Tuesday, April 2, 2013

Petua Menghentikan Anak Hisap Jari

Tak ada petua pun sebenarnya.

Satu hapa petua yang aku cuba, semua tak menjadi. Ammar Yusuf dah mula hisap jari, I think seawal dia 6 bulan. Masa tu, rasa macam comel je. Macam adorable nya baby yang hisap jari ni. Orang tua-tua kata, budak yang hisap jari ni budak baik. I think I can relate what they meant to say. Budak yang hisap jari ni, bila lapar dia tak terus mengamuk. Dia hisap jari. Bila dia bosan dia tak cranky, dia hisap jari. Pendek kata, dia pandai take care of himself la. Mungkin itu yang dimaksudkan, budak yang hisap jari ni budak baik.

But actually, Mama dan Kakna dari awal dah larang. Suruh dibagi puting. Sebab Mama cakap budak yang hisap jari ni mesti membesar kuruuusssss je, ambil contoh anak buah sorang yang hisap jari. Dia sorang je yang hisap jari among the siblings (tak salah sampai 4 tahun kot), dan memang dia paling kurus. Not to mention, gigi agak ke depan sikit. Jongang kata kasarnya.

Ingatkan habit tu akan sekejap je, tapi tengok-tengok dah macam ketagih pula. To make it worse, by the time aku cuba nak bagi pacifier, macam dah terlambat. Dah beli macam-macam puting yang orthodontik, yang elok dan tidak akan mengganggu struktur gusi/gigi, semua dia taknak.

Kalau tengok kat Twitter, selalu sangat aku merintih meluah perasaan. Tentang betapa aku risau dengan tabiat hisap jari dia. Baaaaaanyak sangat keburukan hisap jari ni kawan-kawan sekalian.
  1. Gigi tak cantik. Jongang. Nanti besar kena ejek dengan kawan. Sedih aku bayangkan anak membesar jadi mangsa buli sebab gigi jongang. Memanglah orang cakap boleh je pakai braces, tapi tu dah besar sikit macam Tingkatan 1 baru boleh pakai, dah sepanjang sekolah rendah takkan nak biar dia miserable je wuuu sedih Mummy fikir :(
  2. Kuman dan penyakit. Aku selalu rasa, Ammar Yusuf selalu sakit masa baby, sebab dia hisap jari. Yelah dia merangkak sana sini, terus hisap jari. Kalau kat rumah sendiri, bolehlah kita kawal, selalu-selalu basuh tangan dia. Kalau kat rumah orang lain? Rumah babysitter? Mana kita tahu kan...
  3. Eksplorasi pada persekitaran adalah terhad. Budak nak membesar, seelok-eloknya kita biarkan dia bergerak. Masa merangkak, biarlah dia merangkak serata rumah. Bila dah berjalan, patut biar jelah dia pegang/main apa yang dia nampak. Sebab dari situ, otaknya akan berkembang dan belajar. Tapi sebab dia hisap jari, banyak benda kita kena kawal. Nak bagi merangkak merata sangat pun risau, sebab nanti cepat je dia hisap jari. Masa belajar bertatih, tak berani nak bawa pergi taman, takut dia jatuh bangun jatuh bangun, tangan kotor, hisap jari. Stress sangat fikir. Tapi tetap bersyukur juga, sebab walaupun eksplorasi agak terhad, otak dia tetap berkembang baik, tetap cepat tangkap, tetap bijak hehehe anak kau sorang jelah bijak kan diamlah :p
  4. Relate to point nombor 2, mungkin disebabkan kuman/cacing dalam badan, berat Ammar Yusuf susah sangat nak naik. Lepas makan, mesti berak. Mesti, wajib. Macam mana nak naiknya berat badan? Aku bukanlah doktor, tapi aku rasa memang sebab dalam badan dia banyak kuman dan cacing. Sebab dia hisap jari.
  5. Rosak ibu jari. Jari yang Ammar Yusuf hisap tu kan, dah macam kecut, kuku dia yang tu je jadi macam panjang semacam macam nak tercabut dah, dan menggelupas. Takut tengok. Tapi dia tak ada pula nampak sakit pun.
Ini apa yang aku nampaklah. Mungkin ada yang ibu-ibu lain rasa tak ada kaitan dengan hisap jari, tapi ini apa yang aku perhatikanlah.

