Thursday, June 12, 2014

Sehari Sebagai Suri Rumah

Semalam Kak Ha minta day-off, nak pergi buat MyKad untuk anak dia. So aku pun ambil cuti. 

Aku bangun pukul 6.30 pagi macam biasa. Solat subuh, gosok baju kerja H. Keluarkan lauk untuk masak dari peti beku. 

Dalam pukul 8, anak anak bangun. Both looked so happy I wonder why. Prepare breakfast for the kids. Buat roti bakar dengan planta dan Nutella sajepun. Both makan 2 slices seorang. Whoa bagus bagus. Macam tak cukup je ni, Mami pergilah goreng hash brown. Abang kata tak sedap. Bila Mami kata yang ini macam kat McDonald tu, terus dia cakap “Emm sedappp” -____- 

Kekenyangan, bersandar sambil layan Abang bercerita. 

Abang: Anggur mana? 
Mami: (Kenapa pulak tiba tiba tanya anggur) Anggur mami tak beli lagilah Abang. Orange ada. Nak ke? 
Abang: Anggur macam ini la (sambil angguk-anggukan kepala). 
Mami: Tu bukan anggurrrr. Tu anggukkkkkk! Adoi. 
Abang: Guling guling mana? 
Mami: Geleng-geleng laaaaa HAHAA bukan guling guling! 

Mesti perkataan baru belajar ni. 

Sambil sambil tu ambillah gambar. Sekali kena sound, “Mami tutuplah telefon, Abang nak cakap ni”. T___T 

Pukul 10 ayam dah defrost, mulalah basuh dan potong potong bawang. Anak anak sama sama di dapur. Seorang tengah menyanyi guna sudu sebagai microphone (-___-), sorang lagi tengah ketuk ketuk tupperware. Di dapur kering ye, bukan dapur gas. Taknaklah cari masalah hanya sebab nak tunjuk terer selamba letak budak tepi dapur panas sambil memasak :p 

Masak sup ayam saje, letak carrot, potato dan daun sup. Senang, warga bayi boleh makan nasi dengan sup ayam, warga tua bolehlah tambah sambal belacan segera Adabi sebagai penaik selera. 

Siap masak. Abang bagitahu nak berak. 

“La nak berak pulak. Okay jom” 
“Bukan berak la Mami. Berrrrrak” 

Betullah Mami cakap berak tadi! Ada je benda dia nak betulkan -___-"

Budak ni dah tak pelat dah. So kalau nak cakap dengan dia takyahlah nak cakap pelat pelat nanti sendiri yang malu hehe. 

Dah basuh berak, mandi secara berjemaah. Budak budak seronok, emak pun senang sekali harung je basah. Abang jirus Adik, Adik ketawa. Asalkan Abang layan dia, dia mesti happy. Adik memang macam tu, sangat mendambakan perhatian Abang tssk sedih betul. 

Selesai kecah kecah mandi, pakaikan baju budak budak, keluarkan bakul toys untuk lekakan budak budak and Mami pun zass zass zass mandi. Tak ingat aku sabun ke tak masa tu HAHA. 

And then, jom makan. Mami suap Adik, Abang makan sendiri je. Biarlah bersepah rumah, asalkan dia makan. Kalau kita suap nak dapat 3 suapan pun susah. Ni ambil nasi sesenduk, tuang sup, carik carikkan ayam, letak carrot dan potato, habis hampir ¾ pinggan. Senang hati Mami. Adik? Jangan risau, budak ini makan apa saja. Bak kata perumpamaan, di mana ada makanan, di situlah ada Adik. 

Selesai makan, suruh budak budak duduk diam atas sofa, Mami nak sapu rumah. Lepas tu Abang minta nak color. Tapi Adik tak tidur lagi. Syarat nak color kena Adik tidur. Abang sabar tunggu sementara Mami susukan Adik. Tapi dah puas susu pun Adik tak tidur tidur juga -____-. 

