Friday, February 14, 2014

Merancang Kewangan Dalam Rumahtangga

Duit. Topik yang boleh dikatakan sangat sensitif di dalam rumahtangga. Dah berapa banyak pasangan yang bertelagah kerana duit, dah berapa banyak perkahwinan terlerai kerana duit. Perancangan kewangan di dalam rumahtanga adalah isu besar dan sangat penting, janganlah sesekali dipandang mudah. 

Lain pasangan, lain cara pengendalian kewangannya. Apa yang baik untuk Kamarul dan Suzy, tidak semestinya baik juga untuk Badrul Hisham dan Mariana. Bila dah berkahwin ni, rasanya elok kalau ada satu sistem dalam mengendalikan kewangan. Kena ada seorang yang atur, or at least initiate the system. Selagi ada sistem, inshaAllah segalanya akan baik. Tak kiralah siapa menyumbang lebih banyak dalam rumahtangga. Because based on my observation, couples tend to argue a lot about financial, when they have no system at all in managing the finance. Mereka guna system ‘Faham Faham Sendiri’. 

Isteri fikir suami sepatutnya bertanggungjawab keluarkan segala belanja. Isteri fikir suami patut faham faham sendiri akan tanggungjawabnya. Suami pula fikir isteri tahu pendapatan bulannya taklah besar mana, suami fikir isteri patut faham faham sendiri yang dia perlu membantu meringankan bebannya. Kedua-duanya anggap masing masing dah faham faham sendiri, lalu memendam rasa, pendam pendam pendam, lama lama MELETUP! 

Konsep 'Faham Faham Sendiri' ni…. rasanya dah tak berapa boleh pakai lah sekarang. Dalam hal kewangan, tak ada istilah faham faham sendiri. Kena atur, kena jelas. I have seen so many broken relationships due to financial issues. They never talk about it with each other, talking about financial with the husbands is so taboo, sangat mencalarkan ego suami. Well sorry sir, ego, is not going to pay the bills. Work it together, there’s always a way to live happily and sufficiently, walaupun gaji you both sedang sedang aja. It’s Financial Management

Dalam kehidupan kami, menyedari kami berdua datang dari keluarga yang sederhana sahaja, maka perancangan kewangan ni memang tak boleh tidak ada. Kami ada sistem kami sendiri, yang ingin aku kongsikan secara lebih kurang di sini untuk adik adik yang baru berkahwin atau merancang untuk berkahwin. Perlu diingatkan bahawa ianya tidak semestinya berkesan untuk semua pasangan tapi Alhamdulillah, walaupun hidup kami tak semewah orang lain dan kami hidup sendiri tanpa bergantung pada keluarga, jarang sekali isu kewangan menjadi masalah besar dalam rumahtangga kami. 

What I did was, seminggu selepas kahwin, dah masuk rumah baru, suatu malam tu aku bawa buku, pen, dan kalkulator, I called H to sit next to me. 

“Let’s talk about financial management” 

H masa tu, tergamam jugalah hehe. Sebab macam hasty sangat kot. Ye tak dinafikan that it can be awkward too, but it turns out fine anyway. Perkara pertama sekali yang kami buat, senaraikan segala benda dalam rumah/kehidupan seharian yang menjadi kegunaan bersama dan perbelanjaan bulanan berdasarkan tiga kategori. 

Kategori #1: Kegunaan bersama 

Utility bills (bil air, bil eletrik, Astro) 
Barang dapur (beras, minyak, barang basah seperti ikan ayam daging sayur, bawang segala, etc) 
Keperluan asas di rumah (Penyapu, segala sabun, ubat gigi, penyangkut baju, etc) 

Kategori #2: Perbelanjaan peribadi 

Ini adalah apa segala hutang/komitmen yang kami bawa dari zaman bujang. Antaranya: 

Installment kereta 
Installment rumah 
Hutang belajar 
Perbelanjaan harian (minyak kereta, breakfast and lunch at the office) 
Insurance 
Simpanan peribadi 
Sumbangan untuk ibu bapa/adik beradik 

Kategori #3: Others 

Ini adalah untuk perbelanjaan yang tidak tetap i.e. special occasions seperti lunch date, holiday trips, etc. 

Dah siap senaraikan semua yang perlu, kami letak jumlahnya pula. Biasanya yang jadi masalah sikit adalah Kategori #1, sebab jumlahnya tidak tetap so we have to estimate how much it will cost monthly. Jumlahkan semuaaaa untuk Kategori #1, dan untuk Kategori #2 boleh jumlahkan sendiri sendiri la. Means aku jumlahkan perbelanjaan peribadi aku, dia jumlahkan perbelanjaan peribadi dia. Untuk Kategori #3, tak ada perbelanjaan tetap yang diletakkan tapi dah mutually agreed whenever it is necessary, the cost shall be borne by *ehem* husband *ehemmmm* :D 

And here comes the awkward moment; how much we should contribute for Kategori #1. Since he makes more money than I do, of course he has to contribute more HAHAHA that goes without saying. But we make it clear though and we set a certain amount to be contributed by each person secara tetap setiap bulan. It has to be mutually agreed, we asked each other if the amount is acceptable then only we proceed. We work with this system from the first month of marriage until now. Setiap kali awal bulan, Menteri Kewangan (akulah tu hewhew) akan collect bahagian masing masing dan masukkan dalam satu wallet khas untuk Kategori #1 sahaja. It is a lot easier, setiap kali nak keluar pergi beli barang untuk dapur contohnya, bawa siap siap wallet khas tersebut je. Kalau duit itu habis sebelum cukup bulan, we'll discuss and contribute additional amount without disturbing next month punya expenses, otherwise it will go haywire. 

