Friday, September 26, 2014

Jangan Pandang Belakang

Sepanjang lebih 29 tahun hidup ini, ada terlalu banyak perkara yang aku sesalkan. Perkara yang aku rasa macam ya Allah what have I done, perkara yang aku mempertikaikan kewajaran diri,  what was I thinking?? Perkara yang apabila aku sedang memandu seorang diri tiba tiba perkara itu terlintas di fikiran, terus terasa berderau darah, hangat seluruh badan, terlalu ingin aku kembali ke saat itu dan perbaiki keadaan. 

Menyesalnya aku berkata itu. 
Menyesalnya aku berbuat itu. 
Menyesalnya aku membiarkan diri diperlakukan seperti itu. 
Kalaulah aku lebih kuat.. 
Kalaulah aku lebih bijak.. 
Kalaulah aku lebih tenang.. 
Kalaulah aku lebih itu.. ini… 

Pernah tak kamu berada di dalam situasi itu? 

Tentang hubungan sesama manusia (suami isteri, anak, kenalan, keluarga). 
Tentang pekerjaan. 
Tentang apa sahajalah. 

Bila terjadi perkara yang tidak diingini, perkara yang mendukacitakan, perkara yang meranapkan semangat dan emosi, jelas sekali orang pertama yang aku akan salahkan adalah diri sendiri. Sudahlah keyakinan diri memang sangat kurang, bila terlalu kerap menyalahkan diri, lagilah merudum keyakinan diri. 

Tapi itu dulu. Dulu ya, sekarang tidak lagi. Bukanlah berubah sepenuhnya, tapi sedikit demi sedikit, I learn to not being too hard on myself. Terutamanya, untuk perkara yang sudah pun terjadi. Benda dah jadi, benda dah lepas, tidak ada apa pun yang kita boleh ubah lagi. Tak perlulah nak bercakap tentang memaafkan orang lain, kita mulalah dengan memaafkan diri sendiri terlebih dahulu. Setiap orang memang tidak lari dari melakukan kesilapan, kita memang tidak sempurna, terimalah hakikat itu, bertaubatlah dan jangan pandang belakang lagi. 


Kalau dengan diri sendiri pun terlalu berat untuk kita maafkan, bagaimana mungkin kita boleh memaafkan orang lain apatah lagi untuk mengharapkan orang lain memaafkan kita? 
Kalau kita yang sangat mengenali diri sendiri pun tidak mampu menyayangi diri sendiri, bagaimana mungkin kita boleh ikhlas menyayangi orang lain dan mengharapkan orang lain untuk menyayangi kita? 

Itulah yang aku sedang (sangat sangat) berusaha untuk tanamkan dalam diri. Sudah sudahlah tu. Yang lepas, biarlah lepas. Setiap yang berlaku dalam hidup kita, ada hikmahnya. Setiap manusia yang dipertemukan dalam hidup kita, memang telah ditakdirkan sedemikian untuk mengajar kita sesuatu. Baik mereka yang menyayangi, mahupun mereka yang memusuhi kita, setiap daripada mereka memang telah tertulis akan hadir dalam hidup kita dan suka atau tidak, mereka sedikit sebanyak telah membentuk siapa diri kita sekarang. 

Kalau kita tidak pernah dikhianati, mungkin kita tidak akan belajar untuk berhati hati. 
Kalau kita tidak pernah dimarahi dijerkah jerkah pihak atasan di tempat kerja, mungkin jiwa kita tidak akan sekental sekarang.
Kalau kita tidak pernah dilukai, mungkin kita tidak akan sedar dan mula menghargai mereka yang benar benar menyayangi kita. 

“Everyday is a new day, and you'll never be able to find happiness if you don’t move on" (Carrie Underwood)

We are not perfect, we make mistake, almost all the time. Now let’s make amend if possible, repent, and move on.


Tuesday, September 23, 2014

Adab Bertandang

Bercakap tentang bertandang ke rumah orang, sebagai orang yang ingin bertandang selalunya ada dua pilihan yang kita perlu lakukan. 

1) Memaklumkan pada tuan rumah terlebih dahulu supaya tuan rumah lebih bersedia 
2) Tidak memaklumkan tuan rumah dengan niat tidak menyusahkan tuan rumah untuk membuat apa apa persedian. 

Aku prefer jenis yang pertama, sebagai tetamu dan juga sebagai tuan rumah. I’m not a big fan of unannounced visit. I actually hate a surprise visit. Sometimes we thought that we are doing them a favor by not informing them earlier so that they wouldn’t have to trouble themselves to prepare anything, but actually we are making them so uncomfortable by doing so. 

Boleh jadi rumah mereka dalam keadaan tidak terurus, terutama rumah yang ramai anak kecil. 
Boleh jadi emosi/kesihatan tuan rumah dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk melayan tetamu. Anak sakit, meragam sepanjang malam, tuan rumah keletihan.
Boleh jadi tuan rumah tidak mempunyai apa apa yang sesuai untuk dihidangkan kepada tetamunya. 
Boleh jadi tuan rumah sedang berpakaian yang tidak sempurna. Bayangkan sedang kita pakai sleeveless and short tiba tiba tetamu sudah tercegat di depan pintu kelam kabutlah nak tukar baju tukar seluar cari tudung alamak kebetulan tudung semua di dalam mesin basuh pula hah takkan mahu sambut tetamu dengan tuala di kepala? 10 minit tetamu dibiarkan tercegat di luar, tetamu tidak selesa, tuan rumah juga rasa tidak bagus. 

Memang benar tetamu selalunya akan berkata, 

“Tidak mengapa. Biasalah rumah bersepah, rumah kami juga begini” 
“Demam ke? Tidak mengapa. Berehatlah di dalam bilik, kami saja mahu singgah” 
“Tidak mengapa, tak perlu susah susah hidangkan apa apa, kami baru sahaja makan tadi” 
“Tidak mengapa, bersiaplah, kami tunggu” 

Mungkin tetamu benar benar maksudkan kata kata itu, mungkin juga tetamu hanya cuba menyenangkan hati tuan rumah. Sebagai tuan rumah, apa yang dia rasa mungkin jauh daripada “Tidak mengapa”. Rasa bersalah, segan, malu, janggal… Haih kenapalah tidak beritahu awal awal. Just put ourselves in their shoes, kita juga akan berperasaan begitu. Sebagai tuan rumah memang kita selagi boleh mahu dilihat dalam keadaan yang elok, mahu melayan tetamu sebaik mungkin, ingin tetamu dihidangkan makanan yang sewajarnya. Ini apa yang aku rasalah. Lainlah kalau bertandang ke rumah ibu bapa. Atau rumah yang sudah terlalu kerap kita kunjungi, seperti jiran tetangga contohnya. 

