Thursday, March 21, 2013

Reminiscence #2: From Two to Three

Dua hari selepas Majlis Bertandang, kami dah masuk rumah baru. Kena halau dengan ibu bapa suruh berdikari haha! Nasib baik all of us are in the same page, kami memang nak berdikari mulakan hidup sendiri berdua, dan ibu bapa pula memang paksa berdikari hehehe. Best.

Masuk rumah itu, hanya ada set bilik tidur hadiah dari keluarga, dan segala mak nenek barang elektrik hadiah kahwin sumbangan orang-orang yang menyayangi kami ececeh. Tak ada sofa, tak ada meja makan, tak ada TV....... Tak ada TV T___T Tak apa yang penting set bilik tidur ada wakakaka! .

Kami ambil cuti seminggu, tapi tak sempat honeymoon pun sebab sibuk pindah rumah. Pergi Subang ambil segala benda peribadi Suami, pergi Kampung Batu ambil segala benda peribadi Isteri. Penat tak terkira, naik turun tangga. Tapi sangat.... best.

Beberapa hari di rumah, kami makan nasi bungkus saja sebab tak ada dapur gas lagi, tapi dapur kami dah best dah, sebab ibu bapa mertua dah siap pasangkan kitchen kabinet cantik-cantik, cuma tak ada dapur gas saja, syukur. Kami makan beralaskan kotak lampu IKEA je tahu?! Sambil makan sambil ketawa sampai keluar air mata, sebab kasihankan diri sendiri. Kelakar, tapi best betul. 2-3 malam, kami keluar sampai lewat malam, lepak McD 24hours tu sampai 2-3 pagi, berborak macamlah tak boleh borak di rumah HAHA saje nak lepas geram keluar midnight sebelum ini kan duduk dengan ibu bapa memang tak ada makna boleh keluar sampai lewat malam hehe.

Peralatan elektrik pertama yang dibeli, adalah seterika. KENAPA TAK ADA SORANG PUN BAGI HADIAH KAHWIN SETERIKA KAN KE BIASANYA ORANG DAPAT SETERIKA SAMPAI 2-3?? >:( Seterika yang kami beli, sangat annoying walaupun boleh tahan harganya. Jenama Elba, konon seterika berstim tapi tiap kali nak gosok baju, air mengalir banyak dari tepi-tepi tu. Benci, sekali dua je isi air lepas tu langsung tak topup dah. Biar pakai kering je. Bertekad nak pakai sebulan dua je dan nak beli lain, tapi sampai sekarang masih elok je pakai lagi hehe. Biasalah, baru kahwin, semua nak perfect je :p

Dua bulan lebih, kami masih tak beli mesin basuh. Sebab nak utamakan banyak keperluan lain dulu. Kalau rajin, basuh tangan saja. Biasanya memang tak rajinlah haha. Hantar dobi seminggu sekali, atau ada masanya tumpang basuh baju rumah mertua. Segan je bawa bakul besar datang rumah, tapi Suami meyakinkan "Tak apa je.. Tak ada hal la..". Tapi yang lecehnya bila basuh di rumah orang ni, nak kena bawa balik angkat naik ke rumah tingkat 4 tu... boleh tahan juga azabnya, nak-nak kalau sebakul penuh. Biasanya memang pikul sama-samalah, memang tak mampu nak angkat sorang.

Satu hari tu, kami baru turun kereta, angkat bakul besar berisi kain baju nak naik rumah. Entah macam mana aku tersadung kaki, jatuh. Berdarah lutut. Tempang-tempang naik atas, Suami pula terpaksalah angkat seorang bakul besar yang penuh tu. Naik atas, mandi, basuh luka, Suami sapukan ubat.

Esoknya, aku tak pergi kerja. Tak larat nak jalan kononnya.

Tapi setengah hari duduk seorang diri di rumah, mati kutu tak tahu nak buat apa. Decided to go out, nak cari ubat untuk lutut yang luka. Sebab sebelum itu hanya bergantung pada minyak gamat. Dengan berjalan macam tempang, pergi farmasi je kat Giant Bandar Puteri tu. Boleh beli barang dapur sikit. Lepas beli barang dapur, masuk farmasi semula. Lalu lalang sekitar rak pregnancy test kit. And finally bought a box contained of 2 kits, RM18 something. I tested straightaway at the toilet there HAHA tak sabar betul.

It was negative. I was so frustrated, lalu drive terus balik rumah. Suami balik, langsung aku tak cerita apa-apa. Malam itu, aku belek-belek pregnancy test kit yang lagi satu. Baca semula prosedurnya, masih tak puas hati sebab aku sangat yakin aku mengandung, I can feel it! Oh crap, rupanya kena test pagi-pagi, first urine of the day. Means bangun pagi terus kencing.

I did it, very discreetly. And Alhamdulillah it was POSITIVE. Ya Allah syukur segalanya selamat despite of aku terjatuh teruk juga sebelum tu, syukur selamat sampai ke saat melahirkan..







