expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 16, 2014

Anak Kesayangan Mummy

I woke up at 6.45am this morning seeing all the boys already awake, tengok bola -____-. Nampak je aku, Ammar Yusuf terus minta biskut cicah Milo. Itulah, malam tadi taknak makan nasi, kan dah bangun kelaparan. Walaupun dah terlambat nak bersiap pergi kerja, I sediakan juga. Tak sampai hati biar dia berlapar. Suapkan dia, suapkan Adik (of course, si kenit ni mana je ada orang makan mesti tiba tiba ada je watak dia menyelit). 

Selepas beberapa suap, minta their Daddy takes over pula, Mummy nak iron baju nak mandi. So all the boys duduk bertiga depan TV tengok bola.  

Sambil bersiap, kedengaran suara H berbual dengan anak anak. 

Daddy: Nanti dah sekolah nanti, Abang kena jaga Adik tau. Kalau ada orang kacau Adik, Abang kena tolong Adik and cakap, “Jangan kacau dia! Ni adik saya tau!” 

Ammar Yusuf: Aah! Ni anak kesayangan Mummy tau! (Laju dia sambung dialog Daddy) 

HAHAHAHAHAHA. 

Adoi Abang kesayangan Mummy. Usaha nak stand for Adik tu dah ada and Mummy can give you an A for effort, tapi… habislah imej macho Adik, sekarang satu sekolah dah tahu Adam Muaz anak kesayangan emak :'))


No comments:

Post a Comment