Monday, February 24, 2014

Losing Weight After Second Birth

Mengandung kali kedua, berat badan aku naik lebih banyak berbanding mengandung anak pertama. Ini diakui oleh Mama sendiri, orang yang paling jujur mengeluarkan pendapat bila bercakap pasal bentuk badan walaupun tanpa diminta -___- 


My last weight before I deliver Adam Muaz was 78kg. Hah gambar atas ni exactly sebelum bersalin. Lagi 2kg nak 80kg gilaaaaaaa. Untuk ketinggian I yang 1.62 meter ni, my normal weight is 55kg, and my weight before I get married was 50kg but I try not to be too ambitious so I just keep my target on my normal weight. 

The first time I weigh myself after I deliver Adam Muaz, it was 68kg. I loss only 10 freaking kilograms and it’s not good. Masa berpantang kat rumah Mama I was already being lectured on how we women should take care of our body, should not get fat, should always look pretty wuuuu T__T 

I don’t like being fat (siapa je yang suka?). I have seen so many people keep preaching how we should embrace our body no matter what size we are, but unfortunately it doesn’t work for me. How can you be happy when you’re not healthy? Don’t get confused with fat and curvy, curvy is always nice, but not fat. Fat is usually associated with many kind of health problems, don’t get too comfortable being overweight, please. 

Tapi walau macammana eager nak kurus pun, aku taklah berdiet secara extreme. 

First, I’m lazy. 
Second, extreme diet can stress me out even more and being stress wouldn’t help you to reduce weight. 

Aku cuma berusaha dengan cara yang lebih menggembirakan, kurang stress and Alhamdulillah agak berkesan untuk menurunkan berat badan. 

Makan 

Aku tak boleh kurangkan makan, tapi aku kurangkan makan apa yang tak perlu. Sebelum ini, rutin makan aku bermula dengan breakfast (and being a Kelantanese, I love heavy breakfast i.e nasi lemak/nasi kerabu). Pukul 10-11, snacking pula (sebab office aku sebelah je dengan grocery store so seronok je aku lari keluar kejap beli jajan -__-), 12.30, heavy lunch, and then follows with snacking lagi and malam at 8pm will be dinner. 

Tapi, sejak follow Twitter Islamic yang asyik post gambar budak budak serata dunia yang mati kebuluran, minum air dari longkang, makan bangkai binatang, berebut berbunuhan untuk sesuap roti, aku rasa malunya nak makan secara berlebihan. Memang malu, rasa bersalah, setiap kali terasa nak mengunyah padahal baru je lepas makan, aku terbayang gambar gambar tu terus hilang selera. Rasa kesian, rasa berdosa juga. Benda tu juga yang aku selalu cakap dengan Ammar Yusuf bila dia taknak makan, “Kat tempat lain ada baby tak ada makanan pun nak makan tau, Abang ada makanan, Abang taknak makan.” 

Do you know that currently Malaysia has the highest obesity rate in South East Asia and is ranked sixth in the Asia-Pacific region? 16.8 juta rakyat Malaysia berada dalam kategori berat badan berlebihan tau! Orang lain mati tak cukup makan, kita mati kerana terlebih makan. Diabetes, sakit jantung, darah tinggi, semua ni penyakit terlebih makan tau. 

Cubalah kurangkan makan, makan bila perlu, berpada pada. Tapi aku tak boleh skip makan, I have to eat because I still breastfeed my baby. Tapi beragak sikitlah. Buruk sebenarnya perempuan asyik mengaku kuat makan, siapa tak suka makan tapi kita bukan hidup untuk makan, kita makan untuk hidup. So no  more snacks in between meals, no more junkfoods. And I cook a lot uolss jangan tak tahu haha. Belum sampai ke tahap eat clean lagi, tapi ada dah sikit sikit ke arah tu. 

Swimming 

Learning to swim last 2 years, is the best decision I ever made. I really enjoy swimming, first time in my life yang I tak sabar sabar tunggu hari nak bersenam, padahal sebelum ini bersenam bukanlah sesuatu yang menyeronokkan bagi aku, penat, berpeluh, sakit otot dan sebagainya. Selalu rasa nak cheat, rasa nak bertangguh. 


