Thursday, July 17, 2014

Iftar With The Loved Ones




Weekend baru baru ini memang sibuk dengan undangan berbuka puasa di sana sini HAHA sembang nak lebat saje macamlah artis. Tak adalah, hari Sabtu ada majlis berbuka puasa anjuran office husband (which also my former office) di Marriott Hotel Putrajaya, hari Ahad pula ada gathering buka puasa dengan sahabat baik yang disayangi, Gossip Girls di Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan. We don’t really gossip nowadays but yeah the name remains due to---yang aku susah susah explain ni kenapa?? 

Berbuka puasa bersama dua anak kecil yang mana seorang daripadanya sangat clingy, seorang lagi sangat aktif dan kedua duanya tak nak orang… doesn’t sound like a good idea huh? But being parents for 3 years somehow taught us how to handle the situation, at least better than before. So these are what we did, we are still learning and experimenting anyway, but perhaps these methods boleh diikuti juga jika anak anda tak mesra alam dan takut didekati orang macam anak anak kami. 

1. Familiarize 

Seminggu sebelum kejadian kami dah sebut ulang ulang sampai dah jadi zikir harian dah. 

“Sabtu ni kita nak pergi makan dengan Daddy’s friends” 
“Sabtu ni kita nak pergi makan dengan Daddy’s friends” 
“Sabtu ni kita nak pergi makan dengan Daddy’s friends” 
“Daddy’s friends baik” 
“Daddy’s friends baik” 
“Daddy’s friends baik” 

Sekali sekala tunjuk gambar, tunjuk who is who. Supaya bila berjumpa nanti mereka lebih familiar eh macam pernah nampak je pakcik/makcik/abang/kakak ni? 

2. Perut mesti kenyang 

Pada hari kejadian, pastikan anak anak anda makan secukup dan sekenyang kenyangnya daripada pagi sampailah ke petang. Jangan bawa anak anak ke apa apa majlis pun dengan perut kosong, kadang kadang kita dah plan nak makan di situ so tak perlu masak di rumah, been there done that - a complete disaster. It might be okay for us untuk tahan lapar, but not the kids. Kadang kadang bila dah sampai ke sesuatu majlis tu bukan terus boleh makan, kesian anak anak. They don’t know how to be patient; they don’t understand how to wait.

  
Kenyang perut suka hati ;)

3. Tidur secukupnya 

At least mesti ada tidur 2 jam di siang hari, jika majlis itu berlaku pada waktu malamlah. Budak yang dah tidur siang yang mencukupi akan berasa lebih gembira di petang hari. So what I did was, pukul 12 dah pastikan both dah makan kenyang kenyang, pukul 2-4 tutup TV pasang air-cond dan jangan layan mereka langsung, lama lama mesti bosan dan ketiduran. Budak budak ni kena dipisahkan baru boleh tidur, so Mummy dengan Adik masuk bilik, Daddy dengan Abang tidur di luar. Sebab bila bersama budak budak ni akan banyaaaak sangat kerjanya! Bermainlah, bergaduhlah. Memang takdelah nak tidur. 

4. Tambah gula dalam badan 

We rarely give something sweet for our kids unnecessarily, we only give it as rewards for something good they did and also we save it for special occasion like this. Budak budak bila makan/minum something yang manis mereka akan lebih ceria dan gembira takdelah nak melepek je dengan Mummy Daddy. 

So 2-3 jam sebelum majlis we will let them have something sweet, like chocolate bar, or drink Ribena, or Vitagen. We even bring a pack of Vitagen along. Tapi kena bagi secara terkawal juga, kalau tidak nanti sugar-rush terlebih aktif lari sana lari sini sepahkan meja ke apa lagi susah nak jaga. Don't worry, they drink a lot of plain water too, I'll make sure of that :)


They say your first job will always be close to your heart. I completely agree :')

Segalanya berjalan dengan agak baik untuk majlis pada hari Sabtu. Tidaklah sempurna sepertimana yang dirancang, dealing with small children, memang still akan ada hiccups here and there. Tapi ianya masih jauh lebih baik berbanding majlis majlis lain yang pernah kami hadiri sebelum ini. As I said before, kami masih lagi belajar dan bereksperimentasi kan? 

Untuk majlis hari Ahad, budak budak ni LANGSUNG tak tidur siang! Dalam kereta baru tidur -____- 


Ni baru sampai. Setengah jam duduk dalam kereta nak bagi budak budak ni tidur lama sikit. 


   
I think we might 'overdosed' them with sugar a lil bit :p



10 years of friendship and counting.



With the husbands and children.

(Thanks Sayang for trying to get along with my bestfriends all these while eventhough you don't understand our jokes and topics that we found hilarious hehehe, it means a lot to me as I never imagine marrying to someone who hates my bestfriends..)


The babies; Arif Mikhail, Dayana, Ammar Yusuf dan Adam Muaz.



Overall, kedua dua hari memang sangat menyeronokkkan (and of course memenatkan :p), it was so much fun catching up with each other. Seeing how much we have grown and develop, how time flies *sigh*. Susah nak jumpa walaupun most of us lived in surrounding areas je sebenarnya. Semoga ikatan silaturrahim kita akan terus kekal hingga ke akhir hayat.


1 comment:

the awesome four said...

same la kite dok bagi anak a lil bit sugar di majlis majlis tertentu untuk kasi depa ceria.
sebenarnye rase bersalah, tapi u pun buat jugak, so kite rasa "okay". hahah!