Thursday, September 11, 2014

Skill Sosial Ammar Yusuf

Hari Rabu adalah hari kegemaran kami (tiba tiba). Kerana Rabu adalah hari membawa anak anak ke taman permainan. Hehe tidak pasti siapa yang lebih gembira, anak anak atau ibu bapanya. Setiap hari Rabu kami akan keluar office super on-time (selama ini juga on-time tapi kali ini super on-time tahap 1 minit sebelum waktu balik sudah bersiap sedia di pintu keluar kehkeh), terus ke rumah pengasuh dan ambil anak anak. 

But unfortunately, semalam sampai sampai di rumah pengasuh, Adam Muaz baru sahaja tidur. Ingatkan mahu ambil kedua duanya dan balik rumah sahaja, tapi Ammar Yusuf sudah melompat lompat pula mahu ke taman. Okay, kita bawa Ammar Yusuf saja, pukul 7 nanti ambil Adam Muaz dan terus balik. 

Keluar bertiga dengan Ammar Yusuf adalah sangat jarang. Bertiga dengan Adam Muaz anak manja Mummy sudah banyak kali, terutama apabila Ammar Yusuf tidur di rumah neneknya dan menjalani hidup yang lebih menggembirakan baginya kerana boleh menjadi cucu manja tiada yang memarahi -___-. Adam Muaz tidak pernah tinggal di mana mana tanpa Mummy, kecuali rumah pengasuhnya. Mungkin setahun dua lagi sudah boleh berdikari tanpa Mummy, ketika itu bolehlah Mummy dan Daddy dating berdua dan tinggal di rumah berdua lalu melakukan aktiviti sihat seperti melipat kain baju, membersihkan toilet dan sebagainya (kamu fikir apa hah??) :D 

Di taman, Ammar Yusuf bermain sendiri, sekali sekala memanggil kami dan melambai lambai dari atas gelongsor. Kelihatan sangat ceria entah mengapa, mungkin kerana memperoleh sepenuhnya perhatian kami, bolehlah tu, jadi anak tunggal untuk 40 minit :p Kami suami isteri, duduk bercinta di tepi sahaja sambil makan pisang goreng. So much of doing healthy activity -___-. 


 


Dari jauh kami hanya memerhatikan Ammar Yusuf yang sedang membiasakan diri untuk bermain dengan kanak kanak lain. Ammar Yusuf belum pandai berkawan. Walaupun sudah banyak improvement berbanding dahulu, but well, yeah. Kami perhati, bila dalam terowong gelongsor itu ada kanak kanak yang sengaja duduk di situ tidak mahu keluar, dia tidak akan masuk. Walhal kanak kanak lain selamba sahaja masuk maka terjadilah keretapi kanak kanak yang tersekat di tengah tengah. Bila dia mula mahu masuk dan terdapat kanak kanak lain yang juga mahu masuk serentak, dia akan ke tepi dan memberi laluan. Selagi boleh, dia akan elak dari terjadinya konflik. Dia tidak tahu bergaduh, dia tidak tahu berkasar. Mempertahankan yang saya yang berada di tempat itu dahulu, awak silalah beratur. Tidak, dia tidak tahu. Mungkin malu, mungkin takut. 



Bila ada kanak kanak lain berkumpul di hujung gelongsor, dia takkan turun :(

Suami yang memerhati, tiba tiba tiba bersuara. “Ammar Yusuf ni, macam B kan. Tiada keyakinan diri.” Bukan tiada, tapi kurang keyakinan diri. Aku tidak menafikan pun. Aku membesar seperti itu juga, tiada keyakinan diri. Tidak tahu bersuara mempertahankan diri, takut, bimbang, malu. Terlalu lama masa yang diambil untuk aku develop my confidence. Selalu rasa tidak cantik, selalu rasa tidak cukup bagus, jika terjadi apa apa yang tidak diingin orang pertama yang dipersalahkan adalah diri sendiri. Dulu aku memang banyak baca self-help book, aku kena banyak bergaul dengan mereka yang positif, selalu menarik nafas dalam dalam dan beristighfar, selalu bersenam untuk mengeluarkan hormon gembira, selalu ingatkan diri sendiri to take it easy, to not being so hard on myself. Aku kena selalu diingatkan yang aku disayangi, sama seperti Ammar Yusuf. Setiap malam perlu diingatkan yang kami sangat sayangkan dia. Kena cakap, “Mummy sayang Abang, banyak ni!” sambil membuka kesepuluh sepuluh jari (itu adalah symbol ‘sangat banyak’ bagi Ammar Yusuf) dan dia akan senyum lebar tanda sangat berpuas hati lalu bertanya, “Daddy pun?”. Setiap malam. Kenapa begitu, sayang? Tahukah Abang, Mummy dan Daddy sayangkan Abang seluruh jiwa raga kami? That we would take a bullet for you?

