Thursday, September 4, 2014

Melatih Anak Berbahasa Inggeris

Baru lepas baca blog Vivy tentang kepentingan berbahasa Inggeris, dan tiba tiba berasa risau. Seperti kebanyakan ibu bapa lain, aku memang sangat mahu anak anak fasih berbahasa Inggeris. Sejak sebelum mengandung, memang aku sangat berazam akan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama di rumah kami. 

Bila lahirnya anak, ianya tidak mudah seperti dijangka. Tidak mudah membentuk anak mengikut acuan yang kita ingini apabila bukan kita yang membesarkan mereka sepenuhnya – dilema ibu bapa bekerjaya. Kerana kebanyakan masa anak anak dalam sehari dihabiskan bukan dengan kita maka pengaruh kita terhadap mereka adalah agak minimal. Pada awalnya aku masih tetap cuba berbahasa Inggeris dengan mereka tetapi kadang kala apabila anak anak (terutama Ammar Yusuf) seolah olah tidak faham kerana mereka telah dibiasakan dengan perkataan lain, aku terpaksa ulang semula dalam bahasa Melayu dan akhirnya untuk memudahkan kehidupan kami kekal berbahasa Melayu sahaja. Cepatnya Mummy putus asa, sayang sekali, kerana aku berbahasa Inggeris sepenuhnya di tempat kerja tapi tidak mampu melakukan perkara yang sama di rumah. 

Untuk menyedapkan hati, aku cuba memujuk diri dan membandingkan dengan diri sendiri. Aku dibesarkan dalam keluarga Melayu, persekitaran Melayu dan kawan kawan yang memang berbahasa Melayu sepenuhnya semenjak kecil sampailah dewasa. Tapi bahasa Inggeris aku setakat ini, rasanya okaylah juga, kira bolehlah berbual dengan bangsa asing tanpa perlu menyusun ayat dalam minda terlebih dahulu. Tapi ianya adalah atas inisiatif aku sendiri yang dari kecil sangat suka membaca bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, cuba menulis dalam bahasa Inggeris, cuba berbual dalam bahasa Inggeris, mendengar lagu berbahasa Inggeris, menonton tanyangan berbahasa Inggeris, apabila bekerja cuba bergaul dengan bangsa asing yang mana mereka tidak fasih/langsung tidak tahu berbahasa Melayu lalu memaksa aku untuk berbual hanya dalam bahasa Inggeris. Semua atas inisiatif sendiri dan aku memang minat bahasa Inggeris sejak dahulu. Bagaimana kalau anak anak aku tidak mempunyai inisiatif yang sama? 

Aku dan Suami pula, memang berbual dalam bahasa Inggeris, HANYA UNTUK MENGELAKKAN PERBUALAN KAMI DIFAHAMI AMMAR YUSUF T____T 

Antaranya; 

Merancang untuk membelikan sesuatu untuk Ammar Yusuf, tapi tak mahu diketahui olehnya kerana bimbang sekiranya barang yang diingini itu tidak dijumpai akan menyebabkan Ammar Yusuf kecewa dan throw tantrums. 

Membualkan tentang perangai Ammar Yusuf yang membimbangkan hati kami tapi tidak mahu perbualan itu didengarinya bimbang ianya meninggalkan kesan padanya dari segi psikologi. 

Bercerita tentang perkara lain yang dirasakan tidak sesuai untuk difahami anak kecil :p 

Aku tahu, lama kelamaan anak anak akan faham juga, tapi tidak mengapa kerana ianya adalah perubahan yang baik. Anak anak faham perbualan kami, bermakna mereka sudah faham bahasa Inggeris betul tak? Mungkin setelah mereka faham, kami akan ubah kepada bahasa lain pula? ;) 

Saat ini memang membuak buak semangat aku untuk kembali berbahasa Inggeris sepenuhnya dengan anak anak. Sejak lahir sehingga 6 tahun adalah tempoh di mana otak anak sangat mudah menyerap segala yang dipelajari, sayang sekali jika kita tidak memanfaatkan sepenuhnya tahun tahun terawal ini kan? Ammar Yusuf baru 3 tahun, belum terlambat lagi. Belum lagi.