My husband bought us a washing machine on the next day :')




Wednesday, March 20, 2013

Mengidam?

Usually masa mengandung ni bila orang tanya aku pernah mengidam apa-apa ke tidak, memang cepat je aku cakap tak ada. Sebab rasanya takdelah pernah teringin apa-apa secara spesifik, sebab masa tak mengandung pun selalu je teringin makan itu, teringin ini. Dan aku selalu rasa there's no such thing as mengidam, because semua tu sebenarnya mind set je, something that we can control.

Little that I realized, I actually selalu je mengidam. Sebab, kalau tak mengandung, bila kita teringin nak makan apa-apa, kalau tak dapat, still boleh tahan. Contohnya, teringin sangat nak makan kek. Tapi lepas makan something else yang manis, keinginan nak makan kek tu terus hilang. Means tekak kita bukan nak sangat kek, tapi nak makan yang manis-manis je. Tapi bila mengandung, bila teringin nak makan something and then tak dapat, I'll get super moody, super furious, super emotional. Whoaa. It's like, I want something, I must get. It's just sooo annoying, not only to myself (sebab biasanya bila nak I akan cuba cari sendiri dulu), but even worse to my husband sebab dialah yang jadi mangsa (dah tu siapa lagi takkan nak minta pada husband orang lain pula, eh.). I can't help it, try to control with your mind, but you can't simply say "No" or "Lain kali je la" or "Tak ada rezeki la kali ni" to a hungry pregnant woman! Zzzz bimbo. 

Kisah Mengidam #1

Teringin nak makan durian. Hubby jenis tak makan durian, so obviously tak tahu macam mana nak beli durian yang jual longgok-longgok tu. This annoying pregnant wife already making a sad face, not purposely of course but it's really just sooooo sad! So suami tercinta pergi cari di pasaraya. Tak apa this annoying pregnant wife pun tak state secara spesifik nak yang longgok ke nak yang already packed at the market ah tak kisahlah asalkan dapat makan durian. I was already frustrated, trying to console myself that tak apalah lain kali jelah maybe balik ni beli aiskrim durian ke apa when suddenly he texted me, "Abang dah beli durian tau.." He bought me a Musang King, RM35 untuk hanya 7 ulas poor my darling husband T__T

Kisah Mengidam #2

Kali ni teringin nak makan pau kacang pula. After lunch at the office, purposely walk a bit far to a stall that usually sell pau. Dah sampai, lupa hari ni hari Jumaat, stall tu mana buka. Sangat sangat frustrated. Balik rumah, rasa macam hampa sangat. Cerita dengan Suami, dia ajak pergi pasar malam cari pau. Petang tu hujan, so pasar malam pun tak banyak gerai yang buka. Tak ada pau. Nak balik, nampak pakcik pakai kopiah bawa motor pinpinpin..... jual kuih pau. . . . It was across the road that my husband has to stop the car and run to chase him LOL it was so funny I love him to death :')

Kisah Mengidam #3

Ini, memang sangat annoying. Kali ini pau goreng pula. Aku ni entah kenapa memang suka betul pau-pau ini padanlah anak lahir pipi macam pau! Lepas lunch kat office, balik dah naik lif, teringat nak beli pau goreng sebab teringin sangat. Patah balik, jalan kaki pergi gerai tepi jalan (you know my office at Damansara everytime lunch and breakfast berderet-deret gerai macam pasar malam tau! Benci aku asyik nak membeli je). Beli pau dua biji. Masuk office, baru nak makan, bos aku si German tu datang panggil untuk meeting kejap (perangai omputih kat sini kenapa entah nak ajak discuss pun datang ke meja kita padahal boleh je interkom suruh aku pergi bilik dia huuu tak sempat aku nak makan pau goreng). Then discuss-discuss, meeting-meeting, alamak dah nak balik kelam kabut pergi solat Asar dan terus balik. Dalam kereta..... pau goreng.... tertinggal.... If you follow my Twitter, you'll know how meroyan I was that evening. Seriously, meroyan.. yang bila esoknya baca semula, malu rasa macam orang gila je ayat. Can't help it. Hubby straightaway call (being an avid stalker of mine, of course he's already read my Twitter hihihi), and I cried.. Lagi dia cakap "Janganlah menangis... dah sampai nanti kita pergi cari pau okay?" lagi aku menangis. I really don't know what has gotten my mind, I can't stop my tears streaming down my face... over 2 pieces of pau goreng.

I don't know if this can be called as 'mengidam', but it's just too annoying for God sake. Rasa macam tak sabar nak bersalin so that I can get rid of this annoying habit of mine.

So what's your mengidam story? I hope it's not as bad as mine. Suami cakap padanlah anak asyik beremosi je. Belum pun 2 tahun dah pandai tunjuk perasaan, buat-buat pengsan, pura-pura menangis.. Geram je. Nak salahkan siapa? Hee..



- Posted using BlogPress from my iPhone