Thursday, October 9, 2014

PTPTN Lagi??

Kecoh sekejap di Twitter tentang ini hari ini.


Aku tak faham, memang betul betul tak faham dengan orang yang boleh hidup selesa dalam keadaan hutang tidak dilangsaikan. Yang boleh bergembira bersuka ria dalam keadaan masih ada hutang yang mampu dibayar, tapi diabaikan. 

Kenapalah kamu tidak berpijak di bumi yang nyata. Dulu, aku juga sakit hati, sakit hati dengan PTPTN yang dirasakan seperti Along Berlesen, terasa ridiculous charges yang dikenakan setiap bulan, tapi lebih sakit hati pada diri sendiri yang terpaksa bergantung pada PTPTN untuk menghabiskan pelajaran. Tapi, sakit hati macam mana pun, aku masih tetap bayar mengikut jadual setiap bulan. 

Memang merepeklah kalau tak bayar sebenarnya, sebab jumlah hutang kita bukannya kekal seperti itu apatah lagi berkurangan, malah ianya akan bertambah setiap bulan selagi kita tak bayar ataupun bayar dengan jumlah kurang daripada apa yang telah ditetapkan dalam jadual, kerana kadar faedah (they called in ‘Kos Pentadbiran’ whatevs it looks like an ‘interest’ to me) yang dikenakan tidak akan berkurangan selagi kita tidak mulakan pembayaran mengikut jadual. 

Contohnya seperti ini (FYI, aku tidak buat benda ‘ujrah’ tu. I have my own reason). 


Ini adalah penyata aku pada tahun 2011. Bahagian Kredit dan Baki aku dah tutup, tak payahlah tahu aku bayar berapa dan baki tinggal berapa, tapi kalau gigih nak kira juga suka hati kaulah. 

Okay tengok bermula Januari bulan 1 sehingga bulan 8, walaupun aku sudah bayar sedikit sedikit mengikut kemampuan, the interest is still the same, RM37.50. Ketika itu aku sangka asal bayar je sudah boleh, rupanya tidak, kita kena bayar mengikut jadual yang ditetapkan dari awal. Dari kita habis belajar. 

Contohnya sepanjang 2010 kamu TIDAK PERNAH BAYAR LANGSUNG sedangkan kamu sepatutnya bayar RM100 setiap bulan bermula Januari 2010, jadi kamu tidak boleh bayar mengikut jadual bermula 2011, kamu harus selesaikan hutang untuk tahun 2010 secara lump sum terlebih dahulu kemudian barulah boleh bayar mengikut jadual pada tahun 2011. 

Tak faham? Begini, jika kamu membuat keputusan untuk mula membayar PTPTN pada Januari 2011 dan kadar ansuran untuk Januari 2011 adalah RM120, sedangkan kamu tidak pernah langsung bayar sepanjang 12 bulan tahun 2010 yang mana ansuran setiap bulan adalah RM100 (Januari – Disember 2010), maka pada bulan Januari 2011 kamu haruslah membayar RM100 x 12 = RM1,200.00 + 12 bulan interest sepanjang 2010 + ansuran untuk bulan Januari 2011. Bulan Februari barulah boleh bayar RM120 mengikut jadual dan begitulah seterusnya. 

Kalau kita tidak buat seperti ini dan kita tetap bayar kurang daripada yang sepatutnya, kadar faedah tu tetap tidak akan berkurangan. Seperti gambar di atas, hanya selepas bulan 9 barulah kadar faedah itu mula berkurangan, sebab aku dah selesaikan semua hutang sekaligus untuk bulan/tahun tahun sebelumnya. 


Dan ini adalah penyata terkini, tahun 2014. Lihat sahaja kos pentadbiran, daripada RM37.50 (diploma) dan RM40.42 (ijazah) pada tahun 2011, sekarang hanya tinggal RM24.17 (diploma) dan RM33.27 (ijazah). Kiralah berapa banyak yang kita sudah bazirkan jika sampai sekarang pun kita masih tidak melangsaikan hutang pada tahun tahun sebelum ini? 