Semua benda aku dah cuba.

Pernah letak serbuk blackpepper. Dia hisap, buat muka pelik, lepaskan jari sekejap, dan sambung balik.
Balut dengan handsaplast. Dia hisap jugaaaa, sampai getah hansaplast tu hilang dan tercabut dari tangan.
Letak garam, kunyit, serbuk kopi, even babysitter pernah lumur jari tu dengan air nila konon nak bagi dia geli/takut. Kejap je takutnya, then sambung balik.
Pernah pakaikan mitten kat tangan, ala dia dah pandai buka senang je dia buka.
Tinggal serbuk cili je aku tak pernah cuba, tak sampai hati.

Kerapnya Ammar Yusuf hisap jari ni, sangatlah membimbangkan. Kalau sekadar masa lapar/nak tidur je tak apa, ni macam setiap masa jari nak masuk mulut.

Until one night. Last Sunday night, to be specific.

Aku buatkan susu untuk dia. 7oz macam biasa. Nak tidur dah masa tu. Dia minum 5oz dan tolak botol tu (showing that he's already full). Then, sambung dengan hisap jari. Mummy was sooooo upset! Kalau tak habis minum sebab nak tidur lainlah, ni dia sambung dengan hisap jari macam masih lapar lagi! Aku cuba cabut jari dia dari mulut dan suakan botol susu. Dia menangis. Pissed off, aku pusingkan badan tidur belakangkan dia. Dia berterusan menangis panggil "Mummy, Mummy..." (Ammar Yusuf paling takut kalau Mummy merajuk mesti sedaya upaya dia akan panggil dan pujuk). Bila dia dah berhenti menangis, dan tinggal sedu sikit-sikit, aku pusingkan balik badan, baring mengiring pandang muka dia, dan cakap setegas yang boleh,

"Ammar Yusuf jangan hisap jari lagi, nanti Mummy marah, Mummy taknak sayang Ammar Yusuf dah."

Then dengan air mata masih bersisa dia senyum dan cuba buat lawak apa entah, dan main-main, sampai tertidur, langsung tak hisap jari. Ada waktunya masa tidur aku nampak dia dah nak masuk ibu jari ke mulut, dia tarik balik. Macam dia takut sangat Mummy marah. Takut sangat Mummy dah tak sayang dia lagi.

Esoknya, Isnin petang masa ambil dia, babysitter cakap dia langsung tak hisap jari. Cuma kadang-kadang masa tengah tidur dia ada masukkan jari juga, mungkin di luar kesedaran dia sebab dah habit kan. Masa tak tidur bila dia macam nak masukkan jari, anak babysitter cakap "Nanti Mummy marah" dia terus tak jadi hisap. Dan malam tadi di rumah, I can see that he's struggling to fight his temptation to suck his thumb. Dia macam a bit cranky. Tapi langsung tak hisap jari. Ada kalanya dia terlupa dan termasukkan jari dalam mulut sesaat dua, I straightaway said "Taknaklah kawan dengan Ammar Yusuf dah" cepat-cepat dia cabut.

