expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 17, 2014

Empat Tahun


Dia bukan dari kalangan lelaki yang mengucapkan kata cinta setiap masa. 
Dia bukan dari kalangan lelaki yang menunjukkan kasih sayang di tempat awam, apatah lagi di media sosial. 
Dia mungkin romantik, tapi romantik menurut definisinya, adalah jauh berbeza daripada apa yang aku definisikan sebagai romantik T_T 

Di awal perhubungan, perkara remeh seperti ini seringkali mengundang persoalan. 

Kenapa awak tidak pernah melakukan ini? 
Kenapa awak tidak boleh menjadi seperti itu? 

Empat tahun tinggal sebumbung, perlahan lahan aku sedari betapa berbezanya bahasa cinta lelaki ini. Ianya bukanlah melalui hadiah besar dan mewah untuk dua tiga kali setahun, ataupun melalui kata kata yang diucapkan setiap hari sampai hilang erti sebenarnya, tetapi melalui banyak perkara ‘kecil’ yang dilakukan secara konsisten setiap hari setiap masa, sepanjang empat tahun kami hidup bersama. 
  • Sentiasa memastikan kenderaan aku tidak kehabisan minyak dan jika tidak berkesempatan untuk mengisi minyak pada petang hari ini dia akan berulang kali mengingatkan aku untuk mengisi minyak sebelum ke pejabat keesokan harinya, bimbang sekiranya keadaan trafik tidak sempurna seperti biasa. 
  • Mengetahui betapa bergantungya aku pada smartphone, dia sentiasa memastikan telefon aku dicaj sepenuhnya sebelum ke mana mana. Sangat selalu apabila aku tiba tiba teringat bahawa telefon bimbitku perlu dicaj, tengok tengok ianya sudahpun disambungkan pada charger. 
  • Sangat sangat sangat sering menasihati anak anak supaya menyayangi ibu mereka. Setiap kali anak memberontak, dialah yang akan mengingatkan mereka bahawa akulah yang melahirkan mereka, akulah yang menjaga mereka ketika sakit, sehinggakan apabila aku sengaja bertanya Ammar Yusuf “Abang sayang Mummy tak?,” dia akan jawab “Sayang la. Sebab masa Abang sakit kat hospital Mummy yang jaga Abang” :’). Obviously ayat Daddy. 
  • Apabila anak menolak untuk makan, dialah yang akan memujuk dan mengingatkan betapa Mummy sudah bersusah payah memasak untuk mereka, “Kesian Mummy penat masak tau..”. Dan paling penting, dia mendidik anak anak untuk mengucapkan terima kasih selepas makan malah dirinya sendiri tidak pernah gagal mengucapkan terima kasih setiap kali selepas makan masakan aku, biarpun masakan itu adalah sangat biasa biasa sahaja :’) 
  • I’ve always dreamt of marrying a man who never hesitates to lend a helping hand with the house chores, and now I’m marrying one. Not only he did it, he did it perfectly. Daripada menyusun breastpump set di dalam handbag setiap pagi hinggalah membasuh botol susu anak di malam hari. Pernah sekali dia tidak sihat dan ternampak aku sedang menjemur pakaian, dia boleh pula kata, “Sorry ye sayang, B pula yang kena jemur baju” Janganlah minta maaf…… T____T 
  • Rutinnya setiap kali balik kerja adalah susun kasut di atas rak kasut dan setiap pagi dia akan buka pintu dan susun pula kasut aku di lantai depan pintu dalam posisi yang aku hanya perlu sarungkan sahaja untuk memudahkan aku yang perlu mendukung Adam Muaz ketika itu. It's simple, tapi sangat menyentuh hati aku memikirkan how thoughtful he is tidak perlulah aku terbongkok bongkok mengambil kasut dari rak kasut setiap pagi.
  • Sangat berusaha menunjukkan minat terhadap perkara yang aku minati, seperti memuat turun my favourite TV series, Revenge complete with subtitles, and even watch it from the beginning supaya faham jalan cerita dan bolehlah bercerita bersama. Kadang kala dia yang lebih mendahului aku sampai aku pula kena bertanya pada dia. Juga setiap kali aku berkongsi/memberitahu sesuatu yang aku berminat untuk turut serta (swimming class, yoga, register gymnasium membership, Mandarin class, braces, etc), he will straightaway Google it and find as much information as possible kemudian akan explain semula pada aku segala maklumat yang diperoleh dari internet, bawa aku meninjau tempat yang dia fikir agak bagus, giving his opinions “Abang tengok gym ni ramai sangat lelakilah, mesti B tak suka”, and sometimes disebabkan terlalu banyak informasi yang diperoleh, timbul minat dalam diri dia sendiri dan end up dia pula yang buat dahulu! Contoh terbaik adalah braces :p Juga apabila aku dengar satu lagu di radio dan bertanyakan siapakah penyayinya ataupun tajuk lagu mesti dia akan cari lagu tersebut and the next thing I know, he has already downloaded the song :')
  • Never in million years he makes me look bad in front of his family especially his parents, tak pernah sekali pun. Dan bila aku put an effort on something like memasak untuk keluarganya, almost always he will let them know with full of excitements, “Husna nak masak __________ hari ni”. It’s funny that I can see his pride and joy sampaikan aku yang segan pula haha! 
  • Dia sangat meyakini kemampuan aku dalam sesuatu yang aku sendiri tidak yakin. He has more faith in me than I do to myself. Apabila aku berasa ragu ragu, dialah yang akan meyakinkan “B boleh buat ni, B kena cuba ni..”. Setiap kali ditanyakan pendapat tentang sesuatu, dia akan menyuarakan pendapatnya dan diakhiri dengan “Abang sokong je apa B nak buat.."
  • Empat tahun bersama, dia masih mengejutkan aku bangun tidur dengan cara yang paling lembut, dengan suara yang paling perlahan, walaupun ketika itu kami sedang berkonfrontasi. It's a very big deal for me, sebab bangun tidur dalam keadaan mengejut memang boleh merosakkan mood aku sepanjang hari.

