Thursday, September 12, 2013

Never Take Any Chance, Never Assume

I was driving to workplace when I listened to this news on the radio; "A 2-year old boy was killed when his 4-year old brother reversed their father's car and smashed him to the wall"
Mengucap panjang aku. Teori aku, mungkin si bapa keluar rumah, panaskan enjin, masuk semula ke rumah untuk menyelesaikan hal lain tanpa menyedari anak dua-dua berada di luar rumah.
Berlaku pula dalam pada kita semua (atau mungkin cuma aku sahaja) yang masih belum dapat melupakan kejadian menyayat hati budak yang mati ditinggalkan di dalam kereta atas kealpaan ibunya.
How negligence cost you. How clumsiness cost you.
Aku, tak boleh nak berkata apa-apa bila bercakap tentang kecuaian. KECUAIAN BOLEH BERLAKU KEPADA SESIAPA SAHAJA. Kita memang boleh bercakap,
"Gila ke? Takkan anak sendiri boleh lupa? Anak kot?"
"Tak mungkin aku boleh secuai itu."
Kita ni manusia biasa je. Bukannya Nabi, bukannya Tuhan. Kita takkan sempurna. Dalam pada sangat berjaga-jaga, mesti akan ada suatu ketika kita akan tercuai, terlupa, terleka, terambil mudah. Aku sendiri pernah alami saat tercuai macam ini.
Kejadian ini berlaku masa dalam pantang hari itu. Lepas jururawat datang rumah, kami disuruh bawa Adam Muaz ke klinik kesihatan berhampiran untuk check jaundice, memang badan dia agak yellowish masa tu.
So Daddy pun ambil cuti setengah hari, dan kami merancang untuk keluar awal pagi sebelum Ammar Yusuf bangun. Memang taknak bawa dia pun, susah nak jaga dua anak di sana dan bukan elok pun bawa dia ke tempat yang ramai orang sakit tu. Dah bersiap nak keluar tu, tiba-tiba dia bangun. Menangis beria ia nak ikut. Kesian pula. Memang kesian pun, dahlah baru dapat adik baru, ni nak ditinggal-tinggal pula, lagilah dia rasa dipinggirkan nanti. Maka kami pun decide bawalah dia sekali despite of dilarang Mama masa tu.
Di klinik, selepas Adam Muaz diambil darah, kami perlu bawa sample darah tu ke makmal, tak jauh pun dari bilik ambil darah tu. Masa tu juga Adam Muaz menangis nak susu. So aku pun cakaplah, "Abang tolong letak darah ni kat makmal tu eh, B nak pergi bilik menyusu tu kejap" dan terus berjalan laju ke bilik tu.
Tak terfikir pun Ammar Yusuf masa tu nak ikut aku, sebab DAH ASSUME yang Daddy dia akan bawa dia sekali ke makmal darah tu.
Masa tengah susukan Adik tu, memang dengar budak menangis panggil "Mummy... Mummy..." tapi entah kenapa tak rasa macam itu Ammar Yusuf dan tak terdetik pun nak stop breastfeeding dan keluar tengok. Even tak terfikir nak call Daddy tanya pun.
Lepas 15 minit keluar bilik menyusu, Suami cakap,
"Tahu tak Daddy lepas letak darah tadi datang sini balik tengok anak Mummy tengah menangis ketuk-ketuk bilik doktor panggil Mummy?"


