Tuesday, April 16, 2013

Dilema Ibu Muda

Feels like a terrible mother recently.

Aku memang sekarang penat sangat.
Tambah pula sekarang tiap-tiap malam panas semacam, dahlah ibu mengandung memang berhaba 2 kali ganda dari biasa, cuaca pula menambah lauk.
Gila punya panas.
Bila luar panas, dalam pun sangat cepat panaslah.

Setiap malam bila tengok anak lena tidur, mesti rasa menyesal marah-marah.
Mesti berazam esok nak berlembut, nak cakap baik-baik, nak explain elok-elok setiap kesalahan dia.
Tapi setiap kali pun, memang mudah hilang sabar.
Terutama bila kesalahan yang dibuat tu, dah banyak kali cakap.
Dah larang ulang-ulang kali.
Bila kat office, ingat balik apa yang kita marah, memang menyesal tak sudah.
Nak-nak bila lepas kita marah, dia panggil "Mummy, Mummy" sambil buat muka bersalah, kita buat tak tahu je.

Kadang-kadang, kita rasa perlu untuk ajar anak kita.
Biar dia tahu bila dia buat macam ni, Mummy akan marah Mummy taknak layan dia.
Tapi kadang-kadang rasa macam, dia kecil sangat untuk dimarahi.
He's not even 2!

Selalu dah baca cara ajar anak, cara asuh anak, cara tegur anak.
Masa baca tu macam-macamlah azam kita.
Nak tegur anak cara inilah, nak guna pendekatan Nabi lah.
Bila dah dengan anak, semua azam ke laut.
Konon tak nak tinggi suara, tapi memang tetap akan tertinggi suara.
Cuma satu yang aku masih boleh kawal, aku tak pernah dan tak akan cakap yang bukan-bukan.
Marah macam mana pun, masih guna perkataan yang elok.
Tahu sajalah ibu muda, kadang-kadang kita boleh tercakap perkataan yang kurang elok ketika marah.
Itu aku masih boleh kawal, dan inshaAllah akan cuba kawal sampai bila-bila.

Sedihlah.
Sekarang tiba-tiba dah rasa macam, cukuplah dua orang anak saja.
Tak kisahlah dua-dua lelaki pun, senang jaga.
Tak mampu rasanya nak anak ramai-ramai.
Tak mampu dari segi emosi, dari segi kesabaran.
It's not fair to them.
Kualiti lebih baik dari kuantiti, kot?

Entahlah.
Semoga semuanya akan jadi lebih baik, as we grow older.
And as our children grow up.



Mummy sayang sangat Ammar Yusuf.








Tuesday, April 2, 2013

Petua Menghentikan Anak Hisap Jari

Tak ada petua pun sebenarnya.

Satu hapa petua yang aku cuba, semua tak menjadi. Ammar Yusuf dah mula hisap jari, I think seawal dia 6 bulan. Masa tu, rasa macam comel je. Macam adorable nya baby yang hisap jari ni. Orang tua-tua kata, budak yang hisap jari ni budak baik. I think I can relate what they meant to say. Budak yang hisap jari ni, bila lapar dia tak terus mengamuk. Dia hisap jari. Bila dia bosan dia tak cranky, dia hisap jari. Pendek kata, dia pandai take care of himself la. Mungkin itu yang dimaksudkan, budak yang hisap jari ni budak baik.

But actually, Mama dan Kakna dari awal dah larang. Suruh dibagi puting. Sebab Mama cakap budak yang hisap jari ni mesti membesar kuruuusssss je, ambil contoh anak buah sorang yang hisap jari. Dia sorang je yang hisap jari among the siblings (tak salah sampai 4 tahun kot), dan memang dia paling kurus. Not to mention, gigi agak ke depan sikit. Jongang kata kasarnya.

Ingatkan habit tu akan sekejap je, tapi tengok-tengok dah macam ketagih pula. To make it worse, by the time aku cuba nak bagi pacifier, macam dah terlambat. Dah beli macam-macam puting yang orthodontik, yang elok dan tidak akan mengganggu struktur gusi/gigi, semua dia taknak.

