Saturday, November 30, 2013

Bringing Back The Spark In Your Marriage

Balik kerja, penat. Uruskan anak, uruskan rumahtangga, semakin penat. Dah siap semuanya, main dengan anak, suami sibuk dengan handphone. Sekali sekala suami agah anak. Berborak dengan anak. Dengan anak, bukan dengan saya. Susukan anak, tertidur dalam bilik berdua. Suami bersendiri di luar. Entah layan apa. Esoknya, rutin yang sama lagi. Pergi kerja. Whatsapp suami, hanya cerita pasal anak. Apa barang anak nak beli, anak nampak macam tak sihat tadi, anak buat itu, buat ini. Anak. Bukan pasal saya. Pasal kita. Hubungan kita tak ada masalah pun, tak bergaduh pun, tapi tak mesra.

Cuba juga untuk berbual, bercerita, tapi rasa tak seronok, rasa macam... tak payah cerita pun tak apa. Tak happy, tak macam dulu. Days by days, weeks by weeks, months by months, hati pun mula bertanya,

“Is he really, THE ONE?”
“Does he needs me as his wife or he only sees me as a mother of his child?”
“Am I marrying the right person?”

**********
Pernah tak alami situasi di atas? Adakah menjadi seorang ibu dan seorang bapa, membolehkan kita tidak lagi perlu menjadi seorang isteri dan seorang suami? Kehadiran anak bukankah sepatutnya mengukuhkan hubungan sekeluarga, bukan sebaliknya?


Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, situasi di atas aku rasa pernah terjadi kepada ramaaaaai orang. Termasuklah aku suatu ketika dulu. Keadaan di mana kita rasa ‘spark’ dalam rumahtangga tu makin pudar, hampir hilang. Dan benda ni biasanya terjadi selepas memiliki anak. Ianya sepatutnya bukanlah masalah besar, melainkan jika kedua duanya terus berhenti berkomunikasi dan tak ada seorang pun yang cuba address the issue to the other person.

Kadang kadang kita ni sebagai ibu kita rasa macam perlu berkorban segala galanya untuk anak, korbankan diri, korbankan suami. Haaa. Sedangkan semua itu ada cara yang lebih baik, yang lebih win-win situation. Tahukah anda, suami isteri yang mesra, bekerjasama dan saling mencintai akan mencipta keadaan yang lebih baik untuk pembesaran anak anak?

So after quite some times, here I cuba list down, cara yang aku rasa reasonable, tidak terlalu ambitious dan boleh dikatakan berkesan untuk dikongsi bersama sama kawan kawan. Please don't take it as I'm giving marriage tips or anything (which I tak qualified langsung nak bagi sebenarnya), this is what I'm trying to share based on my observation and my humble experience. Feedbacks and recommendations are most welcomed. I suka sebenarnya dengar pengalaman dan nasihat pasal rumahtangga ni, mana yang baik boleh kita tiru dan praktikkan dalam kehidupan kita kan? ;)
So ini dia, antara cara yang boleh digunakan untuk mengembalikan 'spark' dalam rumahtangga.

1. Take One Day Off

Benda ni boleh cuba praktikkan 2 bulan sekali, tapi kalau cuti tahunan tu banyaakkk, buat sebulan sekali lagi bagus. Ambil annual leave, hantar anak ke rumah babysitter/nursery macam biasa, dan terus manfaatkan masa berdua tu sepenuhnya. Mungkin boleh start pergi jogging berdua, habis jogging pergi breakfast tambah balik lemak yang terbakar tadi haha, pergi shopping mall tengok wayang ke. Kalau nak tengok movie, sehari sebelum tu belilah online siap siap maka tak perlu buang masa beratur untuk beli tiket dah. Time is precious tahu tak? Ingat senang ke nak berdua macam ni.
You can also go to spa, have a relaxing massage. Tapi benda spa spa ni aku macam lagi suka pergi seorang or with my sister or with my girlfriends, yelah sebab kalau nak massage sama sama kenalah pakai dua masseur perempuan, so nak kena biar orang perempuan urut laki aku amboi! Kalau nak guna tukang urut lelaki tak bolehlah duduk sebilik, dah macam mana aku nak berkemban dalam tu kan?

