expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 10, 2014

Weekend Getaway: Melaka

It was actually a last minute plan. Bermula Rabu lepas when I was having conversation with my colleague during pumping session about places that would be nice to bring the kids for fun; she suggested this place which located at Melaka, Bayou Lagoon Park Resort. I straightaway Googled, it looks nice with waterpark and all, the rate is affordable and since Melaka is not so far and there’s room available (considering that Saturday is Agong’s birthday plus it’s school holiday, most other hotels are fully booked!), I told my husband and we booked straightaway. Since the room is only available on Friday with the rate 2 times cheaper than on Saturday, we planned to stay for 1 night dan lepas check out bolehlah jalan jalan sekitar Melaka. 

Our itinerary includes dinner at Ikan Bakar Umbai, naik Melaka River Cruise, naik Menara Taming Sari, naik beca mengelilingi tempat menarik di Melaka, pergi Pantai Klebang main layang layang, also enjoying the famous Klebang Original coconut shake. Ambitious gila perancangan HAHAHA, walaupun dah tahu bila bawa budak budak ni memang tak boleh merancang sangat, kids are unpredictable right? Nevermind, always aim for the sky, kalau tak dapat awan pun mungkin boleh capai puncak gunung, who knows? :p 

Bayou Lagoon Park Resort

We arrived at the hotel around 2.30, terus beratur at the nearest lobby we parked (Tahiti Villa). Panjang gilaaaaaa beraturnya dan hanya seorang yang uruskan receiption counter. Kids already started to get cranky, and after about 20 minutes beratur, tiba tiba receiptionist tu cakap, “Minta maaf ye semua, boleh pergi check in kat Blok A tak? Saya dah nak tutup kaunter dah ni. Sini sebenarnya tempat untuk check ini berkumpulan. Bukan untuk individu”. Gilaaaa. Orang belakang dah naik angin marah marah receptionist tu, bukan nak bagitahu awal awal or letak signage or anything, orang dah buang masa beratur lama lama baru nak cakap. 

So takde pilihan, kami pun bergeraklah ke Blok A, di sini lebih baik, sebab guna numbering system. Takdelah penat beratur, senang sikit. 


Lagi 42 orang T___T

You guys take note eh, kalau datang sini dengan family masa peak season, before check in tu stop dulu kat Blok A (Amari Villa) ambil nombor, baru park kereta. Better that way, tak perlu nak tunggu lama sangat. 

Long story short, we managed to enter the room at 4pm, rugi dah sejam. Budak budak pun dah takde mood sangat dah, sebab letih dan lapar. Masuk bilik, tengok dapat single beds despites of dah cakap nak queen size bed. I called the front desk again explaining that we have a baby, susahlah nak gabung gabung katil, karang terjatuh baby kat tengah tengah macam mana. Apparently no room with queen bed is available, and they promised to send the babycot instead. Of fine whatever, penat sebenarnya nak argue dah. Tak apalah, nama pun booking last minute pun ye tak? 

The baby cot arrived. 


Terima kasihlah ye, sangat sesuai untuk bayi saya yang baru lahir yang duduk diam je behave tak pandai pusing tak pandai memanjat ni T___T 



At least one of us is enjoying the babycot -___-"


Selepas settle down unpack barang serba sedikit, kami pun bawa turun budak budak ke waterpark. Nak masuk waterpark kena pakai wristband, budak budak dengan ketinggian 90cm ke bawah boleh masuk free. The wristband is valid throughout staying period, provided it still in good condition. Means kena pakai je jangan buka buka sepanjang kita stay kat sini. 


The kids are so excited, tengok budak budak happy terus hilang stress check in tadi hehe. This is the first time for Adam Muaz. Excited betul dia tak tentu arah nak pergi mana padahal satu tempat ni je yang paras airnya sesuai untuk budak kenit macam dia HAHA. 






