Thursday, October 24, 2013

Ammar Yusuf dan Percakapan

Being a mother for the first time, there are too many things I have planned for my kid(s). Semenjak zaman remaja, kemudian berkahwin dan melahirkan anak, aku memang dah merancang untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam keluarga kami. Sebab bagi aku, that is the best way to learn, kita amalkan dalam perbualan harian semenjak kecil, inshaAllah bolehlah jadi mother tongue bila dah besar. Practice makes perfect orang kata.
Tapi nampaknya sekarang ini itu semua hanya tinggal angan-angan semata. Benda itu mungkin lebih mudah kalau anak kita di bawah jagaan kita sepenuhnya (kita tidak berkerja/surirumah), ataupun di bawah jagaan ibu bapa kita, ataupun nursery/playschool kot. Kalau hantar ke rumah orang ni, takkan aku nak suruh, “Kak Ha cakaplah English ye dengan budak budak ni, saya nak dia belajar Bahasa Inggeris dari kecil, toksey ghoyak Kelate deh? Deh?”, HAHA tak bolehlahkan? Kalau dengan parents bolehlah consider juga. Walaupun di rumah kami tetap juga cuba menggunakan Bahasa Inggeris, pengaruh Bahasa Melayu (or Bahasa Kelantan T__T) lebih kuat ke atas dirinya. Bukanlah nak agung-agungkan sangat bahasa penjajah ni, tapi realiti zaman sekarang, Bahasa Inggeris memang tak boleh dinafikan dah kepentingannya. Senang nak hidup kalau boleh berbahasa Inggeris ni. I didn’t say that it’s impossible for working moms to raise their kids in English, it is possible, but it’s not easy. Sebab lebih 10 jam setiap hari dia di rumah pengasuh, balik untuk main main 2-3 jam dengan kita, dan kemudian masuk tidur.
So I have to accept, face the reality and settle for the second best. Bahasa Melayu, bahasa jiwa bangsa eheh.
Ammar Yusuf sekarang ni, boleh dikatakan hampir sempurna ayatnya, sedikit demi sedikit makin hilang pelatnya. Dah cakap macam big boy dah.
Dulu semua benda yang ada huruf L semua jadi Y.
Balik = Bayik.
Contoh: Abang nak bayik.
Huruf R, pun jadi Y.
Rumah = Yumah.
Contoh: Abang nak bayik yumah Mummy.
Sekarang, yang L tu dah betul dah, tapi yang R pun dah jadi L juga.
Contoh: Abang nak balik lumah Mummy.
HEHEHE macam cina apek cakap je.
Tapi yang L tu memang pekat la. Seolah olah ditekan tekan kan. “Abang nak balllik lllumah Abang” HAHAHA. Geli hati betul dengar.
“Abang nak makan nasi allabbbb (nasi Arab)”
“Abang nak balling (baring) dengan Daddy”
Kosa kata dia dah sangat sangat banyak dah, kadang kadang dia cakap something yang kita tak sangka. Macam ada satu malam tu dia nak tengok Banana Song yang Minions menyanyi tu kat Youtube, bila tengok Youtube tu lagging sikit dia cakap, "Kejap kejap, tengah loading". Mana belajar entah. And he's very observant too. Hari tu dia tengok berita bahagian sukan, keluarlah jadual Champions League Manchester United lawan Real apa entah. Keluar logo je tau, tiba tiba dia cakap “Eh sama macam baju Daddy la, sama la!” It’s just a logo, bukan gambar baju or gambar pemain dia ke. Boleh pula dia ingat logo tu sama macam logo dekat baju Daddy dia :’)
Jujur aku cakap, sebenarnya tak banyak pun masa aku habiskan dengan perkara yang berkualiti dengan dia, seperti mengajar ABC, mengaji or mengira. Serius kadang kadang rasa macam ralat sangat masa otak dia tengah fresh dan mudah meresap ni aku tak manfaatkan sepenuhnya pun. Banyak benda dia belajar dari Kak Ha je, setakat ini kalau mengira 1-10 tu dah boleh dah, ABC masih tunggang langgang lagi. Ammar Yusuf ni kalau kita panggil dia suruh duduk sebelah dan belajar, bukan main mengelat lagi dia macam macam alasan, dia jenis yang suka belajar secara tak langsung, belajar daripada persekitaran, belajar dengan cara melihat secara fizikal. Contohnya kalau kita keluarkan flash card tunjuk gambar burung, langsung dia tak berminat sabar jelah aku. Kalau kat luar tunjuk kat langit, “Abang tengok, banyak birds!” macam tu baru dia suka dan betul betul belajar.
InshaAllah aku akan berusaha lebih lagi untuk anak anak, since dah tukar kerja baru ni dah takde penat sangat balik rumah, sampai rumah pun awal 2 jam berbanding dulu. Untuk bulan pertama ni, aku tengah dalam proses nak atur semula jadual harian aku, macam macam aku dah rancangkan untuk anak anak, untuk suami, untuk diri sendiri. Diri sendiri pun kena ada tau. Ingat nak start swimming balik, kuruskan badan ni, baru anak dua dah lari habis alignment balancing segala. Mummy kenalah jaga diri, jaga kesihatan. Baru boleh jaga Daddy, jaga anak-anak.  Perbaiki apa yang kurang, percantikkan apa yang dah sedia ada physically and spiritually.
Tengoklah, harap harap ianya bukan sekadar perancangan kosong saje. Haih.


6 comments:

Vee said...

Seronok je baca ni :) Happy 2nd bday to Ammar Yusuf!! Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh ^^,

Husna Hadzarami said...

Thank you! Amiinnnn.. His second birthday is on August actually, but thanks anyway ;)

DYatie ABakar said...

Happy belated birthday Ammar! Big boy dah!!!

sweet life said...

happy birthday ammar yang comei :)

Vee said...

Ehh laa yeke?? Haha. Aritu tgk kat lilypie mentioned "happy bday" kat dia. LEWL. Technical prob maybe. Haha..

Unknown said...

good luck mummy... we still on learning on how to give the best for our kids acctually...
thanks for sharing this!!