Monday, February 24, 2014

Losing Weight After Second Birth

Mengandung kali kedua, berat badan aku naik lebih banyak berbanding mengandung anak pertama. Ini diakui oleh Mama sendiri, orang yang paling jujur mengeluarkan pendapat bila bercakap pasal bentuk badan walaupun tanpa diminta -___- 


My last weight before I deliver Adam Muaz was 78kg. Hah gambar atas ni exactly sebelum bersalin. Lagi 2kg nak 80kg gilaaaaaaa. Untuk ketinggian I yang 1.62 meter ni, my normal weight is 55kg, and my weight before I get married was 50kg but I try not to be too ambitious so I just keep my target on my normal weight. 

The first time I weigh myself after I deliver Adam Muaz, it was 68kg. I loss only 10 freaking kilograms and it’s not good. Masa berpantang kat rumah Mama I was already being lectured on how we women should take care of our body, should not get fat, should always look pretty wuuuu T__T 

I don’t like being fat (siapa je yang suka?). I have seen so many people keep preaching how we should embrace our body no matter what size we are, but unfortunately it doesn’t work for me. How can you be happy when you’re not healthy? Don’t get confused with fat and curvy, curvy is always nice, but not fat. Fat is usually associated with many kind of health problems, don’t get too comfortable being overweight, please. 

Tapi walau macammana eager nak kurus pun, aku taklah berdiet secara extreme. 

First, I’m lazy. 
Second, extreme diet can stress me out even more and being stress wouldn’t help you to reduce weight. 

Aku cuma berusaha dengan cara yang lebih menggembirakan, kurang stress and Alhamdulillah agak berkesan untuk menurunkan berat badan. 

Makan 

Aku tak boleh kurangkan makan, tapi aku kurangkan makan apa yang tak perlu. Sebelum ini, rutin makan aku bermula dengan breakfast (and being a Kelantanese, I love heavy breakfast i.e nasi lemak/nasi kerabu). Pukul 10-11, snacking pula (sebab office aku sebelah je dengan grocery store so seronok je aku lari keluar kejap beli jajan -__-), 12.30, heavy lunch, and then follows with snacking lagi and malam at 8pm will be dinner. 

Tapi, sejak follow Twitter Islamic yang asyik post gambar budak budak serata dunia yang mati kebuluran, minum air dari longkang, makan bangkai binatang, berebut berbunuhan untuk sesuap roti, aku rasa malunya nak makan secara berlebihan. Memang malu, rasa bersalah, setiap kali terasa nak mengunyah padahal baru je lepas makan, aku terbayang gambar gambar tu terus hilang selera. Rasa kesian, rasa berdosa juga. Benda tu juga yang aku selalu cakap dengan Ammar Yusuf bila dia taknak makan, “Kat tempat lain ada baby tak ada makanan pun nak makan tau, Abang ada makanan, Abang taknak makan.” 

Do you know that currently Malaysia has the highest obesity rate in South East Asia and is ranked sixth in the Asia-Pacific region? 16.8 juta rakyat Malaysia berada dalam kategori berat badan berlebihan tau! Orang lain mati tak cukup makan, kita mati kerana terlebih makan. Diabetes, sakit jantung, darah tinggi, semua ni penyakit terlebih makan tau. 

Cubalah kurangkan makan, makan bila perlu, berpada pada. Tapi aku tak boleh skip makan, I have to eat because I still breastfeed my baby. Tapi beragak sikitlah. Buruk sebenarnya perempuan asyik mengaku kuat makan, siapa tak suka makan tapi kita bukan hidup untuk makan, kita makan untuk hidup. So no  more snacks in between meals, no more junkfoods. And I cook a lot uolss jangan tak tahu haha. Belum sampai ke tahap eat clean lagi, tapi ada dah sikit sikit ke arah tu. 

Swimming 

Learning to swim last 2 years, is the best decision I ever made. I really enjoy swimming, first time in my life yang I tak sabar sabar tunggu hari nak bersenam, padahal sebelum ini bersenam bukanlah sesuatu yang menyeronokkan bagi aku, penat, berpeluh, sakit otot dan sebagainya. Selalu rasa nak cheat, rasa nak bertangguh. 


Tapi berbeza sangat dengan swimming. Swimming reduces my stress. Swimming reduces my headache. Swimming increases my confident level. Walau penat macam mana pun after work, aku tetap bersemangat nak pergi swimming. Berada di dalam air, membuatkan aku rasa ketenangan yang tak dapat digambarkan. Aku rasa bebas, rasa segar sangat. 

