expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 4, 2014

Riadah: Jkids vs Rekazone

Note: Ini adalah entri yang dah sangat lama, baru perasan ada dalam draft hehe. Biasalah aku, taip separuh lepas tu malas nak habiskan lepas tu terlupa terus. Tak apalah, better late than never :p 

Dah jadi emak emak ni, setiap kali hujung minggu memang dihabiskan dengan aktiviti anak anak jelah. Kalau cuaca baik, kami ke taman permainan berhampiran, taklah berhampiran mana, kat Putrajaya kot lebih kurang setengah jam perjalanan juga. Kalau cuaca tak elok, kami pergi yang indoor saje. Kalau cuaca baik tapi cuaca kami yang tak baik (HAHA), memang duduk rumah jelah buat aktiviti lain, mewarna ke, susun susun barang ke, bacakan buku cerita ke, or main tidur tidur HAHA ni memang time dah tak larat sangat dah nak layan. 

Most indoor parks yang best ni, of course la berbayar. So far kami pernah pergi JKids (Paradigm Mall) dan Rekazone (IOI Mall). Both pernah pergi dua kali, sebab.. seronoklah. Tak tahu anak atau emak yang seronok :p

JKids (Paradigm Mall)
Entrance fee: RM20 (weekdays), RM30 (weekend) 
6 bulan ke atas dah kena bayar. Masa pergi ni Adam Muaz dah 7 bulan tapi selamba je dia masuk tak bayar HAHAHA tak ada orang tahan pula tu. Dah orang tak tahan, emaknya pun buat diam jelah :P 
Kena pakai socks, bawa sendiri atau boleh je beli kat sini je.

Our first time here was December last year. Tak plan datang sini pun, kebetulan lalu sini dan Ammar Yusuf dah melompat lompat nak naik gelongsor, so masuk jelah. Bukan selalu.


Sini bukan budak je suka, mak budak pun seronok. Maklumlah masa kecil dulu tak pernah merasa :')



Dah keluar situ, sibuk dia kutip bola bola yang terkeluar dari situ and masukkan balik. Sifat suka mengemas sudah pasti mewarisi Daddy, kalau suka memasak barulah mewarisi Mummy *berhalusinasi*.



Gelongsor ni tinggi dan seronok. Ammar Yusuf ulang ulang naik ini 18 kali rasanya. Mummy 3 kali tak naik pun, dah besar kan :B





Budak pemalu tengah nak belajar berkawan. Dengan si baju belang ni je dia nak kawan. Mungkin kerana kuantiti rambut yang sama, atau kerana warna baju. Aku pun tak pasti.


Baru bangun tidur BAHAHAHA muka tak boleh blah.


Jangan keliru tau. Yang tudung hijau itu ibunya, bukan kakaknya. Kahkah!

Kali kedua datang adalah 2 ke 3 bulan kemudian, masuk free yeayyyy sebab dapat jemputan birthday baby Nuh anak si Farah, my junior at UiTM.




Bayi gemuk tadi sudah agak susut ketika ini. Mungkin selepas melihat gambar tadi beliau mula berdiet dan hanya minum susu rendah lemak :)))



Hensemnya baju hitam tu. #pujisuami #demibajuraya



Hah inilah host birthday party tu! I have known this girl for almost 9 years I think, she was my junior back at UiTM and she loves me so much (self-proclaimed).


Ibu ibu belum puas bergambar. Bayi bayi sudah tidak tahan lagi.




Priceless face expression :') He was having so much fun. Dalam ruang ni memang sejuk sebab ada kipas yang sangat kuat untuk menerbangkan belon belon ini, Mummy masuk sekejap je untuk ambil gambar dan cepat keluar sebab hampir saja aku free hair tudung diterbangkan angin.

Rekazone (IOI Mall)
Entrance fee: 
2 tahun ke atas - RM22 (weekend), RM17 (weekdays) 
2 tahun ke bawah – RM11 (weekend), weekdays tak ingat pula, lagi murah kot. 

Yang ini pun datang tak dirancang. Selalu dah pergi IOI Mall tak pernah rasa nak menjengah tengok pun. Sekali bila masuk, wow not bad juga.



Bendanya lebih kurang je macam kat JKids tu, tapi macam lagi fun kot. Bagi akulah. Tak tahulah bagi anak anak macam mana.



Daddy tengah tolong Ammar Yusuf nak main gun ball ni (hentam je nama), tapi sebab Ammar Yusuf tersorok dalam gambar nampak macam Daddy yang beria nak main sorang sorang HAHA.


"Jangan turun kat sini la Dik! Jatuh nanti macam mana?" Leter si abang kepada adiknya.




My little explorers.


Oh. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk dalam ball pool. Hanya untuk kanak kanak sahaja. 

Tapi.........


KENAPA ADA BAPA DALAM NI HAH???!



Berpura pura tolong anak sebenarnya dalam hati memang teringin nak masuk dalam pool dan main bersama :D


Oh bapa sudah keluar, mungkin sudah dimarahi security guard =))



"Lalalalala akhirnya boleh bergerak bebas tanpa kawalan bapa.." 


BAPA ADA DI BELAKANG LAAA T____T



Sebenarnya ibu juga annoying dan selalu ingin turut serta bermain dengan anak, tapi penulis berjaya menggambarkan ibu sebagai seorang yang cool. Eh penulis ni bukan ibu ke? :)))



Berianya buat bunyi motor sampai berkerut kerut muka.


Ada bayi tersepit. Entah anak siapa.




Inilah gelongsor yang paling tinggi pun. Part gelongsor rasa macam kat JKids lagi best rasanya.


Kawasan yang sesuai untuk dijadikan lokasi parti hari jadi. Lapang dan luas, ada TV yang menayangkan lagu kanak kanak. Kalau bawa bayi memang puaslah boleh berguling guling di sini. Tapi bayi sajalah yang comel berguling gulingan, ibu bayi jangan buat hal nak berguling sama.



Father-son bonding time.

"Because your children need your presence more than your presents" (unknown)



Keletihan. Dan tidur di tempat yang sangat selesa untuk ditiduri.

Overall, between these two, aku prefer Rekazone kot. Not only it is cheaper, but it is more user-friendly especially if the user is still a baby yang masih dalam fasa mengesot/merangkak. Masa pergi tu Adam Muaz belum berjalan lagi, so at Jkids agak limited juga pilihan yang ada untuk bayi yang belum pandai berjalan. They really have fun nonetheless, it worth every penny rasa nak datang lagi :)


1 comment:

  1. Ya Allah tek ! I never loved you that much !! HAHAHA. *facepalm*

    ReplyDelete