Kalau tengok kat Twitter, selalu sangat aku merintih meluah perasaan. Tentang betapa aku risau dengan tabiat hisap jari dia. Baaaaaanyak sangat keburukan hisap jari ni kawan-kawan sekalian.
  1. Gigi tak cantik. Jongang. Nanti besar kena ejek dengan kawan. Sedih aku bayangkan anak membesar jadi mangsa buli sebab gigi jongang. Memanglah orang cakap boleh je pakai braces, tapi tu dah besar sikit macam Tingkatan 1 baru boleh pakai, dah sepanjang sekolah rendah takkan nak biar dia miserable je wuuu sedih Mummy fikir :(
  2. Kuman dan penyakit. Aku selalu rasa, Ammar Yusuf selalu sakit masa baby, sebab dia hisap jari. Yelah dia merangkak sana sini, terus hisap jari. Kalau kat rumah sendiri, bolehlah kita kawal, selalu-selalu basuh tangan dia. Kalau kat rumah orang lain? Rumah babysitter? Mana kita tahu kan...
  3. Eksplorasi pada persekitaran adalah terhad. Budak nak membesar, seelok-eloknya kita biarkan dia bergerak. Masa merangkak, biarlah dia merangkak serata rumah. Bila dah berjalan, patut biar jelah dia pegang/main apa yang dia nampak. Sebab dari situ, otaknya akan berkembang dan belajar. Tapi sebab dia hisap jari, banyak benda kita kena kawal. Nak bagi merangkak merata sangat pun risau, sebab nanti cepat je dia hisap jari. Masa belajar bertatih, tak berani nak bawa pergi taman, takut dia jatuh bangun jatuh bangun, tangan kotor, hisap jari. Stress sangat fikir. Tapi tetap bersyukur juga, sebab walaupun eksplorasi agak terhad, otak dia tetap berkembang baik, tetap cepat tangkap, tetap bijak hehehe anak kau sorang jelah bijak kan diamlah :p
  4. Relate to point nombor 2, mungkin disebabkan kuman/cacing dalam badan, berat Ammar Yusuf susah sangat nak naik. Lepas makan, mesti berak. Mesti, wajib. Macam mana nak naiknya berat badan? Aku bukanlah doktor, tapi aku rasa memang sebab dalam badan dia banyak kuman dan cacing. Sebab dia hisap jari.
  5. Rosak ibu jari. Jari yang Ammar Yusuf hisap tu kan, dah macam kecut, kuku dia yang tu je jadi macam panjang semacam macam nak tercabut dah, dan menggelupas. Takut tengok. Tapi dia tak ada pula nampak sakit pun.
Ini apa yang aku nampaklah. Mungkin ada yang ibu-ibu lain rasa tak ada kaitan dengan hisap jari, tapi ini apa yang aku perhatikanlah.

Semua benda aku dah cuba.

Pernah letak serbuk blackpepper. Dia hisap, buat muka pelik, lepaskan jari sekejap, dan sambung balik.
Balut dengan handsaplast. Dia hisap jugaaaa, sampai getah hansaplast tu hilang dan tercabut dari tangan.
Letak garam, kunyit, serbuk kopi, even babysitter pernah lumur jari tu dengan air nila konon nak bagi dia geli/takut. Kejap je takutnya, then sambung balik.
Pernah pakaikan mitten kat tangan, ala dia dah pandai buka senang je dia buka.
Tinggal serbuk cili je aku tak pernah cuba, tak sampai hati.

Kerapnya Ammar Yusuf hisap jari ni, sangatlah membimbangkan. Kalau sekadar masa lapar/nak tidur je tak apa, ni macam setiap masa jari nak masuk mulut.

Until one night. Last Sunday night, to be specific.

Aku buatkan susu untuk dia. 7oz macam biasa. Nak tidur dah masa tu. Dia minum 5oz dan tolak botol tu (showing that he's already full). Then, sambung dengan hisap jari. Mummy was sooooo upset! Kalau tak habis minum sebab nak tidur lainlah, ni dia sambung dengan hisap jari macam masih lapar lagi! Aku cuba cabut jari dia dari mulut dan suakan botol susu. Dia menangis. Pissed off, aku pusingkan badan tidur belakangkan dia. Dia berterusan menangis panggil "Mummy, Mummy..." (Ammar Yusuf paling takut kalau Mummy merajuk mesti sedaya upaya dia akan panggil dan pujuk). Bila dia dah berhenti menangis, dan tinggal sedu sikit-sikit, aku pusingkan balik badan, baring mengiring pandang muka dia, dan cakap setegas yang boleh,

"Ammar Yusuf jangan hisap jari lagi, nanti Mummy marah, Mummy taknak sayang Ammar Yusuf dah."

