Sunday, December 21, 2014

Johor Trip: Legoland Hotel Review

Maaflah ini memang entri kepam yang dah lama tersimpan dalam draft mode, asyik buat sikit sikit lama lama terus lupa. Ingatkan dah malas nak sambung, tapi sayang pula. Blog ini sudah hampir seperti journal hidup aku, sangat mudah dan paling dekat di hati, walaupun kebanyakan benda kita boleh Instagram saja tapi Instagram tak ada butang search! Kalau nak tengok gambar gambar lama memang juling juling mata aku nak scroll sampai ke bawah =__=

So, early last month we went to Johor. Dua-tiga tahun kebelakangan ini entahlah mengapa setiap tahun mesti akan ke Johor, nak kata kami peminat JDT sudah pastilah tidak (tiada kena mengena). Tapi adaa saja sebab untuk ke Johor. This time, it's for H's graduation day! Alang alang ke Johor, bapa mertua cadang bawa anak cucu beliau ke Legoland terus dan menawarkan entrance tickets secara percuma and I was like whoaaaa okay okay jom jom kita pegi Legoland. Alang alang ke Legoland, kami membuat keputusan untuk bermalam di Legoland Hotel, saja mahu menggembirakan anak anak (dan si ibu yang dah lama tak bercuti).


Perjalanan ke sana adalah sangat lancar, check-in experience sangat best dan mood anak anak juga sangat menyeronokkan. Kami book hotel dari Legoland website saja, tidak tahulah kalau book dari website lain boleh dapat lebih murah atau macam mana. Masa book tu ada pilihan untuk Kids Go Free promotion, means kanak kanak boleh masuk Legoland park secara percuma, but anak anak aku memanglah masih bawah umur dan boleh masuk percuma pun. We informed that at check-in counter and they straightaway extended our check out time from 11am next day to 1pm as compensation. Seronok betul. 

Room rate: RM520++ (Total including tax around RM602). 

This rate inclusive of free breakfast for 3 adults and 2 kids. Not bad eh? Kami ketika itu ada 4 orang dewasa termasuk 2 adik ipar aku, so H just to pay for additional 1 breakfast (around RM58/pax if I'm not mistaken).

Check-in process juga adalah sangat pantas, sebab masa beratur ada staff yang akan pergi pada setiap customer beratur dan membahagi-bahagikan which counter we should go. Masa nak beratur ada 2-3 orang depan aku tapi tak sampai 5 minit aku dah depan kaunter. And the hotel lobby was AH-MAAYYY-ZING anak anak aku masuk masuk terus tak keruan nak pergi mana HAHAHA. Legoes are EVERYWHERE! Segala-galanya adalah Lego dan untuk kanak kanak yang obsess dengan Lego memang inilah.... I don't know what to say, I think this is by far the best hotel we have ever been.




Kalau tengok dalam website Legoland tu, memang ada pelbagai jenis tema bilik. Bilik yang kami duduki antara yang paling murah okayy, dan rate yang kami dapat tu pun is only applicable for weekdays only sebab untuk bilik yang sama rate dia boleh sampai RM800++ for weekends/Public Holiday/school holiday. Gilaaaa tak kuasa betul nak bayar semahal tu tak pasal pasal lainlah kalau aku Kim Kardashian ke apa *tiba tiba*.



Our room consist of 1 king-size bed and 1 bunkbed and it was seperated by a wooden door at the middle. It was like, dalam 1 bilik ada 2 bilik di dalamnya yang mana setiap satunya ada facilities berasingan seperti TV, cermin, etc. Kiranya, bilik kami tu boleh memuatkan at least 5 orang dewasa dan 2 kanak kanak. Berbaloi gila kan??


Comel je benda benda ni. Aku bawa balik semuaaa HAHAHA orang kampung betul. Senang kalau orang datang rumah boleh keluarkan benda benda ini je bagi diorang pakai (I learnt from my sister :p)


Bilik air. Ada cermin untuk orang dewasa seperti biasa.


Ada cermin untuk kanak kanak juga. Seronoklah Beckham ni nak gosok gigi.