Baru 2 malam. Masih terlalu awal nak cakap keberkesanannya. Baru kejap tadi telefon Kak Ha tanya dia hisap jari tak hari ni, Kak Ha cakap semalam macam susah juga nak tidur sebab tak hisap jari, hari ni nampak senang sikit. Sebelum ni kalau dia ralit main kereta, mesti pakej dengan hisap jari sampailah tertidur, tapi hari ni dia ralit je main kereta, tapi langsung tak hisap jari. Kadang-kadang aku rasa macam kesian sangat guna cara psychology macam ni, sebab dia nampak macam lebih pendiam sehari dua ni, mungkin dia terlampau fikir takut dia terbuat salah yang Mummy dah tak sayang dia lagi. I feel so mean, but this is for his own good. Aku selalu fikir macam ni, dia belumpun 2 tahun, habit tu baru generate tak sampai pun 2 tahun, masih boleh diajar lagi, masih boleh dihentikan, masih boleh dibentuk tak perlu nak tunggu sampai sekolah pun (sebab ada orang cakap "Ala nanti dah sekolah nanti berhenti la dia hisap jari, sebab dia dah tahu malu"). Semalam daripada balik kerja sampai nak tidur pun, aku tak henti-henti peluk cium, cakap "Anak Mummy pandai, anak Mummy clever, takde pun hisap jari.. Macam ni la yang Mummy sayang sangat," biar dia rasa happy dan jadikan pujian itu sebagai dorongan. Sebab aku tahu Ammar Yusuf ni, memang senang makan puji sikit hehe. Bila kita puji dia sesuatu, dia mesti akan jadi lagi bersemangat nak tunjuk kepandaian dia hehehe.. Dan kami juga cuba alihkan perhatian dia sebanyak mungkin, ajar dia perkara baru, keep talking to him, ajak dia berbual supaya dia lupa terus habit dia.  

Seriously dengan Adik nanti, aku takkan biar dia mulakan langsung hisap jari. Kalau dah nampak tanda-tanda nak hisap jari, aku akan bagi pacifier je. Tak tahu macam mana pula pengalaman orang yang bagi anak pakai pacifier ni, but based on my reading and observation, habit hisap pacifier lebih senang nak dihentikan compare to hisap jari. Puting boleh sorok, yelah mungkin anak akan meraung mengamuk dua tiga hari, tapi lepas tu inshaAllah akan okay. Jari, macam mana nak sorok..... Tapi, lagi baik kalau dua-dua pun tak hisap kan? Aku akan cuba perbaiki kesilapan dulu, biasalah anak pertama, banyak benda kita perlu belajar lagi kan? Semoga Ammar Yusuf dapat hentikan terus tabiat hisap jari dia tu, for good ;)







13 comments:

Anonymous said...

teringat masa mengajar kat tadika dulu, ada sorang budak ni, umur dalam 3 taun, memang suka hisap jari.

and i've observed, memang jari yang dia hisap tu a bit kecut dan kecik.
gigi pun dah ke depan, belum jongang, tapi nampak tanda-tanda tu.

mak dia pun cakap, dah tak tau nak buat macam mana dah, serahkan kat teacher lah nak buat macam mana pun, as long she stop sucking her thumb.

selalu cakap kat dia, jangan hisap jari, bila cakap, dia berenti la kejap, pastu buat balik.

at the end, saja cakap kat bebudak yang lain, dia ni suka hisap jari sebab jari dia ada flavor.
sedap!

kalau nampak dia hisap jari, nanti korang pegi hisap jari dia sekali.

tak sangka bebudak tu buat.

meraung-raung menangis budak tu jari dia kene hisap dengan kawan-kawan lain.
Siap dorang kata,

"sedap la teacher, ada rasa stoberi".

ah, sudahhhh.. -____-"

tapi,
lepas dari tu,
memang dia dah tak hisap dah jari.

takut nak hisap.

mak dia cakap, kat rumah pun dia dah tak hisap.

Kuat jugak kuasa psychology kan.

Hope Ammar Yusuf akan lepaskan habit dia yang satu ni.

^_^

sweet life said...

hehe... mcm psychology je conclusionnyer...

FAA said...

I bagi Nuh pacifier. Alhamdulillah dia tak suka sangat. Kalau dia rasa dia dah mengantuk, dia juihkan sendiri pacifier tuh. Hehehe

ily♥ said...