Tapi berbeza sangat dengan swimming. Swimming reduces my stress. Swimming reduces my headache. Swimming increases my confident level. Walau penat macam mana pun after work, aku tetap bersemangat nak pergi swimming. Berada di dalam air, membuatkan aku rasa ketenangan yang tak dapat digambarkan. Aku rasa bebas, rasa segar sangat. 

Buat masa ini kami hanya mampu pergi berenang seminggu sekali sahaja, which is on Friday night. Dah cakap, dah berbincang dengan Kak Ha, yang setiap Jumaat kami akan ambil lewat 2 jam daripada biasa. InshaAllah bila anak dah besar sikit nanti, kami akan bawa sekali anak anak. Best, sebab situ ada kolam kanak kanak juga, dan ada juga jurulatih untuk kanak kanak. InshaAllah. 

Breastfeeding 

Yang ini, mungkin kesannya tidak besar dan tidak ketara, tapi semua orang tahu kan yang breastfeeding juga membakar kalori? So far aku hanya pam 3 kali sehari, which is in the morning at 6am, during lunch time at 12.30pm and right when I arrived home, at 6pm. Nampak tak gap nya berapa lama? So disebabkan gap yang terlalu panjang, susu pun dah tak berapa banyak tapi I teruskan juga pam, sampai ke titisan terakhir inshaAllah. Bukanlah sebab nak kurus pun, but I just love breastfeeding, the bonding we have during breastfeeding is just, indescribable. I feel needed, I feel important :') 

Ephyra 

Aku dah ambil Ephyra semenjak dalam pantang lagi, kemudian stop sekejap, dan sekarang dah hampir 2 bulan sambung semula. Motif asal ambil collagen ni sebab nak kulit cantik (tapi tak cantik pun tengok zzzzzz) dan untuk tenaga sebenarnya, tapi aku perasan Ephyra ni buat aku kurang lapar. Sebelum ni, belum 12.30 dah kebulur semacam. Dahlah sebelum lunch aku pam dulu, lagilah lembik semacam lepas tu. Kini tidak lagi! HAHA. Entahlah, kadang kadang aku rasa semua ini mindset semata. Aku ni semuanya nak mindset. Yelah, minda kita kan lagi powerful dari fizikal. Kadang kadang benda tu di luar keupayaan fizikal kau, tapi bila minda cakap boleh, kita tetap boleh buat. Perasan tak? 

Taking care of 2 boys 

HAAAAA aku rasa inilah punca sebenar penurunan berat badan! Jaga dua anak lelaki… ya Allah, tak tahulah macam mana Mama jaga 8 orang anak deret deret, aku jaga dua orang pun dah semputtttt! Ammar Yusuf tu okay lagi dah mendengar kata, dah faham arahan. Adam Muaz tu, dia bangun je tidur, takde menggeliat ke warm up ke apa, terus MEMANJAT!! Terus meluru merangkak! Geram aku budak ni. Selagi dia tak tidur, tak ada maknanya aku boleh bersenang lenang bermalas malasan, sentiasa nak kena kejar dia, sentiasa nak kena membuntuti dia T___T. Itu bab kejar dia, belum bab dukung dia lagi. Dukung anak pun bakar kalori tau! Sekarang ni kat rumah sentiasa kena pasang aircond, berpeluh peluh tahu tak jaga anak ni HAHAHA. Keletihan yang memuaskan. Haaa so kalau korang lepas bersalin anak pertama rasa macam susah nak turun berat badan, try having another baby. Bila anak dah lebih dari seorang, memang confirm senaaaaang nak kurus HAHAHAHA. 


So well, berapa berat badan sekarang? 

Belum back to normal lagi, baru 56.5kg. Tapi okaylah kan. Slow and steady, biar lambat asalkan sihat. Daripada turun drastik tapi badan tak tone, tak fit, tak sedap sedap bak kata orang. For now I will just to continue what I'm doing now, cuma mungkin bab pemakanan tu nak kena improve lagi. Nak cuba eat clean, jaga dalaman kita. I drink a lot of plain water too, hantu air masak aku ni, jarang sangat minum air sejuk sekarang ni. Dah tak minat la, carbonated water lagilah almost tak sentuh dah sekarang. My husband and I, we want to try our best to take care of our health, sebab kalau boleh taknaklah susahkan anak anak bila dah tua nanti. Beringat sementara sihat kan? 