Buat masa ini kami hanya mampu pergi berenang seminggu sekali sahaja, which is on Friday night. Dah cakap, dah berbincang dengan Kak Ha, yang setiap Jumaat kami akan ambil lewat 2 jam daripada biasa. InshaAllah bila anak dah besar sikit nanti, kami akan bawa sekali anak anak. Best, sebab situ ada kolam kanak kanak juga, dan ada juga jurulatih untuk kanak kanak. InshaAllah. 

Breastfeeding 

Yang ini, mungkin kesannya tidak besar dan tidak ketara, tapi semua orang tahu kan yang breastfeeding juga membakar kalori? So far aku hanya pam 3 kali sehari, which is in the morning at 6am, during lunch time at 12.30pm and right when I arrived home, at 6pm. Nampak tak gap nya berapa lama? So disebabkan gap yang terlalu panjang, susu pun dah tak berapa banyak tapi I teruskan juga pam, sampai ke titisan terakhir inshaAllah. Bukanlah sebab nak kurus pun, but I just love breastfeeding, the bonding we have during breastfeeding is just, indescribable. I feel needed, I feel important :') 

Ephyra 

Aku dah ambil Ephyra semenjak dalam pantang lagi, kemudian stop sekejap, dan sekarang dah hampir 2 bulan sambung semula. Motif asal ambil collagen ni sebab nak kulit cantik (tapi tak cantik pun tengok zzzzzz) dan untuk tenaga sebenarnya, tapi aku perasan Ephyra ni buat aku kurang lapar. Sebelum ni, belum 12.30 dah kebulur semacam. Dahlah sebelum lunch aku pam dulu, lagilah lembik semacam lepas tu. Kini tidak lagi! HAHA. Entahlah, kadang kadang aku rasa semua ini mindset semata. Aku ni semuanya nak mindset. Yelah, minda kita kan lagi powerful dari fizikal. Kadang kadang benda tu di luar keupayaan fizikal kau, tapi bila minda cakap boleh, kita tetap boleh buat. Perasan tak? 

Taking care of 2 boys 

HAAAAA aku rasa inilah punca sebenar penurunan berat badan! Jaga dua anak lelaki… ya Allah, tak tahulah macam mana Mama jaga 8 orang anak deret deret, aku jaga dua orang pun dah semputtttt! Ammar Yusuf tu okay lagi dah mendengar kata, dah faham arahan. Adam Muaz tu, dia bangun je tidur, takde menggeliat ke warm up ke apa, terus MEMANJAT!! Terus meluru merangkak! Geram aku budak ni. Selagi dia tak tidur, tak ada maknanya aku boleh bersenang lenang bermalas malasan, sentiasa nak kena kejar dia, sentiasa nak kena membuntuti dia T___T. Itu bab kejar dia, belum bab dukung dia lagi. Dukung anak pun bakar kalori tau! Sekarang ni kat rumah sentiasa kena pasang aircond, berpeluh peluh tahu tak jaga anak ni HAHAHA. Keletihan yang memuaskan. Haaa so kalau korang lepas bersalin anak pertama rasa macam susah nak turun berat badan, try having another baby. Bila anak dah lebih dari seorang, memang confirm senaaaaang nak kurus HAHAHAHA. 


So well, berapa berat badan sekarang? 

Belum back to normal lagi, baru 56.5kg. Tapi okaylah kan. Slow and steady, biar lambat asalkan sihat. Daripada turun drastik tapi badan tak tone, tak fit, tak sedap sedap bak kata orang. For now I will just to continue what I'm doing now, cuma mungkin bab pemakanan tu nak kena improve lagi. Nak cuba eat clean, jaga dalaman kita. I drink a lot of plain water too, hantu air masak aku ni, jarang sangat minum air sejuk sekarang ni. Dah tak minat la, carbonated water lagilah almost tak sentuh dah sekarang. My husband and I, we want to try our best to take care of our health, sebab kalau boleh taknaklah susahkan anak anak bila dah tua nanti. Beringat sementara sihat kan? 

Jomlah, keluar dari zon selesa kita, hanya kita yang mampu mengubahnya ;)


2 comments:

Ainul Mustafa said...

yeke no 2 berat naik lg byk? saya pregnant kali 2 ni dh 5bln berat tak naik naik. risau jgk. tp doc ckp baby sihat.makan byk.

rahmasnajib said...

Hai kak husna. saya Rahmas. Sebelum kahwin berat 55 je. Baru setahun kahwin berat naik 66 anak pun takde lagi. Ahahaha. Blurghhh. -.-