Kalau tak rasa nak keluar rumah pun boleh, even better. Hantar anak, then pergi breakfast, balik rumah, tutup semua langsir (supaya rumah lebih gelap), buka laptop atas katil dan tengok marathon movies sama-sama sambil berbaring dan cuddling hehe. Tengoklah romantic comedy ke, cerita seram pun boleh, or even better kalau cerita yang family-oriented. So that both of you will realize how important for a family to stick together. Then you can take a shower together ke, something intimate laa. I’ve tried this before and it’s seriously fun and relaxing, compare to keluar jalan-jalan. Sebab bila berdua, segalanya hanya tentang kita without any interference kan? ;)

2. Weekly Healthy Activity

Seminggu sekali, setkan satu malam (after office hours) untuk buat aktiviti sihat bersama. Benda ni best sebab faedah dia 2 dalam 1, pertama kita dapat keep fit/badan pun cantik dan keduanya dapat spend masa sama sama dan merapatkan hubungan. Initially we were considering going to the gym tau. So H pun survey la mana gym yang elok dan berdekatan dengan rumah, but he said most of the gym macam tak ada orang perempuan pergi je. Tak bestlah. Then we opt for swimming, something that we both love. Swimming ni best, sebab ianya adalah aktiviti yang banyak sentuhan, tidak berpeluh dan seksi. HAHA. Pandai pandai tambah seksi. Apa yang aku perasan, biasanya ‘spark’ tu pudar disebabkan kurangnya sentuhan. Kali pertama belajar berenang, masa Ammar Yusuf 6 bulan dulu dan untuk anak kedua pun kami tunggu sampai dia 6 bulan baru start semula aktiviti ini. This time kami pilih hari Jumaat malam Sabtu, anak anak kami tinggalkan dengan babysitter for 2 hours longer than usual. Dah bincang dah dengan Kak Ha and Alhamdulillah we are blessed sebab Kak Ha pun okay je. Ramai yang akan kata "Kejamlah tinggal anak hanya sebab nak berdua duaan. Tak kesian ke kat anak". Memanglah kejam kalau kau buat macam tu hari hari. Niat kena betul, untuk menambah-mesra hubungan dengan pasangan, untuk jaga kesihatan, yang mana ianya membawa kesan jangka panjang yang terbaik untuk anak-anak juga. Itu je yang aku tanamkan dalam mindset sekarang.

3. Surprise Make Over

HAHA benda ni best kalau buat masa suami pergi outstation. Get a new hair cut or hair style, a new hair color, tak semestinya dye pun. Banyak dah saloon muslimah yang ada servis hair color yang guna henna, dan hasilnya cantik macam guna dye. Jangan buat warna bukan bukan, copper or brunette is nice. Kalau selama ini rambut jenis mengerbang pergilah buat hair relaxing ke, biar nampak berbeza sikit. So dia balik nampak kita fresh je, inshaAllah niat baik akan memberikan hasil yang baik.

Selain make over diri sendiri, cuba make over rumah juga. Ubah susun atur perabot ke, mungkin suasana yang berbeza boleh mencipta mood baru untuk hubungan kita juga. Benda ini masih dalam perancangan kami, nak cat rumah, nak buat bilik anak anak tu supaya dah besar sikit nanti bolehlah tidur kat bilik sendiri kan, nak ganti perabot yang beli murah masa awal kahwin dulu..

4. Make Love

Yes, having sex more often. Benda ni, aku rasa basic sangat, nampak mudah tapi sangat dipandang enteng oleh kebanyakan wanita. Kan kita selalu dengar, lelaki ni ada 9 akal 1 nafsu. Nafsu dia kat satu tu je so kalau tak dipenuhi memang kesannya besar sebenarnya. Berbeza dengan perempuan yang ada 9 nafsu, kita kalau tak dapat yang itu, kita boleh beralih kepada banyak nafsu lain, nafsu membeli belah, nafsu makan, nafsu bergosip dan sebagainya heheh. Jagalah perkara ini.
Susah? Too occupied with your children? Cuba ingat semula masa bercinta sebelum kahwin dulu, macam mana occupied pun kita dengan kerja, dengan assignments, kita masih boleh curi curi masa untuk keluar spend masa bersama pergi lunch la tengok wayang la. Ni dah duduk serumah kan, takkan dah tak pandai nak 'curi curi masa' untuk bersama? Nak seribu daya sebenarnya..

Pernah suatu hari aku terdengar dialog ini,

Wanita A: Aku sejak bersalin hari tu, tak pernah lagi. Trauma la. Nasib baik dia faham.
(FYI, anak dia dah setahun lebih sekarang. Setahun!)

Wanita B: Takpe, biarlah dia tahan. Kita ni sakit bersalin pun boleh tahan.

Dalam hati memang aku berdoa agar suami dia memang ‘memahami’. Jangan ambil mudah perihal ini, benda macam ni boleh mengubah seorang lelaki tak kira sebaik mana pun dia. In most cases, they will turn to pornography which is possible to be extended to infidelity and zina. Sanggup ke?