Pengantin baru tehehehe bagi chance laaaahhh :p


Pandangan dari bilik pengantin. Nampakkan ada sliding door kat tengah tengah tu, kalau inginkan privasi boleh tutup terus pintu tu dan biarkan anak bermain sendiri di bilik sebelah dan memakai tong Lego sebagai helmet.



Pandangan dari bilik sebelah. Tengok, bilik ini pun sudah seronok, ada TV sendiri, ada toys, tapi.......


KENAPA DUA KANAK KANAK INI TETAP MAHU MENEMPEL DI BILIK KAMI HAH?? (rosak plan aku)





Did I mention yang dalam bilik kami ada 1 tong besar Lego? Ammar Yusuf went hysterical seeing this it was so hilarious watching him HAHAHA. Worth every penny :')





He was smiling at all the photos, can you tell how happy he is? :')



Kelaparan, Keluar cari makan dulu.



Dalam lift yang Nora Danish bising bising hari tu hehehe. Lift ni masuk masuk je terus lampu liplapliplap menyala disertai dengan muzik rancak bagaikan pergi clubbing (macamlah pernah pergi clubbing). Terpegun anak anak aku.

Sekitar hotel ni ada banyak restoran yang aku rasa bolehlah diterima, macam Secret Recipe, KFC, apa lagi eh tak ingat pula. Within walking distance je, kira okay lah juga untuk bawa budak budak ni. 

Selesai makan, balik hotel semula. Rehat, mandi, main Lego. Konon konon nak bawa anak anak pergi pool beria je dah bawa swimming suits bagai, end up tak keluar bilik pun. Keluar kejap untuk pergi klinik (Adam Muaz batuk batuk masa ni and had a mild fever) dan kemudian tapau makanan for dinner je. The rest of the time memang spend dalam bilik je. 




The next day, bangun awal juga. Bangunkan adik adik dan anak anak, terus pergi breakfast.







Dia punya restraurant comel betul, colorful! Tengoklah pinggan mangkuk cawan segala, geram rasa nak bawa balik je heheee. Pilihan makanan dia okay la juga, not bad la bagi aku. 



Budak budak yang dah tak keruan tak sabar nak pergi main kat lobby. Kena paksa makan ni kalau tidak turun lift tadi memang terus meluru ke lobby je sabar jelah aku.


Mummy bila tak mekap nampak nau macam tak mandi padahal dah mandi tau tadi (susah susah explain).


Selepas sejam resah gelisah kat restoran tadi, dapat pun pergi main. Kenyang tak kenyang belakang cerita, main lagi penting -____-"


Untunglaaahh bawa adik ipar boleh tolong bawa anak anak pergi main sementara ibu bapa boleh makan dengan lemah gemalai bak makan beradab kahkah. I've been there okayyyy, everytime bercuti dengan family Kakna before kahwin dulu heheh :p










Pengantin baru habis makan beradab kewwww? Kehkehkeh.


#clingyfather


Anak dah deret deret ni nak bergambar sorang sorang pun tak senang, ada je si kerdil lalu lalang depan kamera -___-"



Bergambar dengan tiga orang lelaki, memang aku seorang jelah yang posing beria-ia, konon je suruh buat aksi garanglah apa T__T


Untunglaaah bawa adik ipar boleh tolong ambilkan gambar 4 sekeluarga maklumlah keluarga ini tak reti reti nak beli monopod untuk ambil gambar berempat.

Overall, it was an awesome trip for all of us. Kids were happy, that's all matters to us. Memang highly recommended for all those with small children, memang sangat sangat menyeronokkan untuk mereka. Pergilah on weekdays, selain boleh dapat harga yang jauh lebih murah, orang juga tak ramai so kids will enjoy it more. Kami tak pergi langsung swimming pool dia, so tak tahu best ke tidak, tapi setakat bahagian yang kami pergi semua memang dah cukup enjoy dah sebenarnya. This is the hotel we wouldn't mind coming here again, selagi anak masih kecillah.


'Til we meet again!