Jomlah, keluar dari zon selesa kita, hanya kita yang mampu mengubahnya ;)


Wednesday, February 19, 2014

Epidural, or Not?

Kali pertama mengandung dulu, dari awal lagi aku dah setkan dalam fikiran nak ambil epidural masa melahirkan nanti. Padahal bukan tahupun sakit bersalin tu macam mana, cuma tahu melahirkan anak memang sangat menyakitkan. I’ve read a lot about epidural from several websites (whether or not the sources are reliable, that’s something we need to consider too) and have been consulted a lot about epidural by my sister (who is an anesthesiologist) who also opted for epidural when she gave birth to her children. 

So when I was admitted to labour room after my water broke, I was asked by the anesthesiologist there (who is my cousin-in-law) if I wish to receive an epidural. I was just 3cm dilated at that time and the contraction is still bearable so I was quite reluctant at first, but soon after she said “Nanti akan lagi sakit tau!”, I terus cakap “Okay okay, nak epidural”. 

She then asked me to sit with my back facing her, dan dia suntik something at my backbone (kot), rasa macam kena karen kejap tapi taklah sakit sangat macam yang diceritakan orang. And poof! Hilang terus rasa sakit. Serious hilang! Best sangat perasaan masa tu. Apa yang I faham, epidural ni berfungsi untuk menghalang rasa sakit sampai ke otak. Means contraction tu still ada dan makin kuat, tapi since epidural dah block the nerve signal tu dari sampai ke otak, kita tak rasa sakit pun. 

They said sepatutnya epidural works until kita betul betul nak bersalin dan bahayanya epidural ni adalah kerana dengan tiadanya rasa contraction menyebabkan kita tak ada urgency nak push baby keluar, walaupun dah 10cm dilated. Tapi ianya tak berlaku pada aku. At 7-8cm dilated I already feel a very strong contraction, banyak kali la panggil nurse suruh check bukaan and still 8cm, banyak kali call Kakna suruh call anesthesiologist kat sini suruh increase dosage of epidural sebab ya Allah, tak tahan sangat! I was alone at that time so I only depend on my sister, on the phone T_T. They did increase the dosage anyway, tapi tak berkesan langsung. Kakna cakap, kemungkinan besar masa aku kononnya baru 7-8cm dilated tu, I actually dah 10cm tapi nurse tu tak pandai check kea pa entah. 

During labour, I still feel the urge to push but fail many times sampai I dah kehabisan tenaga, so they decided to use vacuum to help the baby out once the baby’s head is visible. So that’s it, Ammar Yusuf was bornt, spontaneous vaginal delivery with vacuum. 

Pernah terbaca, pengambilan epidural membuatkan proses bersalin tu delay lebih lama, mungkin betul sebab proses bersalinkan Ammar Yusuf memang lama. Tapi boleh jadi disebabkan faktor kelahiran pertama, sebab dengar pengalaman bersalin orang lain pun untuk anak pertama memang lama dan lebih susah. 

Pernah baca, pengambilan epidural ada side effect pada baby, because epidural is one kind of drug if I'm not mistaken, tapi tak tahulah kebenarannya macam mana. Pernah dengar orang cakap, pengambilan epidural boleh mengakibatkan sakit belakang berterusan in future. Yang ni bagi aku, too subjective la. Sakit belakang can happen to anybody. Salah tidur boleh sakit belakang, angkat barang berat dengan cara yang salah boleh sakit belakang. Depends pada rutin dan diet harian juga.

Pernah juga baca, pengambilan epidural membuatkan kita tak ada pressure untuk teran thus instrumental delivery (vacuum, forceps) has to be involved, yes I have to be assisted with vacuum, tak pastilah kalau ianya adalah side effect of epidural sebab aku memang kurang tenaga because if you remember it was Ramadhan and I haven't eat anything (except Sahur), cuma sejak awal dah dimasukkan air dalam badan la. Dan aku juga tak pasti disebabkan kesan vacuum tu ataupun sebab pattern dia tidur masa awal awal kelahirannya (dia tidur meniarap), kepala Ammar Yusuf agak loncong sedikit. Mula mula rasa macam pelik je tapi bila Mama cakap “Kepala macam tu la cantik!” so, okaylah. Dan yes, episiotomy lebih sakit compare to anak kedua. Lambatnya nak sembuh, tapi mungkin disebabkan cara aku berpantang juga. Other than that, Alhamdulillah everything is fine. 

