Wednesday, May 29, 2013

Pengasuh #3

Pengasuh Ammar Yusuf (Kak Ha) comel je. Hari ke-9 aku berpantang kat rumah Mama, means sepanjang masa itu Ammar Yusuf tak dihantar ke rumah Kak Ha, dia call. Tanya Yusuf okay ke. Sebab dah dua hari dia mimpi Yusuf :')

Bila tahu aku dah balik Puchong, Kak Ha telefon tanya aku larat ke nak jaga dua orang sekaligus masa pantang ni. Yelah Ammar Yusuf kan tengah melasak sekarang, orang pantang mana boleh buat kerja berat sangat apa lagi nak mengejar or dukung Ammar Yusuf. Baru 2 minggu pantang masa tu kan. Aku cakap nak try dulu. Masa tu macam kesian, tak sampai hati, macam tak fair pula hantar Abang ke sana dan jaga Adik sorang, takut Abang terasa hati. Padahal kalau nak diikutkan, Abang is happier there, ada abang-abang (anak Kak Ha) yang rajin layan dia main, dan boleh naik kereta pagi dan petang heheh. So for a week, aku berpantang sendiri dengan jaga dua orang anak.

Lepas seminggu, Kak Ha bagitahu dengan Kak Yah (kawan baik dia yang juga jiran depan rumah aku), suruh Kak Yah cakap dengan aku hantarlah Yusuf ke sana, sebab takut susu expired katanya HEHE comel betul alasan.

Okay memandangkan I pun belum sihat sepenuhnya, dan dah ada orang yang sangat-sangat insist mahu jaga Ammar Yusuf, Daddy suruh hantar Ammar Yusuf kat Kak Ha, at least sampai hujung bulan ni. Risau juga kalau aku bentan sebab lasak sangat ke, tumpah darah ke masa pantang ni, susah pula nanti. Mungkin bulan 6 nanti aku dah well recovered and healthy bolehlah jaga dua orang anak, inshaAllah.

Kelmarin, masa Daddy nak ambil Ammar Yusuf, tahu-tahu Kak Ha satu family nak hantar sendiri Ammar Yusuf balik rumah kami. "Yusuf nak sangat naik lori," katanya. Segan je kami dia orang datang hantar, bertuah punya budak sebab dia nak naik lori Kak Ha kena datang hantar pula -_-"

Petang semalam pula, Kak Ha telefon, suruh ambil lewat sikit, Yusuf baru tidur katanya. Kesian pula kalau datang ambil masa dia tidur. Suruh kami datang malam sikit. Budak bertuah ni.... T_T Katanya nak call kalau Ammar Yusuf dah bangun so bolehlah kami datang ambil, sekali around 9.30 malam dia call, dah kat bawah rumah kami dah. Dia orang hantar naik lori lagi. Segan betul.

I can't be grateful enough, for having pengasuh macam Kak Ha ni. Syukur sangat-sangat. Nanti lepas habis cuti bersalin ni, Kak Ha akan jaga Adik juga. Tak berani nak try pengasuh lain. Huu. Harap-harap Kak Ha tak pindah jauh-jauh la sementara Abang Adik masih kecil lagi ni. Kalau anak dah around 3 years old beranilah juga nak hantar ke playschool ke apa kan..




- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 27, 2013

Bila Dah Jadi Abang

Bila dah ada anak kedua, especially dengan jarak yang agak dekat, mesti people tend to ask,

"Abang dia okay tak? Jealous tak? Sayang adik tak?"

Actually sebelum bersalin pun kami suami isteri selalu berbincang pasal ni, tanya pengalaman orang lain yang ada anak rapat-rapat.. Dan kami dah sepakat untuk bagi Abang masa untuk adapt, means that we've prepared for the worst, we've prepared that Abang mungkin tak boleh terima Adik, mungkin akan resent Adik, sorok Adik whatever. So kami dah ready untuk bagi Abang masa at least 3 bulan, dan berpendapat bila Adik dah pandai menunjukkan reaksi (senyum, ketawa, etc) mesti Abang akan suka Adik.

Turns out, the very first time Abang tengok Adik, he falls in love already HAHA. ABANG SUKAAAA SANGAT ADIK. At least that is what we translated from his obsession to kiss his little brother :')



Abang memang sayang Adik. Bangun tidur kedek-kedek datang kat Adik and kiss Adik beria-ia.