Luluh hati aku tengok muka Ammar Yusuf yang masih bersisa air mata masa tu. Walaupun benda tu berlaku dalam masa yang singkat-- Daddy pergi letak darah, dan kembali ke tempat menunggu, tak sampai 5 minit pun-- tapi bersalahnya aku rasa, rasa macam ibu tak guna dah.
It happened because WE ASSUMED. I assumed Ammar Yusuf akan ikut Daddy dia, Daddy dia pula assumed Ammar Yusuf ikut aku, sebab ketika itu memang Ammar Yusuf terkedek kedek belakang aku pun. Teruk gila perasaan aku masa itu. Baru anak dua oi! Tak payah cakaplah macam mana Mama berleter selepas tu.
Selepas kejadian itu, kami terus buat perjanjian. When it comes to our children, DON'T EVER TAKE ANY CHANCE. DON'T EVER ASSUME. JUST ASK.
Means di rumah bila tak nampak anak di depan mata, jangan assume dia ada dalam bilik main elok-elok or anything. Terus cari, your child might be in the bathroom main air baldi, might be in the kitchen main api, might be sleeping in your car that you forgot to bring the poor child in! Lebih baik dikatakan over-protective/paranoid kerana berjaga-jaga, daripada menyesal teruk di kemudian hari. Kalau keluar ke mana-mana dan in case perlu separate (aku bawa Adam Muaz and Daddy bawa Ammar Yusuf), bila terasa macam timbul keraguan, jangan assume yang things gonna be alright, jangan assume Mummy mestilah tahu nak buat apa, jangan assume takkanlah Daddy lupa anak dia. Terus call tanya, no harm asking. No harm reminding. Terutamanya bila keluar beramai-ramai. Kita selalu beranggapan lebih ramai yanga ada, lebih ramai yang akan tengokkan anak kita/lebih terjagalah anak kita. Percayalah, lebih ramai orang di sekeliling kita, lebih mudah kecuaian berlaku. Sebab kita akan cenderung untuk assume anak kita akan ada dengan A, A pula bila tak nampak anak kita dia akan assume ada dengan B, B pula fikir ada pada C. It happens ALL THE TIME.
So parents out there, stop assuming. Bila timbul keraguan dalam hati, bila tiba-tiba teringat dalam hati sesuatu tentang anak kita, terus call pasangan/babysitter etc. Remind our partner. Don't be afraid to annoy your partner, just to be cautious. Sematkan dalam hati setiap masa; better be safe than sorry.





















10 comments:

ily♥ said...

After so long...and u come out with such a brilliant topic...
Betullah, even kat rumah, kalau tinggal anak dekat depan, kita sibuk masak kat dapur, kalau tbe2 senyap sunyi tak dgr suara ke ape, cepat2 intai tgk anak2 tgh buat apa...
Bila keluar selalunya akan make sure abang dgn abi, adik will always with ummi..so that everyone is under control..tapi walaupun abg dgn abi, mata ummi dia mcm cctv kot tak boleh anak lepas dr pandangan sekejap pun..huhu~
Things can happen in a split second...don't take things for granted..
Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kita dari musibah dan bala bencana..Ameen..

Nursaila Norman said...

akhirnya ada jugak entry dari akak..mcm biasa,entry info dari akak mmg saya simpan baik2 selagi boleh..thanks akak :)

Fatin Syahira Ramli said...

Haih. Lamanya tunggu akak update. Hehe. Even belum kahwin, banyak input about parenting plus daily life yg akak share. Tq! Follow your blog since akak blum kawen and now beranak duaaa. Huuu. May allah bless utk setiap apa yg akak share :)

Nour Adieb said...

sy br terbaca td tntg bdk 4 thn bawa kete terlanggar adknya 2 thn. aduhhh,

Nour Adieb said...

br td terbaca bdk 4 thn terlanggar adknya 2 thn

Wanie-san said...

yeah!!kak husna update blog.. :) baru baca kat paper pasal kes abg 4thn langgar adik.actually, abang tu yang ambik kunci kereta then main2 dlm kereta..ajal dia..kesian sgt..

YanaHime said...

Assalamualaikum....

waaa! lamanya tak berupdate. takpe, family 1st kan? akak pun baru baca pasal kes budak tu. Kita takyah tunding jari. semua ada kelemahan. lebih baik bersangka baik sesama kita

DYatie ABakar said...

Phew! Lama tgu entri husna. Btw me too pernah lalui clumsiness moment.

N I mmg mnyampah klo ad manusia yg tb2 komen merapu bajet macam dia sempurna sgt tak pernah terlalai sikit.

Lina said...

assalamualaikum w.b.t.,

baru membaca blog ini dan entry ni menarik hati sebab pernah terjadi pd diri sendiri, disebabkan 'assume' tu lar hampir kehilangan anak di pusat membeli-belah, Allah SWT saje yang tahu apa yg bergolak dlm hati. jd bila membaca kes2 anak2 yg disebabkan kecuaian sy tdk mudah melatah cuma ambil iktibar dan lebih berhati2.

YuNyLoveSYou said...

Thank you for the update! can i share this?