Sunday, March 30, 2014

Anak Bongsu Saya (So Far.... :p)


Adam Muaz, my second baby has a very different personality compare to his big brother. Ammar Yusuf is more to organize-neat-OCD kind of person (just like his father!), while Adam Muaz on the other hand is so relax, so selamba he couldn’t care less and tend to have a sudden change of emotions (mood swing, just like me! HAHA). 

Ammar Yusuf jenis memendam rasa, sensitif dan peka pada perasaan orang sekeliling. Kadang kadang rasa tersentuh dengan how sensitive he is. Adam Muaz pula lebih kepada tunjuk perasaan, takdenya nak pendam pendam bila tak dapat apa yang nak terus mengamuk je tapi sekejap je, senang je dia kembali ceria. But despite of how introvert and reserved Ammar Yusuf is, he talks a lot. Like a lot, to the extend bila dia senyap aku jadi risau. Tapi Adam Muaz ni, memang tak banyak bunyi sangat. Mungkin sebab belum pandai cakap lagi, tapi dia memang senyaaaaappp je buat kerja. Tahu tahu dah bersepah pampers sana sini, bedak bertaburan sana sini T__T 

Adam Muaz is so unpredictable, so cheeky and full of surprise mashaAllah. There was morning I only left him for about 3 minutes on the bed sleeping soundly after having his breakfast, tiba tiba dari dapur dengar bunyi pintu bilik ditolak tolak ke depan ke belakang. Tengok tengok dia rilek je tengah merangkak tolak tolak pintu sambil tersenyum cheeky nampak gigi 8 batang bila masa awak bangun HAH? And he learns very fast too, mungkin sebab dia ada contoh terdekat to push and encourage him to develop faster, his brother. For example, at 10 months, dia dah pandai turun katil/sofa dengan menghulurkan kaki dulu. Sebelum tu dia selamba je turun hulur tangan macam superman adoi seram aku tengok dia ni. Sekarang okay dah, dah macam budak besar.

As any other little brother, Adam Muaz adores his brother so much. He wants (more to insists) to be part of every single thing in his brother’s daily activities. 


EVERY. 


SINGLE. 


THING. 

It’s so hilarious seeing how persistence he is, he never gives up no matter how many times his brother pushed him away. Kadang kadang sampai Abang terpaksa mengalah, layan jelah main dengan Adik sebab dah bosan nak suruh pergi tempat lain. Selalunya bila tengok dia ditolak tolak oleh Abang, baru je kita nak rasa kesian kat dia, tiba-tiba dia panjat and grab his brother’s cheek sampai Abang pula yang menangis. No worries then, he OBVIOUSLY can take care of himself  T__T 


Ada seorang anak, dah cukup seronok dah. Bila tambah lagi seorang anak, keseronokan itu berganda ganda ya Allah. Penat dan kelam kabut juga berganda, tapi selalu juga after a whole day of haywire with the babies (also the parents) screaming, my husband and I akan duduk tersandar kepenatan, looking at each other and laugh, like really laugh, like "Apa benda la kita buat ni.." We're such a hot mess, but this is our happiness :')

Jadi budak baik ye Adam Muaz. You are lucky to have a good role model around you, your father and your big brother who will guide you towards being a good man. And of course, your mother’s unconditional love, that goes without saying ;)


Thursday, March 20, 2014

Perjalanan Mengubah Diri

Semakin meningkat usia, diri kita, tujuan hidup kita, kepentingan dalam hidup kita mesti akan berubah. Contohnya dulu tujuan hidup hanya untuk lulus periksa, bila dah habis belajar tujuan hidup kita nak bekerja bersungguh sungguh jadi pekerja yang baik, bila dah berkahwin tujuan hidup nak jadi isteri solehah, dah ada anak tujuan hidup dan kepentingan semua untuk anak dan keluarga semata.  