Ini sekadar pandangan aku secara general sahaja. Adab bertandang yang aku rasa perlu untuk kita semua tahu. Maklumkanlah sebelum datang, paling lewat dalam 1 jam sebelumnya. Hormati privacy tuan rumah, berikan ruang untuk tuan rumah bersedia biarpun ala kadar. Berilah peluang untuk tuan rumah menjadi tuan rumah yang baik, supaya kita sebagai tetamu juga berasa lebih selesa dan tidaklah berasa janggal. Betul tak? :)


Sunday, September 21, 2014

Tukar Watak

Ammar Yusuf suka bagi bagi watak pada semua orang di sekelilingnya. Paling selalu adalah watak dalam drama pendek Upin Ipin. Semuaaaaaa orang dapat satu watak, tiada yang terlepas. 

Ammar Yusuf – Upin 
Adam Muaz – Ipin (dia akan perkenalkan diri like, “Hai! Saya Upin, ini adik saya Ipin!) 
Mummy – Kak Ros 
Daddy – Abang Saleh @ Sally HAHAHAHAHAHAH 
Ibu (pengasuh) – Opah 
Abah (suami pengasuh) – Atok 
Abang Asyraf (anak sulung pengasuh) – Ehsan 
Abang Irfan (anak bongsu pengasuh) – Fizi 
Aqeel (anak buah pengasuh) – Mael 
Alisya (anak buah pengasuh) – Mei Mei 

Kadang kadang Ammar Yusuf declare dia Jagjit sambil berpantun, kadang kadang dia juga Mael 2 singgit. Orang orang di sekelilingnya pun layankan saja tanpa membantah. Seronok betul dia berlakon, kadang kadang bila dia becok sangat aku saja cakap “Ni Kak Ros ke Upin ni, asyik cakap saja dari tadi”. Dia jawab “Ni Upinnnn! Kak Ros kan girl! Ni boy!” sambil tunjuk diri dia. Kalau boy mana boleh becok macam tu -___-" 

Pernah satu kali tu, tiba tiba dia datang dekat aku dan cakap “Mummy, Mummy jadi Opah la ye?” 

“Hah, kenapa? Mummy dah tua ke?” sajelah aku pura pura sedih. 

“Sebab, sebab. Ibulah jadi Kak Ros pulak. Semalam kan Mummy dah jadi Kak Ros? Hari ini Ibu pulak jadi Kak Ros la. Kesian Ibu” 

HAHAHA macamlah Ibu dia kisah sangat nak jadi Kak Ros :p 

Selain Upin Ipin ada juga dia berlakon jadi orang lain, paling selalu jadi Adik la. 

“Mummy, ni Adik tau. Yang itu Abang Yusuf” 

“Oh, kalau jadi Adik, kenalah nenen,” dia terdiam kejap. Terus tukar. “Eh taklah, ni Abang, tu yang Adik” =))) 

This cheeky boy, sabar jelah aku. 

Malam tadi, masa tengah paksa ajar dia baca buku Peter & Jane, tiba tiba dia cakap, “Ni Mummy la (tepuk dada sendiri), yang ini Abang (tunjuk aku)” 

“Hah, Mummy jadi Abang ke?” 

“Aah hehehe..” ketawa ketawa dia. 

Apa lagi, teruslah aku tunjuk pada dia macam mana rupa sebenar perangai dia bila mengada ngada. 

“Mummy, Mummyyyyy (suara keras keras) boleh tak Abang nak pergi playground?” aku tiru exactly apa yang dia selalu buat. 

“Esoklah kita pergi playground okay?” tersenyum senyum dia berlakon jadi Mummy. 

“Taknakkkkkk taknakkk Abang nak pergi playground sekarangggggggg!!” aku hentak hentak kaki pula. 

“Esoklah pergi. Ini kan dah malam….” HAHAHA pandai pula cakap. Bila kena pada dia tak mahu pula fikir begitu. 

“Boleh tak Abang nak baring kat kaki Mummy?” aku tanya.

“Boleh! Baringlah kat kaki Mummy ni,” ketawa ketawa dia sambil hulur peha kecil dia. 

Lalu aku pun baring sambal hisap jari; seperti yang biasa dia lakukan. Dia cuba tarik jari aku, macam mana yang aku selalu buat bila dia cuba nak hisap jari. 

“Abang nak hisap jari laaaaaa!!!” aku memberontak. Terus dia cakap, 

“Janganlah hisap jari, Nanti gigi rosak. Kalau Abang sakit, masuk hospital, macam mana?” 

HAH TAHU PUN! CAKAP JE PANDAI!


Friday, September 19, 2014

New Balance For A New Look

I love keeping fit, sejak zaman belajar lagi memang sangat conscious pasal badan (because I wasn’t born skinny obviously) tapi taknaklah kurus secara tak makan gila rugilah. Jadi oleh kerana tiada keupayaan menahan lapar, maka haruslah berusaha untuk bersenam membakar lemak yang ada. Ingat lagi dulu aku pernah beli CD aerobik bawa ke Kolej Mawar, ajak kawan kawan buat sekali ramai ramai lepas tu semua pun copy and paste CD tu masuk dalam laptop masing masing and later they even memorized the steps a lot better than me! Lawan tokey betul. 

Sebelum kahwin, adalah juga pergi jogging di Taman Metropolitan Batu tu, tapi tak konsisten sangat. Bila dah kahwin lagilah, kelaut terus healthy activities, sebab dah ganti dengan aktiviti sihat yang lain ehem seperti menyapu rumah, membasuh toilet dan sebagainya :p Kami mula berenang selepas kelahiran Ammar Yusuf, masa tu memang rasa fresh sangat. You know bila bersenam ni kita akan mengeluarkan hormon endorphine atau dalam bahasa mudahnya, hormone gembira. Even my mom bila stress sangat Mama akan jalan laju laju atas treadmill untuk keluarkan peluh to relieve the stress. 