Sebenarnya seminggu kebelakangan ini memang aku sedang cuba menetapkan beberapa minit setiap malam untuk membaca bersama anak anak. First Words untuk Adam Muaz, Peter and Jane untuk Ammar Yusuf. Ammar Yusuf memang sudah lama habis semua First Words series, sekarang aku nak fokus pada belajar mengenal huruf, susunan ayat, kosa kata dan sebagainya, bukan mengenal gambar semata mata. Aku pernah buat semua ini suatu masa dulu namun terhenti di pertengahan jalan atas macam macam sebab (alasan). Sekarang aku akan cuba hidupkan semula rutin ini. Perlahan lahan pastinya, aku tidak akan memaksa. 

Dalam masa yang sama, kami suami isteri haruslah berbahasa Inggeris di rumah setiap masa, kerana cara terbaik untuk menguasai sesuatu bahasa itu memang melalui percakapan sebenarnya, bukan dari pembacaan sahaja. Practice makes perfect.. Sebab aku dah jumpa ramai orang yang sangat hebat menulis dalam bahasa Inggeris tapi langsung tiada keyakinan untuk bercakap dalam bahasa itu. 

Harap harap kerajinan ini berkekalan, tahu sajalah kadang kadang terlalu penat bekerja, memang agak kurang sabar melayan anak anak yang lebih pada nak bermain sahaja. Ibu ibu yang tidak bekerja memang beruntung, macam macam aktiviti boleh dilakukan bersama anak anak. Hargailah peluang itu. Dalam pada yang sama, aku mahu ajar Iqra’ juga. Terlalu bercita cita tinggi pula perancangan ini. Aku cubalah mana yang mampu, kita tengok hasilnya dua tiga bulan lagi.


11 comments:

Unknown said...

Sejak anak kak lahir lagi memang dah exposed dia dengan english, bahasa melayu, ayat2 al quran. walaupun tak faham memula, tp yakin sangat2 lama2 dia akan dapat tangkap. Harini, umur 3 tahun duk speaking dengan tuk dia. Malah setiap hari ada saja ayat baru keluaq dr mulut dia. malah dia pandai pulak rojak2 kan english & bahasa melayu

MOMMYLIN said...

sama la.. tp tak berjaya.. cuma word simple je yang boleh... macam no... love... take it. sit...dll...

Unknown said...

I pulak tak reti sangat ber english. Cemana lah gaya nak ajar anak ni T__T

Chaiyok una, u boleh!

Qistin Fadzin said...

Una, you know your kids will turn out just fine! (just look at their parents...) I had the same vision watching my friends parenting their kids. But all of us have different background we have to consider. I came from non-english speaking family, so does my husband and it causes trouble to the extended family to understand even the simple words. So just out of convenience, malay language is crucial (and kids have to learn few dialect).

We (you, me and all of us) turn out just fine. Multi-language (and dialect) is a privilege! ;)

DYatie ABakar said...

Yt pun berimpian yg sama tapi apa pun ya.. bukan senang. Hee. Semoga kita berjaya mendidik anak-anak. Aamiin.

Husna Hadzarami said...

Bagusnyaaa. Alhamdulillah things are easy for you. Kita masa budak budak tu kecil memang buat macam tu, bila membesar apparently pengaruh babysitter terlalu kuat (or maybe I didn't try hard enough). Kena usaha lebih lagi la ni. Seronok dengar budak speaks bi-language ni. Otak pun lebih bagus kan?

Husna Hadzarami said...

Haaaa don't give up! Dari words yang sikit sikit itulah akan membentuk sentence panjang panjang. Jom kita usaha lagi? :)

Husna Hadzarami said...

Sure you can! Belajar sama sama dengan anaklah. The more we teach them the more we improve ourselves, betul tak? ;)

Husna Hadzarami said...

This is just so comforting. Read your blog just now and wow you have a very good English! I envy you *sigh

Husna Hadzarami said...

Amiinnn. Yes bukan senang but it's not impossible kan? Semoga anak anak kita berjaya dunia akhirat :)

Unknown said...

Alhamdulillah. apapun yakinlaa anak2 kita boleh lakukannya. tp jangan push diorg sangat2. Dan setakat ni, nampak kaedah paling mudah nak ajar ialah dengan lagu