Pendek kata, kita mesti akan berubah, sama ada perubahan kita itu menjurus ke arah kebaikan atau sebaliknya. Perubahan itu adalah perlu, dan wajib jika ianya membawa kepada pembentukan diri yang lebih baik daripada sebelumnya.   Aku sendiri rasanya dah lalu pelbagai perubahan. Dan diakui terlalu banyak perkara yang aku terpaksa telan semula kata kata sendiri, bak kata omputih, ‘Eat your own words’.

Ada perkara yang dulu aku sangat suka, sekarang aku langsung dah tak minat.
Ada perkara yang dulu aku rasa tak apa dan boleh diterima, sekarang aku rasa macam tak patut dan perlu diubah. 
Juga perkara yang dulu aku rasa sangat menjengkelkan dan menyakitkan hati, sekarang rasa macam tidaklah apa apa pun, it’s like that the thing is no longer a big deal for me. 

Dulu suka betul bergosip, it's like gossiping is a must. Boring boring, whatsapp kawan, "Takde gosip baru ke hari ni?" (honestly, who doesn’t?). Tapi sekarang rasa macam tak kena di hati bila berbual tentang keburukan orang. It is not easy to stop gossiping, sebab dah jadi macam sebati dengan rutin kita ni bercakap pasal orang. The ugly truth is, talking about others makes us feel better about ourselves. 

Semenjak bertukar kerja yang mana aku tak berapa bergaul dengan orang, (I came early and having breakfast at my desk alone, during lunch hour I spend half of the time pumping milk, and the other half an hour for having lunch, again at my desk, alone), menyebabkan masa untuk bersosial itu hampir tiada. Kurangnya bersosial membawa kepada kurangnya bercakap. Kurangnya bercakap, maka kuranglah dosa mengumpat. Bercakap tentang orang adalah perkara yang paling susah untuk dihentikan, aku rasa semua orang pun setuju. It’s not easy, but it’s possible, bila kita sentiasa ada perkara untuk dibuat. Because usually we tend to talk about others (gossiping) when we have too much free time for ourselves, dah tak ada kerja lain nak buat. Benda ni semua, kalau kita nak, memang boleh je buat. 

Being alone everyday makes me think a lot about life. Apa sebenarnya yang kita kejar, apa yang penting, apa yang berbaloi untuk dipertahankan. Bukanlah sekarang dah jadi baik sangat. As I said earlier, the temptation is still and always there. Bila dengar orang bercerita tentang orang lain, memang rasa tempting nak bagi pendapat. Nak turut serta. Sometimes I manage to avoid, sometimes terlepas juga. But itulah, better start small, daripada tak start langsung. Kan? 

Dulu sebelum kahwin kalau dengar masalah rumahtangga orang lain, memang senang je cakap “Kalau aku dah lama aku tinggal je lelaki macam tu”, “Kenapa kau tak minta cerai je?”. Bila dah berumahtangga, baru sedar semuanya tak semudah itu, soal hati dan perasaan tak semudah itu, soal tanggungjawab dan komitmen tak semudah itu. Menjadi seorang isteri dan seorang ibu, seharusnya kita lebih memahami hati para isteri dan ibu yang lain. 

Setiap rumahtangga ada masalah yang tersendiri dan setiap pasangan memilih pendekatan yang berbeza dalam mengharungi cabaran rumahtangga masing masing. Never judge other people’s marriage; never judge other people’s decision for their marriage. Kita tak tahu apa sebenarnya yang mereka hadapi dan fahamilah bahawa apa yang kita dengar mungkin hanya secebis daripada apa yang sebenarnya terjadi dalam kehidupan mereka. If it happens to the ones you loved, just give an appropriate advice, help with whatever you have and pray hard that they can overcome the situation. The rest of it, just leave it them to decide. 

Memang tak boleh elak ayat sindiran seperti: 

"Dulu kau sendiri yang cakap…..” 

"Dulu kau lagilah teruk..” 