5. Pray Together

At least satu waktu setiap hari. Sebenarnya untuk orang lelaki, sebaik-baiknya kena solat berjemaah di surau/masjid terdekat. But sometimes, due to our daily routine (it is not supposed to be an excuse actually), we can only settle for the second best, solat berjemaah di rumah. Selalunya bila hubungan hambar, cuba kita evaluate diri kita dan pasangan. Terjaga ke solat kami? Cukup ke solat aku? Cukup ke solat dia? Knowing your own spouse, tak salah kita saling menegur, saling mengajak. Bila kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan permudahkan segalanya untuk kita kan?

Kadang kadang kita rasa susah nak solat sama-sama, siapa nak tengok anak? Nak biar je ke anak-anak main sendiri? Tapi, adil ke kita jadikan anak itu sebagai alasan?

'Wealth and children are trial by means which Allah tests us. Some give thanks for them, others will become distracted from Allah by them'

Kita dalam kategori yang mana?

Oh. Dah panjang sangat. Taip laju-laju sementara anak tidur sebenarnya ni. Benda ini aku dah fikir lama, lagi lagi bila drive sorang sorang, macam banyak sangat nak tulis. Bila taip, dapat 5 points je rupanya hehe. Tu pun dah panjang berjela.

Tapi apa apa pun, jodoh itu di tangan Allah. Kita hanya mampu berusaha untuk mempertahankan dan memperjuangkan apa yang ada sebaik mungkin, sebab 'perjuangan' ini bukan hanya untuk diri kita. Kita ada anak anak yang sedang membesar dan memerlukan fungsi kedua dua ibu bapa dalam kehidupan seharian mereka. Andaipun (nauzubillah) kita kalah dalam 'perjuangan' ini, mungkin tak banyak yang perlu disesalkan sebab kita dah buat sehabis baik. Sebab percayalah, biasanya bila terjadinya perpisahan (hidup ataupun mati), orang yang paling susah untuk kita maafkan, adalah diri sendiri.


Friday, November 15, 2013

"I'm Sorry, Mummy!"

Ammar Yusuf sejak kebelakangan ni sangat mempratikkan this magic words, "I'm sorry, Mummy". Pada awalnya rasa macam olololo comelnya kecil kecil dah cakap "I'm sorry", lama-lama rasa macam, okay maybe I should educate him that these magic words means a lot to most people, it should be used wisely with a promise to never repeat the same mistake and you have to be sincerely regret with what you have done.

Sebab budak ni kan, bila buat salah, "I'm sorry, Mummy" lepas tu dia buat lagi KESALAHAN YANG SAMA! Sepahkan Lego contohnya. Biasanya kalau dia main sepah sepah sekejap aku akan biar and after a while aku akan suruh dia kemas. Kalau dengan Daddy, dia boleh selamba je "Daddy kemas lah.", dengan Mummy memang takde maknanya. But almost always, aku juga yang kemas tapi memang diiringi leteran panjanglah. Then sedap sedap je dia tuang balik semua ke lantai. And bila dimarahi, dia cakap "I'm sorry, Mummy" sambil tersenyum senyum like these magic words mean nothing to him. Sometimes he simply says "I'm sorry, Mummy" without even look at me! It's like "Okay I have done something wrong but what the heck, just say I'm sorry and Mummy will be fine" -____-

So one night, when we were having a dinner, dia tiba tiba keluarkan balik makanan dia dari dalam mulut terus luakkan ke lantai which really pissing me off!

"Abang! Dah berapa kali Mummy cakap kalau taknak makan keluarkan letak kat tangan and bagi Mummy! Mummy tak suka la ludah ludah macam ni!"

Dia terkejut, and as always, he said, "I'm sorry, Mummy". With a smile.

I was so angry I just ignored him. He repeated "I'm sorry, Mummy" several times and his smile has fading away, but I still ignored him 'cause I really want to teach him a lesson. 

Dia kutip nasi nasi dia dari lantai, and bagi pada I, "I'm sorry Mummy", mata dah bergenang. I ambil nasi tu tapi masih tak bercakap dengan dia. After a few minutes, dah bersihkan semua, dah cuci tangan dia segala, I cool myself down and call him to seat next to me. Dengan muka takut takut dia datang duduk sebelah.

"Mummy tak suka tau Abang buat macam tu, penat tau Mummy masak Abang buang buang je. Kat tempat lain ada orang tak ada makanan pun nak makan, Abang ada makanan Abang buang buang, berdosa tau."

"I'm sorry, Mummy". And this time he says like he really-truly-sincerely mean it.

"Okay. Mummy pun tak sengaja jerit kat Abang tadi. I'm sorry Abang."

