expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 14, 2015

30


Of course I just wanna act pretty, getting spoiled and be a diva all the time haha tak tak tipu je :p 

So I just turning a big Three O today. It just feels so surreal, it's like.... cepatnyaaa masa berlalu! So do you guys still remember The Bucket List I've set last 3 years? The 30 Things I Want To Do Before I Turn 30? Hahaha malunya, banyaknya benda aku tak dapat accomplished. Tapi takpe, something is better than nothing kan? Ini adalah tambahan perkara yang telah berjaya aku penuhi setakat ini;


Bucket List #2:

I went to a sewing class located at Seri Kembangan, kelasnya best sangat dan yuran adalah RM180 untuk 1 pattern baju yang kita nak belajar. Cikgunya (Kak Ati) sangatlah friendly, sangat pemurah ilmu dan dia takkan marah pun walau ditanya beberapa kali perkara yang sama. Satu kelas 8 orang, dan masa aku pergi itu 6 per 8 (termasuk aku) adalah dari kategori yang langsung tak ada basic menjahit. Menjahit ni, aku rasa sepatutnya tak susahlah. Tapi sebab tangan aku ni keras memang kena praktis dengan lebih kerap lah kot, asyik nak terbabas je tarik kain atas mesin tu T___T. Tak habis belajar lagi pun, tengah mencari masa yang sesuai untuk sambung sebab aku hanya boleh ikuti kelas pada hujung minggu sahaja, dan hujung minggu aku selalunya sangat pack! Kalau siapa berminat, do let me know nanti aku bagi contact number etc. Bolehlah kita pergi sama sama nanti =)

Bucket List #14:

Haaa ni siapa tak buat memang rugi. Aku dah selesaikan hutang belajar aku sebelum 31st March hari tu, so dapatlah diskaun 20%. Banyak okayyyy 20% tu. Aku keluarkan KWSP Akaun 2, bayar full amount dalam statement PTPTN, later boleh refund 20% tu. Akaun 2 aku tak banyak pun sebenarnya, sebab dah pernah keluarkan full buat downpayment rumah Shah Alam tu 3 tahun lepas, tapi okaylah, cukuplah juga. Kalau bayar cash guna duit sendiri boleh bayar tolak diskaun 20% siap siap. Alhamdulillah, selesai satu hutang. Duit refund 20% tu belum dapat lagi, kalau ikut perkiraan akan dapat before end of this month. Kalau tak dapat, siaplah. Amboi eksyen mentang mentang dah habis bayar :p

Bucket List #28

Hehehe ini kelakar. Since Ammar Yusuf dah terlalu faham banyak perkara sekarang, my husband and I HAVE TO speak English almost all the time between ourselves, hanya untuk mengelakkan difahami oleh Ammar Yusuf. Terutamanya apabila berbual perkara orang dewasa. Contohnya, bila H mahu menegur perlakuan aku yang mana anak anak ketika itu berada bersama kami.

"B, can you please do not yell at him next time? He's not doing it in purpose blablabla"

Ataupun jika kami berasa kecewa dengan kerenah anak anak pada hari itu,

"I was so frustrated, I don't know why is it so hard for him to listen to me.."

Perkara perkara yang kalau boleh tidaklah mahu didengari/difahami oleh anak anak, bimbang ianya menjejaskan emosi mereka. Lama kelamaan, it becomes our habit to speak in English, a proper English. Ammar Yusuf pun nampaknya sudah faham beberapa perkara, it's good for him but maybe bad for us as we have to change to other languange pulak after this hahah. Susunan ayat, grammar kami, masih banyak yang belum sempurna, but you know, practice makes perfect kan?

Semua perkara yang aku belum berjaya penuhi, aku tetap akan teruskan juga. Mungkin akan tambah lagi 10 perkara - 40 Things I Want To Do Before I Turn 40, maybe? Having this kinda list is fun, really. Hidup tanpa matlamat adalah membosankan okay, so go set your own goal now!

********************************
30 tahun, adalah umur yang sangat aku nantikan sebenarnya. I don't know why, aku rasa 30 ini adalah umur yang powerful, yang mendatangkan pandangan berbeza orang lain terhadap kita. I don't know how to explain it, but I love being 30. Maybe it's just me :/

At 30, aku rasa macam dah lalu terlalu banyak perkara. Aku membahagiakan, aku dibahagiakan, aku melukakan, aku dilukakan. Hidup aku betul betul macam roller coaster, sekejap di atas sekejap di bawah. Macam sekelip mata. But one thing for sure, apa pun yang terjadi, aku sangat bersyukur kerana dikelilingi mereka yang sangat mengambil berat, menerima baik buruk aku seadanya dan tidak bosan membahagiakan aku semenjak dulu sampailah sekarang. My family, my close friends. My loving husband, that goes without saying.



Never too old for a surprise birthday celebration organized by besties and a bouquet of flowers right at your office door from your husband.

Aku bersyukur, ya Allah. Masih diberi peluang untuk berusaha menjadi yang lebih baik dari masa ke semasa. Dalam otak aku sekarang ada banyak sangat perancangan. Untuk diri sendiri sebagai seorang wanita (ececey), untuk Suami sebagai seorang isteri, untuk anak anak sebagai seorang ibu, untuk my parents, parents in-law, my close friend, my siblings... Aku terlalu ingin membahagiakan seberapa ramai yang boleh, helping people with every chance I get, live life to the fullest dan dalam masa yang sama terus tunduk pada Yang Esa. One step at a time, inshaAllah.

Thank you for all the well wishes, guys. I pray the best for all of you too. 

XOXO


3 comments:

  1. Happy birthday husna. May Allah continue to bless u and ur family

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday husna. May Alah shower u with lot of love & happiness :)..

    ReplyDelete