Monday, October 27, 2014

MyDear Warehouse Sale 2014

Sale yang paling aku nanti nantikan setiap tahun! Setahun hanya dua kali saja, sudah terlepas yang bulan 6 punya maka sudah bernekad kali ini harus pergi tak kiralah macam mana pun.

So the sale has been going on started on 23rd October until yesterday kot. Tertunggu sale ni bukanlah sebab apa, tapi inilah jualan kilang barangan bayi yang paling dekaaaattt dengan rumah. Selalu expo kena pergi KL, Midvalley lah, KLCC lah, PWTC lah, tak kuasa betul nak redah jem berebut parking bersesak sesak bagai. Bila dekat dengan rumah bolehlah lari kejap biar H jaga anak sejam dua, boleh fokus cari barang.

Sasaran utama, nak beli baju tidur anak je sebenarnya. Dah lama sangat tak berganti, kesian pulak tengok baju anak anak aku dah mula singkat, lusuh sedikit, ada yang tak boleh butang pun ada HAHA tapi dalam hati sebenarnya comel je tengok budak budak pakai baju sendat barulah nampak gemuk sikit. Bagus betul alasan cheapskate aku :p

Keluar rumah pukul 10.45 pagi, pukul 11 dah sampai, terus dapat parking cantik punya depan depan kilang je. Bergegas ke bahagian pakaian, pilih laju laju untuk Abang ambil saiz 4 tahun, Adik saiz 2 tahun. Dalam hati sedang berkira kira mahu beli untuk anak anak buah tapi terlalu crowded terus berubah fikiran.

Beli 8 pasang pyjamas, 4 pasang untuk Ammar Yusuf dan 4 pasang untuk Adam Muaz. Sepasang RM18. Menepati budget untuk baju tidur. Aku ni kalau setakat baju main dan baju tidur, budget memang takkan lebih RM30 sepasang. Untuk pakai kat rumah je oi! Jadi bila sepasang dapat RM18, memang borong banyak banyaklah.

Selesai pilih baju, ingat nak jalan jalan tengok lagi, tapi kena bayar dulu sebelum keluar section baju baju tu. Aku terus bayar, dan terus simpan dalam kereta sebab pernah terjadi tahun bila entah di tempat yang sama, aku pilih, bayar, bila pergi ke bahagian lain aku tertinggal baju baju yang dah dibayar dahlah seminggu kemudian baru sedar apa nak jadi entah aku ni.

Then, aku ternampak ini!


Dah lamaaaa cari benda ni sebab Adam Muaz tu ya Allah sukaaaaa sangat selongkar kabinet dapur! Semua benda dia nak keluarkan, kalau dia ambil tupperware plastik je aku biarkan jelah dia nak main, tapi dalam tu banyak jug kaca, tea set, pinggan mangkuk hadiah kahwin dulu, seriau bila nampak dia selamba keluarkan benda benda kaca tu.

So dah pasang, it looks like this.


Seperti dijangka, tak lama lepas tu si kenit pun datang, cuba untuk membuka kabinet dapur.


Gagal.


Masih tidak berputus asa. Bersungguh sungguh dia cuba sampai menggigil pipi HAHAHA namun tetap tidak berjaya. Best invention ever! =)))

Sebenarnya, ehem ada cerita lain dalam usaha aku nak beli lock tu. Harganya RM20, buka purse, nampak duit ada lah dua helai warna hijau, dan 2-3 helai warna biru seringgit seringgit. Tak cukup RM20. Nak keluar pergi ATM withdraw duit, sayang pula dah parking cantik depan kilang, plus masa tu dah risau janji nak pergi sejam je tapi masa tu dah lebih 2 jam, fikir all the boys kat rumah tu macam mana entah gayanya boleh ke laki aku handle budak budak tu. Nak guna credit card, hanya diterima untuk pembelian melebihi RM100.

End up, I bought this...............


For RM151 T_______T

Cerita kat H, geleng kepala je dia.



Feels like a complete bimbo after that. But it worth it, sebab anak anak happy (sedapkan hati). Alah bukan selalu pun shopping, kasi can lah!