Kalau keluar dengan Daddy, balik rumah masuk pintu terus lari kat Adik.



Bila Adik menangis dialah yang paling sibuk bagitahu kita "Adik nangis, Adik kai (cry)".



Seronoklah tengok. But of course sometimes the way he shows his affection to, kita kena be careful jugalah. Tahu jelah budak baya tu, geram dia lain macam hehe. Sometimes Ammar Yusuf kiss Adam Muaz sampai nak lemas adik dia tu, sometimes tengah kiss-kiss, tiba-tiba dia tepuk adik dia adoi seram Mummy. But we didn't scold him or anything, sebab memang dia main kasar sikit, dengan kami pun dia kadang-kadang cium pipi lepas tu tiba-tiba tepuk pipi kita T_T. Cuma kita terangkanlah, tak boleh buat macam tu, nanti Adik sakit, siaaannn Adik.

Perasaan nak bersaing, or berebut tu, of course ada tak banyak pun sikit, mesti ada. Ammar Yusuf is barely 2 years old, what do you expect? Bila Mummy dukung Adik, mesti dia datang juga kat sebelah. Taklah minta kita dukung dia, but he's more to ensure that we aware that there's another baby in the house; himself. Dia akan join kita, main-main dengan Adik.



So far, cuma satu jelah yang dia macam.. not to say berebut, maybe nak attention at the same time. It's when Mummy is breastfeeding Adik. Masa tu mesti dia pun tiba-tiba cakap nak susu. Minta buatkan susu. Biasanya Mummy akan cakap, "Tunggu kejap ye.. Lepas Adik habis minum susu ni Mummy buat susu Abang.." Sometimes he will wait patiently, sometimes he's not that patient huhu. Depends on how hungry he is sebab kadang-kadang dia bukan nak sangat pun, just to compete with his little bother. Kesian Abang.



To be fair, perhatian kami dan orang lain pada dia tak banyak beza pun. Mungkin sebab Adik masih kecil yang tak banyak memerlukan pemerhatian sangat, I mean sekarang ni kan rutin Adik is pretty much menyusu-tidur-menyusu-tidur, so banyak masa yang Adik tidur tu kami habiskan main dengan Abang, layan Abang, peluk cium Abang.. So takdelah dia rasa kehadiran Adik membuatkan dia hilang kasih sayang atau tidak dipedulikan ke apa. Everybody loves him just like before, nothing much change pun.

I'm not expecting that he will be a great brother at his age now, but I pray that both my sons will grow fonder each and everyday, be protective towards each other, be proud of each other, love and care like nobody's business. Because people always say that all those things are usually happen among sisters, not brothers. I choose to believe in nurture not nature. Everything is depends on how we raise our children and how we educate them. Betul tak?

Abang, bergaduh macam mana pun, kena juga sayang and jaga Adik sampai bila-bila okay? ;)

InshaAllah..



- Posted using BlogPress from my iPhone


Tuesday, May 21, 2013

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Pagi 3hb May 2013, at my 39 weeks 2 days of pregnancy, bangun tidur ada nampak blood show banyak daripada biasa, tapi taklah penuh pad pun, just like half of pantyliner je. Tapi takde rasa sakit sangat pun. I let my husband to go to work and kalau dah agak-agak sakit lebih sikit I'll call him, malas nak suruh dia cuti takut false alarm lagi membazir cuti saje.

Pagi tu, selesaikan basuh baju, lipat baju, buat latihan Matematik sikit, sambil tengok tv. Contraction dah mula terasa, kadang-kadang kuat kadang-kadang biasa-biasa saje, so I just chill, take my own sweet time. Sambil-sambil cakap dengan perut, "Adik, hari ni hari Jumaat tau, elok tau kalau keluar hari ni". In the mean time aku cuba makan banyak, minum susu secukupnya, yeah in case bersalin hari tu at least adalah juga tenaga kan? ;)

