Thursday, October 24, 2013

Ammar Yusuf dan Percakapan

Being a mother for the first time, there are too many things I have planned for my kid(s). Semenjak zaman remaja, kemudian berkahwin dan melahirkan anak, aku memang dah merancang untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam keluarga kami. Sebab bagi aku, that is the best way to learn, kita amalkan dalam perbualan harian semenjak kecil, inshaAllah bolehlah jadi mother tongue bila dah besar. Practice makes perfect orang kata.
Tapi nampaknya sekarang ini itu semua hanya tinggal angan-angan semata. Benda itu mungkin lebih mudah kalau anak kita di bawah jagaan kita sepenuhnya (kita tidak berkerja/surirumah), ataupun di bawah jagaan ibu bapa kita, ataupun nursery/playschool kot. Kalau hantar ke rumah orang ni, takkan aku nak suruh, “Kak Ha cakaplah English ye dengan budak budak ni, saya nak dia belajar Bahasa Inggeris dari kecil, toksey ghoyak Kelate deh? Deh?”, HAHA tak bolehlahkan? Kalau dengan parents bolehlah consider juga. Walaupun di rumah kami tetap juga cuba menggunakan Bahasa Inggeris, pengaruh Bahasa Melayu (or Bahasa Kelantan T__T) lebih kuat ke atas dirinya. Bukanlah nak agung-agungkan sangat bahasa penjajah ni, tapi realiti zaman sekarang, Bahasa Inggeris memang tak boleh dinafikan dah kepentingannya. Senang nak hidup kalau boleh berbahasa Inggeris ni. I didn’t say that it’s impossible for working moms to raise their kids in English, it is possible, but it’s not easy. Sebab lebih 10 jam setiap hari dia di rumah pengasuh, balik untuk main main 2-3 jam dengan kita, dan kemudian masuk tidur.
So I have to accept, face the reality and settle for the second best. Bahasa Melayu, bahasa jiwa bangsa eheh.
Ammar Yusuf sekarang ni, boleh dikatakan hampir sempurna ayatnya, sedikit demi sedikit makin hilang pelatnya. Dah cakap macam big boy dah.
Dulu semua benda yang ada huruf L semua jadi Y.
Balik = Bayik.
Contoh: Abang nak bayik.
Huruf R, pun jadi Y.
Rumah = Yumah.
Contoh: Abang nak bayik yumah Mummy.
Sekarang, yang L tu dah betul dah, tapi yang R pun dah jadi L juga.
Contoh: Abang nak balik lumah Mummy.
HEHEHE macam cina apek cakap je.
Tapi yang L tu memang pekat la. Seolah olah ditekan tekan kan. “Abang nak balllik lllumah Abang” HAHAHA. Geli hati betul dengar.
“Abang nak makan nasi allabbbb (nasi Arab)”
“Abang nak balling (baring) dengan Daddy”
Kosa kata dia dah sangat sangat banyak dah, kadang kadang dia cakap something yang kita tak sangka. Macam ada satu malam tu dia nak tengok Banana Song yang Minions menyanyi tu kat Youtube, bila tengok Youtube tu lagging sikit dia cakap, "Kejap kejap, tengah loading". Mana belajar entah. And he's very observant too. Hari tu dia tengok berita bahagian sukan, keluarlah jadual Champions League Manchester United lawan Real apa entah. Keluar logo je tau, tiba tiba dia cakap “Eh sama macam baju Daddy la, sama la!” It’s just a logo, bukan gambar baju or gambar pemain dia ke. Boleh pula dia ingat logo tu sama macam logo dekat baju Daddy dia :’)
Jujur aku cakap, sebenarnya tak banyak pun masa aku habiskan dengan perkara yang berkualiti dengan dia, seperti mengajar ABC, mengaji or mengira. Serius kadang kadang rasa macam ralat sangat masa otak dia tengah fresh dan mudah meresap ni aku tak manfaatkan sepenuhnya pun. Banyak benda dia belajar dari Kak Ha je, setakat ini kalau mengira 1-10 tu dah boleh dah, ABC masih tunggang langgang lagi. Ammar Yusuf ni kalau kita panggil dia suruh duduk sebelah dan belajar, bukan main mengelat lagi dia macam macam alasan, dia jenis yang suka belajar secara tak langsung, belajar daripada persekitaran, belajar dengan cara melihat secara fizikal. Contohnya kalau kita keluarkan flash card tunjuk gambar burung, langsung dia tak berminat sabar jelah aku. Kalau kat luar tunjuk kat langit, “Abang tengok, banyak birds!” macam tu baru dia suka dan betul betul belajar.
InshaAllah aku akan berusaha lebih lagi untuk anak anak, since dah tukar kerja baru ni dah takde penat sangat balik rumah, sampai rumah pun awal 2 jam berbanding dulu. Untuk bulan pertama ni, aku tengah dalam proses nak atur semula jadual harian aku, macam macam aku dah rancangkan untuk anak anak, untuk suami, untuk diri sendiri. Diri sendiri pun kena ada tau. Ingat nak start swimming balik, kuruskan badan ni, baru anak dua dah lari habis alignment balancing segala. Mummy kenalah jaga diri, jaga kesihatan. Baru boleh jaga Daddy, jaga anak-anak.  Perbaiki apa yang kurang, percantikkan apa yang dah sedia ada physically and spiritually.
Tengoklah, harap harap ianya bukan sekadar perancangan kosong saje. Haih.


