expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 7, 2014

Tempat Gunting Rambut Kanak-kanak

Memandangkan pengalaman gunting rambut anak di kedai mamak berakhir dengan tidak menggembirakan, kali kedua nak potong rambut ni kami dah sepakat untuk bawa anak ke hair saloon pula, ala yang ada benda macam gunting atas kereta tu, seronoklah sikit kot. Kami fikir selain mereka memang takut nak potong rambut, mungkin budak budak ni takut dengan mamak/orang kulit gelap agaknya (no offense kalau ada mamak/orang kulit gelap yang baca ye).

So we did some homework, buat survey kat mana hair saloon yang berhampiran yang ada servis khas untuk kanak kanak. Untuk panduan you guys sini aku listkan mana yang sempat aku jumpa.

1. Quick Cut (The Mines)
Harga: RM16


Sumber: kayyana85.blogspot.com

This saloon looks nice, murah juga dan tengok website dia macam bersih sebab dia buka sikat baru untuk setiap customer so sesuailah kalau you guys jenis OCD yang geli nak berkongsi benda dengan orang lain. Tapi taknak pergi sini, sebab.. alaaa boringnya The Mines. Office sebelah The Mines dah selalu sangat pergi dahlah sangap takde tempat menarik pun nak shopping. Takkan nak keluar semata mata gunting rambut je. 

2. A Cut Above (Sunway Pyramid)
Harga: Starting RM30


Haa nampak tak benda macam kuda kat depan tu, itulah kerusi untuk budak budaknya. Risau aku tengok, macam tak stabil je nanti buatnya anak aku meronta ronta ke lepas tu tergelongsor jatuh tercucuk gunting aaaaaaaaaaa scaryyyyy *overthinking as always*.

3. APT Professional Team (Sunway Pyramid)
Harga: RM26 - RM30

Yang ini sebenarnya takde dalam list pun, lepas tengok kat A Cut Above dan rasa macam hesitate nak proceed, kami jalan jalan la cari kotlah ada tempat lain yang lebih sesuai. Bila jumpa kedai ni, emm nampak macam okay then masuk dulu tanya memang biasa handle budak budak ke. Amoi (ke nyonya entah) cakap boleh, tapi kalau budak menangis meronta ronta susah sikitlah. Tak friendly pun nyonya tu. H decided to give it a try anyway, alang alang dah sampai kan.

Mula dengan Adam Muaz dulu. Sebab Ammar Yusuf awal awal dah cakap taknak potong rambut -___-"


Masa baru naik kereta ni dia happy je, bila hairstylist tu pakaikan kain kat leher tu dia start tarik tarik kain, budak ni memang, pakai bip untuk makan pun dia rimas. So Daddy pun bukalah Youtube lagu baby baby.


One song after another.



Goodboy anak Mummy, diam je. Sambil sambil tu cubalah pujuk Ammar Yusuf. Masih lagi geleng geleng kepala. 


Dah mula bosan.


Start cranky dah, and dah nak garu garu leher dah sebab ada serpihan rambut terkena leher dia.

Anyway Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. Ammar Yusuf berkeras taknak gunting rambut, dan kami pun taknaklah make scene kat situ so takpelah. Mungkin Daddy dia potong sendiri nanti, tengoklah macam mana.

So, presenting Adam Muaz new look ;)


I still can't get over the 'BEFORE' look actually, I love looking at baby boys with long hair, tapi kesian pula sebab dia sampai kena dongak kepala bila nak jalan ke depan, rambut dah tutup mata! Takpelah. Matang sikit muka bila rambut pendek ni. Bolehlah Mami start carikan jodoh lepas ni, dah matang kan? Kehkeh.


2 comments:

  1. hansome dah dia,nakal kan ragam anak-anak nk gunting rambut..anak-anak ti kalau masa gunting rambut menangis macam sakit sangat-sangat..salam perkenalan

    ReplyDelete