“Dulu kau pun buat juga benda ni kan?…”. 

Mengubah diri sendiri memang susah, sebab selalunya kita lebih fokus pada nak mengubah orang lain. Semua orang la kena berubah, awak je tak payah berubah. 

‘Arrogance will bring you nowhere, because you think you are already there’.  

Aku sendiri pun pernah terima ayat macam ini bila berhubungan dengan kawan lama, “Dulu kau cakap lain…” Yes, dulu lain, banyak perkara yang aku tak suka dalam diri aku yang dulu and I no longer live there. I really want to be a better person now and I’ve foreseen that I have to learn the hard way. Itu bahagia masing masing kan, ada orang memang dari kecil dipermudahkan segalanya dan hanya perlu melalui jalan sedia ada yang sudahpun lurus, ada orang memang dari kecil perlu belajar melalui jalan bengkang bengkok naik bukit turun bukit baru boleh berjaya jadi ‘orang’. Either way, it makes who we are now. Istiqamah is a big word, it’s not easy. But I will try. 



I apologize for everything I’ve said/wrote that have offended anyone in the past. If there are any of you here who thought that I owe you an apology in person, please email me at husnahadzarami@gmail.com and we will sort it out together, once and for all. Thank you.


Wednesday, March 19, 2014

Kali Pertama Potong Rambut

Last 2 weeks we brought both our boys to a barber shop. Sebenarnya aku plan nak biar je rambut budak budak tu panjang, takat paras bahu ke kan. Comel tau! Tapi bukan lah macam style rempit biar ekor je panjang lepas tu dye warna blonde dah kenapa kau ni -___-. 

Tapi dengan keadaan cuaca sekarang yang panas membahang ni, rasa tak sesuai pula. Kesian tengok dia tergaru garu leher bila berpeluh peluh kan. So I finally gave up.

That was our first time bawa anak potong rambut kat luar anyway. Sebab selama ini rambut Ammar Yusuf tu Daddy dia yang potong and always ends up with botak. I’m not a big fan of a bald head actually, rasa sedih bila tengok anak takde rambut. So this time dah pakat pakat nak potong cantik sikit. Biar berfesyen sikit.

A week before that we already talked to Ammar Yusuf about cutting his hair short.

“Abang, nanti kita semua pergi potong rambut tau. Daddy dengan Adik pun potong rambut juga. Barulah cantik.”

“Mummy pun potong ke?”

“Aah Mummy pun potong.”

“Ibu pun potong rambut juga?”

“Yelah ibu pun potong rambut juga.”

“Abang Ipan? Abang Yayah?”

Dah semua mak nenek pula nak disuruh potong rambut  -___-

So when the day came, dalam kereta on the way ke kedai gunting rambut kami dah ulang ulang lagi cakap pasal potong rambut. We emphasized on how he has been a big boy already, how good the Uncle (tukang gunting rambut) is, Uncle baik, Uncle suka Abang. He just nodded and sometimes asked funny questions, overall he looks fine at first. Adik on the other hand is quite restless due to lack of sleep. Silap besar. Should have put him to sleep first :/

Dah sampai kedai tu, we started with Adik. 




Susah rupanyaaaaaa potong rambut budak budak niiiiiii. He never sits still! Ammar Yusuf pula baru tengok Adik potong rambut dia yang nangis lebih lebih takut. When his brother cries, Adik suddenly wants to cry too! Huru hara betul, even masa Daddy potong rambut pun Abang menangis lagi siap tak bagi aku pergi tempat lain, kena duduk sebelah dia je T__T. So memang tak jadilah potong rambut Abang, selesaikan Adik dan Daddy je lagipun rambut Abang taklah panjang sangat cuma bawa dia untuk biasakan diri je.

After about 30 minutes of that embarrassing moment, inilah jadinya.