Then dengan air mata masih bersisa dia senyum dan cuba buat lawak apa entah, dan main-main, sampai tertidur, langsung tak hisap jari. Ada waktunya masa tidur aku nampak dia dah nak masuk ibu jari ke mulut, dia tarik balik. Macam dia takut sangat Mummy marah. Takut sangat Mummy dah tak sayang dia lagi.

Esoknya, Isnin petang masa ambil dia, babysitter cakap dia langsung tak hisap jari. Cuma kadang-kadang masa tengah tidur dia ada masukkan jari juga, mungkin di luar kesedaran dia sebab dah habit kan. Masa tak tidur bila dia macam nak masukkan jari, anak babysitter cakap "Nanti Mummy marah" dia terus tak jadi hisap. Dan malam tadi di rumah, I can see that he's struggling to fight his temptation to suck his thumb. Dia macam a bit cranky. Tapi langsung tak hisap jari. Ada kalanya dia terlupa dan termasukkan jari dalam mulut sesaat dua, I straightaway said "Taknaklah kawan dengan Ammar Yusuf dah" cepat-cepat dia cabut.

Baru 2 malam. Masih terlalu awal nak cakap keberkesanannya. Baru kejap tadi telefon Kak Ha tanya dia hisap jari tak hari ni, Kak Ha cakap semalam macam susah juga nak tidur sebab tak hisap jari, hari ni nampak senang sikit. Sebelum ni kalau dia ralit main kereta, mesti pakej dengan hisap jari sampailah tertidur, tapi hari ni dia ralit je main kereta, tapi langsung tak hisap jari. Kadang-kadang aku rasa macam kesian sangat guna cara psychology macam ni, sebab dia nampak macam lebih pendiam sehari dua ni, mungkin dia terlampau fikir takut dia terbuat salah yang Mummy dah tak sayang dia lagi. I feel so mean, but this is for his own good. Aku selalu fikir macam ni, dia belumpun 2 tahun, habit tu baru generate tak sampai pun 2 tahun, masih boleh diajar lagi, masih boleh dihentikan, masih boleh dibentuk tak perlu nak tunggu sampai sekolah pun (sebab ada orang cakap "Ala nanti dah sekolah nanti berhenti la dia hisap jari, sebab dia dah tahu malu"). Semalam daripada balik kerja sampai nak tidur pun, aku tak henti-henti peluk cium, cakap "Anak Mummy pandai, anak Mummy clever, takde pun hisap jari.. Macam ni la yang Mummy sayang sangat," biar dia rasa happy dan jadikan pujian itu sebagai dorongan. Sebab aku tahu Ammar Yusuf ni, memang senang makan puji sikit hehe. Bila kita puji dia sesuatu, dia mesti akan jadi lagi bersemangat nak tunjuk kepandaian dia hehehe.. Dan kami juga cuba alihkan perhatian dia sebanyak mungkin, ajar dia perkara baru, keep talking to him, ajak dia berbual supaya dia lupa terus habit dia.  

Seriously dengan Adik nanti, aku takkan biar dia mulakan langsung hisap jari. Kalau dah nampak tanda-tanda nak hisap jari, aku akan bagi pacifier je. Tak tahu macam mana pula pengalaman orang yang bagi anak pakai pacifier ni, but based on my reading and observation, habit hisap pacifier lebih senang nak dihentikan compare to hisap jari. Puting boleh sorok, yelah mungkin anak akan meraung mengamuk dua tiga hari, tapi lepas tu inshaAllah akan okay. Jari, macam mana nak sorok..... Tapi, lagi baik kalau dua-dua pun tak hisap kan? Aku akan cuba perbaiki kesilapan dulu, biasalah anak pertama, banyak benda kita perlu belajar lagi kan? Semoga Ammar Yusuf dapat hentikan terus tabiat hisap jari dia tu, for good ;)