Sunday, February 22, 2015

Potty Train Ammar Yusuf


Dah 3 tahun setengah baru nak potty train, blame it on his parents T__T

Sebenarnya dah lama plan nak potty train Ammar Yusuf ni, in fact aku pernah cuba sekali masa adik dia belum merangkak pun lagi kot. Tapi sekali je dia bocor kat lantai, aku dah give up. Sebab tak prepare physically and mentally kot, lagipun Daddy dia pun tak ada masa tu. Penting okay both Mummy and Daddy ada, tenaga kelelakian amat diperlukan untuk kerja kerja mengemop nanti :')

Tahun ini, Ammar Yusuf akan masuk 4 tahun this August. So dah tak boleh delay lagi dah, tahun depan nak sekolah dah. Aku dan H plan nak mula ajar bila cuti panjang. Sebab kalau boleh biarlah kami yang initiate, pengasuh tinggal nak sambung je. Jadi, cuti CNY 4 hari inilah masa yang paling sesuai. 2-3 hari sebelumnya kami sudah pesan dengan dia awal awal so that he gets some idea.

Hari pertama - 5 kali mop lantai.
Hari kedua - 2 kali mop lantai.
Hari ketiga dan keempat - langsung tak perlu mop lantai wuhuuuuu good job baby!

Nasib baik semuanya mop pee pee je, takde langsung dia buat hal poo poo kat lantai luar toilet. Sebab before this kalau nak berak memang dia bagitahu dulu, cuma dia buang dalam diaper lah. So boleh control la bab berak ni.

Taklah senang pun nak mulakan tu, banyaknyaaa drama along the way! You know, train budak yang dah 'ada akal', banyaknyaaaa dia punya alasan! Bab kencing tak ada masalah, bab berak memang banyak la hal dia awal awal tu.

"Abang takut spider dalam toilet" (mana ada pun)
"Dalam toilet ada zombie" (mana adaaa -___-")

Dia insist nak pakai diaper juga. H dah almost give in dah, kesian dia cakap sebab Ammar Yusuf dah macam sakit perut sangat. Tapi Mummy takde maknanya, awak keras hati nak pakai diaper, Mummy lagi keras hati takkan mengalah. Kan Ammar Yusuf dengan Mummy adalah dua orang yang sama perwatakannya, you wanna be stubborn? Try harder next time :p

Anyway, it takes sooner than expected, he improves a lot at day 4, dah tak perlu ditanya langsung dia dah pandai cakap sendiri (we asked "Abang nak kencing/berak tak?" like every 10 minutes at the first and second day). Masa tidur siang kami still pakaikan diaper, tadi bila bangun diaper dia memang kering and dia terus minta nak pergi toilet. I'm really impressed, yeyeyeye dah boleh pergi school!

Esok adalah cabaran baru untuk dia di rumah pengasuh, harap sangat pengasuh dia boleh teruskan usaha 4 hari kami ni. Lepas ni nak train diaperless at night pula. Gonna be challenging, I've foreseen that. Challenging untuk kamilah, yang jenis tidur mati ni. Kena plan betul betul ni.

Untuk Adam Muaz, kami plan nak train this year, selepas dia 2 tahun nanti ke inshaAllah. Taknak dah tunggu lama lama, lagi lama lagi banyak akalnya, lagi pening nak handle! Dah settle toilet train dua dua nanti bolehlah consider tambah anak lagi okbye.


2 comments:

honey bedazzled said...

I bought potty. So bila anak nk kencing berak s3ndiri pergi baru i basuh. Sbb toilet bkn jenis kering licin takot dia jatuh masuk sendiri. Lambat juga almost 4 years old. Tapi lagi senang sbb dh pandai cakap n rasa kan. Terus ok. Siang nap dh ok.malam pun sama macam u malas sbb tido mati hihi. U can buy the one yang lapik bagi xbasah tilam tu. Nanti i pun nak beli utk malam.

Husna Hadzarami said...

I so far belum biar dia pergi sendiri lagi. Yelah, takut licin kan. I ikut pergi and basuhkan. Bab kencing I ajar dia basuh sendiri, tapi berak belum lagi. Tapi tak beli pun potty tu, memang train guna toilet bowl yang betul betul punya. Senang sekali ajar je. Yes, lapik tilam tu. I'm so gonna buy that, tapi later sikit kot. Nak berehat kejap hehe letih okay toilet train ni :p