Wednesday, September 19, 2012

Riadah: Kolam Renang Presint 16

Assalamualaikum,

So last weekend we went to the swimming pool! Dah lama plan nak pergi, tapi disebabkan kekangan masa, memang selalu je tertangguh. Before pergi tu, of course kami akan Google dulu, baca review, tengok kolam renang mana yang paling best dan paling selesa, yelah sebab kalau sekadar kami berdua je mungkin tak apa lagi ni sebab ada baby kan.

So lepas baca blog-blog orang lain, my husband decided to go to the one at Presint 16, Putrajaya. Haa kalau nak tahu kat Putrajaya ni memang banyak public pools, tak salah I ada empat kot. Kat Presint 6, 9, 11 and 16. Ni yang I tahu lah. But according to my husband, yang di Presint 16 paling tak ramai orang. We've learnt that every public pool has a specific schedule, means ianya bukan dibuka setiap masa. Ini jadualnya, rasanya semua kolam pun sama je jadualnya sebab semua ni under Perbadanan Putrajaya kan.


Ni I ambil dari blog orang lain, tak ingat apa link dia. Disebabkan bangun lambat maklumlah pengantin baru celebrate anniversary hihihi ketawa gatal pelampung Ammar Yusuf belum pam, dan kami pun memang bermalas-malasan pagi itu nak bersiap, maka kami memilih untuk pergi masa Sesi 3.

Pukul 4.20 dah gerak dari rumah, konon keluar awal sebab tak tahu jalan, tapi end up sampai awal pula, thanks to kehebatan Suami memandu (puji, sebab pengantin baru katakan kehkehkeh). Alah ikut jelah signboard Presint 16, dah masuk Presint 16 tu cari signboard Kompleks Kejiranan Presint 16 pula, nampak bangunan besar like dewan serbaguna, masuk je. Memang dalam itu pun.

Sampai-sampai....


Loh ni ke kolam dia?? Kecilnyaaaa! Serabutnya penuh-penuh macam ni!! Ganasnya budak-budak ni main!! Habislah anak aku kalau join diorang ni mandi!! Mak mula bengkek. Dalam review kata lain, besarlah, selesalah. 


Tengok muka anak dan bapa, dua-dua macam cuak-cuak nak masuk. Yelah ganas kot budak-budak ni main air. Then I pergilah tanya di kaunter pertanyaan. Ohh rupanya bukan yang ini, ada lagi kolam lain, kolam berbayar yang akan dibuka pukul 5 nanti. Yang dipenuhi budak-budak ganas tu kolam tak berbayar hewhewhew sedap cakap anak orang ganas. So sementara tunggu pukul 5 tu, I pergi solat Asar dulu. Di sini ada surau tau, selesa juga, dan telekung yang disediakan pun bersih-bersih belaka. Best.

Then, I pergi tukar baju, tukar baju anak sekali. Oh sini kalau nak masuk dalam kolam, wajib pakai proper swimming attire. Kalau just nak jaga anak duduk tepi kolam boleh kot pakai baju biasa je. 

Bayaran: 
Dewasa (RM2)
Kanak-kanak (RM1)

Kolam dewasa. Nampak macam ramai, tapi selesa sangat, dan besaaarrr.


Dan ini kolam kanak-kanak. Ramai, tapi still jauh lebih besarlah dari kolam sekangkang kera tadi heh.


Mula-mula letak dalam pelampung itik (yang dah lama beli sejak dia 4 bulan agaknya semangat mak -__-). Saja nak biasakan dia dengan air. Mula-mula dia nampak terkejut juga, yelah first time mandi kat tempat air banyak ni hehe kesian anak Mummy. Dia macam tercengang-cengang la, kuis-kuis air sikit, celup-celup tangan. Tapi takdelah dia takut ke apa, cuma macam pelik je.

Daddy bawa keluar dari pelampung, HAAAA baru dia excited amboi! Habis dia tepuk-tepuk air percik kat muka, sebiji macam masa mandi kat rumah -__-

Konon nak ajar berenang, tapi tak beranilah mak. Ajar orang besar OK lagi, baby-baby ni nak kena orang professional yang ajar kot. Seronok budak bertuah ni bila I buat macam ni, beria dia kuakkan tangan gaya berenang, dia ingat dia tengah berenang agaknya :D  
(Gambar diambil di sebalik air terjun, bukan hujan. Gila ke apa nak bawa anak main swimming pool masa hujan.)

