Monday, April 30, 2012

Hi faker, can I help you?

Assalamualaikum,

Aku tak suka sebenarnya nak highlight pasal benda ni. Sebab, pertamanya, aku akan dilihat sebagai poyo, like, "Who the hell are you? Why does anybody wants to be you?" et cetera, et cetera. Dan keduanya, aku tak suka nak membazir masa untuk entertain benda-benda macam ini.

Taapii, I think this time dah macam kronik sangat lah. Too psychotic. Dan agak menakutkan juga sebenarnya. It's like, kenapa wujud orang yang begitu obses dengan kehidupan seseorang sampai ke tahap ini??

Previously, pernah jadi sekali and I do nothing except asking a favor from a friend of mine to send a text message to the person, asking to remove all my photos yang dia gunakan tu.

Kes 1

Alisya dan Saiful. Which obviously bukan nama sebenar. Dia guna gambar aku untuk bagi undangan perkahwinan di Facebook. Gila. Kejadian ini disedari oleh one of my schoolmate. Katanya dia nampak kawan dia ditag pada gambar itu rasanya, tak ingat macam mana. Psycho tak?


Dan setelah dimesej oleh schoolmate aku tu, this is her explanation.


So that's it. Anggap dah settle jelah, malas nak panjang-panjang cerita. Until yesterday, I received a message from a stranger, someone I didn't know.

Identiti penghantar terpaksa dirahsiakan atas sebab privasi dan keselamatan.

Mulanya, aku buat biasa sahaja, sebab tengok link itu pun melalui iPhone sahaja maka tak nampak apa yang menakutkan sangat. Tapi, bila pagi tadi tengok dari laptop di pejabat, oh my.. This is even more psychotic than before!! Like, kenapa ada orang macam ini? Who puts so much efforts to create something yang langsung tak membawa apa-apa makna dalam hidup dia macam ini??


Sanggupnya dia struggle 'Save Image' satu persatu dalam album kahwin aku, untuk upload semula dalam account Facebook dia!


Sanggup tu dia berusaha collect semua gambar aku dengan Suami yang bersepah di merata-rata album dan kumpulkan setempat dalam satu album macam ini (sebab aku tak pernah ada satu album khas gambar kami berdua sahaja :/)

And this one too. It Is Me, Husna. Bukan main lagi nak emphasized nama dia Husna. Aku sendiri tak pernah allocate satu album untuk gambar aku seorang sahaja. Sebab, macam syok sendiri :/

Yang lebih psychotic, bila kau baca caption dan komen-komen dalam sesetengah gambar tu. Sumpah rasa macam, ya Allah.. Seriously?? Kau dah kenapa gila?

[Klik pada gambar untuk lebih jelas]




Siap kenal rakan sekerja aku kot. Dah alang-alang kau create fake profile untuk kau dan 'suami' kau, kenapa tak create sekali profile untuk kawan-kawan aku, colleagues aku, adik beradik aku segala??




Psycho tak? PSYCHO GILA TAK? Well, to be perfectly honest, aku tak tahu apa nak cakap sebenarnya. Bila diberitahu perkara sebegini, aku tak tahu nak react macam mana pun. Marah? Takut? Kelakar? Kesian? Mungkin kombinasi kesemuanya. Apa sebenarnya yang dia rancang? Apa sebenarnya yang dia mahukan? My colleagues (who are known to be very loud and outspoken -__-) said, "Kenapa nak tiru awak? Awak bukan best pun, bukan popular pun." T_T Yes very true, aku taklah best mana pun, dan of course tak popular pun. Tapi bila difikirkan semula, mungkin sebab tak popularlah dia tiru aku. Cuba kalau dia tiru Hanis Zalikha ke, Fatin Liyana ke, entah siapa lagi, senanglah kantoi, sebab ramai yang kenal. Maka aku yang tidak popular inilah yang menjadi mangsa, sebab kemungkinan untuk kantoi tu tak berapa tinggi.

Tapi itulah, benda tak baik ini takkan selamanya tersimpan, lambat laun akan terbongkar juga. Kenapa buat macam ini dik? Apa yang kau cari sebenarnya? Attention? Kasih sayang? Miserable sangat ke hidup kau sampai kena hidup bertopengkan orang lain, 'tumpang' kehidupan orang lain? Hidup aku ni biasa-biasa je dik, mungkin tak jauh beza pun dengan hidup kau. Ada masa gembira, ada masa sedih. Naik turun juga macam orang lain. Macam kau juga. Kenapa kau taknak jadi diri sendiri saja? Sampai bila nak terus menipu macam ini? Tahu tak kau menipu diri sendiri sebenarnya? Lepas ini apa pula, kau bersalin, anak keluar sebiji muka anak aku tapi nama lain? Pathetic tahu? Sudah-sudahlah berfantasi, berimaginasi pelik-pelik macam ini. Sudah-sudahlah kau memalukan diri sendiri, sebab lambat laun, aku akan tahu. AKU AKAN TAHU. Remove all my photos please. ALL OF IT.

P/S: Anyway, aku dah try Report/Block This Person. Tapi masih belum ada respon dari pihak Facebook lagi. Kalau ada sesiapa yang dah berkawan dengan dia di Facebook, tolong tegur-tegurkan ya. I really appreciate it. Thank you very much.



Wednesday, April 25, 2012

Platonic Love

Masa zaman belajar dulu, aku cukup tak suka jenis perempuan yang suka bagi harapan pada lelaki sedangkan dia tak pernah ada niat or ada hati pun nak bersama dengan si lelaki itu. In fact kalau ada kawan-kawan aku yang buat macam tu pun, mesti aku akan berleter kaunseling habis betapa tak baiknya buat macam itu.

Tapi bila difikir semula, I was actually one of them kot (and I'm not proud of it). Yang berkawan baik dengan lelaki, tapi macam bagi harapan kat si lelaki padahal tak pernah ada perasaan pun pada si lelaki itu. Ini cerita masa zaman belajar dululah. Of course perkara itu tidak disengajakan. Tak pernah ada niat pun, tapi siapa tahu niat kau? Siapa peduli?