Sekarang, dah lama tinggal swimming. Sebab tak ada masa sangat. Sebelum ini kami berenang waktu malam selepas balik kerja, after that we figure out that swimming at night adalah tidak sihat untuk paru paru. Alangkan mandi malam pun tidak elok, apatah lagi berenang malam kan? Kami akan buat semula on weekend, tapi kena tunggu anak besar sikit sebab dah plan to send them to swimming class.

Hidup tanpa bersenam adalah… melemaukan. Apatah lagi untuk pekerjaan yang pasif seperti aku yang mana 80% masa sepanjang 8 jam bekerja adalah duduk di hadapan computer sahaja. Rasa badan macam berat, malas je. Aku sekarang terfikir mahu ke zumba class, ataupun aerobic class. Siap dah ajak kawan baik untuk teman barulah seronok! 2-3 hari ini memang sibuklah cari kelas yang berhampiran dengan rumah. My husband sangatlah sokong, “B pergi dance class nanti Abang bolehlah pergi gym ke apa”. Hoh, adakah mahu membina badan dan menjadi abang sado -___-" 

But first and foremost, I need new shoes. You know, just to motivate myself. Bila beli benda baru, mestilah akan lebih bersemangat betul tak betul tak tehehe :p 

My husband recommends NEW BALANCE. Sebab ada seorang kawan kolej dia yang selalu join marathon sana sini pun recommends New Balance, paling sedap pakai dan takkan melecet katanya. Aku bila dengar, terus Google and then feeling so happy sebab kasut ini boleh dibeli di Zalora! Aku dah pernah beli banyak benda dari Zalora ni dan setakat ini sangatlah berpuas hati sebab kita boleh periksa dahulu barang sebelum terima malah boleh COD lagi.


I’m interested in this. Cantik kan? 


This is even better! Emerald green, jarang jumpa. Matchingnya dengan baju raya *tiba tiba*. This is for men actually ah whatevs.


Neon blue! Or is it electric blue? Rambang pula mata aku.


Hmmphhh orang kurus tinggi memang nampak cantik effortless je pakai sport shoes/sneakers keluar jalan jalan. Kalau Mama nampak aku keluar pakai sneakers ni mesti impressed, sebab dulu Mama selalu suruh pergi kerja pakai sneakers T___T. Untuk kesihatan kaki, katanya.


Mungkin akan suruh Suami beli New Balance juga maka boleh pakai bersama seperti Ashton dan Mila. First name basis macamlah kawan rapat kahkah. Tapi kena kurus. Kena kurus. Orang kurus pakai apa pun cantik *envy*.

New Balance ni, not only it’s fashionable and stylish, the price is reasonable too tak adalah melampau sangat seperti sesetengah brand sukan lain. Tak perlu pun nak ikat perut semata mata untuk beli kasut sukan tssk sedihnya hidup.

So kalau anda pun berkongsi keterujaan yang sama dan sedang berusaha untuk membuang lemak di badan dan memerlukan pemangkin semangat (in my case, new sport shoes!), marilah kita beramai ramai beli New Balance di Zalora hari ini :D


Wednesday, September 17, 2014

Empat Tahun


Dia bukan dari kalangan lelaki yang mengucapkan kata cinta setiap masa. 
Dia bukan dari kalangan lelaki yang menunjukkan kasih sayang di tempat awam, apatah lagi di media sosial. 
Dia mungkin romantik, tapi romantik menurut definisinya, adalah jauh berbeza daripada apa yang aku definisikan sebagai romantik T_T 

Di awal perhubungan, perkara remeh seperti ini seringkali mengundang persoalan. 

Kenapa awak tidak pernah melakukan ini? 
Kenapa awak tidak boleh menjadi seperti itu? 

