bincang pasal nak duduk mana, how to manage the house.
dah cakap dengan husband, I'm working, you're working, balik dua2 penat.but if you want me to cook, I can cook but you do the cleaning. so masa I masak dia lepak tgk tv, lepas makan I boleh lepak tgk tv berehat.
sama jugak laundry, I asingkan baju,basuh and lipat, tp sidai husband yg buat.
maybe I am lucky kot sbb sebelum ni husband duduk family,all boys kecuali MIL, so my MIL buat semua kerja sbb mcm tak berapa nak yakin the boys nak tolong housechores. so husband mcm excited la kot duduk rumah sendiri and boleh uruskan housechores sendiri, bertukang, drill sana sini (maybe lah kot? haha)

belum ada baby so belum tahu lah mcm mana caranya kalau ada anak. we'll see how it goes.hehe.

thanks for this post anyway. at least I tau ada orang yg realistic lagi haha.

Salma Othman said...

macamana kalau your husband wants you to be 100% perfect? kalau kita moody tak layan dia sikit, dia terus cari orang lain. kena sentiasa layan macam raja and at the same time dia langsung tak nak membantu kat rumah. what to do.. telan jela..

Anonymous said...

sokong, paling suka is the key word. yang lain sap sap soi...

Unknown said...

I love thissss.

Azirahman said...

info yang baik utk dikongsi
#clickclicknufnang
#www.azirahman.com

adianiez AIDA said...

agreed dgn kata2 terakhir.
the best!
bahagia kan diri sendiri dulu then baru kita mampu bahagia kan org lain :)
in shaa Allah...