Sunday, April 20, 2014

Things You Do For Your Loved Ones

Semalam kat rumah Mama kami tengok The Dark Night Rises at HBO. Ada satu scene yang menarik perhatian kami suami isteri. Scene di mana Jack Blake (polis) cuba berdepan dengan penjahat seorang diri dan tiba tiba Batman datang dan cakap,

"If you want to be a hero, put on a mask"

Blake balas, "I'm not afraid if they know who I am"

Dan Batman cakap, "It's not for you, it's for your loved ones. You wear a mask to protect your loved ones"

Ayat itu memang sangat berkesan di hati. Kenyataan di mana kita sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan semua tindak tanduk kita demi melindungi orang tersayang. Apatah lagi setelah bergelar ibu dan bapa.

Dalam perjalanan balik ke Puchong, kami berbual tentang perkara ini. Tentang betapa menjadi seorang ibu dan bapa membuatkan kita lebih berfikir panjang dalam membuat keputusan, lebih matang, lebih bertanggungjawab, kerana setiap tindakan kita akan memberi kesan kepada anak anak.

Bila rasa stress dengan kerja, dah tak boleh nak senang senang cabut lari tinggalkan semuanya.
Bila tertekan dan sedih dan rasa nak drive laju laju (akulah tu), namun terfikir kesannya pada anak anak jika berlaku apa apa pada diri aku, terus tak jadi nak ikut perasaan.
Bila berlaku masalah dalam rumahtangga, anak anaklah yang membuatkan kita berfikir lebih panjang dan lebih rasional sebelum mengambil apa apa keputusan.
Jika sebelum ini kita bebas berkata apa sahaja, bila ada anak memang membuatkan kita lebih berhati hati dalam berbicara, bimbang apa yang kita perkatakan akan dibalikkan pada anak anak kita.

Juga sekiranya berlaku situasi di mana kita disuruh buat sesuatu yang tidak kita ingini dan diugut untuk dicederakan jika kita melawan, kita masih mampu untuk menolak jika ianya hanya melibatkan diri kita. Buatlah apa yang kau mahu, aku tidak peduli. Tapi cuba sekiranya watak kita ditukar kepada anak anak kita, ibu bapa kita, orang orang yang kita sayangi, kesannya lebih besar. Kita akan sanggup lakukan apa sahaja untuk melindungi mereka, kan?

H pun berkongsi pengalaman berhenti merokok. Selama ini orang cakap merokok membahayakan kesihatan, tak terkesan. Merokok membazir duit, tak terkesan pun. Bila lahirnya anak, anak ditahan di hospital disebabkan asthma, terus dia berhenti merokok on the spot. Bukan slowly, bukan secara berperingkat, he quitted on the spot! Betapa besarnya pengaruh anak dalam diri dia. Tak sangka dah dekat 2 tahun dia tak sentuh rokok. Betullah. If having a child does not change a person, I don't know what else will. 

"There really are places in the heart you don’t even know exist until you love a child." (Anne Lamott)






1 comment:

Vee said...

Nice sharing, sis.. Kids sememangnya pembuka mata kita kan. Hmm..