Friday, October 18, 2013

Muhammad Adam Muaz

Sebenarnya, rasa macam dah taknak dah blog ni. Nak buat blog baru, blog khas ditujukan untuk anak-anak sahaja. Tapi sayang juga, sebab semua perkembangan Ammar Yusuf ada dalam ni... Or mungkin buat blog baru, tapi remain juga yang ini? Pointless pula rasanya kalau buat macam tu.. Takpelah, we leave that thoughts for a while, nak cerita pasal anak kedua aku, Muhammad Adam Muaz anak syurga ni.

Note: This is going to be a very long entry with lots of pictures!

1 month old

Adam Muaz, lahir dalam keadaan hidup aku sangat berbeza dengan Ammar Yusuf. Lahirnya Adam Muaz, masa aku dah tukar kerja (yang super duper stress!), emosi sangat diduga, letih fizikal dan mental. Kadang-kadang rasa kesian dengan dia, masa Ammar Yusuf baby-baby dulu aku banyak masa terluang, pergi balik kerja tak drive pun, badan takdelah penat sangat.
It might be a blessing in disguise, Adam Muaz is such an easy baby. Lahirkan dia senang, jaga dia senang, sangat ceria, sangat mudah dijangka. They say, it's a Second Child Syndrome, meaning that kita rasa senang sebab ini adalah anak kedua so dah ada pengalaman. Maybe, or maybe he's just simply an easy baby ;)

2 month plus, Akikah Day.


 Masa Adam Muaz lahir hari tu, kulit dia cerah sangat sangat, but by time entah kenapa kulit dia jadi sedikit gelap kalau nak dibandingkan dengan Ammar Yusuf. Masa mengandungkan Ammar Yusuf, aku addicted minum air kelapa, jadi Ammar Yusuf kulitnya jadi putih semacam, namun sangat sensitive! So aku belajar dari situ, masa mengandungkan adik dia aku langsung tak minum air kelapa. Tak tahulah ada kaitan ke tidak, wallahualam. So awal-awal dulu, sentaplah juga bila pergi rumah orang dia dibandingkan dengan abang dia.

"Hitam eh adik dia ni? Kau jemur dia ke?"
"Kenapa adik ni gelap, kau banyak minum kopi ke masa mengandung dulu?"

Layankan kata orang, memang boleh menusuk ke hati. So I choose to ignore them. Biar jelah. Bukan Adik hitam, Abang tu yang terlampau putih, tak pasal pasal Adik yang nampak hitam kesian body builder Mummy ni.


This was taken few days before I get back to work, nak training dia minum pakai bottle. Unlike Abang, it goes so well without any problem.

Adik menyusu banyakkkkk, masa dua bulan dah consume 3oz x 6 bottles. 4 bulan dah 4oz x 6 bottles, sekarang dah 5oz x 5 bottles since Mummy dah tukar kerja dah balik lebih awal so dah jimat sebotol. Aku tak mampu bagi 5oz x 5, aku just bagi 5oz x 2 bottles plus 4oz x 3 bottles, total of 22 oz. Itu je yang termampu, diet lah sikit eh Adik!


Muhammad Adam Muaz in his first Baju Melayu at 3 months old. Guna ukuran Abang cuma pendekkan tangan dan kaki je hewhewhew.