Lasak bukan main, kena sentiasa keep an eye on him sebab dia ni laju je jalan nak ke kolam yang lebih dalam. Sejak dah berjalan ni memang tak boleh lepa langsung. Gambar kat waterpark tak banyak, sebab sibuk kejar anak tak ada masa nak ambil gambar. Tak apalah, put aside the camera and just enjoy the moment ;)

Lebih kurang 1 jam kemudian, kami pun naik ke hotel semula. Mandi bersihkan badan. 


Kelaparan masing masing. Makan biskut dulu. 

Kalau ikut perancangan, nak dinner di Ikan Bakar Umbai tu. Tapi nan hado, lepas makan biskut dan roti, terus tidur budak budak bertuah ni. 


End up Daddy turun beli nasi bungkus aje huhuhu. Nasib baik sedap. So plan nak naik Melaka River Cruise ni memang kelaut la, takde maknanya. Lama pula tu Abang tidur, sebab seharian dia tak tidur langsung tau. 



Tapi bayi ni tidur 10 minit je -____-. Lepas makan nasi bungkus, terus jadi pengawas pusat sumber jalan sana sini buat inspection dalam bilik hotel. 




Bilik yang kami pilih ini adalah Studio Room. Kalau hari biasa yang bukan cuti sekolah boleh dapat RM180 camtu je, tapi masa kami pergi ni the rate is RM288 (inclusive of breakfast for 2 and waterpark entrance for 2). Masih kira murah, sebab bilik ni besar sangat. Kalau bawa tilam/toto sendiri boleh muat satu lagi family. Dari segi penginapan memang selesa, sebab ini adalah hotel baru. Air-conditioner, water heater dalam bilik mandi semua berfungsi dengan sangat baik. Agak recommended la juga. Before datang sini banyak juga baca bad reviews pasal hotel ni, tapi so far selain dari check in yang lama tadi, yang lain semua okay je. Maybe they have improvised based on the bad reviews they received before.



 
Hari kedua, bangun bangun terus siapkan budak budak pergi breakfast. Dari segi pilihan makanan agak mengecewakan jugalah, sebab tak banyak pilihan. Pagi tu yang ada hanyalah nasi lemak, scramble egg with sosej, toasted breads, cereal, bihun goreng dan kuewtiaw goreng je kot. Oh ada bubur nasi juga tapi plain sangat. Kalau setakat nak kenyang, okaylah. Tak apalah. Be positive je malas nak rosakkan mood pagi pagi. 




Lepas breakfast, naik bilik rehat kejap, lepas ni nak terus pergi waterpark. 

Hari kedua at waterpark lebih seronok, sebab aku pun naik sekali gelongsor tinggi tu HAHA fun gila!! Kecut perut aku dah lama tak buat benda macam ni. It was fun, the kids were happy and that is what matters most to me. Tapi takde gambarlah, this time langsung tak bawa turun kamera pun heheh malas.

 Pukul 12 check out, sekejap je queue tak macam check in semalam. Mungkin sebab kami check out on Saturday, kalau Sunday mesti panjang queue juga kan? 


Gambar wajib sebelum check-out. Our small family ;)

 Kelaparan, cari kedai makan, end up masuk Mahkota Parade makan Nando’s je HAHA tak tourist langsung. Kat KL pun boleh makan Nando’s. Ingatkan nak be adventurous pergi makan Asam Pedas ke apa tapi memikirkan budak budak ni, baik la makan something yang memang mereka makan. 


Dua dah anak dia :p

Selesai makan, jalan kaki ke Dataran Pahlawan konon konon nak naik beca. Tapi cuaca ya Allah, it was freaking hot sampai terasa perit kulit kita masa tu! Then H decided pergi pantai dululah dengan harapan sampai pantai sana tu cuaca dah redup sikit. Tapi sebelum tu round juga keliling situ, lalu Jonker Walk, tunjuk Ammar Yusuf macam mana rupa beca, cantik rupanya Melaka ni, walaupun mostly bangunan lama je kat situ kan. 

Pantai Klebang 

 Apa yang bagus kat Melaka ni, there are signboards everywhere! Tak payah guna GPS sangat pun, agak mudah juga nak cari jalan. Nak ke Pantai Klebang tu jalan punyalah jem, pelik juga kenapalah teruk sangat. Rupanya jem disebabkan ini. 


