Wednesday, July 9, 2014

Common Courtesy

1. Bayar tol

Unless kalau you lalu Smart Tag, otherwise please keluarkan Touch ‘N’ Go card/cash siap siap bila tinggal at least lagi 3 kereta sebelum kereta kita. Nak nak bila masa peak hour yang mana semua orang sedang mengejar masa untuk ke pejabat, awak dah sampai toll gate la baru nak cari TnG card, baru nak buka handbag cari coins…. dengan bersedia lebih awal, kita dapat elakkan daripada situasi di mana dah sampai toll gate baru perasan takde coins or takde TnG card haaa kan dah susah especially when there are a lot of car behind you. Betul tak? 

Begitu juga bila nak bayar parking, atau ketika berada di pasaraya. Sentiasa bersedia siap siap pegang wallet di tangan. I have encountered a situation di mana ketika sedang beratur panjang di pasaraya, bila tinggal seorang je di depan dan dah habis scan barang dia yang penuh satu troli, dia seluk poket, baru perasan wallet tertinggal dalam kereta. Korang rasa bengang tak jadi aku bila kena tunggu pula wife dia turun bawah pergi carpark nak ambil wallet pula selepas beratur punyalah lama?? 

2. Adab beratur. 

Masih tentang beratur. Bila you baru datang untuk beratur di fastfood restaurant atau kaunter tiket wayang atau di mana mana sekalipun, tiba tiba nampak your friend ataupun orang yang dikenali sudah berada selang 5-10 orang di hadapan.. Tolong jangan selamba buat buat lambai dan jalan terussss passing by semua yang sedang beratur dan terus berdiri di sebelah rakan anda di hadapan. Tak malu ke? 

Dan sebagai rakan yang sudah berada di hadapan, janganlah panggil rakan anda untuk terus memotong barisan, it’s unfair to other people who already in queue and it’s rude. Benci betul aku orang macam ni. 

3. Tunjuk parking space 

Pernah tak terjadi masa kita sedang mencari parking space dalam shopping mall kemudian ternampak orang baru keluar dari pintu pasaraya, kita pun ikut je dia dengan harapan boleh ambil parking space dia. Sesampai je ke kereta dia, rupanya dia nak cuma nak ambil barang je dan langsung tak ada rasa bersalah biar kita ikut dia for nothing. Sakit hati kan? 

Apalah salahnya bila nampak diekori dalam parking lot tu di mana kita tahu kita bukan nak remove kereta pun, kita bagitahu siap siap, buat hand signal atau gelengkan kepala ke, tidaklah membuang masa orang lain. Dan kalau kita memang nak keluarkan kereta, adalah lebih baik kalau kita tunjuk arah mana kereta kita supaya orang yang menunggu dan mengekori itu tidak tertanya tanya sama ada kita memang nak keluar atau tidak. My husband has practiced this the whole time and I think it makes him happy, because of course we have been in the same shoes (trying to find a parking lot for hours) so we know how it feels. 

4. Bersihkan meja sendiri selepas makan 

Yang ini aku mengakulah yang aku pun start belajar bersihkan meja makan sendiri selepas makan kat McDonald’s, KFC and even IKEA sejak kenal dengan H. Bila dah biasa buat macam tu, rasa sakit hati bila tengok orang tinggal je meja makan berterabur teruk ni manusia ke monyet yang makan ni??? At least kalau taknak angkat buang ke dalam tong sampah, at least kumpulkan sampah sarap tu letakkan dalam tray saja pun dah okay sebenarnya. Yes they are paid to clean up the tables but it wouldn’t hurt having a little bit of courtesy. 

5. Berdiri di sebelah kiri ketika menaiki escalator 

Ada orang memang ada the whole time in the world, ada orang yang memang sangat mengejar masa dan masa adalah sangat berharga. So bila naik escalator tolong berdiri di sebelah kiri if you’re are not in hurry dan beri laluan kepada orang lain. Boleh? 

6. Guna depan belakang kertas 

Aku tak suka pembaziran kertas. In fact aku benci pembaziran kertas. Aku tak suka orang yang komot kertas bila tersalah print, the paper can be reused and recycled. Aku tak suka orang yang hanya guna sebelah kertas untuk perkara yang tidak penting. Kecuali kalau ianya adalah dokumen rasmi yang perlu dihantar pada pihak lain, that is fine to use one side and leave another side blank. For my own use, be it draft documents for my superior to check or anything, aku akan print 2 pages in 1 side, and I use both sides of the paper. Bermakna dalam sehelai kertas aku muatkan 4 muka surat. Dan selepas dokumen itu tidak lagi digunakan, dan seluruh kertas itu sudah digunakan, I will put it in one box sampai penuh and send it for recycle. 

Come on, dunia kita dah tenat dah sekarang dengan penebangan pokok segala, tolonglah kurangkan pembaziran kertas. 

 “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isyra’: Ayat 27) 


Sedikit perubahan yang kita lakukan biarpun nampak kecil, mungkin ianya memberikan kesan yang besar pada orang lain. Jadi, jom kita ubah gaya hidup nak?


3 comments:

aNgAh_aLiFaH said...

Buang smpah dr dlm kereta. Pun rakyat malaysia kena ubah perangai buruk ni.

FAA said...

NAK SHARE!

nelly said...

hi, would like to share..thanks ;)