Sunday, October 26, 2014

Garu

Ammar Yusuf ni, kulitnya alahai sensitif benar. Peluh sikit, gatal. Pakai baju kain pelik pelik sikit, gatal. Belum masuk gatal kena gigit nyamuk lagi. Bila gatal, memang digarunya sepuas hati, sampai berparut kadang tu. Tak licin dah kulit anak aku. Nasib baiklah anak lelaki, kalau perempuan, terpaksalah bagi diskaun hantaran kahwin, tangan kaki berparut parut!

Semalam di rumah Grandma, cuaca panas betul. Sudah pasang penghawa dingin, masih lagi panas. Eh kenapa penghawa dingin, bukankah sepatutnya pendingin hawa? Takpe abaikan.

Nampak dia tergaru garu belakang, Mummy teruslah came to rescue.

"Abang gatal ke? Biar Mummy garukan. Kesian Abang," kataku lalu mengusap usap belakangnya. Usap sahaja, takkanlah mahu garu beria menggunakan kuku, buruklah berbekas nanti.

Bersungguh aku usap, sambil berkata "Kesian Abang, gatal ye.."

Tidak lama kemudian, tiba tiba dengar Abang mengomel.

"Garulah Mummy."

"Ni Mummy garu lah ni," kataku meyakinkan.

"Tu urut lah. Kalau garu macam ni, macam tiger ni" sambil buat gaya cakar cakar. Berderai ketawa semua orang hahaha.

Ingatkan Mummy usap usap tu lagi best, rupanya dia betul betul nak garu yang pakai kuku punya adoi sabar jelah budak banyak mulut ni T__T


Thursday, October 23, 2014

Asas Agama

Ammar Yusuf selalu sebut mahu mengaji. Setiap kali nampak aku membaca Al-Quran selepas solat, mesti dia akan kata mahu mengaji juga. Bukan tidak mahu ajar, tapi belum sempat beli meja kecil yang sesuai, khas untuk dia belajar mengaji. Huh tak kukuh betul alasan, tapi memang aku mahu ada meja kecil atau paling tidak pun rehal (tak tahu betul tidak ejaan) yang dikhaskan untuk dia. 

Semalam sambil berfikir fikir mana mahu cari meja kecil itu, tiba tiba satu demi satu perkara menerjah di fikiran, tentang tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa. Dulu pernah aku berbual ataupun terdengar (tidak ingat yang mana satu) kata kata rakan sekerja (a Chinese lady) tentang menghantar anak ke pusat tuisyen. Katanya, dia hanya menghantar anak belajar untuk mata pelajaran yang dia sendiri tidak tahu/tidak cekap untuk ajar (seperti Bahasa Melayu), kerana baginya mengapa perlu hantar belajar untuk matapelajaran yang dia sendiri boleh ajarkan di rumah, seperti Matematik, English, dan sebagainya? Tidakkah ianya membazir? 

It occurs to me, that we usually send our children to extra classes outside, because we don’t have time for that, eventhough we can actually teach them ourselves. As compensation, kita sanggup berhabis duit untuk hantar ke kelas yang terbaik, demi memastikan anak kita tidak ketinggalan dalam pelajaran. Ironi sungguh, kita berhabis duit membayar orang lain untuk mengajar anak kita kerana kita kekurangan masa, dan kita kekurangan masa kerana bekerja mencari duit untuk membayar orang lain untuk mengajar anak kita. Can’t you see the cycle? Isn’t it funny? 

Sebenarnya sebulan dua kebelakangan ini aku sudah mula mencari tempat yang sesuai untuk menghantar Ammar Yusuf tahun depan, dan sekolah yang berkonsepkan Islamic Montessori memang sangat menarik perhatian aku. Tambahan pula apabila membaca review ibu bapa lain yang menghantar anak ke situ yang anak akan pandai membaca doa doa harian, belajar bacaan bacaan dalam solat, perkara yang merupakan RUTIN HARIAN KITA SETIAP HARI. Suddenly it hits me, semua itu adalah perkara yang sebenarnya kita boleh ajarkan sendiri di rumah. Apa sebenarnya masalah kita ni? Aku masih ingat dulu Mama dan Baba yang ajar aku mengaji, Mama dan Baba yang ajar doa makan, doa masuk tandas, doa tidur, doa masuk kenderaan, bacaan bacaan dalam solat; bukan hanya aku malah semua adik beradik aku juga. Kenapa aku tidak boleh buat perkara yang sama? Bukankah besar pahalanya untuk ibu dan bapa yang mengajar sendiri perkara itu? 

