expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 3, 2014

Memori Biskut Raya

Petang semalam buat kuih buah Melaka, atau nama lainnya onde onde. Tak sempat ambil gambar pun, sebab tak cantik kelam kabut masak lauk serentak dengan rebus kuih sambil basuh pinggan. Susah susah explain ni sebenarnya nak tunjuk diri ini sangat multitasking kah? Kohkoh. Kalau ada yang tak kenal, ni ha aku tempek gambar dari Google. 


Yang aku buat of course la tak cantik macam ni, ada besar ada kecil, dah nak dekat berbuka tu semua besar besar sebab nak habiskan adunan tu cepat cepat HAHA. 

Bagi pada jiran sikit, bagi Kak Ha sikit. Bila dah berbuka tu, rasa seketul, alamak tak rasa pun gula melaka dia! Selama ini kalau beli kat bazaar kuih ni kalau tak terpercik gula dia dalam mulut bila kunyah, memang membebel kedekut la apa, sekali aku pun sama rupanya. Rasa macam dah cukup banyak dah masa tenyeh gula masuk dalam adunan bulat bulat tu. Malu je dengan jiran jiran bagi onde onde tak cukup gula T__T 

Masa uli adunan tu, memang mengimbau kenangan la. Kuih ini is one of my favourite, my all time favourite I must say. Masa bujang dulu selalu juga buat, sebab Baba selalu bawa balik gula hitam macam gula Melaka tu juga tapi orang Kelantan panggil ‘nise’ (pronounce as ‘nee-say’). Seronok buat benda ni, selalu ajak Oyah buat sama sama. 

Lepas tu mulalah rasa rindu saat saat macam tu, rindu nak buat biskut raya juga. Sebelum kahwin setiap kali nak raya mesti kena buat biskut raya, tapi yang senang senang jelah. Biasanya chocolate chips, cornflakes madu, and biskut buah. Lepas tu declare chocolate chips kami buatlah yang paling sedap di dunia HAHA betullah! Sebab guna recipe Mama gunting dari majalah omputeh apa entah, sedap gilaaa recipe diaaaa.. makan chocolate chips kat tempat lain takde lagi yang sama dengan chocolate chips kami, kecuali Famous Amos. Diamlah kau. Berani betul compare dengan Famous Amos -___- 

Lepas tu kalau buat cornflakes madu, dah siap bakar tu cepat cepat sorok tinggalkan sikit je kat luar, sebab Baba paaaaaaaaling suka cornflakes madu kalau Baba makan tak boleh berhenti rilek je pakcik tu masukkan satu satu dalam mulut depan TV lepas terawih sampailah Mama berleter, “Tu untuk raya la Bang!” HAHA comel betul. 

Pernah satu hari tu saje cuba nak buat semperit. Ni ha semperit kalau ada yang tak kenal. 


Ada orang panggil biskut dahlia kot. Ikut buku resepi cap ayam mana entah, konon konon masa ukir tu cantik je bentuk bunga, bila bakar semuanya leper jadilah biskut leper warna kuning ada ceri kat tengah T__T Dahlah tak crunchy langsung, boleh pula dia lembut macam muffin tu kenapa entah. Untuk cover line, terus pakat dengan Oyah kalau orang tanya ini jangan cakap semperit, rekalah nama lain kek ceri ke kek mini entah dah lupa HAHAHA. Bila cerita kat Mama and Mama pun rasa seketul, “Aah tak crunchy, tapi sedap juga. Ada la rasa sikit macam semperit”. Obviously she was just being nice sigh comel betul bila ingat balik :') 

Bila dah berumahtangga ni, memang sesekali akan timbul rasa rindu akan saat saat macam tu. Not that we don't appreciate our life now, but.. yeah. I miss those moments. Nanti nak ambil cuti saje sajelah, and spend the whole day at my parents'. Don't you miss your parents too? 


9 comments:

  1. saya pernah buat onde-onde ramadhan tahun lepas, langsung tak comel mcm dlm gambar..kecik besar. HUHU. kelapa dlm gambar cantik btl..tp kan,walaupun tak comel,puas hati rasa lagi sedap dari bazaar..HEHEHEHE!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan kelapa dalam gambar ni cantik betul, halus dan putih je. Ni kelapa kering kot, bukan kelapa parut fresh tu (pandai pandai). Tapi betul, buat sendiri seronok dan lebih puas hati. Boleh buat banyak bagi jiran jiran lagi :p

      Delete
  2. baru semalam orang office ni buat onde2. iols bagi duit je. mau kena mrh dek bos kalau iols join kaki sekali. hahaha. tp sarawak nyer onde2 tak sama dgn onde2 kt sini. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya boleh masak masak kat office. Eh Sarawak punya macam mana? Tak pernah tahu pun ada onde onde Sarawak..

      Delete
  3. utara ni panggil buah melaka & feveret husband. Tunggu dia balik sebab dia nak buat sendiri. 1st time nak makan kuih air tangan dia ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa jadi ke buat semalam? So how? Rajinnya husband nak buat kuih bagai hehe.

      Delete
  4. BAHAHAHAHAHA kek ceri bagai. Konon habis inventor. Haha. Banyak nya masa u tek. Jeles i tau. Huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah cover! Buat malu je bagitahu orang tu semperit haha! I know I know, I pun rasa macam you masa kerja Damansara dulu. Struggle juga nak kejar masa untuk berbuka, tak apalah, mana tahu future nanti lebih baik ke :)

      Delete
  5. Hi. Nk dptkn kelapa cntik mcm tu, x blh pakai mesin kelapa yg tenyeh tu. Sy tgk org indon bt, dorg korek isi kelapa keras2 tu jd keping2 then masukkan dlm mesin pengisar klapa dorg. Mmg halusss saje isi klapa tu. Kena gigih ckit la. Huhu.

    ReplyDelete