Friday, June 27, 2014

Entri Hari Jumaat

Tak tahulah faktor usia atau apa, tapi aku rasa diri aku dah jauh lebih tenang sekarang. Tenang bukan dari segi apa, maksudnya sudah tak cepat melatah, atau cepat berkecil hati seperti sebelum ini.

Mungkin juga disebabkan telah terbiasa being ignorant terhadap perkara perkara yang tak mendatangkan faedah dan tidak penting. Kadang kadang bila dengar orang sampaikan apa apa tentang aku yang diperkatakan orang lain yang mana aku tahu ianya sekadar gosip murahan, aku sudah boleh "Oh yeke?" Dan sambung kerja semula.

Bila orang bergurau secara kasar dan menyindir dan hati bertanya "Dia ni kenapa saja nak cari pasal ni?" Akal dan mulut aku sudah boleh "Ah lantak kaulah malas aku nak fikir" lalu tumpukan pada perkara lain. 

Aku rasa semua orang pun akan melalui fasa ini. Fasa di mana kita tidak lagi peduli pada kata kata orang. Asal kita tahu siapa diri kita dan kita masih di bawah kepercayaan orang orang yang benar benar peduli pada kita.

Semakin kita membesar, kita kena sedar yang kita takkan dapat memuaskan hati semua orang, jadi pilihlah orang orang yang kita rasa berbaloi untuk dipuaskan hatinya. Kita kena sedar, daripada 10 orang yang follow kita di laman sosial, tidak mustahil lebih dari separuh sebenarnya akan lebih gembira bila kita jatuh. Jangan melatah, tak perlu nak balas balik ke apa, tak berbaloi pun.

Aku pernah sangat sangat jatuh satu ketika dulu. Saat yang mana aku rasa macam tak mungkin boleh bangun semula. Tapi aku tetap cuba dan berusaha. Tiap kali teringat perkara yang menjatuhkan itu aku pejam mata dan istighfar banyak banyak sampai timbul ketenangan dalam hati. Setiap hari, setiap masa. Dan aku cuba pandang dari sudut lain, the silver lining. Be positive walaupun terpaksa. Dan tanpa disedari, I have already get over it even sooner than what I've expected. Setiap yang berlaku MEMANG ada hikmahnya. Aku sekarang sangat bahagia ya Allah, syukur terima kasih. Kau tolong kekalkan kebahagian ini boleh? ;)

Kita kuat sebenarnya. You never realize how strong you are, until being strong is the only choice you have. 

Selamat menjalani ibadah puasa.




2 comments:

Hazreen Nbj said...

Betul tu, kita kuat. Allah swt tahu kita mampu hadapinya, Allah swt uji mengikut kekuatan dan kemampuan kita. In syaa Allah

Husna Hadzarami said...

InshaAllah. Terima kasih sudi baca :)