Aku tahulah hati aku macam mana, tapi hakikatnya, niat kita tidak menghalalkan cara. Kita nak berkawan je dengan dia, tapi kelakuan kita, perbuatan kita, seakan-akan memberi signal yang berbeza. Mix signal. Signal yang membuatkan si kawan baik berlainan jantina itu, terasa macam, 'Oh entah-entah dia suka aku juga' dan seterusnya kita dipertimbangkan untuk dijadikan calon kekasih :/ Kan dah leceh.

Ayat-ayat yang mendorong untuk disalahtafsir dan dikira mix signal;

"Aku lagi selesa bercerita dengan kau daripada boyfriend aku tau. Dia tu tak faham pun aku.."
"Weh petang karang ikut aku cari kasut joging jom, kau pandai sikit pilih kasut.."
"Aku tak apa lagi hilang boyfriend wey, asalkan tak hilang kawan baik. Macam kau ni."
"Lega aku lepas luahkan semua masalah kat kau, kau ni memang pendengar yang baik la, sebab tu aku suka share dengan kau.."
"Jom teman dinner, boringlah malam ni."

Ayat kau straigtforward je, tak ada maksud apa pun. Tapi tidak pada yang menerima. Tak boleh salahkan dia kalau dia tersalah interpretasi. Nak-nak kalau si kawan baik berlainan jantina itu masih single, masih mencari. Of course dia akan rasa dia ada chance. Of course dia akan rasa dia ada satu ruang yang penting dalam hati kau. Kau sendiri yang bagi mix signal.

Bila tahu si kawan baik berlainan jantina itu dah semacam, dah mula cemburukan kau dengan boyfriend kau ke apa, dah mula nak romantik lah pula, kau gunalah alasan, "Mana aku tahu dia sebenarnya suka aku. Aku layan dia macam kawan baik je selama ini." Lepas tu kita terus buat tak tahu, terus konon nak bestfriend, dan terus melukai si kawan baik. Haii tak mungkinlah kau tak tahu.

Sebab, biasanya, kita MEMANG tahu. Perempuan yang ada naluri memang boleh rasa kalau si kawan baik itu suka kita. Tapi kita sengaja buat tak faham, sebab kita takut nak hilang kawan baik kita. Kita takut nak hilang perasaan selesa bergurau kasar, bercakap apa sahaja. We do not want to lose the pleasure of having him around, walaupun kita tak cinta dia. Kita takut dan tak sampai hati nak cakap, "Aku sebenarnya nak kawan je dengan kau.. Tak pernah ada hati pun kat kau."

Sudahlah. Lelaki dan perempuan, sudah-sudahlah cuba nak jadi kawan baik. BFF. Well, this platonic love might works for some people, but most of the time, it's rather impossible. Almost always, mesti ada salah seorang yang akan terluka. I've enough with this. Jangan sakiti hati orang. Jangan bagi harapan pada orang bila kau sendiri tahu tak mungkin kau akan bercinta dengan dia. It's unfair for both you and him. Jangan mulakan. Berkawan macam biasa sudahlah, tak perlu nak Bestfriend Forever sangat. 

Dulu, memang rasa best bila ada BFF lelaki ni. Macam cool hangout like the boys, gurau kasar cakap lepas segala. After everything that has happened, after everthing I have experienced, then only I learnt my lesson, and I don't see any necessity for a girl to have a male bestfriend anymore.

Plus.. ehem. Now I finally have a real male BFF, and this one I can fall in love with everyday. My husband ;)






Tuesday, April 24, 2012

Dealing with Haters


Maka setiap kali ada sesiapa yang cuba mendatangkan kemarahan, cuba menyakitkan hati, cuba menimbulkan perasaan benci aku kepada dia, aku akan bertanya pada diri sendiri.

"Do I want to be him/her?"
"Do I hate myself?"
"Do I see him/her as a threat?"

No.
No.
And no.

Definitely it makes me not to hate that person, instead, I pity him/her.

Kesian, susah-susah provoke kita untuk naik angin tapi tak ada respon pun.
Kesian, hari-hari 'terpaksa' spend their precious time to check on us on social networks, just to see if we're affected by them, turns out, we're not.
Kesian, dalam fikiran dia setiap hari ada nama kita, sedangkan dalam fikiran kita tak ada ruang pun untuk nama dia.
Kesian, susah-susah nak tunjuk betapa dia bencikan kita, tapi dalam diam, dia sebenarnya inginkan kehidupan macam kita, inginkan apa yang kita miliki, ingin menjadi kita.

What a miserable life the person lives in.

So friends, don't hate. Don't be a hater. See the 3 points above? Haters are losers. Let's spread a positive vibe. Together we make the world a better place to live in :) 




Wednesday, April 18, 2012

Me Baby



Soldier boy 1: Daddy, 6 years old.


Soldier boy 2: Ammar Yusuf, 7 months 2 weeks old.


Daddy again, rupa-rupanya dari baby lagi dah minat Glee :p
I always envy my husband, in fact I always envy those who have photos of themselves when they were a baby.
Masa awal-awal Baba masuk tabligh dulu (I was a baby back then), camera, radio, television or any other devices yang boleh mendatangkan 'lagho' are restricted in our house. So among my siblings, bermula dari aku sampai my two little brothers sahaja yang tiada gambar masa baby. Bila Oyah lahir baru ada balik, sebab masa tu Kakna dah masuk universiti, dah boleh beli kamera sendiri.
So, bila lahirnya Ammar Yusuf, bila ramai yang cakap Ammar Yusuf seratus-peratus copy muka aku, hati aku gembira tak terkata. Dalam hati aku dah seronok fikir, "Mungkin Allah anugerahkan anak yang mirip muka aku supaya aku akhirnya dapat tengok gambaran muka aku masa baby macam mana. Wahh akhirnya..". Perasan.