Sejam berendam, sampai pucat muka bibir segala. I bawa dia naik keluar, lap-lap, mandikan guna air bersih dan tukar baju. Kempunan mak nak swimming asah semula skill yang dah lama tinggal tu, ibu mengandung at the first trimester memang tak dibenarkan swimming maka terpaksa jaga anak dan jadi tukang jaga barang saja T_T


Seronok budak bertuah ni. Dah tukar baju pun nak main air lagi. Lain kali pulak ye Sayang, risau juga kalau demam sebab lama sangat berendam. Budak bertuah ni kat rumah mahupun rumah babysitter pun tak pernah lagi mandi air sejuk, mesti air panas. Diamlah kau, suka hati akulah nak mandikan air panas lagi bukan suruh kau yang sediakan air panas dia pun. Eh tiba-tiba :p So takut badan dia terkejut tiba-tiba kena air sejuk lama-lama.

Satu sesi 2 jam saja, so menjelang jam 7 tu orang ramai pun dah mula beransur naik. Nampak macam oloh 2 jam je kejapnya puas ke anak aku main ni? Tapi memang cukup pun sebenarnya, dah puas main pun tengok jam, eh baru sejam? Hehe.

At the ladies changing room. Eh kata bilik untuk ladies kenapa ada boboy sorang tersesat dalam ni??? Selesa sangat changing room ini, ada tempat mandi segala dan banyak biliknya so tak perlulah nak beratur tunggu giliran. Tapi sabun mandi tak disediakan, next time datang kena bawa sabun shampu segala, baru best.

Budak paling bising dalam changing room -__-

Overall, I rasa OK la public pool ni. Banyak juga kemudahan lain I nampak, ada gymnasium (dah semangat ajak husband datang sini lepas bersalin nanti, mestilah nak kena jaga body :p), ada table tennis, ada apa entah lagi. Boleh Google la tengok. Bayaran pun sangat berpatutan, sesuai untuk beriadah secara sihat bersama keluarga. My husband planned nak datang sini like every weekend, depends on bila dia takde kelas la. I tak kisah pun duduk rumah je, lagi best, tapi kesianlah kat anak terperuk je dalam rumah tak pergi mana-mana. Hari tu berborak dengan my bosses, diorang advice, anak kecil ni elok bagi dia pandang jauh. Means bawalah keluar rumah, pergi beriadah, tengok sekeliling, biar mata dia pandang jauh, elok untuk mata dan minda. Sebab budak zaman sekarang ni kan terdedah dengan pandang dekat i.e main iPad, tengok TV, etc. Tak elok untuk mata dan perkembangan minda dia. Itu yang sedaya upaya cuba bawa anak tengok dunia luar, tengok alam sekitar.. Tapi.. sekarang ni kat luar pun udara bukannya bersih sangat, jerebu.. macam-macam penyakit.. Hmm...




Monday, September 17, 2012

Dua Tahun

Tahun kedua.

Masih bercinta. 
Masih berlawak jenaka bergelak ketawa.
Masih berdebar bertentang mata.
Masih berpegangan tangan di dalam kereta.
Masih diusik dipeluk tiba-tiba.


"Marriage is a place of holiness for you to serve and be served, to love and be loved, to forgive and be forgiven."


Sebelum kahwin, ramai betul yang cakap,

"Masa bercinta lain, semua indah, semua cantik, semua seronok je. Dah kahwin nanti baru kau tahu realitinya macam mana, baru kau tahu langit tu tinggi rendah.."

Hope it's not too early to judge inshaAllah, but after 2 years living together, aku masih rasa, bercinta selepas kahwin lebih indah, lebih cantik, dan jauh lebih menyeronokkan berbanding sebelum kahwin. I guess my man is more to husband-material and works great as a father, rather than just a good boyfriend ;)

Dua tahun, dibangunkan di sebelah lelaki yang paling dicintai, what more could I ask? Alhamdulillah. Perkuatkanlah jodoh kami ya Allah..



Friday, September 14, 2012

Taknak Minum Susu

Ammar Yusuf sejak 2-3 hari ini, dah tak suka minum susu. Sejak kena HFMD hari tu, dia macam trauma dengan susu. Hanya susu sahaja tau. Tapi makan banyaaaaakkkkk. Minum air masak banyaaaaaaakkkkk. Tak tahulah kenapa, bila disuakan botol susu ke mulut dia, dia rasa-rasa sikit puting botol tu, dia bau-bau sikit, lepas tu buat muka geli jijik habis dan tolak guna tangan. Adoiii sejak bila pula dah pandai geli-geli ni? Kot lah sebab bau susu lembu ni busuk, memang busuk pun tapi sebelum ini boleh je dia minum. Mak dah runsing dah ni, nenen je dia nak. Mak dah tak berapa nak ada susu badan sangat sayang oi! Nak-nak sejak pregnant ni, rasa macam sakit belakang bila nenenkan dia. Tak tahulah menyusukan masa pregnant ni ada kesannya pada aku (walaupun tengok orang lain rilek je boleh susukan anak masa pregnant), ataupun itu cuma perasaan aku sahaja. Tengok Dr. Halina pun, bila tau je dia pregnant terus dia stop susukan Bella. Memang ada kesan sampingan kot?  