Pernah tak kita terfikir, selain kekangan masa, apa yang membuatkan kita tidak boleh mengajar sendiri anak kita asas asas agama? Sebab kita tidak yakin dengan diri sendiri, betul tak? Kita takut kita ajarkan benda yang tidak tepat, mungkin kita sendiri tidak tahu mengaji, mungkin kita tidak yakin bacaan solat kita itu betul. MashaAllah. Macam mana kita mahu anak kita jadi manusia yang baik, jika kita sendiri tidak peduli untuk memperbetulkan diri kita terlebih dahulu. Sepanjang aku membesar, banyak benda keagamaan yang aku boleh tanya Mama Baba dan dijawab dengan tepat tanpa ragu, tapi yakin ke yang aku boleh jawab sebaik itu jika ditanya anak anak suatu hari nanti? 

Kita mahu anak yang bijak, berjaya dalam pelajaran dan membanggakan kita sebagai ibu bapa, but at the end of the day, none of that matters, kalau anak kita tiada pegangan agama. Pentingnya asas agama semenjak kecil ni ya Allah. Jomlah kita perbaiki diri, belajar balik, betulkan balik apa yang kita ragukan dalam solat kita; pernah tak kita terfikir yang selama 29 tahun kita hidup ini, berapa banyak solat kita diterima, dan mungkin tidak diterima langsung? Aku selalu terfikir benda ini. Seramnya. 

Jadi, azam baru aku, aku nak cuba gunakan sedikit masa yang aku ada di rumah untuk mengajar anak anak aku, sebab aku rasa dengan mengajar orang lain, kita sendiri turut sama belajar sebenarnya. Perkara perkara asas, rasanya tidaklah terlalu susah. Doa doa harian, bacaan bacaan dalam solat, mengaji/membaca al-Quran (kalau boleh dengan tajwid yang betul)… boleh tak rasanya? Tak apa, kita cubalah perlahan lahan. Mengajar anak kecil yang otaknya menyerap seperti sponge, rasanya lebih mudah daripada melentur buluh. Kan? InshaAllah.


Monday, October 20, 2014

Bucket List #26: Donate Blood

HAHAHAH lagi berapa bulan nak masuk 30 tahun baru teringat banyak gila benda dalam Bucket List yang belum fulfill lagi. I'm such a hot hot chicken shit, always do things halfway *sigh*.

Jadi bila dengar office ada buat Kempen Derma Darah, tiba tiba rasa terbuka hati nak cuba. Maybe it's a sign. Maybe it's about time. Sepatutnya... tak perlu takut derma darah ni, macam one of my reader cakap, I've gave birth! Dah pernah bersalin, dah rasa sakit yang paling sakit di dunia! Apalah sangat derma darah ni kan.. Sepatutnya macam itulah. 

But the thing about blood donation ni.... aku tak berani bukanlah sebab takut akan kesan kesan sampingannya; ada orang cakap nanti pengsan, ada orang cakap nanti gemuk sebab blood donating ni menaikkan selera makan, ada orang cakap nanti rambut tak sihat sebab badan tak cukup darah, tapi.... aku takut jarummmmm! Sakit bersalin tu memang dah takde pilihan, derma darah ni kita ada pilihan nak buat atau tidak T__T 

Anywayyyyss.

Aku pergi juga. Ini kali kedua office aku anjurkan benda ni. Bagus office aku ni, organize blood donation lah, marathon lah, ESOS lah, kalau boleh bagi bonus tiap tiap tahun lagilah bagus. Kuikui.

Ingatkan pergi, bagi darah, dan masuk office terus, dalam fikiran aku 15 minit top boleh siap kot. Sebab aku kan busy, kerja punyalah berlambak. Sekali, punyalah banyak prosesnya!

First, isi form. Dalam tu kena letak semua details kita mostly concerning our health. Pernah pergi negara yang berwabak dalam masa setahun ni ke tak, pernah tercucuk jarum dalam sehari dua ini ke tidak, ada ambil ubat ubatan ke tak, pernah berhubungan sex lebih dari seorang ke tak, pernah melanggan pelacur/pasangan pernah melanggan pelacur ke tak... scarynya soalan. Masa jawab soalan tu dalam hati aku fikir kalaulah memang ada golongan di atas ni tipu ke, boleh ke dia trace eh? Of course la kena ada cara yang boleh detect darah kita bersih atau tidak kan? Well maybe there is.