Aku sudah tidak marah lagi pada PTPTN. Aku sudah boleh menerima yang aku terpaksa bergantung pada PTPTN lantaran kemampuan keluarga dan kemalasan aku untuk belajar dengan lebih tekun untuk melayakkan diri dibiayai biasiswa JPA. I’ve get over it already. Aku sudah buat perkiraan sendiri, inshaAllah tahun depan dah boleh buat full settlement menggunakan Akaun 2 EPF, patut awal lagi boleh buat tapi terpaksa tunggu sebab Akaun 2 dah dikosongkan 2 tahun lepas untuk downpayment rumah yang aku sewakan di Shah Alam tu, so kena tunggu tahun depan baru cukup. Legalah sedikit harap harapnya. Boleh fokus menyimpan untuk rumah baru pula nanti.

Kita tak mahu bayar, kita nak tipu siapa sebenarnya? Diri sendiri juga. Sampai bila nak hidup dalam penafian dan berangan angan PTPTN akan terhapus dan terkubur terus? Sampai bila mahu melaung laung PTPTN itu penipu, cekik darah dan sebagainya? Laungkanlah setiap hari pun, tapi pembayaran dilupa jangan. 

Kita takkan menjadi miskin dengan membayar hutang, adik adikku. Malah rezeki kita akan lebih diberkati, amalan kita akan lebih diterima, kewangan kita lebih tersusun, hidup kita lebih tenang. Itulah yang aku rasakan selama ini, aku rasa gaji aku tidaklah besar mana tapi Alhamdulillah, apa yang aku miliki sekarang memang lebih dari cukup, masih mampu menghulur pada orang tua, masih mampu membantu Suami dan berbelanja untuk diri sendiri. 

So mulakan cepat. Setiap kali dapat gaji terus bayar setiap hutang yang perlu, semuanya boleh dilakukan di hujung jari je sekarang. Lepas selesai semua, baru kita atur perbelanjaan untuk bulan itu. Bayar sajalah, sambil berdoa satu hari nanti PTPTN akan dihapuskan terus dan kerajaan akan menanggung pembelajaran semua anak anak kita secara percuma. HAHAH. In your dream :p


5 comments:

ily♥ said...

Alhamdulillah dah tutup buku PTPTN.. sebab malas nak fikir banyak, malas nak tanggung hutang lame2..malas nak pening-pening kepala..hihi

Hannah Johary said...

Sebenarnya bila kita settlekan hutang kepala otak bukan je lebih ringan, duit pun lebih berkat, betul cakap you. I pun tak faham macam mana orang boleh meminjam then mengutuk pula. Dah nama pun pinjam. Lainlah kasi halal lepas tu minta balik. Tu buruk siku namanya, bolehlah kutuk. HAHA. Sorry comment merapu. 😜😜😜😜:P

Husna Hadzarami said...

Alhamdulillah, settle terus tak yah pening kepala kan? Good for you :)

Husna Hadzarami said...

Betul. Hati memang lagi tenang bila dapat settle hutang satu demi satu. Kan pahala amalan takkan meningkat kalau kita berhutang, mungkin sebab itu keberkatan hidup tu kurang wallahualam..

.: Si BungaKopi : . said...

Aku bengang betul le sbb aku pinjam 26k. Aku grad tahun 2012 tp tahun 2013 bulan july bru officially kerja. So tahun tu aku xpenah byr plus aku sebok sgt nak kawin. 2014 aku sebok nak maintain hidup sorang diri di penang manakala husband aku di melaka tiap 2 mggu aku terbang g sana. Bru je dpt duduk bsama hubby so bru nak start byar. Skali naaah
Hutang 26 k jd 27k+++.
Dan aku bru byr 2k huhu
Ntah la tahun bla nak setel
Aku bkn bjaya mcm ko
Tp aku byr jugak la bln2 sbb hati xpenah tenang beb huhu
Hrp cpt la setel ameen