Monday, June 23, 2014

Kemahuan, Bukan Paksaan

Sabtu dan Ahad semalam kami pergi printing shop at Seksyen 2, Shah Alam nak print out hard cover for my husband’s thesis. I actually went along sebab Ammar Yusuf beria-ia nak ikut Daddy dia, kalau Ammar Yusuf ikut seorang nanti dia tertidur dalam kereta susahlah H nanti, takkan nak masuk kedai tinggalkan dia seorang dalam kereta kan dan takkan nak dukung dia masuk kedai sekali masa dia tidur pula. So terpaksalah aku ikut so in case dia tertidur dalam kereta, ada orang boleh tunggu teman dia. It’s funny actually, H cakap “Nak print satu benda pun bawa satu family”. Takpelah, inilah namanya keluarga bahagia HAHA. 

Well, seeing his final outcome of 4 years plus being a part-time student, I couldn’t help to get myself overwhelmed with emotion. Susahnya belajar sambil bekerja. Bukan, belajar sambil bekerja tidak susah, malah mungkin lebih seronok sebab kita sentiasa berduit berbanding belajar sepenuh masa yang mana kewangan agak terbatas. Tapi yang susah adalah belajar sambil bekerja untuk seorang yang sudah berkahwin dan mempunyai anak anak kecil. Cabaran dan dugaannya…… nevermind I’ll save that for my special blog post for his convocation this October ;)

Anyway I once had this conversation with him, soalan aku: 

“Berbeza tak perasaan belajar full time dulu dengan belajar part time sekarang?” 

Talking about his background of education, H was initially taking Electrical Engineering at BMI long time ago but couldn’t make it till the end there because he has been such a bad boy with disciplinary problems regardless his jambu face due to some reasons. He wasn’t really into that course anyway, but he took it just because he was qualified for it. After that, he started again at one college at Beranang and completed his diploma there. Selepas bekerja beberapa tahun dan mengenali seorang gadis cantik di tempat kerja (HAHAHA), he suddenly decided to further his study as a part-timer, having no clue that he’s going to marry that girl a year after that :p 

Anyway to answer my question, this is what he said, “Mestilah lain. Belajar kali ini… atas kehendak Abang sendiri. Bukan sebab parents suruh, bukan sebab nak ikut kawan kawan. Bila kita buat sesuatu atas kemahuan kita sendiri dan bukan paksaan sesiapa, the pressure is less sebab kita bukan nak buktikan apa apa pada sesiapa. I'm not trying to impress anybody. Kita belajar untuk diri sendiri.” 

“Belajar part time ni best, sebab kita belajar guna duit sendiri. Feeling dia tu lain. Nak print assignment ke, nak beli buku ke, kita tak ada masalah duit. Dari segi duit, seronok sebenarnya.. Lagi satu, dalam masa kita belajar, pengalaman kerja pun bertambah. 4 tahun kita belajar, kita dah ada 4 tahun pengalaman kerja juga“ 

Yang ini aku setuju. Teringat masa belajar dulu banyak benda terbatas sebab kekangan kewangan, maklumlah akal pendek dapat duit PTPTN bukan nak berbelanja secara berhemah! -____- 

Sambungnya lagi, “Abang sambung belajar sebab Abang memang nak belajar dan nak tahu apa yang Abang belajar tu, so kita lebih jujur, tak rasa perlu nak meniru dalam exam ke apa, kita jawab apa yang kita tahu je. Bukan lagi sebab nak kejar pointer dah. Ada orang dia belajar untuk score, just to get good grades not because of the knowledge itself, that is why ramai yang bila habis exam je terus lupa apa yang dia belajar”. 

Alamak. Macam terkena batang hidung sendiri je T__T. Betullah. Aku setuju sangat dengan apa yang dia kata, sebab I was one of those who studied just for the grades. I wasn’t into Engineering course as well, banyak kali juga rasa nak drop out tapi Alhamdulillah habis juga belajar. Bila dah mula bekerja, macam lupa habis apa yang aku dah pernah belajar, sebab kita belajar bukan kerana minat yang mendalam pada bidang ini. Tapi hakikatnya... memang dunia pekerjaan jauh berbeza dengan apa yang kita belajar pun sebenarnya (suddenly being defensive :p). 

Aku harap bila tiba masanya yang mana anak anak perlu membuat keputusan berkenaan pelajarannya, aku masih mampu dan dapat mempertimbangkan kemampuan dan kemahuan anak itu juga. Benda ni bukan dari segi pelajaran sahaja, tapi merangkumi pelbagai aspek lain dalam kehidupan juga. Bila kita buat sesuatu kerana orang lain, kesannya berbeza dengan keputusan yang diambil atas keinginan dan kemahuan sendiri betul tak? 

Tapi walaupun anak dah besar dan mampu buat keputusan sendiri, peranan ibu bapa tetap kena perlu dalam memberi panduan dan nasihat. Banyaakkk sebenarnya yang aku harap aku akan jadi dan takkan jadi bila anak dah besar nanti, tapi tak tahulah mampu atau tidak nak laksanakan. Masa anak anak kecil memanglah kita plan nak jadi the coolest and the most supportive parents ever, tapi karang tiba tiba aku jadi annoying parent yang paksa anak jadi doktor padahal anak lagi minat nak jadi chef, acaner? T_T


2 comments:

ily♥ said...

Being a part timer student, married n having kids mmg challenging. Started my masters before getting married, completed my masters with 2 awesome boys. Struggling to complete my thesis during confinement...fuhhhhh...it was really worth it..and yes, nak pegi hardbound thesis, submit thesis n viva pun angkut whole family skali. Sbb ms viva dlm pntang lg. Nak tgl si kecik, tak sempat nk stock up ebm..huhuhu..

Husna Hadzarami said...

Wow.. I tak boleh bayanglah perempuan yg jadi part timer ni. Masa my husband pegi viva hari tu ada one of his group member tengah pregnant tau. Must be so challenging. I tengok husband pun dah stress, dia yang hadapinya apatah lagi. Anyway glad that you made it. Bestnya, I don't think I mampu buat macam you..