Step 2, check kumpulan darah.



Ni aku seram. Aku memang seram bila kena tebuk 'tapp' kat jari tu berbanding cucuk urat. Sebab jari kan receptor dia lebih kuat, berdebarlah masa ni. Aku darah jenis apa? Dah nama pun pelajar cemerlang, mestilah darah jenis A! Kehkeh. Masa ini juga ada 2-3 lagi ujian lain dilakukan, mungkin untuk tengok kebersihan darah kita. Photo credit to my colleague, sabar jelah dia ikut aku nak suruh ambil gambar punya pasal HAHA.

Step 3, check blood pressure, dan sesi kaunseling. Dengar macam kelakar je nak derma darah pun kena jalani kaunseling. Rupa rupanya masa sesi kaunseling inilah dia akan minta terus terang kalau kita ada penyakit, atau pasangan kita pernah jalani seks rambang--perkara perkara yang disenaraikan dalam borang yang diisi pada awal awal tadi. Masa ini juga akan dijelaskan kesannya kalau kita dermakan darah yang tidak bersih.

Step 4, buat buku merah. Juga kita akan tahu berapa banyak darah akan dikeluarkan dari badan kita. Aku punya 350ml, dalam fikiran aku membayangkan oh jumlah itu lebih dari separuh botol air mineral saiz kecil. Okaylah tu.



Kemudian, tunggulah giliran. Borak borak dengan ada sorang mamat dari department lain ni, dia cakap kalau kita pernah menderma darah, in future bila kita memerlukan darah, kita akan diberi keutamaan berbanding mereka yang tidak pernah menderma. Hohh? Betul ke macam tu?

Dannn tibalah giliran.

Mula mula dia bius dulu pada urat lengan. Ni aku tak tipu, memang sakit. Or mungkin toleransi aku pada kesakitan agak rendah berbanding kamu semua. Kemudian, dia cucuk jarum untuk alirkan darah, besarrr jarum tu! Jarum paling besar aku pernah kena hahah. Tapi langsung tak sakit, sebab dah bius dulu kan. Dan aku disuruh pegang benda something di tangan dan pam untuk alirkan darah keluar. Kalau pening ke apa, kena cepat cepat bagitahu.


Dalam 25 minit kot baru penuh bag 350ml tu. Okaylah juga. Selesai bagi darah tu, dapat goodie bag yang dipenuhi air dan makanan manis, juga ubat tambah darah. Alhamdulillah tak adalah rasa pening, mual dan sebagainya. Cuma bila dah kat rumah baru ada rasa pening sikit kalau berdiri mendadak daripada posisi duduk. Which is normal, I  supposed.

Overall, it was a great experience. Bila dah cuba sekali, rasa macam nak buat selalu pula. Tapi kita hanya boleh menderma darah selang 6 bulan kan? Macam tak percaya dah pernah buat. Apalah yang aku takutkan sangat selama ini, I should have started earlier...

Anyway, Bucket List No.26, CHECKED! =)




Thursday, October 9, 2014

PTPTN Lagi??

Kecoh sekejap di Twitter tentang ini hari ini.


Aku tak faham, memang betul betul tak faham dengan orang yang boleh hidup selesa dalam keadaan hutang tidak dilangsaikan. Yang boleh bergembira bersuka ria dalam keadaan masih ada hutang yang mampu dibayar, tapi diabaikan. 

Kenapalah kamu tidak berpijak di bumi yang nyata. Dulu, aku juga sakit hati, sakit hati dengan PTPTN yang dirasakan seperti Along Berlesen, terasa ridiculous charges yang dikenakan setiap bulan, tapi lebih sakit hati pada diri sendiri yang terpaksa bergantung pada PTPTN untuk menghabiskan pelajaran. Tapi, sakit hati macam mana pun, aku masih tetap bayar mengikut jadual setiap bulan. 

Memang merepeklah kalau tak bayar sebenarnya, sebab jumlah hutang kita bukannya kekal seperti itu apatah lagi berkurangan, malah ianya akan bertambah setiap bulan selagi kita tak bayar ataupun bayar dengan jumlah kurang daripada apa yang telah ditetapkan dalam jadual, kerana kadar faedah (they called in ‘Kos Pentadbiran’ whatevs it looks like an ‘interest’ to me) yang dikenakan tidak akan berkurangan selagi kita tidak mulakan pembayaran mengikut jadual. 