Adik yg 2nd last suke isap jari mase kecik...lame jugak...sampai tadika..alhamdulillah gigi x jongang..elok je cantik teratur..x ingt ape mak buat utk stop kan die isap jari..tp mmg jari die smpai kecut n mcm menggelembung sikit..but now dah besar, gelembung tu dah xde...
Ammar Yusuf is a good son, in sha Allah he'll adjust...

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

salam..

:)

my 7mo son pn duk isap 2jari.ades..
macam risau pulak

YanaHime said...

anak akak tak hisap jari or puting sbb mmg x bg. tp dia ada habit mengutip. Ya Allah! mmg geram sangat. mcm2 dh buat sampai tabur halia...dia kutip, kunyah halia tu pastu buang & kutip lagi dan kunyah....mcm perliii!!

satu hari dia kutip cabai melaka dalam pinggan abah dia & start kunyah. Dia tak nangis tp mula cebik mulut dia sbb pedas. start dr hari tu dia kurang dah mengutip.

p/s: kalau anak2 termakan cabai melaka, tips dia bg susu utk kurangkan pedas. in my case, anak akak mmg kebal. nasib x cirit!

pet9 said...

salam..just nak share pasal habit hisap jari ni...my own experience malu nak cakap tapi hisap jari sampai darjah 5 ok time nak tidur.kalau tak, susah nak tidur...that's why i macam jongang sikit. kenapa berhenti? sebab ada kem motivasi 3 hari 2 malam kat sekolah lain so terpaksa tak hisap jari sebab malu. Thank God lepas tu terus tak hisap jari dah..hahaha...so it's true, dia memang bad habit yang susah nak buang. kena ada psychological impact baru menjadi :)

cha said...

huhu sebut pasal hisap jari i pun hisap jari sampai besar. pet kita geng la haha

i rasa i hisap sampai sekolah menengah tapi hisap sikt sikitla. kalau pakai inai time ada kenduri pun i tak pakai 2 jari sebab kalau hisap pahit haha

pastu camne ntah boleh benti sendiri. bila dah kene bebel dgn mak kot huhuh

Wanie-san said...

2 org adik wani isap jari sebab mak xbagi puting..
adik bongsu terikut isap jari sebab nampak abg isap jari.even dh bagi puting pun dia still terikut. until now dia dah form 2 still isap jari. abg dia stop time sek rendah. tapi alhamdulillah, dua2 adik wani xjongang n gigi tersusun cantik.mybe cara diorg isap jari bukan cara tolak gigi..tapi tolak lelangit..dah jadi habit. mmg susah nak halang..T_T

Salma Othman said...

my son kalau i cakap , ibu marah nanti, ibu xnak kawan. terus dia menangis and terus xbuat. tapi xbagus kan cara macam ni. kesian pun ada dekat anak tu. tapi i pun anak first, xtau lagi nak buat macamana.

cik naa said...

anak sedare ada habit isap jari ni...dari baby smpi umur dia skrg 5tahun...masuk taska dh...kesannya skrg kat ibu jari dia ada mcm tumbuh ketulan daging & gigi dia dh ke depan(jongang sikit)

Unknown said...

Sye sye gurl pun hisap jari, mmg xnk pacifier dr baby..lg 2wks nk masuk 3thn, da try mcm2 tp die mmg buat derk je...pnh ckp xnk kwn, kjp je die kuarkan then suck semule..mama die risau gak sbb selalu sgt dpt cough (sbb kuman merata kan)..cmne nk g sekolah nnti, malu la kan,esp die gurl..
Btw, ternmpk gak 1boy umur 7thn maybe dgn mummy die dlm lift bosan2 suck his thumb :(

chiku the chucuru said...

salam kunjungan.. tengah cari mcm mana anak umur 1thn stgh ni nak stop kan dia hisap jari. gelembung dah ibu jari dia tu..