Empat tahun tinggal sebumbung, perlahan lahan aku sedari betapa berbezanya bahasa cinta lelaki ini. Ianya bukanlah melalui hadiah besar dan mewah untuk dua tiga kali setahun, ataupun melalui kata kata yang diucapkan setiap hari sampai hilang erti sebenarnya, tetapi melalui banyak perkara ‘kecil’ yang dilakukan secara konsisten setiap hari setiap masa, sepanjang empat tahun kami hidup bersama. 
  • Sentiasa memastikan kenderaan aku tidak kehabisan minyak dan jika tidak berkesempatan untuk mengisi minyak pada petang hari ini dia akan berulang kali mengingatkan aku untuk mengisi minyak sebelum ke pejabat keesokan harinya, bimbang sekiranya keadaan trafik tidak sempurna seperti biasa. 
  • Mengetahui betapa bergantungya aku pada smartphone, dia sentiasa memastikan telefon aku dicaj sepenuhnya sebelum ke mana mana. Sangat selalu apabila aku tiba tiba teringat bahawa telefon bimbitku perlu dicaj, tengok tengok ianya sudahpun disambungkan pada charger. 
  • Sangat sangat sangat sering menasihati anak anak supaya menyayangi ibu mereka. Setiap kali anak memberontak, dialah yang akan mengingatkan mereka bahawa akulah yang melahirkan mereka, akulah yang menjaga mereka ketika sakit, sehinggakan apabila aku sengaja bertanya Ammar Yusuf “Abang sayang Mummy tak?,” dia akan jawab “Sayang la. Sebab masa Abang sakit kat hospital Mummy yang jaga Abang” :’). Obviously ayat Daddy. 
  • Apabila anak menolak untuk makan, dialah yang akan memujuk dan mengingatkan betapa Mummy sudah bersusah payah memasak untuk mereka, “Kesian Mummy penat masak tau..”. Dan paling penting, dia mendidik anak anak untuk mengucapkan terima kasih selepas makan malah dirinya sendiri tidak pernah gagal mengucapkan terima kasih setiap kali selepas makan masakan aku, biarpun masakan itu adalah sangat biasa biasa sahaja :’) 
  • I’ve always dreamt of marrying a man who never hesitates to lend a helping hand with the house chores, and now I’m marrying one. Not only he did it, he did it perfectly. Daripada menyusun breastpump set di dalam handbag setiap pagi hinggalah membasuh botol susu anak di malam hari. Pernah sekali dia tidak sihat dan ternampak aku sedang menjemur pakaian, dia boleh pula kata, “Sorry ye sayang, B pula yang kena jemur baju” Janganlah minta maaf…… T____T 
  • Rutinnya setiap kali balik kerja adalah susun kasut di atas rak kasut dan setiap pagi dia akan buka pintu dan susun pula kasut aku di lantai depan pintu dalam posisi yang aku hanya perlu sarungkan sahaja untuk memudahkan aku yang perlu mendukung Adam Muaz ketika itu. It's simple, tapi sangat menyentuh hati aku memikirkan how thoughtful he is tidak perlulah aku terbongkok bongkok mengambil kasut dari rak kasut setiap pagi.
  • Sangat berusaha menunjukkan minat terhadap perkara yang aku minati, seperti memuat turun my favourite TV series, Revenge complete with subtitles, and even watch it from the beginning supaya faham jalan cerita dan bolehlah bercerita bersama. Kadang kala dia yang lebih mendahului aku sampai aku pula kena bertanya pada dia. Juga setiap kali aku berkongsi/memberitahu sesuatu yang aku berminat untuk turut serta (swimming class, yoga, register gymnasium membership, Mandarin class, braces, etc), he will straightaway Google it and find as much information as possible kemudian akan explain semula pada aku segala maklumat yang diperoleh dari internet, bawa aku meninjau tempat yang dia fikir agak bagus, giving his opinions “Abang tengok gym ni ramai sangat lelakilah, mesti B tak suka”, and sometimes disebabkan terlalu banyak informasi yang diperoleh, timbul minat dalam diri dia sendiri dan end up dia pula yang buat dahulu! Contoh terbaik adalah braces :p Juga apabila aku dengar satu lagu di radio dan bertanyakan siapakah penyayinya ataupun tajuk lagu mesti dia akan cari lagu tersebut and the next thing I know, he has already downloaded the song :')
  • Never in million years he makes me look bad in front of his family especially his parents, tak pernah sekali pun. Dan bila aku put an effort on something like memasak untuk keluarganya, almost always he will let them know with full of excitements, “Husna nak masak __________ hari ni”. It’s funny that I can see his pride and joy sampaikan aku yang segan pula haha! 
  • Dia sangat meyakini kemampuan aku dalam sesuatu yang aku sendiri tidak yakin. He has more faith in me than I do to myself. Apabila aku berasa ragu ragu, dialah yang akan meyakinkan “B boleh buat ni, B kena cuba ni..”. Setiap kali ditanyakan pendapat tentang sesuatu, dia akan menyuarakan pendapatnya dan diakhiri dengan “Abang sokong je apa B nak buat.."
  • Empat tahun bersama, dia masih mengejutkan aku bangun tidur dengan cara yang paling lembut, dengan suara yang paling perlahan, walaupun ketika itu kami sedang berkonfrontasi. It's a very big deal for me, sebab bangun tidur dalam keadaan mengejut memang boleh merosakkan mood aku sepanjang hari.

“Enjoy the little things in life… For one day you’ll look back and realize they were the big things.”
Kurt Vonnegut 

Terlalu banyak lagi perkara perkara kecil yang dilakukan setiap hari yang tidak dapat aku sebutkan di sini. Perkara perkara yang biarpun nampak tidak signifikan pada sesetengah orang, tapi sangat membuatkan aku rasa penting dan dihargai.


Little that I know, this man has been treating me like a princess all these while :’) 

We have been through a lot (even if it has been only four years -___-) and of course there are also times that we wonder if we can make it to our last breath, but we never give up and keep on having faith that we will work it out together. Jujur aku katakan, aku kuat mempertahankan apa yang kami ada kerana keyakinan dia yang kuat pada jodoh kami. A happy marriage is the union of two good forgivers, no? To have a perfect marriage doesn’t mean that you have to look for a perfect spouse. Nobody’s perfect, he’s not and so do I. You just have to look beyond the imperfections in both. I choose to forgive for whatever imperfections in him; we choose to forgive, we get over it fast and we move on. Terlalu banyak kebahagiaan untuk disyukuri, terlalu banyak kegembiraan untuk dikenang, kenapa perlu berpaut pada kesedihan? 

I’m truly grateful ya Allah, I couldn’t ask for any better than him. 

Happy 4th Anniversary, Sayang. I love you so much, I think it’s pretty obvious now. Thank you for putting up with me all these while and I hope you're happy as much as I do. Here’s to more and more anniversaries to come, inshaAllah!


Monday, September 15, 2014

Alasan

Ammar Yusuf sejak dua menjak ni, setiap kali disuruh buat sesuatu yang tidak digemarinya, ya Allah banyaknya alasan. Kadang kadang rasa geli hati juga, tapi most of the time rasa geram je dengar tahu tak? 

Kalau tidakpun beralasan untuk mengelak, dia akan menangguhkan. Contohnya, apabila diajak mandi. Ayat dia yang paling biasa adalah, 

 “Sekejap eh. Abang nak main car sekejap” 
“Sekejap eh. Abang tengok TV sekejap” 

Masa sedang bersantai tidak mahu ke mana mana atau kita tidak terlalu sibuk, bolehlah. Aku biar sahaja malas mahu stress tidak semena mena. Tapiiii bila kita sedang terkejar kejar mahu buat perkara lain atau tergesa gesa mahu keluar pergi mana mana, memang boleh buat berasaplah telinga dengar alasan selamba dia tu! =____= 

Lagi satu, apabila diajak minum susu. Ammar Yusuf, sejak lebih setahun yang lalu langsung tidak pernah minum susu di rumah kami. Dia hanya mahu minum susu yang dibuat oleh pengasuhnya, lantaran ‘ditipu’ kami suatu ketika dulu. Ketika itu berat badan Ammar Yusuf langsung tidak berganjak dan doktor mencadangkan untuk cuba tukar susu yang lain. Lalu kami mula cuba satu demi satu sample susu yang tidak membuatkan Ammar Yusuf buang air besar terlalu kerap, dan tindakan itu menyebabkan dia rasa trauma dan tertipu kerana dipaksa minum susu yang tidak digemarinya. We stick to Anmum juga akhirnya, tapi Ammar Yusuf tidak lagi mempercayai kami. It was sad, sebab apabila cuti panjang dia langsung tidak minum susu, sudahlah makan pun susah. Macam manalah mahu naik berat badan. Kaum ibu pasti faham, yang melihat anak tidur kekenyangan adalah sesuatu yang sangat menggembirakan untuk kita kan? 

