Monday, June 16, 2014

Bila Anak Taknak Orang..

Semalam keluarga mertua buat Majlis Kesyukuran dan Akikah anak adik ipar, baby Muhammad Fawwaz namanya. Comel geram aku.

Tapi lagi geram bila anak anak aku betul betul cranky throughout the whole event. Taknak orang (which is not so new). Ammar Yusuf meragam sebab lapar dan dia memang jenis tak friendly with unfamiliar faces, nak melekat je dengan Daddy dia. Adam Muaz meragam sebab dia tengah tidur masa kami sampai ke surau tu, and then aku letak dia atas tilam baby Fawwaz sekejap sebab baby Fawwaz belum sampai lagi, lepas tu punyalah ramai tetamu yang datang keliling dia sebab ingatkan dia baby yang nak diakikahkan HAHA adoi. Kau bayangkanlah, dia buka je mata nampak banyak kepala keliling tilam tu kalau aku pun terkejut kot, so bila dah starting macam tu, memang sepanjang majlis la dia meragam taknak dengan orang.

Honestly, I was a bit frustrated at the beginning. Sebab dah train lama dah Ammar Yusuf untuk belajar berkawan, belajar untuk lebih mesra. Mungkin pengalaman dia membesar yang mana dia terlalu kerap admitted to hospital membuatkan dia jadi fobia dengan orang.

Bukannya apa, sometimes it's just irritating when people tend to judge him, come on guys, how could you judge a 3 year old boy? I can't stand it when people say "Ala boringlah dia ni taknak orang. Kalau baby A (mentioning other people's child) ada barulah happening".

Until suddenly I remembered, I was exactly like him when I was a baby. Ingat lagi Mama cerita masa kecil dulu aku memang LANGSUNG tak friendly, SANGAT clingy dan kalau pergi mana mana aku memang taknak dengan sesiapa pun kecuali Mama. I was so diva like that HAHA.

Now I deserve a big slap on my face, how can I not be patient to my children when I was also behaving exactly like them when I was a baby, or might be even worse!

Afterall, it's not so bad having an unfriendly children actually.

Anak kita lebih behave di tempat umum. Contohnya di majlis orang, atau di shopping complex, atau di klinik. Senang nak jaga sebab dia stay je dengan kita taklah lari sana lari sini langgar orang sekeliling terjerit jerit ambil barang itu pecahkan barang ini.

Anak kita (inshaAllah) tidak mudah ikut orang yang tidak dikenali yang mungkin berniat jahat.

Anak kita lebih rapat dengan kita, dan obviously sangat percaya yang hanya kita yang benar benar akan melindungi mereka dari apa pun.

Tapi memanglah, tak dinafikan budak yang friendly dan hyper lebih disukai ramai. Tak apalah, cukuplah mereka membawa keceriaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kami sekeluarga sahaja. Tak perlulah fikir pandangan orang, orang bukan tahu apa yang kita lalui kan?

Tak payah nak risau sangatlah budak unfriendly nanti membesar tak ada kawan or tak pandai survive kalau kena tinggal seorang diri masuk asrama ke apa, sebab tengok diri sendiri sajepun, aku membesar ramai je kawan dan alhamdulillah boleh je survive berjauhan dengan keluarga.

Cuma satu jelah aku nak cakap. You guys, dealing with an unfriendly child ni, tolonglah jangan disakat sangat. No you're not helping him building up his self-esteem whatsoever, but you're just making it even harder for us (the parents) to handle our children. Budak introvert ni jangan diusik, jangan terus terus nak dukung, jangan nak pura pura ambil barang yang dia tengah main just to get his attention, jangan kacau, jangan cuit. No. Kita kena buat lek-lek je, buat tak kisah je. Ada sesetengah budak ni macam kita juga orang dewasa, kita sendiri kalau orang terhegeh hegeh sangat kat kita, mana kita suka kan. Cuba orang tu buat rilek je, main tarik tali sikit, tunjuk suka tapi tak beria, orang macam itu jugalah yang kita nak sangat. Nature manusia ni memang begitu, or at least that is how my kids roll.

Sebab being parents ni penat tau, kadang kadang bukannya karenah anak tu yang memenatkan, tapi karenah segelintir orang yang sangatlah kurang memahami. Sorang je yang buat onar menyakat, terus dia moody dengan semua orang. Lagi budak tu menjerit lagi dia seronok sakat. Janganlah begitu. Bila anak meragam, parents yang jadi susah nak jaga. Tolonglah faham ye. Kita tak tahu apa yang telah dilalui oleh kanak kanak itu, mungkin dia tak sihat, mungkin dia baru recover dari apa apa penyakit, mungkin dia ada pengalaman buruk dengan orang lain sebelum ni. We never know, hanya ibu bapanya sahaja yang tahu. We understand the excitement,  tapi lain budak lain cara kita nak tackle dia. No offense tau, kita bantu each other la ye? Anggaplah anak anak aku pemalu, seperti emaknya juga kahkah.




Majlis dah habis baru nak ceria -______-





7 comments:

honey bedazzled said...

anak cheq over tak takot org tak takot suasana n keadaan. tp x mo main ngan org dewasa. nak kanak kanak shj. ssh nk kawal juga buass. baguih juga anak nk mak bapak je. anak cheq ada geng, mak bapak boleh blahh.

ily♥ said...

Faham perasaan tu...huhu..My eldest, kalau situasi yang dia tak biasa, tibe-tibe ada ramai org, unfamiliar faces, memang melekat jelah dia dgn umminye...kalau orang sakat dia, memang mengamuk la, berpaut & menyelit dengan kita sampai nak masuk-masuk dalam kain...aisehhh..time tu memang geram sgt dgn org yg dok sakat dia sebab letih kita nak pujuk dia..huhu~

Nursaila Norman said...

saya lagi suka budak unfriendly dari yang hyper nie..mcm akak ckp la lebih selamat dan mudah dijaga :)

Unknown said...

Anak akak dlm kategori mesra alam. Yes, kalau pegi mana2 memang takkan sekali2 pakai high heels, sebab nak kejar dia memang tak terlawan. Tapi tak boleh salahkan dia jugak sebab it's genetically passed down to him, haha!

Suria said...

anak sy pun macam ni..lagi suka sebenarnya lagi² klu g weeding ke apa..xde la orang sesuka hati nak dukung dia bagi makan pelik² hehe
jenis melekap, menyondol nak masuk dalam baju..hehe

tp selalu dengar org keliling komplen, susah la apa lah..sibuk je mulut org tu..huhu

Mar Mansor said...

comelnye mereka berbaju melayu..

Unknown said...

Betul tu. Bebudak yang unfriendly ni lebih behave. Macam anak buah kita, Amay. Walaupun tak friendly sangat, bila kat terasi takde la dia ikut kawan-kawan dia panjat meja, pegi rumah jiran tak cabut bunga kat laman jiran. Sebelum buat apa apa dia akan tanya kita dulu. Kalau gi mana-mana pun stick dengan kita. :)