Klebang Original Coconut Shake (picture from Google, tak sempat nak snap gambar). Queue dia panjaaaaaaaaaaaaaaang sangat, beratus rasanya orang yang beratur. Tak tahulah sebab cuti sekolah, or memang sentiasa panjang macam ni. Plan asal kami memang dah termasuk benda ni sekali sebenarnya, tapi tengok queue macam ni, kirim salam jelah. We both never taste any coconut shake before, so kalaupun sanggup beratur dan dapat minum it won’t do any justice walaupun sedap sebab we have no experience to compare. Betul tak? 

So we headed to Pantai Klebang anyway, dengan beranggapan mesti ada banyak lagi coconut shake yang dijual di sana. 



Dah sampai. Abang Yusuf tengah tidur masa ni, tunggu dia bangun kejap.



Betulpun, ada banyak gerai coconut shake di sini. Juga gerai makanan lain, dan gerai jual layang layang. Adam Muaz nampak layang layang di udara terus jerit, “Bird!” HAHA comel je. Budak ni memang paling suka tengok bird. Even kalau kat rumah pun dia suka bertenggek di tingkap nak tengok ‘bird’. 


 Ingatkan nak turunkan Adik bagi kaki dia rasa main pasir, tapi tengok macam tak convincing je, tak putih bersih macam kat Phuket dulu. Amboi kau bukan main nak compare Pantai Klebang dengan pantai Phuket. Tak beranilah, takut dia terpijak kaca ke apa. 


We bought the coconut shake! Ammar Yusuf suka betul. Tengoklah dia yang paling depan. Baru tahu it’s actually air kelapa yang di’blend’ dengan aiskrim vanilla. Sedaplah. Memang sedap. Yang biasa ni pun dah sedap, tak tahulah macam mana sedap lagi yang Klebang Original tu. Emmm masa taip ni pun terasa lagi sedapnya emmm. 

Lebih kurang sejam di sini, kami pun balik ke Bandar Melaka. The traffic went from bad to worse. Merangkak rangkak ya Allah. Rasa menyesal datang masa cuti sekolah pun ada masa tu. 2 jam dalam Melaka town je!! H masih mencuba nak juga bawa budak budak merasa naik beca jalan jalan, iyalah bukan selalu kan, but looking at the traffic I cakap dengan dia tak apalah, next time la naik beca, kita pergi Penang pulak la, sebab Penang pun ada beca. HEHEHE nampaknya terpaksalah bercuti ke Penang pula nak naik beca punya pasal :p 

Pukul 7.30 gerak dari Melaka, singgah R&R bagai, around 9.30 malam sampailah ke Puchong. It was a nice short getaway anyway, sekali sekala bagi anak anak rasa suasana lain kan. Looking forward our next vacation! ;)


4 comments:

  1. bestnya bercuti. comel nya anak2 kak.

    ReplyDelete
  2. i love malacca!! studentlife 2y je pon dok melaka pun terasa kebestan..umh sewa dekat lak dgn Coconut Shake klebang tu..everyweek must have gitu..oh fyi melaka mmg panas dr dulu..mmg bershort je dlm umh sewa dulu..haha..pns gile terngiang2 je.. suke sgt ngn melaka akhirnya married to half blood prince origin from malacca gittuuueeww haha..sonoknye...i dh lame x jenjalan ni...hehe

    ReplyDelete
  3. kitaorg melaka memang akan elak pegi bandar hilir tu on weekend..sbb traffic die mmg hazab! oh ye, tu pantai klebang yg dah tak ori lg dah..kawasan yg kak husna pegi tu dah tambak sebenanya dats y la nampak pasir die mcm tak ori..huhu..anyway thanks for coming to melaka! melawat melaka beerti melawat malaysia! cewahhh :)

    ReplyDelete
  4. terima kasi sharing..lama sungguh tak ke melaka..haha. padahal baru sekali ke sana.

    ReplyDelete