Dalam masa yang sama, aku dah start kira timing contraction dah, at that time masih lagi around 8-10 minit so takdelah risau sangat. My husband keeps calling me and asked me to keep him posted. Since dia dah naik motor sekarang, aku takdelah risau sangat dia tak sempat balik macam kes Ammar Yusuf dulu. 4 jam redah jem T_T Naik motor, 30-40 minit InshaAllah sampai. Kalau tak hujanlah :/

Around 6.15 petang, Suami dah sampai rumah. Kami kemas-kemas sikit, bersiap serba sikit. Ammar Yusuf kami tinggalkan di rumah babysitter, tidur situ. Contraction masih dalam kekerapan yang sama. Suami tanya nak kena bawak laju-laju tak HAHA. Nervous la tu first time nak tengok isteri bersalin :p I just asked him to drive as usual je, tak perlu panik-panik sebab takdelah sakit sangat pun lagi.

Sampai Hospital Serdang, dah familiar sangat dah dengan prosedur situ so dah pegang kain batik siap-siap. Dekat kaunter, kena sign borang setuju untuk menunggu, rupanya masih full house lagi macam last week. Macam biasa, nurse ambil blood pressure, suruh bagi urine, dan suruh baring kat mana-mana katil kosong.

Aku pun baringlah. Sejam jugalah baring takde siapa attend pun T_T. Nampak dua doktor pelatih lelaki, sorang Cina sorang Melayu kot. Serius aku berdoa janganlah diorang yang cek aku. First, tak sukalah doktor lelaki, rasa berdosa besar je kangkang depan diorang :( Second, tak sukalah doktor muda. Tak convincing.

Lepas sejam lebih, barulah datang doktor perempuan sorang ni, muda jugalah ah tak kisahlah asalkan bukan lelaki. Dia minta maaf sebab lambat, penuh katanya hari ni, then tanya itu ini, dan terus cek bukaan. 4cm. So suruh stay hospital dah tak boleh balik dah tapi kena duduk kat luar tempat banyak-banyak kerusi sebab takde katil kosong. Lagi 2 jam dia akan panggil untuk check bukaan lagi meanwhile kalau kita tiba-tiba rasa sakit luar biasa or pecah ketuban boleh masuk balik bilik tu bila-bila masa je lah. Aku okay je, sebab rasanya baik duduk luar dulu daripada baring je tunggu, kebosanan tu lebih menambah sakit kot.




So kami pun tunggulah. Borak-borak, cerita-cerita, main game kat handphone. Dah mula terasa contraction tu makin kerap dan kuat, Suami urut-urut pinggang, usap-usap lengan. I tried to distract my pain dengan cara fokus pada main game kat handphone, and it quite helped kot.

Lepas 2 jam, serius dah memang sakit sangat. Sakit contraction ni...... walaupun dah pernah rasa dulu, still rasa macam tak sangka ianya sesakit tu. How can I forget how painful it is??! Dia macam, segala benda dalam pinggang dan perut kau dipulas-pulas diranap-ranap!

Aku masuk balik bilik prosedur tu minta check. Agak menggeletar jugalah masa tu. Doktor cakap, dalam 5cm. Argh 2 jam buka 1cm jeeeee??! Lagi 5cm nak tunggu?! Doktor suruh makan something heavy dulu, sebab dah masuk labour room nanti kena puasa katanya.. So Suami keluar pergi beli makanan, cafe hospital dah tutup so terpaksa pergi Bangi, tak tahu dia bawak kereta macam mana tapi setengah jam je dah datang balik bawa Nasi Goreng Seafood. So makanlah sambil tahan sakit, takde selera pun tapi paksa diri juga makan untuk tenaga kan.

Selesai makan, tak tahan dah sakit. Masuk lagi bilik tu. Takde orang nak attend, or maybe I've annoyed them kot sebab balik-balik suruh check bukaan tapi bukaan tetap 5-6cm je. Masa tu doktor suruh baring je. Jangan berjalan lagi but lying there with that kinda of pain.... sebenarnya berjalan ke berbaring ke dah tak membantu apa pun. Perempuan Cina kat katil sebelah tiba-tiba menjerit, padahal first check dia baru 2cm. Sekali doc check dia dah buka terus ke 8cm whoahh senangnya beranak!

I asked for epidural, bukan minta, dah almost merayu dah pun. Nurse cakap Hospital Serdang tak pernah ada epidural. I insisted that last 2 years I also delivered here, with epidural!