Masa ni adalah kali pertama dia meniarap telentang meniarap, memang pandai pilih timing nak tunjuk skill, mentang mentang ramai orang masa tu! Kalau nak diikutkan, perkembangan Adik ni lebih cepat berbanding Abang, aku rasa mungkin sebab masa mengandungkan dia aku minum susu Anmum Materna tu dua kali sehari, maka tulangnya lebih kuat berbanding Abang. Ni teori aku jelah, tak tahu betul ke idok pun.


His 3 month-old medical check up. Berat badan 7.5kg padanlah aku naik cramp tiap kali dukung dia!!

Adik adalah bayi yang sangat menyukai kamera -____- So bila dia menangis kau keluarkan je handphone halakan ke dia, confirm berhenti menangis. Nak nak kalau kau buka video dia and tunjuk kat dia, bukan main menggeletis lagi sabar jelah aku. Memang full of himself budak ni, macam bapak dia. Eh :p 


4 month-old Adam Muaz.

Dah bergolek laju dah masa 4 bulan ni, memang dah kena hadang katil dah. Hari tu pernah jatuh katil, tapi terus ke tilam Abang (Abang masih tidur sebilik dengan kami, cuma atas tilam berlainan, kadang-kadang ada je dia tidur sekali berempat atas katil, punyalah sempit nasib baiklah Mummy ni kurus kahkahkah so bolehlah muat 4 orang atas katil queen size tu). Oh nak cerita dia jatuh katil kan, terus jatuh atas tilam tu, kelakar gila muka dia terpinga-pinga like eh Adik kat mana ni kat mana ni HAHA. Emm bergegarlah juga rumah masa tu emmm budak dekat 8 kilo kan emm.


Kalau weekend yang aku kena jadi domestic goddess (please bear with me), inilah rupa kami;


 At least one of us is really enjoying this -____- 

Memang tak termampu lah nak dukung dia ni selalu. Letak dalam ni senang, boleh multitasking sikit, and selalunya bila buat kerja sambil kendong dia macam ni 10-15 minit tengok tengok dah tertidur dah dia, seronok kot terbuai ke sana sini.

I think at 3-4 months old, dia dah start recognize muka, ours especially. Sebab umur umur macam tu dia dah ketawa terkekeh kekeh setiap petang bila nampak kami masuk rumah Kak Ha nak ambil dia. Beriaaaa sangat ketawanya! And lepas seminit dua ketawa namun tidak mendapat sambutan, terus menangis HAHA. Ketawa bodek suruh dukung dia rupanya ceitt. Such a cheerful baby. 

At 5 months plus, dia dah start angkat angkat bontot dan tolak tolak badan dia dah. Tanda tanda nak mengesot agaknya. We missed his 5 months check up last week, Mummy kan tukar kerja so under probation leceh nak ambil ambil cuti, nanti pergi private la kot, malas nak fikir. So tak tahulah berat terkini berapa, tak kisahlah berapa pun, asalkan anak Mummy membesar dengan sihat bagaikan juara kan?




His recent photo, at Grand Lexis Port Dickson last Eidul Adha. Tengah berusaha angkat bontot nak ke depan, nampak kamera terus static posing macam ni arghh geram aku.

 Sekarang ni dah seronok main dengan Abang dah. Abang itulah idola dia, kadang kadang bila Abang berlari ke sana sini dia yang seronok lebih ketawa ketawa, Abang buat lawak apa pun (yang takdelah kelakar mana pun HAHAHA dahlah lawak yang sama ulang ulang) mesti awak akan ketawa bersungguh-sungguh. Seronok Mummy tengok, tak pernah sehari pun berlalu tanpa Mummy merindui anak anak Mummy ni :')


Adam Muaz,

Mummy tak banyak bercerita tentang awak, tak bermakna Mummy kurang peduli perkembangan awak. Adam Muaz tahu kan keadaan kita sekarang macam mana. Nevertheless, Mummy wants you to know that you're really such an amazing baby, sangat menyenangkan hati, sangat menyenangkan Mummy. You came into this world at a very perfect time, the time that Mummy needs you the most as my strength. Mummy sayang awak sepenuh hati, more than 100%, as much as I love your brother. Jadi anak yang baik ye Sayang. Jadi anak yang baik just like your brother.

Til the next entry, wassalam.




(Note: All pictures taken from Instagram.)