Contohnya seperti ini (FYI, aku tidak buat benda ‘ujrah’ tu. I have my own reason). 


Ini adalah penyata aku pada tahun 2011. Bahagian Kredit dan Baki aku dah tutup, tak payahlah tahu aku bayar berapa dan baki tinggal berapa, tapi kalau gigih nak kira juga suka hati kaulah. 

Okay tengok bermula Januari bulan 1 sehingga bulan 8, walaupun aku sudah bayar sedikit sedikit mengikut kemampuan, the interest is still the same, RM37.50. Ketika itu aku sangka asal bayar je sudah boleh, rupanya tidak, kita kena bayar mengikut jadual yang ditetapkan dari awal. Dari kita habis belajar. 

Contohnya sepanjang 2010 kamu TIDAK PERNAH BAYAR LANGSUNG sedangkan kamu sepatutnya bayar RM100 setiap bulan bermula Januari 2010, jadi kamu tidak boleh bayar mengikut jadual bermula 2011, kamu harus selesaikan hutang untuk tahun 2010 secara lump sum terlebih dahulu kemudian barulah boleh bayar mengikut jadual pada tahun 2011. 

Tak faham? Begini, jika kamu membuat keputusan untuk mula membayar PTPTN pada Januari 2011 dan kadar ansuran untuk Januari 2011 adalah RM120, sedangkan kamu tidak pernah langsung bayar sepanjang 12 bulan tahun 2010 yang mana ansuran setiap bulan adalah RM100 (Januari – Disember 2010), maka pada bulan Januari 2011 kamu haruslah membayar RM100 x 12 = RM1,200.00 + 12 bulan interest sepanjang 2010 + ansuran untuk bulan Januari 2011. Bulan Februari barulah boleh bayar RM120 mengikut jadual dan begitulah seterusnya. 

Kalau kita tidak buat seperti ini dan kita tetap bayar kurang daripada yang sepatutnya, kadar faedah tu tetap tidak akan berkurangan. Seperti gambar di atas, hanya selepas bulan 9 barulah kadar faedah itu mula berkurangan, sebab aku dah selesaikan semua hutang sekaligus untuk bulan/tahun tahun sebelumnya. 


Dan ini adalah penyata terkini, tahun 2014. Lihat sahaja kos pentadbiran, daripada RM37.50 (diploma) dan RM40.42 (ijazah) pada tahun 2011, sekarang hanya tinggal RM24.17 (diploma) dan RM33.27 (ijazah). Kiralah berapa banyak yang kita sudah bazirkan jika sampai sekarang pun kita masih tidak melangsaikan hutang pada tahun tahun sebelum ini? 

Aku sudah tidak marah lagi pada PTPTN. Aku sudah boleh menerima yang aku terpaksa bergantung pada PTPTN lantaran kemampuan keluarga dan kemalasan aku untuk belajar dengan lebih tekun untuk melayakkan diri dibiayai biasiswa JPA. I’ve get over it already. Aku sudah buat perkiraan sendiri, inshaAllah tahun depan dah boleh buat full settlement menggunakan Akaun 2 EPF, patut awal lagi boleh buat tapi terpaksa tunggu sebab Akaun 2 dah dikosongkan 2 tahun lepas untuk downpayment rumah yang aku sewakan di Shah Alam tu, so kena tunggu tahun depan baru cukup. Legalah sedikit harap harapnya. Boleh fokus menyimpan untuk rumah baru pula nanti.

Kita tak mahu bayar, kita nak tipu siapa sebenarnya? Diri sendiri juga. Sampai bila nak hidup dalam penafian dan berangan angan PTPTN akan terhapus dan terkubur terus? Sampai bila mahu melaung laung PTPTN itu penipu, cekik darah dan sebagainya? Laungkanlah setiap hari pun, tapi pembayaran dilupa jangan. 

Kita takkan menjadi miskin dengan membayar hutang, adik adikku. Malah rezeki kita akan lebih diberkati, amalan kita akan lebih diterima, kewangan kita lebih tersusun, hidup kita lebih tenang. Itulah yang aku rasakan selama ini, aku rasa gaji aku tidaklah besar mana tapi Alhamdulillah, apa yang aku miliki sekarang memang lebih dari cukup, masih mampu menghulur pada orang tua, masih mampu membantu Suami dan berbelanja untuk diri sendiri. 