From this,


To this,


Fesyen rambut ketua pengawas T_T.. Dengan senget bengetnya macam baik aku potong sendiri kat rumah je (annoying mother salahkan barber padahal anak sendiri yang tak duduk diam). Takpe, rambut akan tumbuh semula nanti takpe takpe next time bawa pergi saloon taknak dah pergi mamak takpe takpe (sedapkan hati).


Monday, March 17, 2014

Talking Ammar Yusuf #2

Ayam KFC

Mummy: (Capai tangan dia and gigit) Emmm boleh tak Mummy nak makan ayam KFC ni? Emmm sedapnya ayam KFC… 
Ammar Yusuf: (Ketawa geli hati) Mummy Mummy ni bukan ayam KFC, ni tangan Abang! 
Mummy: Eh! Laaaa.. Mummy ingat ayam KFC tadi! 
Ammar Yusuf: Mummy lupa ke? 

Hehehe innocent betul :') 

Moon 

Suatu malam, dalam perjalanan balik dari rumah mertua, nampak bulan mengambang cantik betul. 

Mummy: Abang look, moon! 
Abang: Wah besarnya moon, honey star pun ada! 

Sepanjang perjalanan dia tengok je bulan tu. Bila dah dekat dekat dengan rumah pun masih lagi nampak jelas bulan tu. 

Mummy: Abang, moon ikut kita la. Macam mana ni? 
Daddy: Moon nak datang rumah kita kot, nak sleep dengan Daddy. Boleh tak? 
Ammar Yusuf: Tak bolehhhhh. Moon dekat luar. Moon tinggi sangat. Tak boleh sleep dengan Daddy. 
Daddy: Tukar la pulak. Moon sleep dengan Daddy, Abang sleep dekat luar. 
Ammar Yusuf: Tak boleh laaaaa. Nanti Daddy dukung moon, pecah moon. 

Moon pun boleh pecah ke?? 

Malu

Pernah satu hari Sabtu tu, Ammar Yusuf bangun bangun tengok Daddy dia dah takde pergi kerja, punyalah dia menangis berdiri kat tingkap panggil Daddy dia. Macam video klip hari raya pun ada, 

"Dadddyyyyy, jangan pergiiiiiii.." -___- 

Bila dia dah bertenang, aku cakaplah. "Abang tak bolehlah cry macam tu, Daddy pergi work je pun. Abang menangis kuat kuat, Uncle sebelah dengar, malu je". 

Malam tu, lepas tidurkan Adik dalam bilik aku pun keluar ke ruang tamu, nak spend masa dengan Abang dan bapak dia pula. Keluar je dari bilik, 

Ammar Yusuf: Haaa ni Mummy. Abang cari Mummy tadi. 
Mummy: Yeke? Abang cry tak cari Mummy? 
Ammar Yusuf: Abang tak cry. Nanti uncle sebelah dengar, malu la Abang. 

Tahu pun! -__- 

Sayang Mummy 

Mummy: Abang sayang Mummy tak? 
Ammar Yusuf: Sayang! 
Mummy: Banyak ke sikit? 
Ammar Yusuf: Abang sayang Mummy sikit je, secubit je (jari buat gaya secubit) -__- 

Kiss Mummy 

Mummy: Abang sini la kiss Mummy, pleaseeee. 
Ammar Yusuf: Abang dah kiss Mummy banyak dah dulu. 

Tu pun nak berkira!

Abang Ada Duit 

Budak ni selalu pandai pandai berjanji, contohnya kalau biskut habis, or cereal habis. Bila nampak Mummy macam kecewa tengok benda tu dah habis, mesti dia berjanji akan belikan (padahal bukannya kecewa pun biasalah Mummy kau Drama Queen). Satu hari tu Honey Stars habis. Macam biasalah dia.. 

Ammar Yusuf: Nanti Abang belikan eh, Abang pergi Tesco Abang belikan Honey Star. 
Mummy: Abang ada ke duit nak beli? 
Ammar Yusuf: Abang pergi dengan Daddy la. Daddy ada duit banyak, Abang ada duit satu saje. 

