expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 26, 2014

Cabaran Sabar

Aku tak suka tengok benda yang sedih sedih sebenarnya. Sebab aku jenis sangat mudah terbawa bawa. Orang lain kalau tengok benda sedih, petang tu dah boleh get over. Aku, seminggu pun belum tentu lagi.

Tapi this time berbeza, hampir setiap hari aku tengok Instagram ladyofleisure2101. For some reason, aku taknak follow dia, tapi kalau tengok kat search box Instagram aku memang nama dia yang paling atas sekali.

Walaupun setiap kali tengok pun air mata meleleh laju, hidung berhingus tiba tiba, aku tetap nak tengok lagi keesokan harinya.

Melihat insan lain yang kehilangan anak yang seusia anak kita, memang meremukkan hati. Namun dalam sudut yang lain ia memberikan kita satu semangat baru dan kekuatan yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata.

Kita jadi lebih menghargai apa yang kita ada sekarang.
Kita mula memandang sesuatu dari sudut berbeza; bila anak meragam atau buat sesuatu yang tidak kita sukai, kita jadi lebih bersabar kerana kita tidak tahu berapa lama anak itu dipinjamkan kepada kita.

Suatu malam Ammar Yusuf buat hal, pukul Adik dia despite of several warnings we have given to him. Ammar Yusuf ni, bila dengan Adik memang cepat sangat tangan dia. Tak tahu mana silapnya but we surely blame ourselves for that (and his babysitter a lil bit, for spoiling him too much -___-"). H is so angry, I think he is more to upset with him sebab kesian sangat tengok Adik, dia cuma nak main sama sama je.

When Ammar Yusuf seemed not affected at all biarpun dimarahi, H dukung bawa Adik masuk dalam bilik dan ajak aku sekali.

"Jom Mummy kita tinggal Abang sorang sorang kat luar"

I feel a lil bit of hesitation but I followed my husband anyway. Kami masuk bilik, tutup pintu, kunci. We never try that before, totally leave him isolated like that but he has gone a little bit too far that night we couldn't take it easy anymore.

Bila dah kena macam tu, Ammar Yusuf of course, menangis ketuk pintu panggil panggil Mummy Mummy, masa tu aku dah rasa sebak dah anddd belum pun 2-3 minit I said to my husband "Sorry B tak bolehlah Bang". 

Aku keluar, dukung dia yang tengah menangis tu dan kami end up baring berpelukan kat sofa ruang tamu tu, crying. I keep telling him how much we love him and we just want to discipline him and we wouldn't act this way if he treated his little brother better. I was soo sad thinking what have we done, and whether or not we have raised him well so far, even Ammar Yusuf dah berhenti menangis pun air mata aku masih laju je mengalir.

At that moment, I really don't know if I'm doing the right thing for giving in to him, but one thing for sure, aku taknak bangun pagi esok dengan penyesalan. I keep reminding myself that in 24 hours, pukul 8 kami dah hantar ke rumah pengasuh, pukul 7 malam baru ambil, pukul 10malam dia dah tidur. 3 jam je masa yang kita betul betul spend dengan dia dalam sehari, takkan 3 jam itu hendak dihabiskan dengan cara begini. Even worse if there's anything happens to him tomorrow I can't ever forgive myself yes I'm so weak like that but in my defense,  he's barely 3 years old!

Anak ini amanah Allah. Kita memang tak boleh pilih nak anak macam mana, tapi kita boleh berusaha membentuk dia menjadi kalaupun bukan 100% seperti yang kita mahu, mungkin 80% tu boleh dapat inshaAllah. Cabaran ibubapa muda dari dulu sampai sekarang memang itulah, lack of patient. Dan aku nak cuba berusaha memperbaiki kelemahan aku yang ini inshaAllah. It's hard, but it's possible and definitely will worth it.


3 comments:

  1. Betul tu husna , anak tu amanah Allah, kite tak boleh pilih nak macam mana tp kite berusaha nak besar kan mereka dgn cara paling baik tp kalo husna boleh bg tips or nasihat macam mana kite nak berdepan dengan org yg menkritik cara kite membesar kan anak atau tak bg peluang kite nak tunjuk atau cuba car nak didik mereka dah di suruh ikut cara org lain. Tq husna

    ReplyDelete
  2. sedih plak baca..kdg2 suka sgt mrh anak kecil...including me.padahal akal dia mn tau slh ke betul pun..kita yg dewasa ni yg kena tunjukkan..tp setan tu memang bijak menghasut.. fight the satan!!

    ReplyDelete
  3. Hi husna, sebenarnya this feeling happen to me also. Anak I pun lebih kurang sebaya Ammar Yusuf. Malam kelmarin time I dekat dapur nak prepare dinner, dengan letih balik kerja, dia dating mintak susu. So I buatkan and pass cawan susu tu dekat dia, lepas tu dia tak sengaja kot, susu tu tumpah. I dengan automatiknya termarah dia sambil cakap 'Ibu penat tau bang, abang boleh tak jangan buat hal' and yang sedihnya dia terus letak cawan susu tu (without minum) and terus naik atas. Bila siap masak, I pegi dekat dia, dia tgh main dengan fav car dia dalam bilik. Bila I datg dekat and panggil dia, dia terus cakap 'Abang x nak ibu, abang x saying ibu' without tgk muka I. OMG, I sedih sgt time tu, terus nangis. Sedih sgt sebab he actually can understand now bila kita marah dia. Bila I tgk cawan yang ada susu tak berusik tu, lagi I sedih. Huhu.. drama kan.

    ReplyDelete