Hanya sejak sebulan dua kebelakangan ini (setelah menggunakan jalan terakhir iaitu ugutan, yes ugutan, I was so mean like that, whatever makes him drinks his milk) barulah dia mahu minum susu dengan kami semula. Tapi setiap kali mahu buat susu pun punyalah banyak alasan! Seperti ada suatu malam itu, kami tanya mahu susu tidak. Dia jawab, 

“Tadikan Abang baru makan roti bakar dengan Nutella?” 

Okay fine, mungkin masih kenyang. Kami biar dahulu, sambil sambil tu kelihatan dia mengunyah kismis. Tak apalah, nanti cuba lagi. Sebab kami memang insist mahu dia minum susu sekali sebelum tidur, barulah tidur lena. 

Sejam kemudian, kami tanya lagi. Dia jawab, 

“Tadikan Abang baru makan roti bakar dengan Nutella lepas tu Abang makan kismis?” 

Huh boleh pula dia hafal apa yang dia makan semata mata mahu mengelak minum susu! Banyak alasan tahu budak ni. 

Malam tadi, kami baru pulang dari birthday party Alaina di rumah Kakna. Sebelum tidur, kami tanya Ammar Yusuf mahu susu ke tidak. Seperti biasa dia beralasan… 

“Tadikan Abang dah makan kek let it go let it go kat rumah Cik Ana?” 

Dia nak cakap dia dah makan kek Frozen :p Bila nampak aku macam nak marah, dia sambung,

“Esoklah ye Abang minum kat rumah Ibu.. ye?” 

Pandai pula bagi cadangan lain -____-"

Tengah malam, aku bangun ke tandas, nampak dia hisap cari. Dia hisap jari tu, memang petanda kelaparan. Aku buatkan susu terus. Suakan ke mulut dia. Dia minum, alhamdulillah. Tapi baru luak 1oz, tiba tiba dia berhenti. Dengan mata masih terpejam, dia cakap, 

 “Esoklah Abang minum lagi, sebab tadikan Abang dah makan kek let it go let it go……….” 

DALAM TIDUR PUN, MASIH JUGA BERALASAN 
T_________T




Thursday, September 11, 2014

Skill Sosial Ammar Yusuf

Hari Rabu adalah hari kegemaran kami (tiba tiba). Kerana Rabu adalah hari membawa anak anak ke taman permainan. Hehe tidak pasti siapa yang lebih gembira, anak anak atau ibu bapanya. Setiap hari Rabu kami akan keluar office super on-time (selama ini juga on-time tapi kali ini super on-time tahap 1 minit sebelum waktu balik sudah bersiap sedia di pintu keluar kehkeh), terus ke rumah pengasuh dan ambil anak anak. 

But unfortunately, semalam sampai sampai di rumah pengasuh, Adam Muaz baru sahaja tidur. Ingatkan mahu ambil kedua duanya dan balik rumah sahaja, tapi Ammar Yusuf sudah melompat lompat pula mahu ke taman. Okay, kita bawa Ammar Yusuf saja, pukul 7 nanti ambil Adam Muaz dan terus balik. 

Keluar bertiga dengan Ammar Yusuf adalah sangat jarang. Bertiga dengan Adam Muaz anak manja Mummy sudah banyak kali, terutama apabila Ammar Yusuf tidur di rumah neneknya dan menjalani hidup yang lebih menggembirakan baginya kerana boleh menjadi cucu manja tiada yang memarahi -___-. Adam Muaz tidak pernah tinggal di mana mana tanpa Mummy, kecuali rumah pengasuhnya. Mungkin setahun dua lagi sudah boleh berdikari tanpa Mummy, ketika itu bolehlah Mummy dan Daddy dating berdua dan tinggal di rumah berdua lalu melakukan aktiviti sihat seperti melipat kain baju, membersihkan toilet dan sebagainya (kamu fikir apa hah??) :D 

Di taman, Ammar Yusuf bermain sendiri, sekali sekala memanggil kami dan melambai lambai dari atas gelongsor. Kelihatan sangat ceria entah mengapa, mungkin kerana memperoleh sepenuhnya perhatian kami, bolehlah tu, jadi anak tunggal untuk 40 minit :p Kami suami isteri, duduk bercinta di tepi sahaja sambil makan pisang goreng. So much of doing healthy activity -___-. 


 


Dari jauh kami hanya memerhatikan Ammar Yusuf yang sedang membiasakan diri untuk bermain dengan kanak kanak lain. Ammar Yusuf belum pandai berkawan. Walaupun sudah banyak improvement berbanding dahulu, but well, yeah. Kami perhati, bila dalam terowong gelongsor itu ada kanak kanak yang sengaja duduk di situ tidak mahu keluar, dia tidak akan masuk. Walhal kanak kanak lain selamba sahaja masuk maka terjadilah keretapi kanak kanak yang tersekat di tengah tengah. Bila dia mula mahu masuk dan terdapat kanak kanak lain yang juga mahu masuk serentak, dia akan ke tepi dan memberi laluan. Selagi boleh, dia akan elak dari terjadinya konflik. Dia tidak tahu bergaduh, dia tidak tahu berkasar. Mempertahankan yang saya yang berada di tempat itu dahulu, awak silalah beratur. Tidak, dia tidak tahu. Mungkin malu, mungkin takut. 



