Monday, September 15, 2014

Alasan

Ammar Yusuf sejak dua menjak ni, setiap kali disuruh buat sesuatu yang tidak digemarinya, ya Allah banyaknya alasan. Kadang kadang rasa geli hati juga, tapi most of the time rasa geram je dengar tahu tak? 

Kalau tidakpun beralasan untuk mengelak, dia akan menangguhkan. Contohnya, apabila diajak mandi. Ayat dia yang paling biasa adalah, 

 “Sekejap eh. Abang nak main car sekejap” 
“Sekejap eh. Abang tengok TV sekejap” 

Masa sedang bersantai tidak mahu ke mana mana atau kita tidak terlalu sibuk, bolehlah. Aku biar sahaja malas mahu stress tidak semena mena. Tapiiii bila kita sedang terkejar kejar mahu buat perkara lain atau tergesa gesa mahu keluar pergi mana mana, memang boleh buat berasaplah telinga dengar alasan selamba dia tu! =____= 

Lagi satu, apabila diajak minum susu. Ammar Yusuf, sejak lebih setahun yang lalu langsung tidak pernah minum susu di rumah kami. Dia hanya mahu minum susu yang dibuat oleh pengasuhnya, lantaran ‘ditipu’ kami suatu ketika dulu. Ketika itu berat badan Ammar Yusuf langsung tidak berganjak dan doktor mencadangkan untuk cuba tukar susu yang lain. Lalu kami mula cuba satu demi satu sample susu yang tidak membuatkan Ammar Yusuf buang air besar terlalu kerap, dan tindakan itu menyebabkan dia rasa trauma dan tertipu kerana dipaksa minum susu yang tidak digemarinya. We stick to Anmum juga akhirnya, tapi Ammar Yusuf tidak lagi mempercayai kami. It was sad, sebab apabila cuti panjang dia langsung tidak minum susu, sudahlah makan pun susah. Macam manalah mahu naik berat badan. Kaum ibu pasti faham, yang melihat anak tidur kekenyangan adalah sesuatu yang sangat menggembirakan untuk kita kan? 

Hanya sejak sebulan dua kebelakangan ini (setelah menggunakan jalan terakhir iaitu ugutan, yes ugutan, I was so mean like that, whatever makes him drinks his milk) barulah dia mahu minum susu dengan kami semula. Tapi setiap kali mahu buat susu pun punyalah banyak alasan! Seperti ada suatu malam itu, kami tanya mahu susu tidak. Dia jawab, 

“Tadikan Abang baru makan roti bakar dengan Nutella?” 

Okay fine, mungkin masih kenyang. Kami biar dahulu, sambil sambil tu kelihatan dia mengunyah kismis. Tak apalah, nanti cuba lagi. Sebab kami memang insist mahu dia minum susu sekali sebelum tidur, barulah tidur lena. 

Sejam kemudian, kami tanya lagi. Dia jawab, 

“Tadikan Abang baru makan roti bakar dengan Nutella lepas tu Abang makan kismis?” 

Huh boleh pula dia hafal apa yang dia makan semata mata mahu mengelak minum susu! Banyak alasan tahu budak ni. 

Malam tadi, kami baru pulang dari birthday party Alaina di rumah Kakna. Sebelum tidur, kami tanya Ammar Yusuf mahu susu ke tidak. Seperti biasa dia beralasan… 

“Tadikan Abang dah makan kek let it go let it go kat rumah Cik Ana?” 

Dia nak cakap dia dah makan kek Frozen :p Bila nampak aku macam nak marah, dia sambung,

“Esoklah ye Abang minum kat rumah Ibu.. ye?” 

Pandai pula bagi cadangan lain -____-"

Tengah malam, aku bangun ke tandas, nampak dia hisap cari. Dia hisap jari tu, memang petanda kelaparan. Aku buatkan susu terus. Suakan ke mulut dia. Dia minum, alhamdulillah. Tapi baru luak 1oz, tiba tiba dia berhenti. Dengan mata masih terpejam, dia cakap, 

 “Esoklah Abang minum lagi, sebab tadikan Abang dah makan kek let it go let it go……….” 

DALAM TIDUR PUN, MASIH JUGA BERALASAN 
T_________T




6 comments:

MOMMYLIN said...

lain pulak dengan kes anak lin... asyik mintak susu je even dah 2 tahun 8 bulan. uhuhhuhu jemput singgah blog Sah!!! Kudis Buta.

ettyzukhair said...

hui..Ammar xbersusu kat umah..ok gak kan..asalkan kena makan seimbang..ameer pulak kat umah xmau FM just susu kotak dutch lady..memang agak pricey sbb 1 mlm leh cecah 6 kotak..susu lain rejek!! still berat maintain dr 2thn only 14kilos..dh 3thn sebulan kot..mkn pulak makan segala..n kuat membuang..

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

bagi saya,saya rasa dia sangat bijak berkata2.. comel je dah makan kek let it go .. <3

Husna Hadzarami said...

Okaylah tu minta susu! Sebab susu kan kira complete foods, kalau anak yang picky eater tapi still minum susu takdelah risau sangat..

Husna Hadzarami said...

Whoaaaa susu kotak kecil kecil tu ke???? Mau bengkok tu haha 1 malam 6 kotak. Tapi okay la kan, fresh milk kan better than formula? Ammar Yusuf lagilah, dah 3 tahun lebih belum 13kg pun lagi :(

Husna Hadzarami said...

Hehehe terima kasih. Banyak cakap dia ni, kadang kadang memang geli hati layan, kadang kadang boleh naik darah juga!