Nasib baik dia cakap pergi dengan Daddy, sebab Mummy pun ada duit satu saje hehehe. 

Malam semalam dia main berlakon berlakon, props lakonan dia biasalah, bantal peluk jadi gitar, Lego dia jadi nasi ayam. Mula mula berlakon cuci kereta (huru-hara sebab Adik pun nak 'tolong' cuci juga), lepas tu pergi main golf (overnya tukang cuci kereta boleh pergi main golf - __-") lepas tu jadi Doktor pula. Kami yang lain lain ni terpaksa la jadi watak sampingan dalam ‘cerita’ dia. 

Mummy: Doktor, saya sakitttt. Boleh tak doktor urut kepala saya? 
Ammar Yusuf: Awak sakit ke? Nanti doktor buatkan coffee ye? (wah bagusnya servis doktor ni siap buatkan coffee) 
Mummy: Tapi, coffee kan dah habis? 
Ammar Yusuf: Coffee dah habis. Milo je ada. Nanti doktor pergi Tesco beli coffee ye? 
Mummy: Doktor ada ke duit nak beli? 
Ammar Yusuf: Doktor ada duit raya banyak tau. 
Mummy: Yeke? Saya ingat doktor ada duit satu saje. 
Ammar Yusuf: Doktor ada duit raya banyak, Mummy ada duit raya banyak. Daddy yang ada duit raya satu saje. 
Mummy: HAHA siapa bagi doktor duit raya? 
Ammar Yusuf: Daddy la bagi. 

Alamak kesiannya Daddy bagi duit raya kat doktor sampai tinggal satu saje :)))) 

Haaaihh this little man :')




Wednesday, March 12, 2014

Putting Away Your Phone

As most of new parents nowadays, I was also one of the obsessed mom who loves taking pictures and recording videos of my kids almost at all times. 

Sebab, rasa macam sayang kalau tak rekod. 
Rasa macam benda ni perlu untuk simpanan hari tua. 

Memang tak dinafikan, ada betulnya juga. Sebab kadang kadang bila tengok video Ammar Yusuf masa baby dulu, memang rasa macam tak rugi kita rakam dan simpan. Sangat menghiburkan hati, penuh dengan nostalgia. Cuma yang jadi tak berapa elok, bila keinginan kita untuk mengumpul kenangan masa depan itu merosakkan saat bahagia yang patut kita kecapi sekarang. You know, masa ini kita sepatutnya spend masa sepenuhnya dengan dia, tapi kita lebih sibuk ambil gambar, rakam video. 


Bila tangan kita sentiasa pegang telefon bimbit, bilanya yang kita benar benar ada eye contact dengan anak? Bila masanya yang kita benar benar ada sentuhan dengan anak? Bila masanya yang kita benar benar ketawa, bermain dan memeluk anak? Ikhlas ke kita dengan anak, apabila semua yang kita buat lebih pada untuk tontonan umum, bukan untuk kita dan dia sahaja? 

Kadang kadang ada waktu tu kita dah elok dah main dengan dia, spend masa dengan dia, tiba tiba anak buat sesuatu yang rasa macam terlampau comel, atau terlampau bijak, atau terlampau kelakar, masa tu cepat je tangan kita capai handphone dan ambil gambar/video. Padahal sepatutnya ketika itu kita berlari peluk dia, atau ketawa bersungguh dengan dia, atau bersorak memuji dia. Secara tidak sedar kita telahpun merosakkan ‘moment’ bahagia itu. Selalu terjadi macam tu kan? 