Hari itu try juga bagi dia Yakult yang less sugar tu, dah tanya Kakna dia cakap boleh. Just to keep him hydrated and nak tambah sumber kalsium dalam badan, since dia reject susu kan. Ah sekali dua sedut, terus dia tolak. Sebab masam kot. Padahal dia suka je benda masam, makan Scott Emulsion pun suka je. Entahlah anak mak ni. Sekarang pagi-pagi bagi dia makan roti dengan cheese (he loves it to the max!) supaya badan dia tak kekurangan kalsium. Yelah, dah dia tak minum susu mana lagi nak dapat sumber kalsium?

Sekarang ni, perancangannya nak tukar susu. Awal-awal dulu dia minum Enfalac A+. Lepas setahun sebulan, tengok kat kotak tu cakap kalau dah setahun ke atas kena tukar ke Step 2, Enfapro A+. So tukarlah. Tapi dah pernah habis sekotak, takkan sekarang baru dia nak geli? Ramai suggest Anmum. Itulah nak cuba lepas habis yang ini. Sebenarnya ada juga rasa macam nak mulakan relaktasi balik, rasa macam nak try pam semula (dah seminggu stop pumping sebenarnya), susu dah tak ada. Boleh tak generate semula susu badan ya? Is it possible?


Makin nak jadi abang makin manja, makin macam-macam, makin garang (main kereta pun berleter sorang-sorang -__-"), makin becok. Penghibur hati Mummy.





Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday #6: Adik









Monday, September 3, 2012

Save Baby Taqhif

I diberitahu mengenai baby Taqhif on Thursday evening by my husband,

"Kawan college Abang kat BMI, anak dia lahir jantung berlubang, sekarang perlukan RM50,000 untuk pembedahan.."

I was dumbfounded, I never like to hear this kind of news. It breaks my heart, nanti berhari-hari I akan asyik terbayang-bayang.

Adik, kakak, abang, makcik, pakcik, sahabat-sahabat sekalian.. Boleh tak spend 5 minutes of your precious time, login to Maybank2U, and donate berapa banyak yang termampu, RM5 pun tak apa, for this poor little knight. Kalau seorang RM5, 10 orang dah RM50. 100 orang dah RM500. Please.. tak sampai hati la tengok baby macam ni..

As for yesterday, tak salah I account both the parents dah kena blocked by the bank, maybe due to too many transaction. Semalam ke kelmarin, baru dapat RM12k. Masih banyak lagi diperlukan. Pembedahan tak dapat diteruskan selagi tak dapat at least RM50,000. Alternatively, you can donate via Sazzy Falak's account number as per picture below, semua sumbangan akan sampai kepada ibu bapa Taqhif, 100%.



This is too heartbreaking. Please, dermalah seberapa yang mampu. Even small amount can do wonders. Kita tak tahu bila kita pula akan diuji macam ni. Tolong ya. Terima kasih.









A Love So Pure

Cat?
"Nyaaaa" (bunyi meow)

Bird?
(pandang dan tunjuk langit)

Bird is flying..
(depakan tangan macam sayap burung, dan buat gaya terbang)

Amiinnnn...
(raup muka dengan tangan macam gaya selepas baca doa)

Salam Mummy..
(Kena hulur dan pegang tangan dia and dia akan terus bawa ke bibir dia)

Flying kiss?
(Buat flying kiss siap ada bunyi)

Sebut pasal kiss, baru-baru ni I baring atas dada Suami sambil tengok TV dan Ammar Yusuf tengah khusyuk main dengan his fire-engine (dia minat benda-benda beroda sekarang). My husband suddenly peluk and kiss my cheek sambil cakap, "Saaayaaaang Mummy.." sengaja nak bagi anak tu dengar. Sebab budak bertuah tu kalau nampak kami bercinta sikit, mesti dia kan datang cepat-cepat duduk tengah-tengah kacau daun :p

Seperti dijangka, Ammar Yusuf tiba-tiba datang ke arah kami. Dah agaakkk, memang akan datang kacau daun punya. But this time, dia datang dekat I, dan tiba-tiba lembut je dia cium pipi. Dia cium, lepas tu tengok muka kita, and kiss lagi. Lepas tu dia sambung main.

Alalaa.. Biasanya dia cium pipi kita kalau nakkan sesuatu je :')



Budak kan, dia belajar berdasarkan apa yang dia lihat. Dan aku percaya, seorang suami yang menyayangi dan menghormati isteri, akan membentuk anak yang menyayangi dan menghormati wanita :')



"The best thing a father can do for his children, is to love their mother.."