Bila ada kanak kanak lain berkumpul di hujung gelongsor, dia takkan turun :(

Suami yang memerhati, tiba tiba tiba bersuara. “Ammar Yusuf ni, macam B kan. Tiada keyakinan diri.” Bukan tiada, tapi kurang keyakinan diri. Aku tidak menafikan pun. Aku membesar seperti itu juga, tiada keyakinan diri. Tidak tahu bersuara mempertahankan diri, takut, bimbang, malu. Terlalu lama masa yang diambil untuk aku develop my confidence. Selalu rasa tidak cantik, selalu rasa tidak cukup bagus, jika terjadi apa apa yang tidak diingin orang pertama yang dipersalahkan adalah diri sendiri. Dulu aku memang banyak baca self-help book, aku kena banyak bergaul dengan mereka yang positif, selalu menarik nafas dalam dalam dan beristighfar, selalu bersenam untuk mengeluarkan hormon gembira, selalu ingatkan diri sendiri to take it easy, to not being so hard on myself. Aku kena selalu diingatkan yang aku disayangi, sama seperti Ammar Yusuf. Setiap malam perlu diingatkan yang kami sangat sayangkan dia. Kena cakap, “Mummy sayang Abang, banyak ni!” sambil membuka kesepuluh sepuluh jari (itu adalah symbol ‘sangat banyak’ bagi Ammar Yusuf) dan dia akan senyum lebar tanda sangat berpuas hati lalu bertanya, “Daddy pun?”. Setiap malam. Kenapa begitu, sayang? Tahukah Abang, Mummy dan Daddy sayangkan Abang seluruh jiwa raga kami? That we would take a bullet for you?

Tidak boleh tidak, kami bimbang sebenarnya. Menjadi ibu bapa ini, tidak sah kalau tidak bimbang kan? Kami bimbang jika dia membesar sebagai seorang loner. Tiada kawan T__T. Ammar Yusuf adalah perfectionist, dia tidak suka kotor, dia akan marah bila mendengar kanak kanak lain menyebut perkataan secara pelat atau salah (contoh terbaik adalah apabila anak buah Kak Ha memanggil adiknya ‘Mu-ah’ kerana pelat, marah benar dia membetulkan “Bukan Mu-ah! Muazzzz!” T__T), berasa sangat kecewa jika gagal membuat sesuatu (seperti gagal membina bangunan tinggi menggunakan Lego), dan akan berasa sangat malu jika tersalah sebut sesuatu lalu terus berubah mood. Wujudkah kanak kanak sebaya yang mahu berkawan dengan budak perfectionist seperti ini.. T__T 

Nevertheless, he is a very, very brilliant kid. Jika bersama orang orang yang familiar, petahnya ya Allah, kau takkan sangka ayat ayat seperti itu zahir dari mulut kanak kanak berusia 3 tahun! 

Kami fikir, mahu hantar Ammar Yusuf ke sekolah bermula tahun depan. Supaya dia belajar bergaul, belajar hidup dengan orang luar, bukan hanya hidup di kelompok orang orang yang menyayanginya sahaja lalu boleh berlagak bossy -____-. Perasaan aku bercampur baur, 4 tahun bukankah terlalu awal untuk ke sekolah? Tapi 6 tahun bukankah terlalu lewat untuk belajar bergaul? On second thoughts, aku juga mula bersekolah pada umur 6 tahun. Tapi bukankah perbandingan itu adalah tidak adil? Persekitaran pada zaman dia, mana mungkin sama dengan persekitaran pada zaman aku. Kan? Aku rasa tidak perlulah terlalu bimbang, but should we do something to develop his social skills?


Sunday, September 7, 2014

Ruang Untuk Anak Anak

Menyedari bahawa tempat tinggal kami bukanlah sebesar istana (namun ianya adalah 'syurga' kami), kami memang tahu bahawa adalah amat amat penting untuk anak anak diberi ruang yang mencukupi untuk mereka lebih 'bebas' berlari, biar otak berkembang, biar mata memandang jauh dan luas.

Beli rumah baru yang lebih besar? Dalam proses, inshaAllah.

But for the time being, this is what we can settle for. Dataran Putrajaya, again! Hehe dah selalu sangat datang sini, tapi ini semalam adalah kali pertama untuk Adam Muaz sejak dia mula berjalan.



Kanak kanak yang berseluar tidak padan dengan baju lantaran berak terbocor dalam seluar ketika tidur ini nampaknya begitu gembira, langsung tidak mahu dipimpini.


Iya, terlalu gembira dan tidak mahu dipimpini -_____-"


Dua beradik ini, apabila berada di tempat awam serta merta sangat bekerjasama seperti adik beradik yang saling menyayangi, berbeza sekali dengan keadaan di rumah. Ada juga kebaikan mempunyai anak yang tidak mesra alam dengan orang luar -____-


Kami bermula dengan bermain buih sabun. Aku menjerit dengan girangnya berulang kali "Kejar balloon! Kejar balloon!". Padahal ianya adalah 'bubbles'. Harap harap Suami dan anak anak tidak terlalu malu.


Mummy dan balloon kahkahkah! 


Tengoklah Ammar Yusuf, bubbles baginya sangat mengujakan. RM6 yang amat berbaloi. Menggembirakan kanak kanak memang tidak susah, kan?



 Adam Muaz tidaklah begitu teruja dengan bubbles. Dia lebih kepada berlari sana sini tanpa tujuan. Berlarilah, anak. Memang itulah tujuan Mummy Daddy bawa ke sini.



Selesai main buih sabun, kami beralih ke ini pula.


 Hebatnya bayi 1 tahun 3 bulan ini sudah boleh memandu sendiri!!


Sudah tentulah tidak. Ibunya lah yang mengawal pergerakan kereta ini. Sepertimana ibunya bakal mengawal segala pergerakan beliau apabila dewasa kelak.

 #notesforhisfuturegirlfriend


Susah mahu kawal kereta ini kerana Adam Muaz langsung tidak bekerjasama, aku tekan butang ke kiri, dia pusing steering ke kanan. Adakah ini juga adalah metafora kehidupan kami apabila dia besar kelak? Aku suruh kahwin dengan gadis A, dia mahu kahwin dengan gadis B???

Oh ya, aku kelihatan berisi di dalam gambar kan? Jangan bimbang, kerana di dalam dunia sebenar juga memang berisi T________T Oh bukan berbadan dua, tapi berisi lemak berlebihan akibat terlalu gembira makan tanpa sempadan sepanjang sebulan berhari raya.  I gain 3 kgs tahu tak?! This is so not cool. Harus bersenam dan berusaha menurunkan berat badan, kerana Suami nampaknya mula mengeluarkan hints bahawa belakangku sudah seperti Kim Kardashian, tapi untuk tidak membuatkan aku berkecil hati terus beliau menyamakan dirinya seperti Kanye West versi albino BAHAHAHAHA!