For my second baby, I memang confident nak ambil epidural. Patut request awal awal, tapi dah dilate 5-6cm baru nak minta, only to hear the doctor said, “Sini tak pernah ada epidural puan. Tak pernah.” Gilaaaa mana aku tahannnnnnnn!! At 7cm dilated (maybe dah tak tahan dengar aku asyik minta epidural), they decided to pecahkan air ketuban and zasssss terus 10cm! Terus dikejarkan ke labour room, terus suruh teran bila when the contraction comes. 

This time is a lot better, mungkin sebab dah anak kedua, or mungkin sebab suami ada bersama. Tapi masih failed juga bab teran baby, kejap keluar kejap masuk kesian Adik. But Alhamdulillah, I managed to deliver my second baby totally natural, no epidural, no entonox gas, no vacuum/forcep whatsoever. Rasa macam bangga la masa tu, I’m actually strong enough to bear the pain. Lepas bersalin, tak sampai sehari dah boleh discharged tak payah nak stay hospital lama lama. 

Masa berpantang juga lebih mudah, jahitan episiotomy tu cepat je sembuh (mungkin sebab makan Ephyra + vitamin C + habiskan semua vitamin doktor bagi), 2 minggu je aku di bawah jagaan ibu bapa, lepas tu dah balik rumah sendiri uruskan 2 orang anak. 

Nevertheless, for the next baby (which might be 10 years from now HAHAHA), if you asked me whether or not I’m going to use epidural, I will still consider it as a better option. If my friend is asking for my opinion, I will still encouraging her to go for epidural. It’s just my personal opinion though, knowing how painful the labor pain is. Tak paksa untuk setuju pun. Dah ada kemudahan untuk kurangkan sakit, why not? Benda benda perubatan macam ni sebolehnya jangan bergantung pada sumber dari internet saje, because we never know if it is reliable and trustworthy. Kena banyak baca dari buku, refer pada doktor pakar. Tapi yang boleh tahan without epidural, janganlah judge orang lain yang pakai epidural. Yes I get it you’re strong blablabla, get over it please. It’s our personal choice anyway. 

For me, tengoklah macam mana. Epidural has always been my preference, tapi manalah tahu mengandung dan melahirkan anak ketiga nanti lebih dipermudahkan, maybe I can survive without epidural lagi, who knows? ;)


Friday, February 14, 2014

Merancang Kewangan Dalam Rumahtangga

Duit. Topik yang boleh dikatakan sangat sensitif di dalam rumahtangga. Dah berapa banyak pasangan yang bertelagah kerana duit, dah berapa banyak perkahwinan terlerai kerana duit. Perancangan kewangan di dalam rumahtanga adalah isu besar dan sangat penting, janganlah sesekali dipandang mudah. 

Lain pasangan, lain cara pengendalian kewangannya. Apa yang baik untuk Kamarul dan Suzy, tidak semestinya baik juga untuk Badrul Hisham dan Mariana. Bila dah berkahwin ni, rasanya elok kalau ada satu sistem dalam mengendalikan kewangan. Kena ada seorang yang atur, or at least initiate the system. Selagi ada sistem, inshaAllah segalanya akan baik. Tak kiralah siapa menyumbang lebih banyak dalam rumahtangga. Because based on my observation, couples tend to argue a lot about financial, when they have no system at all in managing the finance. Mereka guna system ‘Faham Faham Sendiri’. 

Isteri fikir suami sepatutnya bertanggungjawab keluarkan segala belanja. Isteri fikir suami patut faham faham sendiri akan tanggungjawabnya. Suami pula fikir isteri tahu pendapatan bulannya taklah besar mana, suami fikir isteri patut faham faham sendiri yang dia perlu membantu meringankan bebannya. Kedua-duanya anggap masing masing dah faham faham sendiri, lalu memendam rasa, pendam pendam pendam, lama lama MELETUP! 

