Monday, May 19, 2014

Kertas Pasir

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita membentuk siapa diri kita sekarang. Dulu masa first job, selalu rasa apa la yang aku belajar kat sini bertahun tahun. Bila masuk tempat kerja kedua, banyak rupanya pengalaman kerja di tempat terdahulu membantu kita dalam pekerjaan kita ketika itu.

Cara prioritize.
Cara menjaga hubungan sesama rakan sekerja dan pihak atasan.
Cara berhubungan dengan client dan orang luar.
Dan sudah tentunya ilmu ilmu teknikal yang berkenaan dengan skop kerja yang tidak perlulah disenaraikan di sini.

There, I improved myself and be a better person. 9 bulan di tempat baru, terlalu stress, terlalu overload dengan kerja, aku tukar tempat kerja lagi. Pada awalnya merasakan apalah sangat pengalaman kerja 9 bulan, rupanya bila masuk tempat lain, baru kita nampak betapa pengalaman itu biarpun hanya 9 bulan, tetap menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Perubahan paling jelas adalah kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris; 9 bulan bekerja dengan organisasi orang putih itu, daripada tergagap dan kekok di hari pertama yang mana setiap kali nak cakap pun kena susun ayat cantik cantik dalam otak, sekarang dah boleh berkomunikasi dengan lancar malah boleh berbual kosong dalam Bahasa Inggeris biarpun grammar mungkin masih tak sempurna tapi yeah, the transformation is rather significant. Practice makes perfect, indeed.

Stress dan kerja yang overload di tempat terdahulu juga menjadikan kita lebih kuat mentally dan lebih bijak membahagikan masa.

Di tempat baru, aku adalah lebih vokal. Lebih lantang menyuarakan pendapat dan lebih berani membela diri. Betul kata orang, kemampuan berkomunikasi dalam bahasa kedua memang meningkatkan keyakinan diri. Aku lebih ignorant pada apa yang tidak penting, lebih keras hati untuk berbalas kata apabila perlu. Stress nya tidak kurang daripada dulu, namun ianya adalah stress yang berbeza. 

Kadang kadang bila memandu seorang diri, memikirkan perubahan demi perubahan yang aku lalui, rasa macam tak sangka. Tak sangka aku jadi macam ini. Pembentukan diri kita disebabkan keadaan pekerjaan kita, suka atau tidak ianya memberi kesan pada kehidupan seharian di luar waktu kerja juga sebenarnya. I realized that I've grown a lot stronger, semakin kurang terkesan dengan kata kata orang yang menjatuhkan, semakin tidak peduli apa yang orang fikir tentang kita.

I learnt to prioritize, to focus only on what really matters to me and my family. Kita jadi lebih keras hati, lebih 'bersuara' dalam rumahtangga juga. Kalau dulu bila ada yang mengguris hati, silent treatment pasti menjadi pilihan. Kini tidak lagi. I will talk, speak up and communicate addressing the issues. Life has become a lot better eversince that, because I no longer hold back and keep things to myself. 

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Bila rasa terlalu tertekan dan hampir berputus asa, selalulah aku berkata pada diri sendiri bahawa segala kesusahan ini pasti akan membentuk diri aku yang lebih baik pada masa depan. Jadi, bersabarlah. 

"When people hurt you over and over, think of them as sandpaper. They scratch and hurt you, but in the end you are polished, and they are all used up" 


2 comments:

Unknown said...

agree... totally agree for the quotes..

syahiradellarose said...

Always inspiring! As usual. Tq akak :)