One night I had a conversation with H about having a daughter.
"Kalau anak ketiga kita perempuan, memang perfectlah. Dua lelaki seorang perempuan. Mesti abang abang dia akan sangat protective kan," kataku, lepas tu terdiam sekejap, dan cepat cepat sambung, "Kalau anak lelaki lagi pun, perfect juga.." memikirkan kemungkinan anak seterusnya lelaki juga kesian pula kita kata kehadiran dia tak menyempurnakan kehidupan kami T__T
H kemudian menyambung, "Kalau semua anak kita lelaki pun tak apa je. Ada lah sebabnya Allah tak bagi kita anak perempuan."
Hmm. Iyalah. Betul juga. Kalaupun ditakdirkan anak aku semua lelaki pun, aku sebenarnya okay saja. Ada lah tu hikmahnya. Mungkin membesarkan anak perempuan adalah diluar kemampuan kami dan Allah dah nampak semua tu kan? Seram juga bayangkan kalaulah dapat anak perempuan yang perangai macam aku dari kecil sampai ke besar..... kifarah betul :(
Oh. I'm not pregnant, at least not for the next 2 years hehehe. Bukan tak suka anak ramai, bukan juga kerana bimbangkan rezeki tidak mencukupi; ianya lebih kepada kemampuan emosi dan ketahanan mental aku dalam membesarkan anak anak. Siapa yang lebih mengenali diri kita berbanding kita sendiri; I know myself too well so regardless how eager I am to have more kids, I can't be selfish dan mengabaikan hak dan kebajikan anak yang sedia ada. Quality over quantity, no?
Back to the subject, well, kalau tak ada anak perempuan, siapa sahaja adik adik mahupun adik ipar yang melahirkan anak perempuan, anak itu Antina akan manjakan habis habisan with everything pinky, princessy and all the cute stuffs sampai mak bapak dia bengkek dengan aku HAHAHA. Dah bagitahu siap siap dengan adik adik pula tu haha. Anak buah kan lebih kurang jelah dengan anak sendiri, ye tak? :p