“Enjoy the little things in life… For one day you’ll look back and realize they were the big things.”
Kurt Vonnegut 

Terlalu banyak lagi perkara perkara kecil yang dilakukan setiap hari yang tidak dapat aku sebutkan di sini. Perkara perkara yang biarpun nampak tidak signifikan pada sesetengah orang, tapi sangat membuatkan aku rasa penting dan dihargai.


Little that I know, this man has been treating me like a princess all these while :’) 

We have been through a lot (even if it has been only four years -___-) and of course there are also times that we wonder if we can make it to our last breath, but we never give up and keep on having faith that we will work it out together. Jujur aku katakan, aku kuat mempertahankan apa yang kami ada kerana keyakinan dia yang kuat pada jodoh kami. A happy marriage is the union of two good forgivers, no? To have a perfect marriage doesn’t mean that you have to look for a perfect spouse. Nobody’s perfect, he’s not and so do I. You just have to look beyond the imperfections in both. I choose to forgive for whatever imperfections in him; we choose to forgive, we get over it fast and we move on. Terlalu banyak kebahagiaan untuk disyukuri, terlalu banyak kegembiraan untuk dikenang, kenapa perlu berpaut pada kesedihan? 

I’m truly grateful ya Allah, I couldn’t ask for any better than him. 

Happy 4th Anniversary, Sayang. I love you so much, I think it’s pretty obvious now. Thank you for putting up with me all these while and I hope you're happy as much as I do. Here’s to more and more anniversaries to come, inshaAllah!


19 comments:

  1. Replies
    1. Thank you! We're all lucky in our own way ;)

      Delete
  2. happy 4th anniversary. semoga bahagia hingga syurga. :)

    ReplyDelete
  3. Barakallahulakum...happy anniversary!!

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary to both of you!! Semoga bercinta hingga ke syurga :-*

    ReplyDelete
  5. Happy anniversary both of you! Alhamdulillah. Sejuk hati tengok binaan rumah tangga yang kukuh. Menangis para syaitan. Barakallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Alhamdulillah.

      'Menangis para syaitan', such an inspiring words. Buat kita rasa lagi bersemangat nak berusaha improve our marriage :')

      Delete
  6. So sweet dear baca entry ni....Selamat ulantahun perkahwinan yang ke 4!!!!
    Semoga kamu dan dia dirahmati Allah...dan diberi segala yang terbaik dalam kehidupan :)

    from us: pejan + endy = Affan & Ammar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pejan.. semoga Pejan sekeluarga dirahmati Allah.

      Delete
  7. happy anniversary husna dan hanis.. saya mungkin tak akan ingat your next anniversary, tapi saya pasti ingat your next bday sbb 14april sama ngn anak sulung saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! Oh really??? Jarang jumpa orang yang sama birthday hehe.

      Delete
  8. menangis baca post ini cause i had found one guy yg treat me as a princess, he is soo loving. but, baru je putus kerana tak mahu couple sebelum nikah. Bolehkah saya jumpa lagi lelaki seperti dia sedangkan saya dah kecewakan orang yang sayangkan saya sangat-2..betul ke tindakan saya ptus tapi berkawan baik, sedangkan hati dia sangat terluka.. hmm, sorry terluah pulak. BTW, happy anniversary kak Una !

    ReplyDelete
  9. so sweet entry. been your silent reader kakak! haha..anyway, love all your post. related to the life. love all the positive vibes on you. :))

    and happy Anniversary kakak.

    ReplyDelete
  10. Maybe i should appreciate my husband more like u..

    ReplyDelete
  11. hye! just found your blog accidentally.. love your writing..especially this one! U made me cry.. inside ;p I love my husband more now ;)

    ReplyDelete