"Bukan I'm sorry Abang laaa, I'm sorry Mummmmmyyy..." dengan muka serius penuh penekanan. Aku rasa mesti dia ingat perkataan "I'm sorry" comes in one package with perkataan "Mummy" T___T 

"Oh. Okaylah." Next time jelah explain.


I guess it works for a while. Ingatkan dengan bapak budak je boleh guna silent treatment method ni, dengan anak pun nampaknya agak berkesan juga hehehe. It's a very long way to go but I'm hoping to see some improvement in the future. Haihh dengan budak budak pun nak kena main dengan emosi juga rupanya *sigh*.


Friday, November 1, 2013

Cara Mengajar Anak Membaca

Straight to the point jelah.

Boleh tak kongsikan cara terbaik untuk ajar anak membaca?

Suatu hari tu ternampak kat instagram seorang blogger agak terkenal, anak dia around 3 years old dah lancar membaca. She said that she started to teach her daughter to read as early as 1 year old. It kinda hit me that I was like, alamak aku dah terlambat ke ni alamak alamak apa je aku dah ajar anak aku ni alamakk~~

Pernah je masa kecil dulu ajar anak kenal huruf ni, tapi tak berapa serious la ajar. Sambil sambilan je. Masa umur berapa dah kena ajar secara serious? How serious is serious?

So recently I've been googling and researching on the best way to teach your kids to read and I came across this word: PHONIC.

Teknik phonic.

Teknik ni ajar anak kenal huruf  berdasarkan bunyi, berbeza dengan our traditional ways yang kita dah amalkan sejak zaman nenek moyang lagi.

For example, huruf 'b' tak disebut 'bi'. Dia jadi 'bbeh'; like you kemamkan bibir and lepaskan.
Huruf 'm' tak disebut 'em', tapi dibunyikan mmmmm. Like "mmmm sedapnyaaa".

Ada banyak buku tentang phonic ni, yang agak recommended is entitled 'Bacalah Anakku'. So aku pun pergilah beli.


Siap beli sekali Iqra dan Peter & Jane bukan main tamak haloba ambitious lagi semua pun nak ajar. Anak orang lain dah sampai Peter & Jane 4-5, dah sampai Iqra' 2-3, aku baru nak mula haih takpelah better late than never eceh.

Bacalah Anakku tu comes together with a CD, yang perlu ditonton oleh cikgu cikgu ataupun ibu bapa yang nak ajar sendiri anak anak. So with full of enthusiasm to be a good mom who teaches her own kids herself, I begin to watch the CD on my laptop.
Tak payah nak tipu la rasanya, baru 3 minit tengok aku dah rasa macam give up, rasa macam bosan gila! I feel like a bad mom already, hangat hangat tahi ayam je but in my defence, teknik phonic ni tak semudah yang dijangka. It needs a full commitment from me as the teacher, from my husband, and from all people who close to my son. Meaning that, kalau aku nak guna teknik phonic ni, semua orang sekeliling dia kena guna teknik yang sama. Tak bolehlah kat rumah aku ajar dia ABC as 'a, bbeh, cchh" tapi di siang hari kat rumah pengasuh dia diajar ABC as 'ae, bee, see (traditionally)'. He will get confused!
Sometimes bila fikir semula, masa kecil dulu takde pun Mama guna phonic phonic bagai untuk ajar aku, boleh je aku lancar membaca at 3. Seingat aku dulu aku memang dah ada minat membaca sejak bayi lagi HAHAHA hebat kau eh masa bayi punya cerita pun boleh ingat nampak nau nipunya. Apa yang aku nampak, anak perempuan memang ada kecenderungan untuk cepat membaca compare to anak lelaki, it happened to my siblings tau. Sebab anak perempuan lebih suka benda benda macam tu, anak lelaki lebih kepada benda benda teknikal. Benda fizikal. Boleh pakai tak ye teori ni?
Buku Peter and Jane tu pun, hmmmphh menguji kesabaran juga ajar dia. Aku dok ulang ulang sebut Peeeeeeterrrrr suruh dia tengok mulut aku macam mana, dia lagi berminat tengok gambar gambar yang tak berkenaan je.
"Ball la, bukan Peter. Balllll" (sebab Peter tengah pegang ball -__-")
Dah ni siapa nak ajar siapa ni hah??
So kawan-kawan, boleh kongsi tak cara terbaik untuk ajar anak membaca? Umur berapa anak anak anda dah lancar membaca? Dan umur berapa patut kita seriousss ajar anak membaca (serious means pegang rotan suruh duduk sebelah elok elok ikut apa yang kita baca :p) Share dengan I pleaseee, thanks!