So mulakan cepat. Setiap kali dapat gaji terus bayar setiap hutang yang perlu, semuanya boleh dilakukan di hujung jari je sekarang. Lepas selesai semua, baru kita atur perbelanjaan untuk bulan itu. Bayar sajalah, sambil berdoa satu hari nanti PTPTN akan dihapuskan terus dan kerajaan akan menanggung pembelajaran semua anak anak kita secara percuma. HAHAH. In your dream :p


Tuesday, October 7, 2014

Bila Anak Kesemuanya Lelaki....

Tak tahulah aku patut rasa gembira atau bersedih, tapi nampaknya Adam Muaz juga sudah mula menunjukkan hanya berminat dengan Daddy sahaja T__T 

Ammar Yusuf memanglah aku sudah sedia maklum semua benda dia nak dengan Daddy. 

Nak susu yang Daddy buat je. 
Nak sleep sebelah Daddy. 
Nak Daddy basuh berak (best thing ever BAHAHA) 

Sekarang ni, disebabkan Adam Muaz menjadikan abangnya sebagai idola, dia pun asyiklah Daddddyyyyy saje tahu tak! 

Tengah main kat playground, Ammar Yusuf lambai lambai panggil Daddy, adik dia pun sibuklah lambai lambai panggil Daddy juga. Daddy turun beli roti canai bawa Ammar Yusuf, Adam Muaz pun huru hara nak ikut sama “Nak Daddy nak Daddy”. Bila Daddy drop Mummy depan rumah dan Mummy dengan Adam Muaz keluar kereta dulu sementara Daddy cari parking, terjenguk jenguk kepala dia pandang belakang sambil muka curious sebut “Daddy? Daddy?”. Macamlah awak sorang je ada Daddy -_____-"

Kalau dulu, adalah rasa sedih juga, tapi sekarang aku cool je. One of my aunties pun cakap “Eloklah anak nak dengan bapak dia, kau boleh rehat sikit, bagi bagi tugas dengan laki kau.” Haaaa betul betul. Takdelah rasa ralat sangat nak tinggal anak dengan Daddy while Mummy pergi spa ke, pergi hangout with my girlfriends ke, bolehkan D? :p

Lagipun, yelah anak dua dua lelaki (setakat inilah hihi), kena biasakan dari sekarang lah supaya bila besar nanti dia mula ikut kawan kawan, mula ada girlfriend, mula bekerja, berkahwin, aku takkan rasa lonely sangat bila anak anak tak call selalu *sobs*. Pernah borak dengan H pasal ni dulu, yang kalau boleh taknaklah harapkan apa apa sangat dari anak anak bila mereka besar nanti. Taknak harapkan duit gaji anak, taknak harap anak akan utamakan kita setiap masa, sebab pernah baca satu artikel tu, ibu bapa tak seharusnya mengharapkan anak anak balas jasa kita, sebab membesarkan anak anak ni dah memang tanggungjawab kita sebab anak itu adalah amanah dari Allah. Bila kita kurang bergantung dan tidak meletakkan harapan menggunung yang anak anak sepatutnya membalas jasa kita apabila besar nanti, mungkin kita akan kurang beremosi dan lebih bertenang di hari tua nanti maka hidup anak anak lebih berkat, yelah bila parents beremosi dan terasa hati dengan anak anak kan, hidup mereka akan susah. Tak seronoklah begitu. 

So kami nak kerja kuat sekarang, cuba keep fit jaga kesihatan, supaya tua nanti kami ada sumber kewangan yang kukuh dan kesihatan yang baik, supaya di kala anak anak mula membina kehidupan sendiri, kami bolehlah travel around the world berdua ke, habiskan masa pergi kuliah agama ke, join marathon ke (amboi makcik ni)… selagi boleh tidak mahulah susahkan anak anak. Seronok plan macam itu, but of course kita ni hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan kan…. 