Oh. Aku seorang sahajakah yang merasakan ianya adalah kelakar? You guys really should have some sense of humor :p



Albino Kanye West with his sons =)))))


While Adam Muaz is busy driving (or more to crashing on whoever stands on his way T__T), Ammar Yusuf memilih untuk menjadi Azroy. Azroy? You guys tak kenal Azroy? Takkan tak pernah tengok Gila-gila Remaja? (Padahal sendiri pun baru tengok lepas kahwin je pun)


Ammar Yusuf adalah 'anak Daddy'. Semua benda dia nak buat dengan Daddy. Daddy adalah idola beliau. Lahirnya Ammar Yusuf membawa perubahan besar pada Daddy. Pada Mummy pun sebenarnya. Daddy sayang kedua dua anak Daddy sama rata, tapi Daddy dengan Ammar Yusuf ni, they have a very special bonding. Daddy banyak rasa bersalah dengan Ammar Yusuf sebenarnya. "Because I wasn't there when he was bornt," Daddy once said. Dan hampir 2 tahun selepas lahirnya Ammar Yusuf, Daddy masih belajar maka banyak hujung minggu tidak dapat diluangkan bersama. Bila Daddy dah graduate, Daddy betul betul nak tebus balik masa masa bersama anak anak. Daddy selalu menggambarkan Ammar Yusuf sebagai dirinya ketika kecil, kerana kedua dua mereka adalah anak sulung. Maka Daddy benar benar berusaha menjadi bapa yang terbaik, kerana Daddy faham perasaan anak sulung lelaki yang sangat look up to his father. Daddy terlalu ingin kelihatan sempurna di mata anak anak. Daddy tak tahu, yang bukan hanya anak anak, ibu kepada anak anak Daddy pun memang rasa Daddy dah cukup sempurna :')

Okay cukup untuk hari ini, esok sudah bermula minggu yang baru. Adakah anda telah memberikan ruang yang secukupnya untuk anak anak, sekurang kurangnya untuk dua hari cuti ini? :)


Friday, September 5, 2014

Sayang Daddy

Do you watch a TV series called ‘The OC’ few years back? Where Sandy Cohen was portrayed as a very good father, cool, composed and is always there for his teenage son, Seth? This show has (and always) been one of my husband’s favourites TV series long long time ago, and later became one of my favourites too. 

My husband, adores Sandy Cohen. Especially when he’s now having two sons, I can’t recall how many times he mentioned how he wants to be like Sandy Cohen. 

Semalam pulang dari tempat kerja, ketika sedang berbaring atas sofa sebelum menjemput anak dari pengasuh, H tiba tiba datang dan duduk di hujung sofa sambil kaki aku diletakkan di atas pangkuannya dan diurut perlahan.  

“Tadi Abang tengok The OC lagi.”  

He was on medical leave for one week, sakit mata. Bahagia betul cuti seminggu -____-. 

“Bagus betullah Sandy Cohen ni. Kan ada scene yang Seth lari pergi rumah bapak Luke tu. Sandy tak paksa pun balik. Dia cuma cakap, “I’d rather you stay here than you run to somewhere I couldn’t find you”, cool la. Sentiasa cuba selesaikan masalah anak dia”. 

Aku diam saja, tunggu dia habis cakap. 

“Abang takutlah anak anak tak suka Abang. Abang rasa Abang asyik marah diorang je.. Abang takutlah anak anak growing up hating me..” 

Aku memang tak bolehlah dengar ucapan ucapan begini, memang cepat saja mengalir air mata. Hati tisu betul. Pantas aku mencelah. 

“Takkanlah. Tak mungkin anak anak benci kat Abang. They really look up to you. Macam mana pun mesti cari Daddy.” 

Sambung aku lagi, “You’re not a kind of father who’s only there when they are happy, Abang sentiasa ada even masa anak anak cranky buat hal. You’re entitled to get angry and frustrated sometimes. "

Yelah. Ada certain ayah masa anak happy je dia layan, bila anak buat masalah dia terus bagi pada si ibu dan marah marah. Ada jenis ayah, memang tak pernah marah, sebab tak pernah uruskan anak pun. 

Tak mungkinlah anak anak aku tak suka bapa mereka. Daddy yang basuh botol, Daddy yang basuh baju anak anak dan jemur, Daddy yang basuh berak Ammar Yusuf dan mandikan. Daddy yang tidurkan. Ammar Yusuf tu, memang sangat menjadikan Daddy sebagai idola. 

Nak pakai belt macam Daddy. 
Pakai sunglass macam Daddy. 
Baring silang kaki macam Daddy (haha!) 
Solat macam Daddy. 
Push up macam Daddy. 

Bila dia buat something, mesti cakap, “Macam Daddy kan?” 

Yes, Daddy marah marah, tapi Daddy juga yang sayang sayang.

“Tapi kita cubalah kawal marah ye Bang. Marah ni dari syaitan. Lagi kita marah, lagi syaitan suka. Marah ni berdosa tau. B baca kalau masa marah kita tengah berdiri, kita kena duduk. Kalau masih marah, kita baring, kalau masih lagi marah, kita tidur. Kita tak boleh marah sebenarnya. Marah kena bertempat. Kita kena banyak sabar…” 

Membesarkan anak anak ni, memang banyak cabarannya. Memang sangat perlu banyak bersabar. Jadi anak pertama kedua ni memang kesian, sebab ibu bapa masih muda. Darah muda kan panas, macam ibu bapa kita jugalah, masa muda bukan mainlah garangnya, bila dah tua tua bukankah lebih lembut, lebih mudah dibawa bincang. Pernah ada kenalan bercerita yang dia masa muda sangatlah panas baran, yang menjadi mangsa sudah tentulah anak sulungnya. Bila dah besar, jadi segan nak mesra mesra dengan anak sulung itu, jadi awkward nak duduk berbual, bercerita. 

Aku dan Suami, lebih kurang sahaja sifatnya. Sama sama panas, orang kata. Easily frustrated when things didn't go our way. Tapi perlahan lahan kami cuba ubah semua itu. Penting sekali untuk sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa anak anak tidak mungkin akan sentiasa berkelakuan baik menurut spesifikasi yang kita ingini setiap masa, mereka perlu buat silap untuk belajar, perlu buat salah untuk menjadi betul. Kita marah dan kecewa, kerana kita meletakkan harapan yang tidak munasabah ke atas mereka sebenarnya. 