Rasanya memang inilah cabaran ibu bapa zaman sekarang, zaman teknologi. Kita rasa rugi kalau tak rakam dan tunjukkan pada dunia, rugi kalau benda kelakar dan comel seperti ini kita tak simpan, lalu kita hilang ‘exclusivity’ hubungan kasih sayang ibu dan anak. Itu baru bab upload gambar, lepas tu nak balas comments pula, kemudian rasa nak tengok Twitter, berbalas 'Mention' pula. Kesian kat anak tu... seharian tunggu kita balik kerja, only to realize that they have to compete with our gadgets to get our attention :'(

Aku sedar perkara itu, bila terbaca komen pada Instagram seorang blogger terkenal, “Semua benda dia nak tunjuk, setiap masa dia upload gambar, bila masanya yang dia betul betul spend quality time dengan anak dia?”


Terus rasa tertampar. Lalu semenjak sebulan yang lalu, itulah azam baru aku. Selepas seharian di pejabat, masa di rumah aku cuba habiskan SEPENUHNYA untuk anak. So kalau yang follow Instagram aku tu mesti perasan dah sangat jarang upload gambar anak. Sebab dah jarang ambil gambar pun. Mungkin tak boleh stop sepenuhnya, for a photo-addict like me the temptation is so hard to resist! But I try anyway. 

Hampir sebulan aku praktikkan, hasilnya sangat menakjubkan ya Allah.. Bila kita jauh dari handphone, kita lebih banyak eye contact dengan anak. Sebelum ini bila anak cakap dengan kita, walaupun kita respond pada dia tapi mata macam lebih pada handphone, sebab nak rakam kan? Bila kita jauh dari handphone, bonding kita dengan anak adalah lebih ‘real’, lebih ‘genuine’.. Sentuhan lebih kerap, fokus kita 100% memang untuk dia. Memang nampak perubahan ketara, anak jadi lebih mendengar kata, anak jadi lebih ceria, anak jadi lebih seronok bersama kita. Tiba tiba jadi lebih manja, makin kerap kiss Mummy, hug Mummy. You know... 

Kesannya bukan sahaja pada anak, malah pada diri kita juga. Kita jadi lebih tenang, jadi lebih bertenaga walaupun penat. Kita jadi lebih positif dalam menangani masalah, and all the stress we used to have is suddenly manageable. Mungkin semua ini berkait dengan radiasi telefon bimbit, atau ini semua kesan psychology apabila fokus kita lebih baik, hubungan dalam keluarga menjadi lebih baik lalu memperbaiki tahap emosi sekaligus meningkatkan kesihatan. Nampak tak? 

I should have started earlier *sigh*... 

But for the time being I couldn’t really stop (like no photo at all in a day) honestly, because you know taking photos and videos is really fun! Just be moderate, berpada-pada, prioritize. Life is actually a lot more meaningful without all the technologies, maybe you can try staying away from social media for a while, the effect is so significant! Kids do not stay small forever anyway, embrace the present moment :)


Saturday, March 1, 2014

Being a Mom

Being a mom is not always pretty, we are just human being. We get angry, we get frustrated, we get furious, we say something we shouldn't say, we even think of something we shouldn't think of too. Because we're just human being. 

Sometimes we want to be the kind of parents we never had, and we want our children to be the kind of children we never were. Even if it is too much to ask, we still want things to be perfect. There were so many times that I feel I have failed. When Ammar Yusuf refuses to eat his vegetables, when he pushes his little brother away, when he decided to make a scene in a barber shop eventhough he's already promised to be nice and let Uncle cut his hair, when he screams his lungs out to get something... I have failed. And of course at that moment I forgot to remind myself how he has been such a good boy all these while. And I forgot that he's barely 3 years old.

Being a mom, changed me a lot. But there's always a time that I wish I can do better. I wish I can be more patient. I wish I never said that. I wish I didn't do that. Not a single day passed without me thinking of being a better mom. To allocate more quality time with my children, to ensure that I won't missed a thing in their development, even if it seems impossible, being a working mom.

At this moment of time, seeing my 3 boys sleep soundly (including the big one), I suddenly feel like there's a big lump in my throat. What have I done... 

Have you ever encounter this kind of mixed-feelings?