Wednesday, August 27, 2014

Pengalaman Pertama Adam Muaz Diwadkan

Adam Muaz sejak balik dari Johor Ahad lepas, nampak semput semacam. Dia tak lemah, tapi setiap kali bernafas memang dengar wheezing di dalam. Aku risau, tapi sebab dia nampak masih (terlampau) aktif, kerisauan itu tidaklah seberapa.

Ahad malam, kami mulai risau. Nafas dia macam tersekat sekat. Tapi lasaknya masih sama cuma sekali sekala dia merengek mungkin tidak selesa. H gesa suruh bersiap bawa ke hospital. Aku siapkan apa yang patut, barangan Mummy dan Adam Muaz dimuatkan di dalam satu beg, barangan Ammar Yusuf di dalam satu beg yang lain kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini, kalau begitu keadaan anak kemungkinan besar akan ditahan dan diwadkan. 

H mahu ke Colombia Asia, aku ragu ragu. Sebab banyak sangat review dan pengalaman rakan rakan yang tidak berapa baik di situ. Aku cadangkan KPMC Puchong. H setuju saja, telefon Kak Ha dulu minta izin tumpangkan Ammar Yusuf di rumahnya, senang nanti di hospital boleh fokus pada Adam Muaz sahaja. Sudah hampir 11 malam, Kak Ha okay saja syukur dianugerahkan pengasuh anak sebaik ini. 

Sampai di KPMC, tidak perlu menunggu pun, terus dibawa untuk pemeriksaan blood pressure.

"Pulse rate too high! Pulse rate too high!"

Ulang ulang mesin itu menyebut. Berdegup kencang aku. Teringat siang itu ketika dua dua anak merengek dan mengamuk dalam kereta dalam perjalanan pulang dari Johor, out of frustration aku ada tersebut, "Susahnya anak anak macam ni". Anak aku dah nak diambil ke ni janganlah ya Allah janganlah ampunkan aku ya Allah sungguh sungguh aku doa dalam hati.

Kemudian dibawa ke bilik doktor, doktor check paru paru terus cakap dengan nurse "Sediakan nebulizer" dan pada kami, "Dia kena warded ni, paru paru sempit sangat"

Ini kali pertama Adam Muaz dikenakan nebulizer. Sudah semestinya tidak mudah, dia meronta ronta ya Allah tenaga dia kuat betul! Aku tak rasa Ammar Yusuf sekuat ini dahulu, sampai sakit sakit tangan aku menahan tenaga dia.

Kami diberi pilihan bilik 4, 3, 2 ataupun 1 katil. Asalnya nak bilik seorang saja tapi mengenangkan seram juga duduk berdua dengan anak sahaja, kami minta bilik kongsi dua katil. Itupun malam pertama aku kami berdua sahaja di situ. Tapi alhamdulillah, selesa. Bilik air sangat selesa, nak solat pun senang tak perlu ke surau. Lebih bebas tak perlulah nak bertudung sepanjang masa.

Paediatrician datang 3 kali sehari. Jururawat semua sangat baik dan helpful. Mengikut kata paediatrician, paru paru Adam Muaz sangat sempit sebenarnya ketika dibawa ke sini, sepatutnya dalam keadaan sebegitu budak akan sangat lemah tak bermaya (seperti Ammar Yusuf dulu), tapi Adam Muaz sangatlah aktif pelik betul. 









Rupa begini... Ada gaya orang sakitkah? -_____-"

Ini masa tak ada apa memanglah gembira. Bila kena ambil nebulizer, kena chest physio, meraung seperti didera. Nasib baik jururawat banyak membantu, masa Ammar Yusuf kena di Hospital Serdang dulu bersilat aku nak bagi neb seorang diri T___T. Chest physio tu, aku dah pernah baca pasal tu dulu. Bila tengok depan mata, takut gila seriau aku!


This is to be done by trained physiotherapist. Alas/balut badan anak dengan kain tebal/selimut/tuala, tepuk kuat dan laju dengan tangan yang dibentuk macam cup di belakang badan kiri, kanan, depan kiri dan kanan. 


Kali pertama aku tengok physiotherapist tu buat rasa macam nak suruh dia hentikan je, gila kuat tak patah ke tulang anak aku! Tapi dia kata jangan risau, memang itu caranya untuk leraikan kahak dalam badan. Nanti kahak tu akan keluar secara hingus, atau muntah atau dalam najis. Gambar atas tu dia buat masa Adam Muaz tengah tidur, elok pula dia langsung tak terjaga, lega aku.