Untuk Kategori #2 pula, elok jika masing masing tahu apa yang ditanggungi oleh pasangan, walaupun ianya untuk peribadi. Ini adalah supaya isteri boleh faham apa tanggungan suami, dan suami boleh faham apa tanggungan isteri. Janganlah tipu tipu, sorok sorok. Sebab pernah berlaku pada orang yang aku kenali, isteri beria ia tolong suami sampai tak ada allocation pun untuk diri sendiri, rupa rupanya gaji suami dia jauh lagi besar daripada yang disangka. Kesianlah. It’s good to be transparent when it comes to financial issue, cukup sekadar ambil tahu sahaja. I never question his personal expenses though, same goes to him. 

As I said earlier, lain pasangan, lain cara pengendalian kewangannya. Ada isteri, dia dah tetapkan dia takkan keluar duit satu sen pun dan suami wajib tanggung segalanya. If her husband is fine with that, okay je, dah rezeki dia kan. Ada pasangan, dia setkan suami bayar sewa rumah, isteri bayar barang dapur. Or suami bayar installment kereta (for those who share the same car), isteri keluar duit untuk anak anak. It is good also, tapi aku suka something yang jelas dan jumlah yang tetap, sebab aku perlu atur dengan jelas kewangan aku. Yes I’m such a rigid and boring person like that but I have to, because I have my own commitment too. 

As time goes by, perbelanjaan sudah tentunya akan bertambah. Dah tambah water filter, air purifier, Unifi.. aku beli rumah sendiri, H tukar kereta baru. So of course the budget has to be revised accordingly. Bila dah ada anak, dah bertambah satu lagi kategori. 

Kategori #4: Anak 

Gaji babysitter 
Diapers 
Susu formula 
Pakaian dan toys anak 

We used the same system as well; out of the total amount, I will be contributing roughly half of the amount contributed by my husband. Other than that, H is also responsible for their monthly savings and insurance/takaful. He opted for Auto-Debit everymonth until both our sons reach 21 years old, if I’m not mistaken. He also responsible for any emergency cost due to our children's health problem. So kena sentiasa ada some allocation for emergency. Itu secara lebih kuranglah, tidak termasuk perbelanjaan lain yang rasanya tidak perlu disenaraikan di sini. 

What I’m trying to say is, it is crucial to have a financial system in your marriage. Financial conflicts can cause major problems in relationships - including divorce, if it has not been sort out at the earliest stage. Yes admittedly there were the days yang kita tak ikut pun kategori yang dah ditetapkan tu; like I don’t mind spending my own money for my kids clothes, toys and sometimes I spend for my husband too. Begitu juga dengan dia, banyak perkara yang sepatutnya under our sharing expenses, tiba tiba dia decide "Takpe takpe, Abang bayar". Banyak juga benda yang tidak dikategorikan pun, bosannya kalau semua pun nak kena specify in which category -___-. Those categories act as guidance in managing your finance so that you have a clear picture of what is important and what to prioritize in your life. Prioritizing is extremely important. Ada jenis orang yang hutang keliling pinggang, hutang belajar menimbun tak bersentuh, tapi setiap masa nak pergi bercuti, shopping barang berjenama. My husband and I, we both memang sangat strict bab bayar hutang ni. Live within your means, biar tak mewah asal hutang makin susut. We also have targeted by certain age, we are going to live a debt-free life. Selesai semua hutang. Best kan? 

I’m not telling you that you have to be so calculative towards your spouse, it’s always noble to help your husband, but you have to do it with system. Do it right, do it smart. Some people can be so stingy, some people can be too generous. I (try to) choose to be in the middle. Being too stingy or too generous does not make you a better wife anyway. Neither makes him a better husband too. Cuba untuk bersederhana dalam segala benda. Of course, it works lot better if you’re not only sharing the financial burden, but also be able to work hand in hand in managing the house chores as well. Janganlah dah isteri penat penat bekerja tolong ringankan beban kewangan suami, bila kat rumah isteri lagi kena penat penat uruskan rumahtangga sorang sorang, suami habis kerja sedap melingkar depan TV tunggu dinner siap. Kesianlah isteri tu. For that I can never be grateful enough for having a husband yang sangat membantu dalam kerja rumah, sangat membantu menguruskan anak anak. Alhamdulillah, maybe that’s my ‘rezeki’ ;) 

What most important is honesty and communication. You are going to live with each other for a long time, make it works in every way. Any system in which the partners are open about their money habits is a good one. 


3 comments:

sitinorfatiha said...

Salam,

Mohon kebenaran untuk share post ini di fb, ye?

Husna Hadzarami said...

Silakan, semoga ianya bermanfaat :)

Fatin Syahira Ramli said...

Post yg selalu xmengecewakan. Thanks sis! Sy follow blog sis since sis blum kawen dan byk yg sy bljr sikit2 especially psl soal hidup nikah kawen as well as anak. Keep posting sis. Take care.