Konsep 'Faham Faham Sendiri' ni…. rasanya dah tak berapa boleh pakai lah sekarang. Dalam hal kewangan, tak ada istilah faham faham sendiri. Kena atur, kena jelas. I have seen so many broken relationships due to financial issues. They never talk about it with each other, talking about financial with the husbands is so taboo, sangat mencalarkan ego suami. Well sorry sir, ego, is not going to pay the bills. Work it together, there’s always a way to live happily and sufficiently, walaupun gaji you both sedang sedang aja. It’s Financial Management

Dalam kehidupan kami, menyedari kami berdua datang dari keluarga yang sederhana sahaja, maka perancangan kewangan ni memang tak boleh tidak ada. Kami ada sistem kami sendiri, yang ingin aku kongsikan secara lebih kurang di sini untuk adik adik yang baru berkahwin atau merancang untuk berkahwin. Perlu diingatkan bahawa ianya tidak semestinya berkesan untuk semua pasangan tapi Alhamdulillah, walaupun hidup kami tak semewah orang lain dan kami hidup sendiri tanpa bergantung pada keluarga, jarang sekali isu kewangan menjadi masalah besar dalam rumahtangga kami. 

What I did was, seminggu selepas kahwin, dah masuk rumah baru, suatu malam tu aku bawa buku, pen, dan kalkulator, I called H to sit next to me. 

“Let’s talk about financial management” 

H masa tu, tergamam jugalah hehe. Sebab macam hasty sangat kot. Ye tak dinafikan that it can be awkward too, but it turns out fine anyway. Perkara pertama sekali yang kami buat, senaraikan segala benda dalam rumah/kehidupan seharian yang menjadi kegunaan bersama dan perbelanjaan bulanan berdasarkan tiga kategori. 

Kategori #1: Kegunaan bersama 

Utility bills (bil air, bil eletrik, Astro) 
Barang dapur (beras, minyak, barang basah seperti ikan ayam daging sayur, bawang segala, etc) 
Keperluan asas di rumah (Penyapu, segala sabun, ubat gigi, penyangkut baju, etc) 

Kategori #2: Perbelanjaan peribadi 

Ini adalah apa segala hutang/komitmen yang kami bawa dari zaman bujang. Antaranya: 

Installment kereta 
Installment rumah 
Hutang belajar 
Perbelanjaan harian (minyak kereta, breakfast and lunch at the office) 
Insurance 
Simpanan peribadi 
Sumbangan untuk ibu bapa/adik beradik 

Kategori #3: Others 

Ini adalah untuk perbelanjaan yang tidak tetap i.e. special occasions seperti lunch date, holiday trips, etc. 

Dah siap senaraikan semua yang perlu, kami letak jumlahnya pula. Biasanya yang jadi masalah sikit adalah Kategori #1, sebab jumlahnya tidak tetap so we have to estimate how much it will cost monthly. Jumlahkan semuaaaa untuk Kategori #1, dan untuk Kategori #2 boleh jumlahkan sendiri sendiri la. Means aku jumlahkan perbelanjaan peribadi aku, dia jumlahkan perbelanjaan peribadi dia. Untuk Kategori #3, tak ada perbelanjaan tetap yang diletakkan tapi dah mutually agreed whenever it is necessary, the cost shall be borne by *ehem* husband *ehemmmm* :D 

And here comes the awkward moment; how much we should contribute for Kategori #1. Since he makes more money than I do, of course he has to contribute more HAHAHA that goes without saying. But we make it clear though and we set a certain amount to be contributed by each person secara tetap setiap bulan. It has to be mutually agreed, we asked each other if the amount is acceptable then only we proceed. We work with this system from the first month of marriage until now. Setiap kali awal bulan, Menteri Kewangan (akulah tu hewhew) akan collect bahagian masing masing dan masukkan dalam satu wallet khas untuk Kategori #1 sahaja. It is a lot easier, setiap kali nak keluar pergi beli barang untuk dapur contohnya, bawa siap siap wallet khas tersebut je. Kalau duit itu habis sebelum cukup bulan, we'll discuss and contribute additional amount without disturbing next month punya expenses, otherwise it will go haywire. 

