Wednesday, November 12, 2014

Nak Chu

Life has been crazily hectic this past couple of weeks. Banyak gilaaaa benda berlaku dalam hidup aku dan semuanya berlaku dengan sangat pantas rasa macam tak sempat nak take a deep breath pun. Workload di pejabat sudah berada di tahap yang ridiculous. Terlalu banyak kerjaaaa rasa macam tak cukup je 8 jam office hours! Sabar, sabar. Sikit je lagi perlu bersabar kerana minggu depan akan ada dua staff baru nak masuk.

Aku punya busy sampai tahap tak sempat nak baca WhatsApp langsung, 2-3 hari sekali baru buka Twitter, Instagram, blog apatah lagi. Big deal ke semua laman sosial ni? Mestilah! Aku kan pengguna laman sosial tegar takkan tidak tahu?! Tapi tak perlulah nak marah tak semena mena -____-"

Banyak entri tertangguh. Harap harap sempatlah untuk disiapkan. Sayang kalau tak blogkan, nanti menyesal di kemudian hari lantaran tiada catatan sebagai kenangan. Nak harapkan ianya bersemadi di dalam ingatan memang susahlah, maklumlah sudah tua ingatan pun tidak seberapa.

Dah senaraikan kisah yang ingin diblogkan, tapi tak tahulah mampu atau tidak.

1. Review Legoland Hotel
2. Review Legoland Theme & Water Park
3. My Husband's Graduation Day!

Nak blog kisah percutian ini agak menjengkelkan sedikit, kerana gambar terlalu banyak! Nak edit lah, nak watermark lah. Bukankah ianya menjengkelkan? Tapi blog sudah private, mungkin tidak perlu watermark lagi kot? Apa kata anda? Perlukah tanya soalan tidak penting ini?

Apalah yang aku leterkan di awal pagi ini. Sudah pukul 12:54 pagi rupanya. Letihnya ya Allah. Tapi aku senang begini. Terasa hari hari begitu terisi tidaklah hambar dan membosankan sahaja.

Kita sambung di lain hari lah ye. Oh tadi kan hahahaha kau ni kenapa belum cerita sudah ketawa? Okay tadi terdengar perbualan anak beranak antara anak anak aku dan bapa mereka.

Adam Muaz: Daddyyyy. Nak chuuu... (Nak susu).
Daddy: Adik nak chu ke?

Ammar Yusuf si guru disiplin yang terdengar pantas menyampuk dengan nada tegas, "Bukan nak chu la Daddy. Nak susu!"

Daddy pun cubalah menjelaskan, "Iyalah. Adik kan little boy tak pandai cakap lagi memanglah cakap nak chu"

"Tapi Daddy kan dah pandai cakap......" selamba Ammar Yusuf sound HAHAHAHA betul juga memanglah Adik little boy cakap pelat tapi kenapa kita yang tua pun nak ikut cakap pelat juga hahaha he got a point there hahaha sabar jelah.