"Puan, memang sini tak pernah ada epidural Puan, percayalah cakap kami. Kami kerja sini bertahun dah, kami tahulah.. Kalau ada memang kami bagi dah..."

Wuuu takde epidural.... I'm not that strong.... I need an epidural.... T_T

Aku ulang alik bilik tu ke kerusi untuk jumpa husband, setiap kali datang contraction memang tak tahu nak genggam apa dah. Last-last aku decide untuk berbaring je kat katil dalam bilik tu, sebab bila berdiri rasa nak terkeluar anak tu. Menggigil-gigil dah masa tu, contraction dah at every 3 minutes oh Tuhan. Rasa nak mati.

Tiba-tiba rasa nak terberak. Aku tanya doktor boleh tak aku pergi berak HAHA.

"You yakin ke nak berak? You confident tak you takkan teran keluar anak you?"

"I tak tahu..." terketar-ketar aku jawab.

"You rasa nak teran tak sekarang? Berani ke nak pergi toilet ni?"

"I tak tahu doktor, I tak tahu.."

"Takpe, baring jap kita check lagi bukaan you"

It's already 7cm now. Doktor panggil seorang nurse lagi, bawa satu rod panjang alamak dia nak buat apa ni benda panjang ni nak cucuk apa ni serius aku takut gila masa tu.. Rupanya nak pecahkan ketuban hoho manalah aku tahu sebab masa Ammar Yusuf dulu ketuban pecah sendiri kat office :p Tak sakit pun masa pecahkan ketuban tu, or mungkin dah dikaburi dengan kesakitan contraction kot.

Bersambung......







HAHA tipu je. Malas pula nak buat 2-3 entri. Rajin tak nak baca panjang-panjang ni? Kita habiskan terus la eh?

OK sebaik sahaja ketuban dipecahkan, aku dah rasa kesakitan tadi bertambah 10 kali ganda kot!! Sebab daripada 7cm terus jadi 10cm dah.........

Aku terus dikejarkan ke labour room menggunakan stretcher, masa tu huru-hara la juga sebab dengar nurse bising-bising;

"Ada ke bilik kosong ni?"

"Nak bawa dia ke bilik mana ni?"

"Dia dah nak bersalin dah ni nak bawa ke mana lagi, labour room lah!"

Aku dah tak hirau sekeliling dah masa tu, aku cuma ulang-ulang cakap suruh panggil suami aku je.

"Nanti kita panggil suami puan ye, nanti kita panggil.."

On the way to labour room banyak kali dah rasa nak teran sangat.

"Puan jangan teran lagi puan! Dah nak sampai ni sikit lagi puan! Jangan teran lagi.."

Cuak suara nurse tu huu memang tak boleh controllah, datang je contraction memang nak teran je rasa.

Masuk labour room, ada 2 orang je masa tu. Oh. Okay juga kot, sebab masa bersalinkan Ammar Yusuf dulu punyalah ramai, dengan doktor pakarnya, dengan doktor pelatihnya, dengan student nursenya, terasa macam bahan ujikaji pun ada.

Dua orang tu, seorang doktor muda lelaki Cina, sorang nurse. Ah sudah. Takde choice dah. Doktor tu nampak takut-takut, nurse tu yang nampak sangat meyakinkan dan berani untuk handle aku, dialah yang bagi semangat kat aku, dialah yang marah aku bagi aku geram semua dia jelahh. Huh biar dia seorang je dalam tu pun takpe, takde fungsi sangat pun doktor lelaki tu :(

Suami masuk kelam kabut, terus disuruh ampu badan aku dari belakang, sebab nak teran tu kita tak boleh baring. Posisi yang betul is, kita angkat badan ke depan, kangkangkan kaki, kedua-dua tangan pegang tumit kita, dan bila contraction datang, push sekuat hati segeram mungkin.

Push sekuat hati, sambil curi nafas TANPA BERHENTI MENERAN.

Dua anak, dua-dua kali aku susah bab ini. Bila tengah push, hilang nafas, and nak curi nafas tu, aku akan berhenti push. So banyak kalilah anak aku dah nampak macam nak keluar, alih-alih tersedut masuk balik. Suami kat sebelah yang watak tukang ampu badan pun dah letih. Isteri berat nak masuk 80kg mana taknya HAHA.