Untuk Kategori #2 pula, elok jika masing masing tahu apa yang ditanggungi oleh pasangan, walaupun ianya untuk peribadi. Ini adalah supaya isteri boleh faham apa tanggungan suami, dan suami boleh faham apa tanggungan isteri. Janganlah tipu tipu, sorok sorok. Sebab pernah berlaku pada orang yang aku kenali, isteri beria ia tolong suami sampai tak ada allocation pun untuk diri sendiri, rupa rupanya gaji suami dia jauh lagi besar daripada yang disangka. Kesianlah. It’s good to be transparent when it comes to financial issue, cukup sekadar ambil tahu sahaja. I never question his personal expenses though, same goes to him. 

As I said earlier, lain pasangan, lain cara pengendalian kewangannya. Ada isteri, dia dah tetapkan dia takkan keluar duit satu sen pun dan suami wajib tanggung segalanya. If her husband is fine with that, okay je, dah rezeki dia kan. Ada pasangan, dia setkan suami bayar sewa rumah, isteri bayar barang dapur. Or suami bayar installment kereta (for those who share the same car), isteri keluar duit untuk anak anak. It is good also, tapi aku suka something yang jelas dan jumlah yang tetap, sebab aku perlu atur dengan jelas kewangan aku. Yes I’m such a rigid and boring person like that but I have to, because I have my own commitment too. 

As time goes by, perbelanjaan sudah tentunya akan bertambah. Dah tambah water filter, air purifier, Unifi.. aku beli rumah sendiri, H tukar kereta baru. So of course the budget has to be revised accordingly. Bila dah ada anak, dah bertambah satu lagi kategori. 

Kategori #4: Anak 

Gaji babysitter 
Diapers 
Susu formula 
Pakaian dan toys anak 

We used the same system as well; out of the total amount, I will be contributing roughly half of the amount contributed by my husband. Other than that, H is also responsible for their monthly savings and insurance/takaful. He opted for Auto-Debit everymonth until both our sons reach 21 years old, if I’m not mistaken. He also responsible for any emergency cost due to our children's health problem. So kena sentiasa ada some allocation for emergency. Itu secara lebih kuranglah, tidak termasuk perbelanjaan lain yang rasanya tidak perlu disenaraikan di sini. 

What I’m trying to say is, it is crucial to have a financial system in your marriage. Financial conflicts can cause major problems in relationships - including divorce, if it has not been sort out at the earliest stage. Yes admittedly there were the days yang kita tak ikut pun kategori yang dah ditetapkan tu; like I don’t mind spending my own money for my kids clothes, toys and sometimes I spend for my husband too. Begitu juga dengan dia, banyak perkara yang sepatutnya under our sharing expenses, tiba tiba dia decide "Takpe takpe, Abang bayar". Banyak juga benda yang tidak dikategorikan pun, bosannya kalau semua pun nak kena specify in which category -___-. Those categories act as guidance in managing your finance so that you have a clear picture of what is important and what to prioritize in your life. Prioritizing is extremely important. Ada jenis orang yang hutang keliling pinggang, hutang belajar menimbun tak bersentuh, tapi setiap masa nak pergi bercuti, shopping barang berjenama. My husband and I, we both memang sangat strict bab bayar hutang ni. Live within your means, biar tak mewah asal hutang makin susut. We also have targeted by certain age, we are going to live a debt-free life. Selesai semua hutang. Best kan? 

I’m not telling you that you have to be so calculative towards your spouse, it’s always noble to help your husband, but you have to do it with system. Do it right, do it smart. Some people can be so stingy, some people can be too generous. I (try to) choose to be in the middle. Being too stingy or too generous does not make you a better wife anyway. Neither makes him a better husband too. Cuba untuk bersederhana dalam segala benda. Of course, it works lot better if you’re not only sharing the financial burden, but also be able to work hand in hand in managing the house chores as well. Janganlah dah isteri penat penat bekerja tolong ringankan beban kewangan suami, bila kat rumah isteri lagi kena penat penat uruskan rumahtangga sorang sorang, suami habis kerja sedap melingkar depan TV tunggu dinner siap. Kesianlah isteri tu. For that I can never be grateful enough for having a husband yang sangat membantu dalam kerja rumah, sangat membantu menguruskan anak anak. Alhamdulillah, maybe that’s my ‘rezeki’ ;) 

What most important is honesty and communication. You are going to live with each other for a long time, make it works in every way. Any system in which the partners are open about their money habits is a good one.