expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, April 25, 2015

My Father and I

Growing up, me and Baba, hubungan kami adalah... unik dan tersendiri. Diakui, aku bukanlah jenis Daddy's little girl. Aku lebih rapat dengan Mama, biarpun sepanjang aku membesar lebih kerap dileteri oleh Mama berbanding Baba.

Banyak perkara yang aku ingat tentang Baba sepanjang aku membesar, aku ingat masa kecil kami dibawa ke Family Day TV3 di Mimaland, berjumpa dengan Yushanani Yushak dan Zakiah Anas yang menegur "Comelnyaaa anak Tuan Haji!". Oh, Baba merupakan Pegawai Preview TV3 ketika itu. Aku juga ingat kami adik beradik dibawa ke Masjid Negara di mana terdapat kolam hiasan sebesar kolam renang di tengah tengah masjid, sedang aku berkejaran dengan Man (Baba sedang bersolat ketika itu) tiba tiba "Bedebushhhh" Man tergelincir masuk ke dalam kolam itu! Dua orang pakcik berjubah terus terjun ke dalam kolam untuk selamatkan dia. Habis aku.

Baba sangat jarang marah. Rasanya boleh dikira berapa kali aku pernah dimarahi Baba. Baba lebih banyak menyampaikan ketidaksukaan/kerisauan/kemarahan dia pada anak anak melalui Mama. Terutamanya terhadap anak anak perempuan.

Meningkat remaja, hubungan aku dengan Baba agak... distanced. Kami jarang berbual, jarang bercerita. Aku makin kerap ditegur. Baju sendat ditegur, pergi bersukan dengan track suit dilipat ke paras betis ditegur, balik sekolah lambat ditegur. Semua melalui Mama. Aku bagaikan memberontak. Pemberontak remaja, biasalah.

Habis belajar di UiTM, ketika sedang menganggur dan giat mencari pekerjaan, aku didatangi seorang kawan melalui Facebook. Eh bukan, Friendster mungkin. Katanya, ada pekerjaan baik punya, pendapatan lumayan, masa bekerja yang flexible, yadayada. Dia offer mahu bercerita lebih lanjut, lalu datang menjemput di rumah. Aku (yang ketika itu desperately need a job), bersetuju. She came with her fiance, brought me to one of the fancy restaurant opposite Bukit Bintang, introduced me to a lot of 'rich' people. Dan mula bercerita tentang 'pekerjaan hebat' tersebut. Aku memang termakan habis dengan segala yang dipertontonkan, gaya hidup mewah, kerja senang, hanya perlu pandai berkata kata.

"You ada degree Engineering ya? Tak perlu jadi engineer, jangan sia siakan masa muda dengan pekerjaan susah dan pendapatan tidak seberapa. Ramai di kalangan kami ini asalnya doctors, engineers, lawyers. Semuanya quit, once they joined us."

Tapi pekerjaan itu memerlukan modal RM13,000. Mereka meyakinkan aku untuk meminjam dari sesiapa, dengan jaminan yang wang itu akan dapat dikembalikan dalam tidak kurang 2 bulan. Aku pulang dengan harapan yang tinggi, semangat yang meluap luap. For the first time, aku memberanikan diri untuk bercakap terus dengan Baba, bukan melalui Mama. I requested him to lend me RM13,000. I know he has the money and I promised to return the money in 2 months.

Selepas mendengar penjelasanku panjang lebar, Baba mengangguk dan berkata, "Baba tak ada masalah nak bagi Husna. Tapi, boleh Baba buat istikharah dulu?" Okay. Fair enough.

I waited for 2-3 days, anxiously. And finally I was being informed that the Istikharah says "No". I was so heartbroken at that time. I feel that Baba was intentionally refused to support me. Aku tidak lagi meminta apa apa dari Baba. I feel that way for as long as I can remember, sehinggalah aku sedar, yang 'pekerjaan hebat' itu adalah one sort of Multilevel Marketing rupanya. Bodohnya rasa masa tu, naif sangat rasanya aku ini. Alhamdulillah, Baba was doing the right thing (of course), he just wanted to protect me. Kalau aku teruskan apa yang aku inginkan ketika itu, mungkin kawan kawan aku bukanlah kawan kawan aku yang sekarang, suami aku bukanlah suami aku yang sekarang, anak anak aku bukanlah anak anak aku yang sekarang. Rugi besar.

My relationship with Baba after that, well, it was okay, only that it feels awkward to be perfectly honest. I love him with all my heart, but we're not like hugging kissing manja manja kinda thing. When Baba fell sick last 3 years, I visited him at the hospital every single day, only to sit next to him saying nothing. Well, we did talked, but it was just a simple conversation like, "Baba okay hari ni?" or "Bila last Baba makan ubat?" something like that. It was awkward, but I just wanted to be there for him.
.
.
.

So today I spent my day at my parents' house, visiting the latest addition in our family. Cucu Mama Baba yang ke-16, whoaaa 16 already?? Petang tu, sedang aku dengan penuh denial cuba meyakinkan anak anak aku untuk tidak takut dengan kucing kucing Oyah (padahal emaknya la yang paling takut kucing!) di ruang tamu, tiba tiba Baba datang dan duduk bersama kami.

"Tadi Baba nak beli goreng pisang untuk Husna. Tapi tutup kedai tu..." Baba memulakan perbualan.

"Eh ala takpe je Ba. Mama masak banyak tu. Dikna kenyang lagi." Aku membalas.

Awkward silence.

"Baba sihat ke?" tanyaku.

"Sihat.. sihat..." Baba menjawab, sambil tersenyum. "Husna sihat?"

"Hehehe Dikna sihat je..."

Diam lagi. Baba mula bermain dengan Ammar Yusuf dan Adam Muaz. Kucing kucing Oyah naik atas tangan Baba, dan melihat keadaan itu anak anak aku nampaknya lebih yakin untuk mendekati kucing itu. Yelah, emaknya beria ia suruh pegang kucing padahal diri sendiri duduk sebatu jauh dari kucing tu HAHAH apa la aku ni.

Dalam diam, aku perhatikan Baba ketika itu. Raut wajah Baba, kedutan di muka Baba, rambut putih Baba, senyuman manis Baba. Oh my... when did he gets old...? Entah dari mana, tiba tiba timbul rasa kasih yang melimpah ruah, rasa sayang yang menggunung tinggi, dan tanpa disedari meruntun runtun hati aku berdoa, "Ya Allah, ya Allah.... panjangkanlah umur Baba, banyak lagi aku belum buat ni ya Allah... panjangkanlah umur Baba sampai 200 tahun ya Allah.... aku belum pernah membanggakan Baba... tolong aku ya Allah, tolong aku ya Allah... senangkanlah hidup Baba, bahagiakanlah hidup Baba... tenangkanlah hati Baba... Baba orang baik ya Allah, lelaki paling baik di dunia....." sungguh sungguh hati aku berdoa sampai tergerak sekali bibir aku menurut dalam diam. Aku betul betul berharap Baba memperoleh segala yang terbaik di dunia dan di akhirat. He deserves that. He totally deserves that.






4 comments:

  1. aku benci la baca post macam ni. mesti nangis. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whoaa aku berjaya mengalirkan air mata jantan kau!
      Haha

      Delete
  2. Oh... touched...I miss my dad now

    ReplyDelete