Kotlah dalam 10-20 tahun ni aku tambah 4-5 orang anak yang semua perempuan ke…. Lain pula perancangannya :p


Friday, October 3, 2014

Kisah Minggu Ini

Minggu ni adalah minggu yang sangat sibuk. Firstly, Ammar Yusuf kena chicken pox. Which is good, I think? Macam doktor cakap baiklah kena sekarang daripada kena masa nak ambil SPM ke, or masa seminggu dua sebelum kahwin macam bapak dia kahkah. Nasib baik photographer pandai edit gambar, tapi jadi terlebih flawless pula laki aku dalam wedding photos T___T 

Masa malam pertama keluar dua tiga ruam berair di badan dia tu, kami berdua risaulah juga. Kotlah allergy apa apa, atau kena penyakit pelik pelik ke. Babysitter dah syak chicken pox, tapi aku in denial sebab dia tak demam langsung pun. Esoknya pergi klinik, doktor cakap memang biasa je budak kena chicken pox tanpa demam. Oh, barulah tahu. 


Dia tak demam, tak mengaduh gatal, malah sangatlah aktif ya Allah. Lari sana lari sini, mungkin penangan ubat tahan gatal yang dia makan kot, aku rasa sikit punyalah manis. Sugar rush anak aku -___-. Sekali sekala aku berleter jangan lari lari nanti berpeluh, dia stop la kejap, lepas tu sambung lagi lari.


Ni tengah bersedia nak lumba lari dengan adik dia. Adam Muaz sekarang berlaaaaari je dia, takdenya berjalan. Aku yang tengok pun penat, dia yang berlari langsung tak penat penat -___-"

Hari pertama kena, aku sama sama cuti dengan Suami. Hari kedua, Suami jaga dia sendiri. Seronok bukan main budak bertuah tu, iyalah perhatian Daddy sepenuhnya pada dia seorang saja. Kami dah plan, kalau Adam Muaz pula yang kena, aku akan cuti. So mahu simpan cuti untuk Adik sajalah. Cuti dahlah tinggal berapa hari je. 

Macam macam petua aku baca. Tapi satu pun aku tak buat hahah. 

Air kelapa 

Doktor dah pesan siap siap, jangan bagi air kelapa. Sebab nanti akan keluar banyaaaaak sangat, so akan ambil masa nak sembuh. Ada orang kata elok bagi air kelapa biar keluar banyak terus, so akan kena sekali je seumur hidup takdelah kena dua kali (just like my husband). Ada orang kata jangan bagi, nanti keluar terlalu banyak sampai ke otak T__T. Aku memilih untuk tidak bagi. Lurus bendul aku ni, ikut je cakap doktor. 

Daun semambu 

Orang kata, elok supaya dia tidak gatal gatal. Rebus, kemudian mandikan anak guna air rebusan tu. Ada yang suruh alas tempat tidur dengan daun semambu, memang takdelah aku nak buat nanti penuh daun daunan dalam rumah aku rasa dengan Ammar Yusuf yang pembersih tu takdenya dia nak tidur atas daun daun. Aku sebenarnya tak buat sebab tak tahu mana nak cari sebenarnya, rumah tinggi kan. Tak apalah. 

So apa je yang aku bagi? Sepenuhnya ubat ubatan yang doktor bagi sahaja. Syrup untuk tahan gatal, minum 3 kali sehari selepas makan (Ammar Yusuf suka betul siap ingatkan kami “Abang belum lagi makan ubat tau”, rare betul, tak pernah pernah dia volunteer nak makan ubat selama ni), calamine lotion dan ubat ini. 


Perlu pakai secara berdisiplin, 5 kali sehari (selang 4 jam). Doktor kata ubat ini letaklah kat muka, sebab ubat ini berkesan untuk kecutkan chicken pox tu dan hilangkan parut. Muka kalau berparut kan tak cantik. Kat badan guna calamine lotion jelah, sebab katanya ubat tu tiub kecil je dan mahal, tak cukup nak letak di badan. Tapi kami letak je di badan sekali, alah dah habis beli jelah kat farmasi, tak apalah mahal pun asal anak Mummy cepat baik je. Memang berkesan pun, rasa macam cepat betul sembuh Ammar Yusuf ni. Tambah pula, dia dengar cakap, kalau kata jangan garu dia memang tak garu. Senang jaga Ammar Yusuf ni, mungkin sebab dia dah faham bahasa. Kalau kena pada Adik tak tahulah macam mana. 

I kinda hope that Adam Muaz akan kena sekali sebenarnya, senang jaga sekali harung dua-dua. Tapi setakat ini belum ada tanda tanda nak berjangkit pun lagi. Doktor kata kita akan terkena jangkitan chicken pox ni selang 2 minggu dari orang yang memang dah kena. So, tunggu jelah seminggu dua lagi. Kalau tak kena sekarang, harap harap kena tahun depan jelah, banyak sikit boleh cuti. 

