Thursday, August 28, 2014

Menuju Hati Yang Sihat

Perasan tak, semakin kita membesar, skop hidup kita semakin mengecil? Atau aku sahaja yang berperasaan begitu? 

Kalau dahulu, kita rasa macam perlu ambil tahu semua perkara, macam perlu ambil berat semua orang, macam perlu ambil kisah pada pendapat dari setiap lapisan manusia. Bila kita membesar, berumahtangga, beranak pinak, semakin lama fokus kita semakin mengecil, kita ambil tahu perkara yang perlu sahaja, kita ambil berat pada manusia yang penting dalam hidup kita sahaja, kita ambil kisah pendapat dari mereka yang sepatutnya sahaja. 

Aku sekarang (semenjak setahun dua kebelakangan ini), adalah dalam proses memelihara dan memulihara hati. Zaman teknologi, segalanya adalah sangat mudah. Sangat mudah menjalin berhubungan, sangat mudah juga memutuskan hubungan. Tapi sedar atau tidak, sebenarnya semua itu adalah atas pilihan kita sendiri, tiada paksaan sesiapa pun. Kita yang memilih untuk melihat perkara yang baik atau tidak. 

Pilihan yang ada; Alah takkanlah tak tahu. 

Unfollow 
Unfriend 
Block 
Mute 

Itulah yang aku lakukan. Apabila aku merasakan sesuatu itu akan menyebabkan timbulnya rasa yang tidak sihat dalam hati, itulah yang aku lakukan. 

Perasaan tidak sihat itu ada banyak sebab; 

Dengan melihat itu, aku akan menjadi iri hati dan mula tidak mensyukuri nikmat hidup aku. 
Dengan melihat itu, aku akan menjadi cemburu dan mula membanding banding; kecantikan, harta benda, pasangan, kelebihan anak. 
Dengan melihat itu, akan timbul perasaan ingin bersaing dan cuba membuktikan bahawa aku lebih baik, sedangkan ianya adalah persaingan yang tidak perlu. 
Dengan melihat itu, aku menjadi benci (meluat dengan gambar, menyampah dengan kata kata) 
Dengan melihat itu, aku menjadi sedih (status/kata kata orang yang dirasakan bertujuan memburuk burukkan kita). 

Aku cuma manusia biasa, perempuan pula. Tidak perlulah nak menafikan, perasaan begitu boleh sahaja wujud. Apa yang kita rasa, boleh jadi ianya benar, dan boleh jadi ianya hanyalah perasaan kita sahaja. Benar atau tidak, hati kita sudahpun terjejas.

Jadi, inilah yang aku lakukan;

Unfollow 
Unfriend
Block 
Mute 

Dan aku betul betul tidak ambil tahu lagi tentang mereka selepas itu. Senang sahaja, kan? Kita yang tentukan apa yang kita mahu lihat. Kita yang tentukan kita mahu gembira atau tidak. Perasaan gembira itu bukan ‘luck’, ianya adalah ‘effort’. Usahalah, apa yang kita dapat adalah apa yang kita usahakan. Kita mahu gembira, usahalah untuk gembira dan buang semua perkara yang tidak menggembirakan. 

Aku tak suka berpaut pada perkara yang negatif. Sebab bila aku berbuat demikian, aku terlepas banyak perkara manis yang berlaku pada waktu yang sama. Aku pernah menjadi manusia begitu, memang rugi besar. Unfollow/unfriend/block/mute, tidak semestinya kerana benci. Tapi ianya adalah baik untuk kesihatan hati. Aku mahu hidup gembira sahaja, hidup bahagia dengan orang orang yang penting dalam hidup aku. Biar kelompoknya kecil, tapi benar benar bermakna berbanding kelompok besar tapi penuh pura pura. 

Dan di sini juga aku mohon, kiranya sesiapa yang terdengar/terbaca sesuatu yang tidak baik diperkatakan tentang aku, tidak perlu rasanya untuk disampaikan pada aku. Aku okay sahaja, selagi aku tidak tahu. Tak apalah, mereka bertanggungjawab atas apa yang mereka perkatakan tentang aku, tapi aku bertanggungjawab atas apa reaksi aku terhadap mereka. Maka tidak tahu adalah lebih baik, kerana aku tidak perlu bertanggungjawab atas apa apa. 

Semuanya di hujung jari, adakah perkara terakhir yang kau lihat hari ini, membuatkan kau gembira? 


8 comments:

Cik Asma BLuppy said...

betol tu kak. baru sy perasaan sy mute terhadap sesorang bukan sebab benci atau marah just untuk menjaga hati saya. :')

Unknown said...

Mendalam sangat penulisan kali ni. You're the best una! Love your entry!!

Husna Hadzarami said...

Kan? Hati kita ni ada satu je. Kalau bukan kita yang pelihara, siapa lagi?

Husna Hadzarami said...

Entri yang dah lama terpendam sebenarnya ;) Thanks Reen you're too kind.

Muis Ismail said...

Setuju sgt dengan entri ni. Just sharing, disebabkan sy takde anak lagi, so kebanyakan kawan yang suka tayang anak 24/7 di fesbuk, sy unfollow. If x sedih..and yes! Kdng2 apa yang kita tahu lebih menyakitkan, so better x tahu.. :)

hazwani said...

I love this entry sangat-sangat!!!! We choose to be happy or not.

Husna Hadzarami said...

Awak memang ambil langkah yang sangat bijak. Selalu nampak orang tweet yang kita jangan upload itu or ini kerana perlu sensitif terhadap orang lain, tapi sebenarnya 'orang lain' itu ada pilihan untuk memelihara perasaan sendiri. Jangan asyik harapkan orang faham kita setiap masa, kita sendiri kena ambil inisiatif untuk jaga hati kita sendiri.

Husna Hadzarami said...

Thank you Wani! Let's choose happiness!