Sama tak SAMA TAKKKK?? =D
Until last Saturday I have this conversation with Mama.
Me: Ma, muka Ammar Yusuf sama tak dengan Dikna masa baby? Sebab semua orang cakap Ammar Yusuf copy paste Dikna tau :D (sambil hidung kembang kempis bangga)
Mama: Ermm. Mulut dengan hidung dia je yang macam kau kot. Kau dulu jauh lagi putih tau. Macam putih pink tu. Putih luar biasa lah, yang kalau bawa kau keluar jalan-jalan mesti orang akan tertoleh 2 kali punya.. Haaa... Mata kau lagi besar, bulat betul. Lepas tu kalau menangis sikit je pun, hidung mesti merah. Kepala botak tu sama hehe. Tapi kau dulu dahlah rambut tak banyak, warna perang pula tu. Macam-macam la Mama lumur kat kepala nak lebatkan and nak hitamkan rambut.
Owkayy.. part hidung merah tu sampai sekarang tau! So kalau merajuk dengan orang tu lalu menangis diam-diam dalam bilik, lepas puas menangis tu terpaksa tunggu lama sikit dalam bilik untuk bagi hilang merah kat hidung T_T
Sekarang aku bayangkan.
Budak kulit putih luar biasa, dan kepala botak macam Ammar Yusuf.
Rambut halus warna perang.
Mata bulat dan besar.
Hidung bulat dan mulut tigasegi macam Ammar Yusuf.
.
.
.
.


Wuuu.. I need my baby photo... T_T


Tuesday, April 17, 2012

Take It Easy, We're Not Supermom!

Awal-awal dulu kalau cakap pasal anak ni, aku cepat sangat freak out. Maklumlah anak sulung, sepertimana semua ibu-ibu lain juga, of course kita nak yang terbaik untuk anak kita kan.

Aku tak bagi langsung dia main-main tanpa alas, means kalau nampak dia keluar je dari tilam aku akan cepat-cepat dukung letak atas tilam juga. Sebab taknak dia pegang kotor-kotor.

Pasal makanan, apa yang dia main, apa yang dia pegang, siapa yang pegang dia. Dan aku kurang gemar bila diajar-ajar apa yang perlu diberi/dibuat pada anak (because I think, "I'm his mother, I want to raise my son, my way. I know what's best for him. Bla. Bla. Bla". Pendek kata, I am poyo).

Kecenderungan untuk easily freak out ini membuatkan aku mudah stress, mudah terasa hati, mudah marah sebab aku nak yang sempurna habis.

As time goes by, I learn to take it easy. Bukan bermakna aku mula mengambil mudah hal penjagaan anak dan sebagainya, tapi aku mula mendapati segalanya lebih baik bila aku belajar untuk lebih bertenang dalam segala hal. Belajar untuk menerima yang kita bukan ibu yang sempurna, we're barely a supermom!

Perlahan-lahan, aku mula 'melepaskan' anak bermain dengan bebasnya, sekali-sekala biarkan dia keluar dari boundary tilam merah Mickey Mouse tu. Asalkan sentiasa ada orang yang memerhati. Biarkan dia explore, biarkan dia jalan merata. Agak-agak dia penat, baru ambil dia, basuh tangan dan jari, susukan sampai tertidur.

Dan ternyata bila aku biarkan dia bebas, aku mendapati dia lebih cepat belajar, perkembangannya lebih pantas, dan makin banyak perkara baru yang ditunjukkan dalam masa yang singkat. Oh begitu rupanya, lesson learnt. Jangan disekat-sekat sangat pergerakan anak, asalkan tidak membahayakan anak (contoh: biarkan anak ke bilik air sendiri, atau ke dapur sendiri, etc), biarkanlah dia explore sekeliling. Biarkan dia belajar.

Oh, Ammar Yusuf dah ada hobi baru. Memanjat. Pantang ada orang baring, dia mesti akan laju merangkak datang dan panjat. Dah tak boleh nak letak benda-benda within his striking distance, kena letak lebih tinggi.


Macam mana Mummy nak tengok Uncle Beto kalau Ammar Yusuf berdiri depan Mummy macam ni?? Oh, ai suka Beto, but ai luv mai hasben more :')


Budak bertuah ni duduk pun belum steady lagi ada hati nak berdiri.. Ingat dia ringan agaknya tekan-tekan badan Mummy macam tu.


Tak boleh blah muka. Bangga habis dapat jatuhkan semua barang atas meja tu ke lantai T_T
Dan hobi baru yang lebih sweet, sekarang ni kalau nak tidur, mesti tangan dia akan teraba-raba sekeliling; nak check kita ada dengan dia ke tidak. Kadang-kadang habis muka kita dikoreknya, kadang-kadang dipeluknya lengan kita dengan kaki-kaki dia sekali peluk (Daddy kata macam koala bear hihi).. apa sajalah, just to ensure that we're there around him. Amboi makin besar makin manja anak bujang ni.


Tengah tidur pun nak beria-ia 'chop', macamlah ada orang lain nak ambil Daddy dia.




Saturday, April 14, 2012

My Bucket List - 30 Things I Want to Do Before I Turn 30

Ehem, silent please. An old lady is about to come. Yeah today, I'm 27. I'M OLD OMAGAD OMAGADD.. Hee excuse my bimbotic statement, I'm not usually this annoying (eventhough my husband always says with full of sarcasm "I'm marrying you for your annoyance attitude" kahkah! I know he didn't really mean that kan Sayang kannn??).

So, 27. Which means I am three years away from the big 3-0. 30 marks a milestone in everybody's life so it's only natural you would evaluate your life when you reach this age. No?

It was all started when my husband and I were listening to FlyFM one fine morning, when they talked about things to be achieved/done before we turn 30. Then I straightaway challenged him,

"Jom buat Bucket List nak? And by 30 kita tengok siapa achieve dulu?"

Hubby protested, "Mana aci, Abang next year dah 30. B ada 3 tahun lagi."

Hee. He's got a point there ;) Tapi boleh je kalau nak compete, it's never too late kan? *cabar*. So, here's my list.
  1. Learn to swim. Already started last 2 months, currently at Breast Stroke :)

  2. Learn to sew. Must be able to sew my own baju kurung and baju Melayu for both my guys before 30.

  3. Own a house. This one is in progress, waiting for S&P and I'll officially be landlady yeay hopefully tak jadi annoying landlady yang datang spotcheck rumah sewa every week tengok ada student bawa balik boyfriend ke rumah ke apa amboi kalah JAIS :/)

