Tuesday, April 16, 2013

Dilema Ibu Muda

Feels like a terrible mother recently.

Aku memang sekarang penat sangat.
Tambah pula sekarang tiap-tiap malam panas semacam, dahlah ibu mengandung memang berhaba 2 kali ganda dari biasa, cuaca pula menambah lauk.
Gila punya panas.
Bila luar panas, dalam pun sangat cepat panaslah.

Setiap malam bila tengok anak lena tidur, mesti rasa menyesal marah-marah.
Mesti berazam esok nak berlembut, nak cakap baik-baik, nak explain elok-elok setiap kesalahan dia.
Tapi setiap kali pun, memang mudah hilang sabar.
Terutama bila kesalahan yang dibuat tu, dah banyak kali cakap.
Dah larang ulang-ulang kali.
Bila kat office, ingat balik apa yang kita marah, memang menyesal tak sudah.
Nak-nak bila lepas kita marah, dia panggil "Mummy, Mummy" sambil buat muka bersalah, kita buat tak tahu je.

Kadang-kadang, kita rasa perlu untuk ajar anak kita.
Biar dia tahu bila dia buat macam ni, Mummy akan marah Mummy taknak layan dia.
Tapi kadang-kadang rasa macam, dia kecil sangat untuk dimarahi.
He's not even 2!

Selalu dah baca cara ajar anak, cara asuh anak, cara tegur anak.
Masa baca tu macam-macamlah azam kita.
Nak tegur anak cara inilah, nak guna pendekatan Nabi lah.
Bila dah dengan anak, semua azam ke laut.
Konon tak nak tinggi suara, tapi memang tetap akan tertinggi suara.
Cuma satu yang aku masih boleh kawal, aku tak pernah dan tak akan cakap yang bukan-bukan.
Marah macam mana pun, masih guna perkataan yang elok.
Tahu sajalah ibu muda, kadang-kadang kita boleh tercakap perkataan yang kurang elok ketika marah.
Itu aku masih boleh kawal, dan inshaAllah akan cuba kawal sampai bila-bila.

Sedihlah.
Sekarang tiba-tiba dah rasa macam, cukuplah dua orang anak saja.
Tak kisahlah dua-dua lelaki pun, senang jaga.
Tak mampu rasanya nak anak ramai-ramai.
Tak mampu dari segi emosi, dari segi kesabaran.
It's not fair to them.
Kualiti lebih baik dari kuantiti, kot?

Entahlah.
Semoga semuanya akan jadi lebih baik, as we grow older.
And as our children grow up.



Mummy sayang sangat Ammar Yusuf.








8 comments:

YanaHime said...

salam husna...

faham sgt apa yg husna rasa. kadang2 bila termarah anak pastu tgk dia lari kat abah dia, terasa macam kita ni mak yg teruk.
akak sekrg dh jd fulltime. hari2 hadap anak, jadi rasa nk marah tu mmg kadang2 membuak. tp keraplaa lepas solat doa byk2 yg kita diberi kekuatan nk jalankan tugas sebagai ibu yg baik. tats all i can do now

ily♥ said...

Same goes here..Masa preggy the 2nd one tu, alhamdulillah ok lagi. Tak byk ragam lagi.
Lepas bersalin, tried to treat both nicely and to not ignore abg so that die tak rasa terabai bila dah ada adik. but somehow, ade certain time bila dia buat peel and i cannot stand..plus kalau time tu jugak lah adik nak jerit nanges same, hard to avoid myself from screaming to him. Lepas dah marah, maknye nangis sendiri peluk cium anak bertalu2, mintak maaf, telling him that i love him, didn't mean to scold him,tell him to be nice, be a good boy, good brother..

Fatimah Al-Attas said...

Salam,
kita ni human je jadi kalau terbuat salah atau termarah anak tu understandable especially bila ada stressors lain, penat ke, pms ke etc. The best way for me to keep my calm is step back sikit for a few seconds macam tu, breathe in and out pastu baru react again.

Kalau rasa macam asyik fail ikut azam baru je maybe try satu je dulu, something small. Then just focus on that. That way we can see our improvements and we will be motivated to do better :)

MamaHaraz
http://ourwonderland.blogspot.com/

puan jari said...

samalah ngan kita una
bila dia buat salah of course rasa nak marah walaupon dah banyak kali ulang benda yg sama,memang la mereka kecik lagi tapi sometimes marah itu perlu selagi x melampaui batas...mungkin!

saya pon anak dah 2 dan dua-dua lelaki, kadang-kadang tu fikir jugak cukup lah 2 anak ne walaupon lelaki sebab takut kita kuat nak jaga lebih dari tu...tapi tu lah sekarang akan datang kita belum tahu kan...kita memang kena kuat.

.: Si BungaKopi : . said...

:)

kueh bakar said...

orang dulu-dulu kalau marah gile pun, akan sebut..

"bertuah punya anak" - sambil melibas rotan.

Ainul Mustafa said...

sabar ye husna. saya pun kdg2 mcmtu jgk. selalu terpk nk anak sorang je la.hehehehehe ..skrg ni dlm zone utk bep belajar kawal emosi.stp kali nk marah p buat benda lain.take care

hh said...

salam husna, this is first time reading your blog. enjoyable reading it :) Sekarang u dah dekat nak bersalin, sebab tu cepat marah2. Ye la badan dah letih menanggung baby dlm perut tu, tambah pulak abangnya still tak paham apa2. anyway, jangan tensen2 ye, kesian kat baby. Abaikan je kalau rumah sepah ke, tunggang langgang ke, dont blame yourself. Just make sure everyting save for ammar to explore than you relaks je kat umah ye. Kalau blh kerja2 umah yang lain tu minta la mr sporting hubby tolong. kak honey doakan semuanya selamat. Last but not least, u are not a terrible mother. All mother gone through same thing as yours, cheer up :)