Nurse tu memang bising bagi semangat, dan aku pun dah almost give up. Banyak kali jugalah aku merayu minta dia vakum je kalau dah nampak baby. Ammar Yusuf dulu pun vakum.

"Awak boleh push, awak mampu nak push, kenapa nak kena vakum? Kita kalau boleh nak elak vakum, c-sect semua ni. Semua tu guna alat-alatan yang boleh bagi effect kat anak awak. Awak boleh push, jangan asyik cakap tak boleh. Push sekuat hati, push panjang-panjang jangan berhenti.."

After several failed attempts, nurse tu panggil Suami ke depan suruh tengok.

"Suami meh sini tengok, bagitau kat isteri awak dah kat mana dah baby tu. Biar dia semangat sikit nak teran"

HAHA benda inilah yang suami itew paling takut, tapi dia pergi jugalah tengok.

"Eh Yang dah nampak rambut dialah, dah nampak lahhh!!" Beria muka dia hahahaha.

Dan akhirnya aku push sekuat hati, dan masa tu rasa ada something yang besar gila padat sangat keluar dari bawah tu, nurse menjerit-jerit, "Jangan stop, terus lagi, teran geram-geram, lagi, lagi, bagus, sikit lagi, haaaaaaaaa" masa tu juga terasa ngilu digunting sikit bawah tu aisehmen kena jahit jugalah ni. Dan akhirnya, blup!, keluar dah, terdengar suara Suami aku,

"Mummy, adik la. Adik dah keluar la..."

Ya Allah... Hilang semua sakit ya Allah.. Legaaaaa sangat. Lega that everything is over, lega that I can make it, no epidural, no entonox gas... I'm strong without even knowing it. Mengalir bersungguh air mata, bila dengar tangisan pertama Adik. Amboi, garau. Baby dibalut, dan terus diletakkan di atas badan aku for skin to skin moment. Syukur ya Allah, semuanya selamat. Berkali-kali Suami cium dahi and say thank you. Then, Daddy azan dan qamatkan Adik.

Sementara Adik dibersihkan, aku kena jahit sikit lah. Masa kena jahit tu aku minta maaf dengan nurse tu, entah kenapa entah aku minta maaf, sebab cepat sangat give up kot. Sampai membebel dia. Baik je nurse tu. Dia cakap bukan dia marah pun, saje dia buat macam tu supaya aku geram and teran lagi kuat.

Alhamdulillah, daripada awal aku dilayan dengan baik oleh semua orang. Sebenarnya dari awal aku dah set dalam fikiran, semua benda bermula dengan diri kita sendiri. Kita nak dilayan baik, kita layan orang dengan baik juga. Mereka, pekerja di hospital tu semua pun manusia juga. Bila kita bersopan, mereka akan bersopan juga. Kita cakap berlembut, mereka akan cakap berlembut juga kan? ;)




Name: Muhammad Adam Muaz Bin Muhammad Hanis.
Date of birth: 4th May 2013 at 2:39a.m
Birth weight: 3.24kg
Birth length: 50cm








Daddy is so proud saying that Adam Muaz looks a lot like him. I just agree (to make him happy HAHA), because I think macam sama je Adam Muaz dengan Ammar Yusuf masa baby dulu (means sama macam kitew la hihihi tamaknya), with more hair of course.
















More photos on Instagram. Hehe tak habis-habis nak suruh orang follow Instagram dia :p

So inilah dia pengalaman bersalin nombor duaku. Tak tahulah akan ada lagi pengalaman bersalin nombor tiga atau empat atau lima eh banyak pula. I must say, bersalin kali ini walaupun nampak macam susah tapi sebenarnya lebih mudah compare to Ammar Yusuf. Mungkin sebab anak kedua kot. Post natal pun tak sakit sangat alhamdulillah. Bersalin awal pagi, tengahari tu dah boleh discharged. Syukur semuanya dipermudahkan.

Til the next entry. Sorry kalau banyak typo or perenggan tunggang langgang, maklumlah blogging pakai handphone saje. Nanti kalau ada masa kita cerita pasal berpantang (yang tak berapa pantang sangat pun ni). Take care everybody, assalamualaikum.