  4. Learn Mandarin. At least, understand Mandarin, to be able to speak and write in Mandarin is a bonus.

  5. Go snorkeling and experience marine life up close and personal.

  6. Start running and complete a marathon.

  7. Travel to at least three different countries. Bermula dengan Thailand, this November. Hopefully cuaca baik masa itu.

  8. Climb a hill or a mountain. Broga Hill is also counts :D

  9. Have at least 2 kids. One more Daddy! Hehe gatai.

  10. Get better in Photoshop. Better means, more than just crop, brighten. . .

  11. Re-read and try to understand the entire Al-Quran together with Tafsir. Bukan hanya baca tanpa memahami apa-apa.

  12. Have at least four-figures amount in my saving account.

  13. Be a volunteer to charitable organizations or spend time helping unfortunate children at the hospitals.

  14. Pay off more than half of my student loan. Kalau dapat settle habis, even better.

  15. Buy something ridiculously expensive (handbags/gadgets/etc), just because I deserve it.

  16. Finish every unread or half-read book in this house (so far there are more than 5 books left unread :/)

  17. Get our house renovated or at least painted, to put more colors than as it is now. Which is white :/

  18. Go on a hot air balloon ride. Those at Putrajaya tu pun okay eventhough they said it's not worth, price-wise.

  19. Have a skin-care regimen and an exercise routine. And stick with it. Kulit muka sensitif ni mungkin memerlukan product seperti SK-II (hints to Hubby :p)

  20. Be able to cook at least one really great meal. Menu yang boleh dibanggakan bila ada tetamu datang rumah. Not just ayam masak merah, or sup telur T_T

  21. Work in a career that I love. I mean, karier yang aku betul-betul minat walaupun gaji tak seberapa. Okay part gaji tu aku tipu, aku nak kerja yang aku suka, tapi gaji besar juga. Oh come on, who doesn't?

  22. Bring my kid(s) to Disneyland! Disneyland Hongkong pun boleh ;)

  23. Get ear pierce. Pernah tindik sekali, tapi allergic ke apa entah dah tutup pun lubang tu.

  24. Attend a professional short-course with certificate that would enhance my resume. Maybe ambil exam jadi Professional Engineer. Just maybe.

  25. Have an oven and bake very frequently. I always dreamt of baking a yummy cake, bagi pada jiran-jiran and the neighbours are still talking about how delicious the cake is for the next 10 years, like what happened to Mama :D

  26. Donate blood. So far belum pernah berani nak derma darah. Harap badan je besar tapi penakut -__-

  27. Overcomed my phobia towards cats. I love cats, especially the adorable ones. But, I can not bear touching them, or even let them come near me.

  28. Speak a better English on daily basis with my husband and kid(s). Bukan English cacamarba hentam kromo as it is now :p

  29. Make a significant change in someone's life. Helping people with every chance I get.

  30. Don’t be limited by the thoughts and ideas of others — live my own life without regrets!

There you have it. Maybe for some of you this list sounds lame, like "Oh my God dia dah 27 pun belum pernah pergi Disneyland belum pandai masak belum itu belum ini..?!". Yeah, hence, the list. And maybe ada perkara lain yang uols rasa I must have/achieve before 30, your suggestions are most welcome. Or maybe ada yang berkongsi impian yang sama, why not we do it together?

I'm glad if I can include my husband and my son towards making these dreams reality, I planned to, actually, like what we've been doing for #1. That's what marriage is all about right? Doing cool things together, make our dreams come true.



:)


Monday, April 9, 2012

Ibu Bekerjaya dan Suri Rumah

Rutin aku sebagai ibu/isteri yang bekerjaya (Isnin-Jumaat)
Bangun seawal 4.30 pagi.
Pam susu. Masak makanan anak. Siapkan breakfast (kalau sempat). Iron baju. Mandi. Solat.
Gerakkan Suami.
Sementara Suami mandi, aku bersiap. Tukar diaper anak. Susukan anak. Siapkan makanan dan susu anak untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Suami siap mandi, dia akan siapkan semua barang anak (kecuali susu dan makanan), siapkan handbag aku (masukkan handphones wallet segala), siapkan semua breastpump kits.
Suami drive, aku qada' tidur (sebab bangun awal tadi kan hewhew). Kalau tak mengantuk, kami berbual sepanjang perjalanan sampai ke pejabat.
Di pejabat, kalau masa sibuk, memang sangat sibuk tak menang tangan. Kalau tidak masih boleh berehat sekejap. Layan laman sosial. Tapi aku takkan bersosial bagai sebelum siapkan semua kerja. Sebab nanti rasa tak sedap hati.
Lunch hour keluar rehat sejam.
Balik tu, sama seperti perjalanan pergi tadi, Suami drive aku tidur ataupun berbual sampai ke rumah.
Di rumah, lepas ambil anak, Suami akan terus basuh botol anak, basuh dan jemur baju, sapu rumah sikit. Tapi kalau dah malam tak sapu, sebab tak elok sapu rumah malam-malam kan, buang rezeki orang kata.
Aku? Layan anak, breastfeed atau pam susu.
Around 9.30 atau 10, aku akan tidur. Ataupun tertidur. Sebab nak kena bangun awal kan.


Rutin aku sebagai surirumah (Ahad, kalau Suami ada kelas).

Sebaik sahaja hantar Suami ke pintu, rutin dah bermula. Tapi tidaklah seawal 4.30 pagi seperti hari-hari biasa.
Sementara anak masih tidur, aku cuba buat sebanyak kerja yang boleh.
Mula dengan basuh baju. Siapkan makanan anak, breakfast aku.
Anak terbangun, kena layan. Bagi susu, bawa ke ruang tamu biar dia main sendiri.
Aku ke dapur, kain yang dah dibasuh kena dijemur. Anak merangkak ikut ke dapur.
Sambil jemur sambil intai takut dia panjat meja (dia dah memanjat sekarang!).
Kain baru dijemur separuh, dengar anak menangis. Lari semula ke depan. Dia bosan, nak kena dilayan. Pasang mainan-mainan yang berbunyi. Leka kejap, lari semula ke belakang sambung jemur baju. Kena pantas, sebab dia menangis lagi. Nak kita ada depan mata dia je.
Walker? Mama tak bagi, tak membantu perkembangan otak Mama cakap. Plus seriau dengar kes anak terjatuh walker segala.
Letak dalam babycot? Akan dipertimbangkan.
Siap jemur, susukan anak sampai dia tertidur. Okay cantik boleh buat kerja lain. Lap perabot dulu sebelum mop lantai. Tengah basuh kain lap kat dapur, tengok belakang ada si kuih pau cantik je kat belakang kita tersengih-sengih dongak kepala. BILA MASA DIA BANGUN T__T
Bawa dia ke depan, baring sama-sama. Main sama-sama. Agak-agak dia leka tengok TV, lari kejap ke dapur, kupas-kupas bawang segala untuk makan tengahari. Nanti Suami balik nak makan.
Intai kejap di ruang tamu, nampak kat TV hitam je ada tulisan kuning tulis "Your PVR card blablabla". Tengok tengok ada si kenit tengah main remote control tekan-tekan T_T
Around 12 tengahari, panaskan bubur anak dan suapkan makan. Macam berperang sebab dia nak capai mangkuk dan sudu nak suap sendiri :')
Dah siap makan, baru mandikan (sebab kalau mandi dulu nanti comot balik baju HEEE). Yang ini pun satu hal sebab budak pau ni mandi macam anak dara. Lama nau!!
Dah mandi, susukan. Tidur.
Mummy boleh memasak. Sambil masak sambil jengah tengok dia ok ke tidak.
Siap masak lauk-pauk, baru masak nasi. Sementara tunggu nasi, lipat kain baju berlonggok.
Budak pau dah bangun. Dia pun nak 'tolong lipat' jugaaaaakk.
Main-main gomol-gomol ketawa-ketawa, terbengkalai kerja lipat baju heee.
Bagi dia pegang buku (Ammar Yusuf suka buku, suka gigit buku :/), Mummy pergi hidangkan lauk-pauk.
Suami balik, legaaaa. Boleh tengok-tengokkan Ammar Yusuf.
Sementara Suami ada, aku angkat kain baju. Basuh pinggan mangkuk periuk kuali.
Selesai itu, susukan Ammar Yusuf, Suami tertidur kepenatan. Kesian.
Kemudian baru makan. Sementara Suami makan, aku main-main dengan Ammar Yusuf. Main-main=kejar dia ke sana sini. Laju tau dia merangkak!
Yang bestnya, Ammar Yusuf tidur awal. Pukul 8 dah sleep soundly. Mana taknya siang tadi tidur sekejap-sekejap je.
Sebelum tidur nak kena iron baju kerja dulu.

Penat. Sedangkan hanya seminggu sekali aku melalui rutin ini. Dan baru anak seorang. Kalau anak ramai??

*********

Dua rutin berbeza. Dua keadaan yang berbeza penatnya, berbeza stressnya. Baru aku sedari betapa suri rumah sering dianggap mudah, dipandang enteng, sering dianggap tidak sesukar ibu bekerja. Sedangkan hakikatnya, penat sangat jadi suri rumah. Sangat. Mungkin isteri yang bekerja lebih kepada penat otak, tapi suri rumah tidak mustahil penat kedua-duanya, fizikal dan mental. Mereka seperti bekerja 24 jam tanpa henti. Waktu rehat mereka bergantung sepenuhnya kepada waktu tidur anak.

Tapi ada juga isteri/ibu yang terpaksa menjadi kedua-duanya. Siang bekerja, malam sambung pula dengan kerja-kerja suri rumah langsung tak dibantu suami. Banyak sangat baca aduan-aduan seperti ini dalam group ibu-ibu/isteri-isteri. Kesian. Sudahlah sama-sama mencari rezeki. Bab kerja-kerja rumah mengurus anak segala, tidak pula nak sama-sama. Apa jenis lelaki entah. Ini baru betul-betul perah keringat namanya, sampai kering habis diperahnya keringat isteri.



Syukur ya Allah.











Sunday, April 8, 2012

Gigi Pertama

Ammar Yusuf dah tumbuh gigi sebatang la! HAHA. Patutlah asyik tersengih-sengih je sejak bangun tidur tadi, nak show off gigi baru rupanya heeee..

Actually aku agak berharap gigi dia tumbuh lambat sikit sebenarnya, sebab dia masih direct feeding kan. Gigit dengan gusi pun dah sakit, apatah lagi kalau dah ada gigi!! Lambat tumbuh lambatlah rosaknya. Plus, ramai yang cakap kalau cepat tumbuh gigi, lambat berjalan. Lambat tumbuh gigi, cepat berjalan.. Hee tak tahulah betul ke tidak. Apa-apa jelah.



Ammar Yusuf with his single tooth smile :D

So dah kena beli berus gigi ke tak payah lagi eh?



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, April 7, 2012

Pengasuh

Dah lama nak cerita pasal babysitter ni, tapi aku hold dulu. Sebab takut everything is too early to judge. Yelah, kadang-kadang kita nampak segalanya okay pada awalnya, tapi tengah-tengah tu, mula nampak semua yang tak best. Tapi Alhamdulillah, setakat Ammar Yusuf dah 8 bulan lebih ni, segalanya berjalan baik, sangat-sangat baik. So here it is.

Babysitter/pengasuh Ammar Yusuf, Kak Ha namanya. Duduk selang satu tingkat sahaja rumahnya. Kami di tingkat 4, rumah Kak Ha di tingkat 3. Asalnya, sebelum bersalin kami rancang nak hantar Ammar Yusuf kat kakak depan rumah ni je, Kak Yah namanya. Sebab memang nampak dia ada jaga budak. Tapi dia cakap dia tak berani nak ambil bayi ramai-ramai sebab dah janji dengan orang lain yang akan bersalin due date lebih kurang aku juga. Hampa sangat masa tu, sebab tak berapa kenal jiran-jiran lain kan. Kak Yah yang cadangkan Kak Ha. Siap tolong cakapkan pada Kak Ha lagi.

Kak Ha tak pernah jaga budak, apatah lagi bayi. Anak Kak Ha sendiri paling kecil darjah 1, Irfan namanya. Yang besar dalam 11 ke 12 tahun entah, kami panggil Abe je.

Hari pertama jumpa Kak Ha, memang baik sangat nampak. Aku cerita dengan detail tentang Ammar Yusuf.
Perkara yang aku rasa perlu diketahui oleh pengasuh.
  1. Ammar Yusuf menyusu badan SEPENUHNYA. Bekalan susu akan diberi mengikut keperluan.
  2. Rutin tidur Ammar Yusuf. Awal-awal dulu Ammar Yusuf jenis tidur meniarap, so kena bagitahu babysitter.
  3. Ammar Yusuf tak perlukan air masak. Susu ibu dah mencukupi.
  4. Walaupun babysitter tu lebih tua dari kita, jangan segan untuk bagitahu dan ajar macam mana nak panaskan susu, macam mana nak tidurkan anak. Tapi kena cakap elok-eloklah. Aku selalu mulakan ayat dengan minta maaf dulu. Contoh: "Minta maaf ye Kak Ha, rasanya Kak Ha dah tahu kot. Tapi saya bagitahu jelah lagi ye, susu ni nanti panaskan macam ini... suhu kena macam ini..."
  5. Perlu juga bagitahu, Ammar Yusuf suka kita bercakap dengan dia. So kalau dia menangis tak semestinya sebab lapar, mungkin sebab bosan ataupun sunyi, nak orang main-main dengan dia.
Satu perkara yang aku rasa sangat-sangat penting. JANGAN BERKIRA LANGSUNG DENGAN PENGASUH! Because you're talking about someone who will look after your baby, it's not your car your handbag or anything, it's YOUR BABY. Macam mana sesak pun kita, you don't compromise your baby. Potonglah perbelanjaan makan kita ke apa, but not for your baby. Perkara yang sama juga ditekankan berulang-ulang kali oleh Mama dan ibu mertua.

Jangan berkira.
Jangan berkira.
Jangan berkira.

Oleh itu, selagi boleh kami cuba meringankan beban Kak Ha.
  1. Masa perbincangan awal tu, Kak Ha tak letak harga yang perlu dibayar. Dia kata tengoklah dulu macam mana dia jaga, sebab dia nampak segan takut cara dia jaga nanti tak memuaskan hati kami. Maka gaji Kak Ha kami beri mengikut market value pengasuh berpengalaman di kawasan situ dan ianya adalah tetap. Tetap tu bermakna, kalau kami cuti seminggu dan tak hantar anak pada Kak Ha, gaji yang diterima Kak Ha tetap sama takde tiba-tiba nak pro-rate pula mengikut hari yang dia jaga sahaja (memang ada orang buat macam tu kepada pengasuh). InshaAllah, Suami ada plan nak bagi lebih lagi bila Ammar Yusuf dah setahun nanti inshaAllah.
  2. Feeding bottles (botol untuk menyusu) kami bagi 4 botol. Supaya dia tak perlu nak basuh botol yang sama everytime nak menyusukan Ammar Yusuf. Lagi teruk kalau ada jenis pengasuh yang tak basuh pun botol untuk setiap sesi penyusuan. Campur dengan susu basi, naya. Dan semua botol yang dah digunakan aku tak benarkan dia basuh (sebab hari pertama kedua tu dia pulangkan semua botol bersih siap dibasuh heee baik je). Aku nak dia fokus pada Ammar Yusuf sahaja. Botol susu tu takpelah biar Daddy basuh dan sterile kat rumah hehee :p
  3. Sediakanlah segala kemudahan. Kalau boleh bagilah bottle warmer. Supaya dia tak perlu nak buat air suam setiap kali nak panaskan susu. Sebab warmer memang sangat-sangat memudahkan pengasuh. Even Mama pun suka pakai warmer ni bila jaga Ammar Yusuf on Saturday, sebab senang kan.
  4. Kalau pergi pasaraya/pasar malam ke, belikanlah sesuatu untuk diberi pada pengasuh. Buah-buahan ke, apam balik/murtabak ke, biskut-biskut ke, coklat ke untuk anak-anak pengasuh tu. Kami memang mewajibkan beli sesuatu untuk Kak Ha dan keluarga dia, sampai Kak Ha yang segan pulak beria-ia dia cakap tak payah susah-susah heee.
  5. Awal-awal dulu aku cakap dengan Kak Ha, mandikan anak sekali je pun tak apa, nanti aku balik kerja boleh mandikan sendiri sebelum malam. Sebab bagi aku benda yang paling leceh part jaga baby ni bila nak mandikan dia la kan. Tapi sampai ke hari ini Kak Ha tetap mandikan dua kali sehari siap-siap hehee suka hatilah Kak Ha oi. Nampak fresh je Ammar Yusuf setiap petang :)
  6. Makanan Ammar Yusuf semua aku masak sendiri, Kak Ha tinggal nak panaskan je. Dan sejak dah makan bubur ni, Kak Ha dah tak perlu panaskan dah sebab setiap pagi lepas masak aku dah masukkan siap-siap dalam thermos. So tinggal nak suap saja. Hari pertama bagi bubur tu Kak Ha ada cakap tak perlu bagi makanan pun tak apa biar dia je yang buat bubur, tapi taknaklah susahkan dia. Plus, kalau masak sendiri boleh control apa yang anak kita makan, dan memasak untuk anak ni best sangat sebenarnya, bahagia je ;)
  7. Tambahan lagi, satu pesanan dari Bos aku. Masa kita berdoa selepas solat tu, doakan sekali kesejahteraan dan kebahagiaan pengasuh dan keluarganya.
  8. Dan Mama juga ada pesan, setiap kali hantar anak ke rumah pengasuh, baca ayat ke-5 surah Al-Fatihah, supaya Allah jaga Ammar Yusuf sepanjang ketiadaan kita.
Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ وإِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan."

What you give, you get back. Aku tahu memang ada kes yang kita dah bagi sehabis baik pun, pengasuh tetap buat taik juga. Itu aku tak tahulah nak cakap. Tapi kami suami isteri sangat-sangat positif tentang Kak Ha, tentang suami dan anak-anaknya. Aku memang berpegang kepada Law of Attraction, thoughts become things. Fikir yang baik-baik, baiklah jadinya.

Rutin kami setiap pagi, kami akan hantar Ammar Yusuf dan barang-barang dia, kemudian naik semula ambil beg/barang-barang kami untuk ke pejabat pula. Jadi memang selalu sangat, masa turun semula tu bila lalu depan rumah Kak Ha mesti aku akan berhenti kejap nak dengar Ammar Yusuf tengah buat apa. Dan setiap hari akan dengar Kak Ha dan suaminya agah-agah Ammar Yusuf sampai mengekek ketawa, borak-borak.. Macam itu barulah senang hati nak pergi kerja. My son is in good hands Alhamdulillah ;) Suami Kak Ha, Abang Zaki tu pun memang suka budak-budak. Anak-anak dia pun rapat dengan dia.

Kita akan nampak jelas anak kita dijaga dengan baik atau tidak, dengan cara melihat reaksi Ammar Yusuf setiap kali dihantar ke rumah Kak Ha. Baru sampai grill nampak Kak Ha dah senyum bukan main lebar lagi. Jealous Mummy tahu. Tapi petang-petang masa Mummy Daddy ambil pun dia senyum lebar juga :D

Kak Ha memang nampak sayang betul kat Ammar Yusuf, kalau petang masa nak ambil dia tu dia tengah tidur, Kak Ha tak bagi ambil. Biar dulu situ. Kadang-kadang sampai 8-9 malam. Sampai Daddy dah berleter sorang-sorang, "Ammar Yusuf ni kenapa tidur rumah orang lama-lama ni Daddy dah kata kan balik sebelum Maghrib blablabla".. T_T. Banyak kali juga Kak Ha offer nak jaga weekend sekali, tapi kami pula yang segan. Plus atuk nenek Ammar Yusuf ni rindu. Weekend jelah yang ada untuk bawa jumpa.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah. Semoga Allah merahmati hidup pengasuh Ammar Yusuf (Kak Ha dan keluarga) =)






Thursday, April 5, 2012

Timeline: Dulu dan Sekarang

Sejak Facebook dah tukar timeline ni, tiba-tiba aku jadi stalker. Whoaha stalker tu. Bukan stalk siapa-siapa pun, Suami aku jelah yang jadi mangsa hihi.

Sebab boleh tengok status, Wall post dan sebagainya for the past 3 years kan.

Baru tahu banyak benda.
Baru tahu, oh dia pernah rapat dengan dia ni rupanya.
Oh inilah budak yang dia pernah cerita dulu.
Oh. Macam tu. Macam ni.

Kahkah. Stalker habis. Padahal sebelum-sebelum ini mana nak ambil berat sangat kisah silam dia. It's mutual, sebab dia sendiri jarang sangat nak korek kisah silam aku. Dah nama pun kisah silam, buat apa nak dikenang kan?

Tapi aku ni, gatal tangan agaknya. Tiba-tiba rasa nak tahu, macam mana agaknya Suami aku dulu. Berdebar scroll down ke bawah, suddenly rasa macam alamak kenapa aku tak tahu pun kisah yang ni alamak ni nak kena soal siasat ni alamak ayamakkk!! (ayat Asha masa pelat L)
Dah lama tak tempek gambar anak dara dua orang ni. Dah big girl masing-masing. Yang baju putih duduk sopan macam pwincesh tu Aina. Sebelah dia itulah Asha. Dah tadika sekarang. Otai habis, selalu bergaduh dengan budak lelaki nama Aserap (sebutan Mama untuk Ashraf).


Okay sambung cerita.
Timeline ni memang membongkar banyak benda. Bukanlah rahsia besar ke apa, but now we can reminisce what we have been in the past, and what have become now.
Aku ni takdelah tiba-tiba nak jealous membabi buta dengan Suami hanya disebabkan gadis-gadis sunti memanggilnya dengan panggilan manja 3 tahun lepas. Memang pointless sangat kalau nak possessive for that matters. Aku lebih kepada rasa kelakar kot. Nanti adalah bahan ketawa dalam kereta nanti hihi. Lagipun, erm.. kalau nak dikorek timeline aku sendiri, ayat jejaka-jejaka di Wall post aku dulu pun tidak kurang geli-gelemannya kehkeh.. Nak tergelak sendiri baca balik.
Yeah. Kita selalu cakap "I'm still the same me, I haven't change at all". Mana boleh tak berubah langsung, aku rasa aku berubah banyak kot!
Dulu status Facebook ayat wempit gilewwww engat kewl lew tue tulish manje gewdiks camtu. Sekarang ayat matang habis. Matanglah kiranya, tulisan ejaan penuh tiada lagi bahasa singkatan 'sy xnk g nt mk sy mrh', tiada lagi bahasa rempit dan sebagainya.

Dulu kat Wall lebih banyak post daripada kaum berlainan jantina saja wahaha nak cakap diri ini hot stuff la ni kan kan? Sekarang, tiada lagi "Hi beautiful where work can we friend?" Oh come on Uganda guy improve your grammar please. Dan lebih banyak post dari adik-adik kaum sejenis, juga kaum ibu. Lebih banyak pertukaran pendapat, pasal penjagaan anak dan sebagainya. Lagi best sekarang ni sebenarnya. Barulah rasa Facebook ni lebih bermakna bukan sekadar medium nak cari kenalan je.

Dulu status Facebook asyik nak emo saja, asyik nak komplen saja, asyik nak bengang saja. Miserable sangat kan hidup kau? Sekarang status lebih lively, lebih bahagia, lebih ceria :)

Dulu kalau nak upload gambar mesti akan melalui bermacam tapisan. Harus edit dulu! Buang jerawat, remove eyebag/dark circle kat mata, gambar mesti di snap dari angle yang disukai, jangan ambil dari bawah nanti nampak gemuk pendek, jangan ambil dari atas nanti obvious sangat eyebag, lebih bagus kalau ambil dari tepi sebab nampak slim sikit -__-". Memang untuk stok test market ke apa entah poyo betul kau kan? Malu rasanya. Sekarang, who cares? Semuanya tanpa editan, natural beauty orang kata kahkah beauty konon. Gemuk pun gemuklah, jerawat pun jerawatlah. No more fake Husna. Buat apa nak nampak cantik dalam gambar tapi bila jumpa in person, "Ni Husna ke ni? I thought dalam gambar you nampak... Err takpalah..". Kan?

2009 ke 2012. 3 tahun sahaja. Tapi dah terasa banyaknya perubahan. Terlalu banyak.

Dan tak mustahil juga 3 tahun akan datang aku akan bergelak ketawa dengan apa yang aku tulis hari ini.
;)


Wednesday, April 4, 2012

'Kalahkan' Anak

Is it me, or memang ramai mak-mak macam ni?

Situasi:
Di majlis keramaian/re-union atau sebagainya, berbual dengan ibu-ibu lain (yang tak berapa rapat), yang turut sama dukung anak yang lebih kurang sebaya anak kita.

Ibu 1: Afif (refer pada anaknya) ni tak boleh langsung kita letak tau, sentiasa nak berdukung. Susah I nak buat kerja.

Aku: Ala samalah dengan Ammar Yusuf ni. Manja juga.. *senyum*

Padahal Ammar Yusuf tak pernah ada masalah macam tu pun.

Atau..

Ibu 2: Faiz ni susah nak tidur malam tau, pening dah I tak tahu nak buat macam mana.

Aku: Hmm.. Ammar Yusuf pun macam tu lah jugak. Lebih kurang je perangainya. Biasalah tu. *senyum*

Padahal Ammar Yusuf mana pernah tak tidur malam. Dah kenyang, dah penat main, haa tidurlah dia sampai ke pagi.

Entah kenapa setiap kali dengar aduan ibu-ibu lain, mesti automatik aku rasa macam 'obliged' to make them feel better about their babies. To let them know that their babies' behaviour are normal, dengan cara mencontohkan baby sendiri.

But, on second thoughts, kesian pula kat Ammar Yusuf kan :(

Dan yang peliknya, bila aku cerita pasal karenah anak aku pula (yang sebenarnya takdelah problem sangat pun, cuma nak dijadikan topik berbual sahaja) diorang selamba je, "Eeiii kenapa Ammar macam tu? Lecehnya. Nasib baik anak I okay je. You kena ajar dari awal tau blablabla..."

Membuatkan aku rasa macam nak tarik balik kata-kata aku tadi "Sebenarnya Ammar Yusuf mana ada mengada sangat nak berdukung sentiasa, mana pernah ada masalah tak tidur malam pun, senang je nak jaga dia tau blablabla..".

But instead, I just keep my mouth shut and.. smile.. waiting for the right time to get myself out of this awkward conversation.

T_T

I of course love my son, and I always proud of him. I always am. It's just that, maybe I don't see myself as a person who keeps boasting around about how terrific her/his child is. I write a lot about my baby's development, but in real world, unless if it is really necessary or if I've been asked to, I don't usually give 'advice' to other mothers (especially when you're not even close to me!) on how to raise a child.

Takpelah Ammar Yusuf, cukuplah Mummy Daddy sahaja yang tahu. Kita rilek-rilek sudah, kan? ;)



- Posted using BlogPress from my iPhone



The Dark Side of Private Groups

Bila dah jadi mak-mak ni, memang secara automatiknya kita akan mendapati diri kita lebih berminat untuk join group ibu-ibu dan isteri-isteri di Facebook. Yang mana hampir semuanya adalah private groups.

Kumpulan Ibu Menyusu
Solid & Semisolid Food For Your Baby
Being a Mommy, Wife & Woman
Perkembangan Anak Anda
Jom Share About Your Child

Dan ada 2-3 lagi berkenaan bayi-bayi. I was actually invited to join these groups by my friends (mostly mothers), otherwise I wouldn't realize the existence of such groups.

Di sini, aku biasanya hanya sebagai pemerhati sahaja. Jarang sangat aku komen, atau post apa-apa di situ. Bagus juga join these groups, belajar dari pengalaman orang lain, mana yang dirasakan elok untuk dicontohi, aku ikut; mana yang tidak elok aku hindarkan jauh-jauh.

Tapi yang paling aku kesalkan, group ini (mentang-mentanglah secret group) dijadikan medium untuk memburuk-burukkan mertua dan suami.

"Mertua I bagi baby I minum teh. Bencilah."
"Suami saya pemalas sangat. Kedekut pula tu. Ada cadangan tak nak buat macam mana?"
"Marahnya I semalam! Mertua I paksa anak I duduk dalam walker!"

..

Entahlah. Isu menantu-mertua ni, kalau nak diikutkan memang biasa dialami oleh kebanyakan orang. Terutamanya ibu mertua dan menantu perempuan. Tapi bagi aku, benda-benda dalaman seperti ini tak perlu dikongsi secara umum kot, walaupun secret group. Kecualilah kalau secret group tu ada diri kau dan hanya kau sahaja dalam tu. Ni, beribu kot pengikutnya. Beribu jugalah yang membacanya. Bila ada yang post status macam tu, ada pula yang menambah lauk menyimbah minyak di api yang marak.

"Teruknya! Dia dah tua takkan tak tahu baby tak boleh minum teh?"
"Kalau I pun sakit hati dapat suami macam tu. You mogoklah, jangan buat kerja langsung, suruh dia tidur luar.."
"Kenapa dengan mertua you tu? Tak eloklah baby duduk dalam walker blablabla.."

Oh my..

Cuba kalau kau ada adik lelaki, or abang yang dah berkahwin. Dan isteri adik/abang kau tu buruk-burukkan mak kau di khalayak ramai.

Ataupun, bila anak lelaki kau dah kahwin, menantu kau buruk-burukkan kau di khalayak ramai.

Apa kau rasa?

Dah-dahlah tu guna private group untuk bercerita hal-hal macam tu. Walaupun private, ramai je dalam tu yang kenal kau. Yang mungkin kenal suami kau, mertua kau. Dan yang menyokong dan menambah garam di luka tu, berpada-padalah. Jangan letakkan diri kau sama teruk dengan dia. If you don't have anything good to say, don't say anything at all.

Dari Abu Said Al-Khudri (RA) berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda, "Barangsiapa melihat kemungkaran dilakukan di hadapannya maka hendaklah ia mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu cegahlah dengan lidahnya, jika tidak mampu maka hendaklah dia merasa benci di dalam hatinya, dan ini selemah-lemahnya iman." (HR. Muslim)



Sunday, April 1, 2012

Merangkak *Updated with Video*

1 April 2012. Lagi 2 hari nak 8 bulan. Setelah puas mengesot bersihkan satu rumah siap dah pandai panjat badan orang tiap kali baring sebelah dia, akhirnya Ammar Yusuf dah boleh merangkak pagi ini! Terlampau semangat nak kejar handphone Mummy yang tengah mainkan lagu ABC, tiba-tiba dia bangun angkat badan dia and slowly merangkak 2-3 step ke depan. Mummy punyalah thrill sampai nak mengalir mata hehe drama queen betul. I have the video with me, gonna upload it later, susah nak upload video bila blog guna handphone ni. Hee.. Good job, little angel. Mummy love you! :)



Bukan gambar pagi tadi.



**********

Updated!
As promised, this is the video taken right when I realized that he's about to crawl. Selutut dua lutut, dah tak sabar nak capai handphone, terus mengesot barulah cepat sikit sampai HEHE. Tak apa Sayang, slowly k!