Satu yang tak seronok di KPMC ni, tak ada play area. Adam Muaz sudahlah jenis tidak tahu duduk setempat, dalam sehari adalah 16 kali dia tunjuk kasut minta dipakaikan, tunjuk tudung suruh Mummy sarung. Kesian dia. Tahulah bila anak sakit, kau akan rasa macam nak tunaikan apa saja permintaan dia kan?


Pakaikan kasut, biar saja dia jalan di kawasan hospital.


Pandai pula tekan lif! Lepas tekan dia ketuk ketuk pula lif dan cuba tarik untuk buka, mungkin dia sangka apabila tekan butang itu pintu akan automatik terbuka :))


Pintu terbuka terus meluru masuk. Nervous aku nak jauh dari dia nanti pandai pandai tekan dan masuk lif seorang diri T__T


Biarpun sakit, rambut tetap tersisir rapi :p


Menggeletis duduk atas kerusi urut. Bawa bertenang ye semua, kerusi tu tak berfungsi pun.

Alhamdulillah petang semalam sudah boleh discharge. Lega aku. Adam Muaz nampak gembira betul di rumah, meragam sekejap mungkin kerana lapar dan tak cukup tidur, manakan tidak selang 3 jam dibangunkan untuk sedut gas. Nak buat macam mana, memang itu cara rawatannya.

Minum susu, makan nasi dengan Mummy banyak sangat, terus tidur langsung tak terjaga sampai pagi tadi. Lepas geram betul.

Paediatrician cakap, ianya adalah Acute Pneumonia. Mungkin petanda awal asthma disebabkan sejarah keluarga (Daddy juga asthmatic semasa kecil), macam abangnya. Kali pertama, sudah begitu teruk, menurut paediatrician lagi mungkin pernah terjadi sebelum ini secara mild tapi tidak disedari sesiapa. Adam Muaz ni aktif dan ceria sepanjang masa, memang tak boleh recall bila yang dia ada nampak semput atau sesak nafas. Tak apalah. Aku redha sahaja, ujian Allah untuk kita lebih dekat pada-Nya. Yakin saja akan ada rahmat di sebalik semua ini.

InshaAllah asthma akan hilang as they grow up, sementara itu kita berjaga jaga sajalah. Dah besar sikit nanti akan aku bawa mereka ke kelas renang, sebab berenang sangat baik untuk kesihatan paru paru. Macam macam aku rancangkan. Tak tahulah mampu atau tidak tapi kita usaha sajalah takat mana yang boleh kan? :)


12 comments:

Unknown said...

hai sis..rsanya pestime coment..:)
teringat anak masuk wad hari tu..mmg semua permintaan die nak tunaikan rasanya..
smoge cepat sihat Adam Muaz..hensem boy...

Cik Asma BLuppy said...

get well soon adam muaz. ceria aje budak ni. seyes tak nmpak sakit.

Unknown said...

Adam Muaz is a copycat of you. Sebijik muka mama dia. Semoga cepat sembuh ya. Nampak dia sangat ceria, jadi jangan risau sangat

lo.lo palazzo. said...

Handsome nya adam muaz ni.

Muis Ismail said...

assalam
cuteeee sgt, adam muaz!
i'm in love... *____*

ettyzukhair said...

such an adorable kid!! hensem amat..get well soon adam muaz..ameer dulu2 pun slalu kene asma n neb.. but so far terkawal n x pernah kena admit..dh tau trigger factor so mmg kena jaga2..so cari punca dia asma ye una..kdg2 foods..cam ameer x boleh mkn tembikai..paling obvious..bile mkn siang 2,3 potong mlm kompom semput..or too much kuih raye..mmg kene je batuk teruk..so jauhi kuih raye..n tahan telinga melalak dia nakkan tu..hm..anak2..

Husna Hadzarami said...

Hi Mummy Faeeq! Thanks for reading! Itulah kan bila anak tak sihat ni rasa tak sampai hati je nak tolakkan. That's the least we can do to make them happy :')

Husna Hadzarami said...

He's getting better now alhamdulillah. Thanks! <3

Husna Hadzarami said...

Really?? Jarangnya orang cakap dia mirip I. Most people cakap he resembles my husband. Itulah dia sangat ceria itu yang susah nak perasan bila dia sakit *sigh

Husna Hadzarami said...

Thank you mashaAllah..

Husna Hadzarami said...

Waalaikumussalam. Hahahaha! =))))

Husna Hadzarami said...

Thank you! Same goes to your kids la Etty, so chubby, so adorable :') We're alway take precaution pada abang dia, sebab Ammar Yusuf yang biasanya senan affected. Tak sangka this time adik yang kena. Perlu lebih berjaga jaga dan beringatlah. Jangan mandi pagi sangat, jangan biar rumah berhabuk.. jaga makan. Kan?