- Posted using BlogPress from my iPhone



Thursday, May 2, 2013

Panic at 38 Weeks

Benda ini terjadi minggu lepas. Exactly masa aku genap 38 minggu. Rakan sekerja ramai-ramai ajak pergi lunch di BSC (Bangsar Shopping Centre). Dua ibu mengandung (aku, almost 9 bulan dan Pauline, 6 bulan kot) tak joinlah. Sebab malas nak naik bas. Maka kami makan di restoran sebelah bangunan saje. There were three of us, myself, Pauline and Poh Poh.

Aku dan Pauline, order makanan yang sama. Aku bihun tomyam, dia kuewtiaw tomyam. Restoran tu memang sangap sikit, orang pun tak ramai, sebab makanan tak seberapa kot. Tapi sebab situ yang paling dekat, kami redah jelah. Half way makan, Pauline stopped. Aku, assuming that Pauline dah kenyang, teruskan jelah makan. After a while, Pauline tanya, "Husna, don't you smell something about the chicken? Macam busuk sikit I think?" Then I stopped. Masa tu, dah nak habis makan dah. Yelahhhhh, ayam dia macam busuk!!! Punyalah lapar sampai tak sedar!!

Balik office, dalam pukul 2.30, aku start sakit perut. Damn it bihun tomyam! Tapi Pauline tak rasa apa-apa pula. I went to the toilet. Ingat nak buang air besar ke, but tak ada apa pun. The pain has become regular. Like every 15 minutes. My colleagues joked, "Are you sure this is not contraction?" and we laughed. I know how the contraction feels, and I'm pretty sure that this is not contraction.

I went to the toilet several times, jangankan nak berak, kentut pun tak ada. Emm. Contraction ke ni? Ah takdelah.

Balik tu, for the first time Pauline tumpang aku balik sebab kebetulan her husband tak boleh jemput dia. Nak dijadikan cerita, hari tu jem teruk gilaaaaaaa!!! Sangat-sangat teruk!!!! We stucked in front of Midvalley Megamall for almost 2 hours!!!

Masa sejam pertama itulah, perut aku serius sakit, sangat-sangat. Okay, I think this is contraction. Pauline insisted to take over driving my car, aku kata tak apalah, sebab rasanya kalau tak drive lagi rasa sakit sebab kita tak ada benda lain nak fokus kan.

"Are sure you can drive Husna?? Are you sure??"

After a while, dah tak boleh kot. Memikirkan yang kedegilan aku mungkin boleh membahayakan diri sendiri, kandungan aku, Pauline dan juga kandungannya, aku surrender. We pressed the emergency signal, dalam hujan lebat yang kenderaan langsung tak bergerak, kami exchange driver.

Aku decide nak lalu Jalan Klang Lama (JKL) sebab situ macam mana pun tak pernah jem teruk sangat, compare to LDP or Federal. Dan nak dijadikan cerita, lepas 2 jam kat Midvalley, masuk je Jalan Klang Lama, ya Allah jem teruk sangat, 4 bulan aku lalu situ tak pernah tengok JKL jem seteruk tu.

The pain has become more regular now, like every 7 to 10 minutes. I asked if there's any clinics nearby along the JKL. We didn't see any! Pauline dah start panik, she keep calling her husband and her brother asking for route to the nearest hospital. Dia tak biasa dengan JKL, selalunya dia lalu LDP. Kereta masa tu langsung tak bergerak. Pakai double signal tak ada makna pun, memang tak boleh nak ke mana pun. Her brother bagi contact number ambulans, she called the ambulance straightaway, aku rasa macam nak ketawa juga bayangkan naik ambulans pergi hospital. Hee bukan senang dapat naik ambulans tau!

Orang ambulans cakap, dengan keadaan macam sekarang, daripada kita tunggu ambulan datang baik pergi dulu ke hospital berdekatan. Mungkin dari sana ambulans boleh ambil dan bawa ke hospital yang kita plan nak bersalin. Dari JKL, Pauline U-turn masuk federal (kot), terus ke PPUM. That's the nearest hospital pun. Nasib baik dia tahu jalan, sebab dia study kat UM dulu. Kalau aku jadi dia memang kelam kabut la sebab bukan tahu sangat jalan kat KL ni huuuu.. My panicked husband dah on the way dari rumah ke PPUM masa tu together with maternity and baby bags, Ammar Yusuf tinggal di rumah babysitter.