Mendengar luahan hati Suami, buat aku rasa sangat berlapang dada. Aku suka sesi seperti ini. It takes a great effort for a man to express his feelings, don’t you agree? I can really see how much he’s trying to be a perfect father. I hope both my sons can eventually see it too. He’s not only talk the talk, he’s walk the walk. Nobody’s perfect, anyway. But I can never see anybody else who can be a better father for my children, but him.


Thursday, September 4, 2014

Melatih Anak Berbahasa Inggeris

Baru lepas baca blog Vivy tentang kepentingan berbahasa Inggeris, dan tiba tiba berasa risau. Seperti kebanyakan ibu bapa lain, aku memang sangat mahu anak anak fasih berbahasa Inggeris. Sejak sebelum mengandung, memang aku sangat berazam akan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama di rumah kami. 

Bila lahirnya anak, ianya tidak mudah seperti dijangka. Tidak mudah membentuk anak mengikut acuan yang kita ingini apabila bukan kita yang membesarkan mereka sepenuhnya – dilema ibu bapa bekerjaya. Kerana kebanyakan masa anak anak dalam sehari dihabiskan bukan dengan kita maka pengaruh kita terhadap mereka adalah agak minimal. Pada awalnya aku masih tetap cuba berbahasa Inggeris dengan mereka tetapi kadang kala apabila anak anak (terutama Ammar Yusuf) seolah olah tidak faham kerana mereka telah dibiasakan dengan perkataan lain, aku terpaksa ulang semula dalam bahasa Melayu dan akhirnya untuk memudahkan kehidupan kami kekal berbahasa Melayu sahaja. Cepatnya Mummy putus asa, sayang sekali, kerana aku berbahasa Inggeris sepenuhnya di tempat kerja tapi tidak mampu melakukan perkara yang sama di rumah. 

Untuk menyedapkan hati, aku cuba memujuk diri dan membandingkan dengan diri sendiri. Aku dibesarkan dalam keluarga Melayu, persekitaran Melayu dan kawan kawan yang memang berbahasa Melayu sepenuhnya semenjak kecil sampailah dewasa. Tapi bahasa Inggeris aku setakat ini, rasanya okaylah juga, kira bolehlah berbual dengan bangsa asing tanpa perlu menyusun ayat dalam minda terlebih dahulu. Tapi ianya adalah atas inisiatif aku sendiri yang dari kecil sangat suka membaca bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, cuba menulis dalam bahasa Inggeris, cuba berbual dalam bahasa Inggeris, mendengar lagu berbahasa Inggeris, menonton tanyangan berbahasa Inggeris, apabila bekerja cuba bergaul dengan bangsa asing yang mana mereka tidak fasih/langsung tidak tahu berbahasa Melayu lalu memaksa aku untuk berbual hanya dalam bahasa Inggeris. Semua atas inisiatif sendiri dan aku memang minat bahasa Inggeris sejak dahulu. Bagaimana kalau anak anak aku tidak mempunyai inisiatif yang sama? 

Aku dan Suami pula, memang berbual dalam bahasa Inggeris, HANYA UNTUK MENGELAKKAN PERBUALAN KAMI DIFAHAMI AMMAR YUSUF T____T 

Antaranya; 

Merancang untuk membelikan sesuatu untuk Ammar Yusuf, tapi tak mahu diketahui olehnya kerana bimbang sekiranya barang yang diingini itu tidak dijumpai akan menyebabkan Ammar Yusuf kecewa dan throw tantrums. 

Membualkan tentang perangai Ammar Yusuf yang membimbangkan hati kami tapi tidak mahu perbualan itu didengarinya bimbang ianya meninggalkan kesan padanya dari segi psikologi. 

Bercerita tentang perkara lain yang dirasakan tidak sesuai untuk difahami anak kecil :p 

Aku tahu, lama kelamaan anak anak akan faham juga, tapi tidak mengapa kerana ianya adalah perubahan yang baik. Anak anak faham perbualan kami, bermakna mereka sudah faham bahasa Inggeris betul tak? Mungkin setelah mereka faham, kami akan ubah kepada bahasa lain pula? ;) 

Saat ini memang membuak buak semangat aku untuk kembali berbahasa Inggeris sepenuhnya dengan anak anak. Sejak lahir sehingga 6 tahun adalah tempoh di mana otak anak sangat mudah menyerap segala yang dipelajari, sayang sekali jika kita tidak memanfaatkan sepenuhnya tahun tahun terawal ini kan? Ammar Yusuf baru 3 tahun, belum terlambat lagi. Belum lagi.

Sebenarnya seminggu kebelakangan ini memang aku sedang cuba menetapkan beberapa minit setiap malam untuk membaca bersama anak anak. First Words untuk Adam Muaz, Peter and Jane untuk Ammar Yusuf. Ammar Yusuf memang sudah lama habis semua First Words series, sekarang aku nak fokus pada belajar mengenal huruf, susunan ayat, kosa kata dan sebagainya, bukan mengenal gambar semata mata. Aku pernah buat semua ini suatu masa dulu namun terhenti di pertengahan jalan atas macam macam sebab (alasan). Sekarang aku akan cuba hidupkan semula rutin ini. Perlahan lahan pastinya, aku tidak akan memaksa. 

Dalam masa yang sama, kami suami isteri haruslah berbahasa Inggeris di rumah setiap masa, kerana cara terbaik untuk menguasai sesuatu bahasa itu memang melalui percakapan sebenarnya, bukan dari pembacaan sahaja. Practice makes perfect.. Sebab aku dah jumpa ramai orang yang sangat hebat menulis dalam bahasa Inggeris tapi langsung tiada keyakinan untuk bercakap dalam bahasa itu. 

Harap harap kerajinan ini berkekalan, tahu sajalah kadang kadang terlalu penat bekerja, memang agak kurang sabar melayan anak anak yang lebih pada nak bermain sahaja. Ibu ibu yang tidak bekerja memang beruntung, macam macam aktiviti boleh dilakukan bersama anak anak. Hargailah peluang itu. Dalam pada yang sama, aku mahu ajar Iqra’ juga. Terlalu bercita cita tinggi pula perancangan ini. Aku cubalah mana yang mampu, kita tengok hasilnya dua tiga bulan lagi.