Tidak boleh tidak, kami bimbang sebenarnya. Menjadi ibu bapa ini, tidak sah kalau tidak bimbang kan? Kami bimbang jika dia membesar sebagai seorang loner. Tiada kawan T__T. Ammar Yusuf adalah perfectionist, dia tidak suka kotor, dia akan marah bila mendengar kanak kanak lain menyebut perkataan secara pelat atau salah (contoh terbaik adalah apabila anak buah Kak Ha memanggil adiknya ‘Mu-ah’ kerana pelat, marah benar dia membetulkan “Bukan Mu-ah! Muazzzz!” T__T), berasa sangat kecewa jika gagal membuat sesuatu (seperti gagal membina bangunan tinggi menggunakan Lego), dan akan berasa sangat malu jika tersalah sebut sesuatu lalu terus berubah mood. Wujudkah kanak kanak sebaya yang mahu berkawan dengan budak perfectionist seperti ini.. T__T 

Nevertheless, he is a very, very brilliant kid. Jika bersama orang orang yang familiar, petahnya ya Allah, kau takkan sangka ayat ayat seperti itu zahir dari mulut kanak kanak berusia 3 tahun! 

Kami fikir, mahu hantar Ammar Yusuf ke sekolah bermula tahun depan. Supaya dia belajar bergaul, belajar hidup dengan orang luar, bukan hanya hidup di kelompok orang orang yang menyayanginya sahaja lalu boleh berlagak bossy -____-. Perasaan aku bercampur baur, 4 tahun bukankah terlalu awal untuk ke sekolah? Tapi 6 tahun bukankah terlalu lewat untuk belajar bergaul? On second thoughts, aku juga mula bersekolah pada umur 6 tahun. Tapi bukankah perbandingan itu adalah tidak adil? Persekitaran pada zaman dia, mana mungkin sama dengan persekitaran pada zaman aku. Kan? Aku rasa tidak perlulah terlalu bimbang, but should we do something to develop his social skills?


6 comments:

ettyzukhair said...

Ameer..social skills dia di nursery mmg superb..pandai bergaul dgn kwn2 cikgu2..xpernah kasar2..ckp pon sopan..kata cikgu.. tapi berlainan kat umah..bossy..perfectionist...kuat jerit..suke buli adik dalam sayang adik..aritu masa sambut bday dia kt nursery, dia tantrum jap mintak nk tgk hp daddy dia, jeritlah..pastu cikgu dia dgr terus sound..Eh ameer..xpernah pun jerit2 kt school..nape jerit kat daddy?? ha....tergamam kejap..aku ni silap tang mana...so kne cari mana yg lack..myb akn ambil masa skit..ade silap kt kita sendri kot..sometime kita pon terjerit2.. cam una..kurg kondifen ke..kne develop then bru dia pon terikut jugak kot..etty n hub pon kne kurg kn marah kot..hehe..

MOMMYLIN said...

4 tahun should be ok pergi school. adik lin pun 4thun dah sekolah.. better dedahkan dia lg dengan suasana luar.

Unknown said...

Rasanya Ammar Yusuf ni lebih kurang macam anak pertama i, Fahrin berumur sekarang 4 tahun. Mase umur2 sebaya AY ni dia macam tak reti nak bergaul ngan kawan2. Takut. Tapi lepas adik dah besar sikit, slowly dia nampak boleh bergaul automatik ngan adik dia dan bila pi taman etc. Dulu i memang risau sama macam u cakap tu.

Husna Hadzarami said...

You have a good point there. Anak anak kan cermin diri kita sebenarnya. Diorang membesar ikut apa yang diorang nampak kan. Kena betulkan diri sendiri ni.. Increase my self-esteem. Thanks Etty!

Husna Hadzarami said...

Kan? 4 tahun should be okay.. tapi.. Ammar Yusuf masih pakai diaper lagi. Kena potty train dululah ni

Husna Hadzarami said...

Aah Ammar Yusuf pun nampak banyak improvement sejak ada adik. Slowly dia belajar. Harap Adik dah besar sikit nanti 2 orang ni boleh belajar berkawan even dgn orang lain juga :)