Penat minggu ni, sebab minggu ni juga aku baru start Atkin’s Diet. Amboi kata tak boleh nak tahan makan hahah. Memang tak boleh pun, tapi Atkin’s Diet ni paling best sebab boleh makan lauk lauk, nasi je yang tak boleh, dan juga sumber karbohidrat lain. 2 minggu je kena strict, induction period namanya. Lepas 2 minggu (or lepas dah dapat berat yang diingini) bolehlah slowly ambil sikit sikit karbohidrat. In 3 days, aku dah turun 1.5kg kot. Not bad at all, nak kurus sebab H nak konvo bulan depan hahaha tu je sebabnya. For the sake of looking good in photos bimbo sangat kau kan :p 

Apa apa pun memang dah kena juga do something, I gained 5kg after hari raya! Gila tak gila. Dah survey banyak fitness centres tapi knowing myself, aku tak minatlah pergi gym bagai tu. Tak tahulah, mungkin sebab belum cuba. Ada satu gym kat Puchong tu khas untuk perempuan, Curves nama dia. Dah masuk, tengok, dengar briefing, jalan masuk tengok changing room, equipment, etc. Macam okaylah juga. Kalau diet ini tak menjadi, that might be my second option. Sekarang ni pun dah stop pump susu kat office, bolehlah kawal makan sikit takdelah kebulur sangat. Cara supaya tak rasa lapar sangat senang je, it’s all in your mind, aku cuba bayangkan budak kebuluran kat serata dunia yang lain je. Terus tak rasa lapar. Mind power ;) 

Minggu yang sibuk, penat tapi menggembirakan. Our housing loan approved! Alhamdulillah. Syukur. Saspen before apply tu, sebab masing masing commitment banyak. This is our third house anyway, and second for both of us. Bila kita apply loan, bank akan check track record payment kita for all the loans yang kita pernah ambil sebelum ini through Central Credit Reference Information System (CCRIS). So before apply pun aku dah pergi sendiri Bank Negara check CCRIS tu, kena masuk MyKad and thumb-print so tak boleh nak minta orang buatkan. Kat Bank Negara je ada kiosk CCRIS ni. Tunggu seminit dua, akan keluar printed statement showing all loans (housing loan, loan beli kereta, personal loan, any overdraft dan termasuklah credit card) yang kita pernah buat dan rekod pembayaran for the past 12 months. Kalau cantik, akan keluar nombor 0 kat setiap bulan dan setiap pinjaman. Kalau ada tertunggak kat mana mana loan, akan keluar tanda 1 kat bulan mana kita delay tu. It’s scary you know, berdebar tunggu masa CCRIS report tu printing, sebab yelah manalah tahu ada bulan yang kita terbayar tak cukup ke, even bayar tak cukup pun contohnya rumah yang ada biasanya kita bayar RM700, tapi rupanya BLR dah naik harga jadi RM712 tapi kita tak tahu and terus je bayar RM700, dalam rekod CCRIS tu dia akan rekod macam kita tak bayar lagi sebab kita bayar tak cukup. Benda macam itulah yang aku risau. Bila keluar statement tu, Alhamdulillah semuaaaaaa tanda 0. Kira cantiklah payment. Legalah, lepas tu baru proceed apply loan. 

Syukur setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Banyak lagi proses lepas ni, tahu jelah proses beli rumah ni dah pernah lalu hari tu. This time rumah baru, inshaAllah 2 tahun lagi akan siap. Harap harap semuanya berjalan dengan baik lah. Thoughts become things, so fikir yang baik baik, inshaAllah semua perkara baik baik akan datang pada kita. Aku senang je, dah mindset dah kalau rumah tu untuk kita, memang kita akan dapat juga walau macam mana pun. Otherwise, memang bukan ditakdirkan untuk kita lah, mungkin ada rumah lain yang lebih baik untuk kita, siapa tahu kan? Lek lek je, usaha, doa dan tawakal. Allah memang Maha Baik, baik sangat sangat. Aku yakin dan percaya, Allah sayang aku dan tahu apa yang baik untuk aku. Begitulah juga dengan kamu semua :)