Sampai PPUM (now UMSC, semi-private tak tahu bila dah tukar ingatkan masih hospital kerajaan), we straightaway went to Dewan Bersalin haha. Sebab tak tahu nak pergi mana lagi.

Masuk-masuk, makcik kat kaunter yang tak berapa friendly sambut. Dia tanya kenapa, aku cakaplah aku hari ni dah 38 minggu, and sakit perut tapi tak pastilah itu contraction ataupun food poisoning makan bihun tomyam.

Makcik: Okay, puan bayar RM530 deposit, terus masuk labour room ya.

Aku: Eh tapi nak cek dulu kot, sebab tak sure lagi ni contraction ke tak.

Makcik: Polisi sini, kita takde cek-cek macam kat tempat lain. Kita terus masuk labour room. Kat situ baru cek. Tapi memang kena bayar deposit RM530 la.

Aku masa tu nak call Hanis nak minta pendapat, adeh takde line pulakkk.

Makcik: Floor ni memang takde line puan. Masuk labour room nanti pun tak boleh bawa handphone.

I was like, what?? Kat Hospital Serdang dulu boleh je bawa masuk handphone dalam labour room, takkan semi-private hospital tak boleh...

Aku: Tapi saya nak tunggu suami saya sampai dulu. Suami boleh ikut masuk labour room kan?

Makcik: Sorry ye Puan, we're not a husband-friendly hospital. Suami tak boleh ikut masuk.

Aku dah tawar hati dah. Tak kisahlah bayar RM530 pun, tapi the idea of duduk dalam labour room sorang-sorang, no handphone, no husband... I have waited 9 months for this moment, I want my husband to be with me. Sedihlah bersalin sorang-sorang lagi....

Masa tu dah tak fikir dah sakit contraction. Kami turun bawah. Hanis call, dah sampai. Cepat gilaaa! Macam 20 minit je kot. Bukan jalan jem teruk ke? I don't wanna know how he drive :/

Pauline offers to drive back home my car, so I can go to other hospital with my husband. She's such an angel. Really calm, really helpful.

So we headed to Serdang, alhamdulillah traffic dah ok sikit masa tu, dah dekat pukul 10 dah pun. Sampai Hospital Serdang, I feel more comfortable sebab dah biasa dengan selok belok dan prosedur di situ kan.

Sampai-sampai, kena sign borang menunggu dulu. rupanya masa tu wad full. Nurse buat BP test, suruh bagi urine, and doktor datang to perform CTG test.

Okay, ianya memang contraction, bukan sakit perut makan tomyam. Bacaan CTG menunjukkan aku baru contracted at 10 minutes interval, belum cukup kuat lagi. Doktor cek bukaan, baru 2cm. Lambat lagi. Suruh balik dulu. Dia cakap lagi 3 hari kot. Dan suruh datang kalau ada bleeding (yang penuh pad, bukan bleeding yang sikit-sikit tu), kalau pecah ketuban or kalau sakit makin kerap (like every 3-5 minutes).

Okaylah. Balik dulu. Kami pergi ruma Pauline ambil kereta dulu, dan minta Pauline bagitahu our bosses that I might have to start taking early maternity leave.

Today, a week has already passed by. No strong contraction, sometimes I don't feel contraction at all. Tapi blood show sentiasa ada, cuma tak banyaklah. Risau juga, takpe ke blood show macam ni, tapi memang takde rasa apa pun lagi. Hati berbelah bahagi nak pergi hospital ke tak, I just monitor closely the baby movement which is fine so far. Kalau baby dah kurang movement pun bahaya juga, kena terus pergi hospital.

Semalam pergi klinik saje-saje nak check baby, doktor cakap memang kalau anak nombor 2 dan seterusnya ni, masa minggu 36 ke atas kita akan dah tebuka 2-3cm. Normal case je.

Harap-harap dipermudahkan segalanya. Pray for me please. Will keep you updated ;)

Til the next entry. Assalamualaikum.




- Posted using BlogPress from my iPhone