expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 17, 2014

Talking Ammar Yusuf #2

Ayam KFC

Mummy: (Capai tangan dia and gigit) Emmm boleh tak Mummy nak makan ayam KFC ni? Emmm sedapnya ayam KFC… 
Ammar Yusuf: (Ketawa geli hati) Mummy Mummy ni bukan ayam KFC, ni tangan Abang! 
Mummy: Eh! Laaaa.. Mummy ingat ayam KFC tadi! 
Ammar Yusuf: Mummy lupa ke? 

Hehehe innocent betul :') 

Moon 

Suatu malam, dalam perjalanan balik dari rumah mertua, nampak bulan mengambang cantik betul. 

Mummy: Abang look, moon! 
Abang: Wah besarnya moon, honey star pun ada! 

Sepanjang perjalanan dia tengok je bulan tu. Bila dah dekat dekat dengan rumah pun masih lagi nampak jelas bulan tu. 

Mummy: Abang, moon ikut kita la. Macam mana ni? 
Daddy: Moon nak datang rumah kita kot, nak sleep dengan Daddy. Boleh tak? 
Ammar Yusuf: Tak bolehhhhh. Moon dekat luar. Moon tinggi sangat. Tak boleh sleep dengan Daddy. 
Daddy: Tukar la pulak. Moon sleep dengan Daddy, Abang sleep dekat luar. 
Ammar Yusuf: Tak boleh laaaaa. Nanti Daddy dukung moon, pecah moon. 

Moon pun boleh pecah ke?? 

Malu

Pernah satu hari Sabtu tu, Ammar Yusuf bangun bangun tengok Daddy dia dah takde pergi kerja, punyalah dia menangis berdiri kat tingkap panggil Daddy dia. Macam video klip hari raya pun ada, 

"Dadddyyyyy, jangan pergiiiiiii.." -___- 

Bila dia dah bertenang, aku cakaplah. "Abang tak bolehlah cry macam tu, Daddy pergi work je pun. Abang menangis kuat kuat, Uncle sebelah dengar, malu je". 

Malam tu, lepas tidurkan Adik dalam bilik aku pun keluar ke ruang tamu, nak spend masa dengan Abang dan bapak dia pula. Keluar je dari bilik, 

Ammar Yusuf: Haaa ni Mummy. Abang cari Mummy tadi. 
Mummy: Yeke? Abang cry tak cari Mummy? 
Ammar Yusuf: Abang tak cry. Nanti uncle sebelah dengar, malu la Abang. 

Tahu pun! -__- 

Sayang Mummy 

Mummy: Abang sayang Mummy tak? 
Ammar Yusuf: Sayang! 
Mummy: Banyak ke sikit? 
Ammar Yusuf: Abang sayang Mummy sikit je, secubit je (jari buat gaya secubit) -__- 

Kiss Mummy 

Mummy: Abang sini la kiss Mummy, pleaseeee. 
Ammar Yusuf: Abang dah kiss Mummy banyak dah dulu. 

Tu pun nak berkira!

Abang Ada Duit 

Budak ni selalu pandai pandai berjanji, contohnya kalau biskut habis, or cereal habis. Bila nampak Mummy macam kecewa tengok benda tu dah habis, mesti dia berjanji akan belikan (padahal bukannya kecewa pun biasalah Mummy kau Drama Queen). Satu hari tu Honey Stars habis. Macam biasalah dia.. 

Ammar Yusuf: Nanti Abang belikan eh, Abang pergi Tesco Abang belikan Honey Star. 
Mummy: Abang ada ke duit nak beli? 
Ammar Yusuf: Abang pergi dengan Daddy la. Daddy ada duit banyak, Abang ada duit satu saje. 

Nasib baik dia cakap pergi dengan Daddy, sebab Mummy pun ada duit satu saje hehehe. 

Malam semalam dia main berlakon berlakon, props lakonan dia biasalah, bantal peluk jadi gitar, Lego dia jadi nasi ayam. Mula mula berlakon cuci kereta (huru-hara sebab Adik pun nak 'tolong' cuci juga), lepas tu pergi main golf (overnya tukang cuci kereta boleh pergi main golf - __-") lepas tu jadi Doktor pula. Kami yang lain lain ni terpaksa la jadi watak sampingan dalam ‘cerita’ dia. 

Mummy: Doktor, saya sakitttt. Boleh tak doktor urut kepala saya? 
Ammar Yusuf: Awak sakit ke? Nanti doktor buatkan coffee ye? (wah bagusnya servis doktor ni siap buatkan coffee) 
Mummy: Tapi, coffee kan dah habis? 
Ammar Yusuf: Coffee dah habis. Milo je ada. Nanti doktor pergi Tesco beli coffee ye? 
Mummy: Doktor ada ke duit nak beli? 
Ammar Yusuf: Doktor ada duit raya banyak tau. 
Mummy: Yeke? Saya ingat doktor ada duit satu saje. 
Ammar Yusuf: Doktor ada duit raya banyak, Mummy ada duit raya banyak. Daddy yang ada duit raya satu saje. 
Mummy: HAHA siapa bagi doktor duit raya? 
Ammar Yusuf: Daddy la bagi. 

Alamak kesiannya Daddy bagi duit raya kat doktor sampai tinggal satu saje :)))) 

Haaaihh this little man :')




2 comments:

  1. hahah...cutenyoo ammar yusuf...cidik sungguh

    ReplyDelete
  2. Amar yusuf is getting cheekier everyday

    ReplyDelete