Emm nevermind, let’s just color. Ambil satu buku untuk Abang, satu untuk Adik. Bagi Adik pegang pencil color sebatang. Dia ketuk ketuk buku guna pencil color tu. Gembira diberi peluang untuk turut serta. Abang tengok, sambil menjeling dia cakap, “Bukan macam tu kan Mami, orang macam ni kan?” sambil tunjuk konon cara mewarna yang betul, padahal dia sendiri pun tak betul lagi HAHA. Mami pun layan jelah. “A’ahlah Dik, bukan macam tu. Tengok Abang color, clever. Macam inilah yang betul”. Bangga muka Abang.





Selesai layan budak budak, ingat nak cuba lipat baju. Sebelum ini tak pernah lipat baju kalau budak budak tak tidur, kecah nanti. Tapi cuba juga, agak mencabar sebab Adik ni dia kenapa entah nak juga kacau yang dah berlipat grrr. Bagi Adik pegang sikit baju, Abang pegang sikit baju, lepas tu konon konon ajar macam mana nak lipat baju, bukan jadi pun diorang lipat, untuk bagi diorang join je. Dengan cara itu, I manage to finish half of the unfolded laundry. Quite an accomplishment! 

Kemudian main geletek geletek, kuda kuda, main Lego, main sleep sleep HAHA siapa sleep dia menang. Dengan Abang bolehlah main ini, dengan Adik bukan dia faham lagi. Tapi Adik sekarang dah faham dah kalau suruh sit down, kiss, baring, sleep, come here. Dia memang akan ikut. Cuma dia belum pandai sebut je lagi. Budak baik Mami tu… 

Anak anak tidur, bolehlah Mami berehat kejap.

***************** 
Seharian menjadi suri rumah semalam, I realized one thing. Aku rasa kita akan kurang penat dan kurang stress kalau kita tidak terlalu strict/rigid dengan perancangan kita, dan keadaan sebenarnya lebih baik kalau kita membiarkan anak kita 'bebas' explore segala benda, selagi ianya tidak membahayakan atau memudaratkan dia. 

Sebagai contoh; sebelum ini kalau aku bersendirian dengan anak anak, bila nak memasak or basuh pinggan or kemas dapur tu aku akan letak penghadang di antara ruang tamu dan dapur, so that my boys or at least Adam Muaz tak masuk dapur. It is actually lebih melambatkan kerja sebab kejap kejap kita nak kena intai kat depan tengok dia buat apa, memanjat ke, tarik wayar Unifi ke, and sometimes he will cry his lungs out at the barrier asking me to release him bagi dia masuk dapur which makes me even more stressful.

Bila semalam masa aku tengah basuh ayam aku biar anak anak turut sama di dapur main itu ini, ketuk tong beras, buka laci kain buruk semua tu, macam lebih cepat pula siap kerja dan aku lebih happy. 

And then lepas makan aku ke belakang nak buka hanger untuk baju baju kering, elok elok dah susun hanger menimbun tu ikut warna dan saiz, tiba tiba budak budak datang dan zasss, punggah semua hanger tu. Instead of naik angin, I just let them be and gunakan masa tu untuk ajar diorang pula untuk susun based on colors.

"Haa yang green letak sini, yang blue letak sini. Sana tu untuk yang red"

Memang semalam tak macam selalunyalah. Pukul 12.30 anak anak dah siap mandi dan makan, pukul 2.30 masing masing dah tidur petang, aku kurang penat, dan sangat kurang stress. Aku rasa memarahi anak dan larang mereka itu ini lebih memenatkan berbanding mengemas 'hasil kerja' mereka. So tak apalah rumah bersepah sikit, kemas jelah lepas tu daripada nak stress stress bila anak tak mendengar arahan. They are just kids anyway. Sometimes budak budak ni bukan apa, aside of their natural curiosity, diorang cuma nak turut serta dalam aktiviti kita je. Supaya diorang rasa penting, rasa berguna dalam rumah tu.

Being a home-maker is fun. I really envy those housewives out there. Hmm now I'm calculating how many more years to finish paying off my car loan.......


No comments: