Wednesday, February 29, 2012

6 Months Check Up and His Development

Assalamualaikum.

HEHE dah nak masuk 7 bulan baru nak cerita pasal check-up 6 bulan hari itu. Hmm. So on last 20th February we went to Klinik Kesihatan Puchong for Ammar Yusuf's 6-month check up. Yeah as usual, check up to take measurement of his height, weight and head circumference dan juga nak ambil injection apa lagi entah (lupa nama). Benda-benda biasa sajelah.

Check up kali ini, my sweet little pumpkin is being cool as always. Being a happy baby, tersenyum dengan orang sekeliling pantang diagah dan mood beliau juga sangat baik. Cukup tidur mungkin, dan juga baru lepas menyusu.

Bayi pun tahu erti bosan menunggu tahu! Ehem. Yang si bapa pula sedang tersenyum-senyum seronok bermain mata dengan awek lesung pipit di depan.

Awek lesung pipit oh oh I love baby with dimples T__T

Even if the baby is 'flirting' with my Hubby T__T. I'm kiding of course, duh. Tengoklah baby ni, what an angel. What a cuteness. Yeah we both love babies. Should have more. *wink*

YELAH YELAH awak tetap bayi paling tercomel di dunia (statement sangat biased mentang-mentang anak sendiri). Okay boy where's your neck now?

At 6 months 17 days old:
Weight: 7.2kg (naik 0.2kg compare to last month)
Heigh: 69cm (naik 2cm compare to last month)

Apa yang aku boleh cakap, peningkatan berat badan dan ketinggian Ammar Yusuf tidak berapa memberansangkan kali ini. Membuatkan aku mula berfikir-fikir untuk tidak meneruskan cita-cita untuk breastfeed SAHAJA until 7 or 8 months. Dia minum banyak, susu pun cukup je. Tapi budak bertuah ini sangat-sangat aktif tau! Laju betul mengesotnya pun, ni belum merangkak lagi. Sampaikan Mummy kena buat border sekeliling tilam Mickey Mouse tu. Now I'm considering to buy him a playpen. Easier for Mummy to do house chores like cooking, cleaning, sweeping the floor (motif listkan semua kerja rumah ni nak tunjuk rajinkah?)

Ololo kesiannya dia kena kurung dalam ni. But I bet this won't be for so long. Kejap lagi dah pandai merangkak, dah pandai panjat border, siaplah Daddy kena kejar dia ke sana sini. Kenapa Daddy? Oh Mummy nak feeling remaja tengok Vanila Coklat jangan kacau please.

Oh ya, disebabkan ramai yang bertanya, tilam Mickey Mouse tu aku beli di kedai kecil berhampiran rumah yang menjual segala jenis barangan yang berisi kekabu (i.e tilam, bantal, bantal peluk, etc). This one is queen size, harga RM120 tawar menawar buat muka comel dan garang (sebab mula-mula dia taknak turunkan harga) dapatlah RM110. Ibu mertua kata kat Nilai pun banyak dijual. Ketebalannya sangat memuaskan hati. Boleh muat up to 3 orang dewasa provided semua pun slim macam I kahkahkah gemok gedempol tak sedar diri. Ada juga king size, single size pun ada. Harga tak pastilah pula, beza RM20-RM30 kot. Mula-mula ingat nak beli playmat biasa yang ada ABC kartun-kartun segala tu, tapi macam mahal je considering ketebalannya yang tak seberapa. Nipis lah senang cerita. Kesian anak aku nanti dah lah suka hempas-hempas badan sendiri.

Overall, Ammar Yusuf sekarang masih lagi di tahap mengesot, mungkin belum yakin untuk merangkak. Starting tu dah ada, dah boleh ampu badan menggunakan otot lengan dan lutut, tapi nak gerak lutut ke depan tu macam teragak-agak lagi. Sekarang tengah belajar nak duduk kot.

Selalu sangat senget-senget badan macam ini sekarang. Nak duduk rasanya kalau macam ni kan? Tak apa Sayang, slowly k. Mummy tak pernah paksa pun. Kita belajar sama-sama okay!

Ni Mummy dudukkan atas sofa dengan disendal oleh segala jenis bantal di kiri kanan dan depan. Seronok betul dia, terasa dah besar lah tu.

Perkembangan lain, Ammar Yusuf dah pandai lambai orang kalau kita sebut 'bye bye!' tau. Babysitter dia yang realize dulu benda ni, boleh tak nak jealous dengan babysitter sekarang? Kalau Mummy menyanyi tepuk amai-amai beliau juga akan tepuk-tepuk, tapi bukan tepuk tanganlah. Biasanya tepuk perut Daddy, or tepuk peha Mummy. Sememangnya kawasan penuh berlemak menjadi pilihan beliau.

Juga sangat seronok belajar ABCDEFGHIJ.. Ye sampai J saje T_T. Aku ajar guna foam book yang beli online tu. Dan juga melalui apps ABC Animal yang didownload ke dalam iPhone. Sekarang penuh dalam iPhone dengan apps bayi-bayi sahaja dah ni siapa punya handphone sekarang?

ABC Animal. Ammar Yusuf suka bunyi muzik yang keluar setiap kali buka apps ni. Terlonjak-lonjak kepala tangan segala. A for Alligator, B for Bear. Bila sampai D, Daddy seronok jerit "D for Daddy". Sekali rupanya keluar gambar Dog kahkahkah. Dan bila sampai M, Mummy taknak kalah jerit "M for Mummy!", sekali keluar, Monkey. Fine.

Tapi sebenarnya bukanlah elok sangat bagi anak main iPhone iPad segala ni, tak elok untuk mata dia. Guna buku lagi baik kan, cuma tak ada lagu-lagulah.

"Mummy, Ammar Yusuf nak baca buku ni esok nak periksa tau Ammar Yusuf nak dapat nombor satu tau potpetpotpet *berleter macam Daddy*"

Tak sampai pun 3 minit kemudian -__-


Saturday, February 25, 2012

Miss Needy vs Miss Independent

One day I asked my husband, "Do you prefer a needy, or an independent wife?"

Some men prefer a needy wife, so that he can always be the man, the one who takes charge in everything, he loves giving rather than accepting, and being a hero most of the time is what he's been looking for all these while.

But, a needy partner can be far too annoying sometimes.

Apa pun tak tahu buat.
Semua nak suruh Suami, semua nak harapkan Suami.
Hanya tahu meminta-minta.

Suami yang awalnya seronok dianggap segala-galanya, mula bosan. Suruh ini, tak tahu. Suruh itu tak reti. Ditegur, sentap sampai ke pagi.

Almost always, a needy wife is also a possessive wife. Tak tahu apa scientific explanationnya, cuma berdasarkan apa yang aku lihat, alami, dengari, rasai.

On the other hand, some men love to have an independent wife. A wife who can take charge in something, who can look after herself, who barely ask for help, who knows the right thing to do at the right situation. A type of woman who knows exactly what she's doing and what direction she's heading to.

But, a woman who's too independent can be intimidating to her partner too. Semua benda dia nak buat sendiri. Semua benda dia boleh uruskan tanpa mengharapkan pertolongan sesiapa pun.

And almost always, Miss Independent usually comes with a big ego, no offense. At one point, dia terasa seperti boleh hidup sendiri, tanpa insan bergelar suami. Lelaki yang pada asalnya seronok dan senang hati isteri pandai jaga diri sendiri, tidak mustahil lama-lama akan rasa tergugat, tercabar, dan juga terasa diri tidak diperlukan. Kalau dah semua dia boleh uruskan sendiri, di mana fungsi suami dalam rumahtangga itu? Sebab bottom line in every relationship; tak kira siapa pun, semua orang mahukan pasangan yang membuatkan dirinya rasa disayangi, dihormati dan diperlukan.

It's not only about what I feel about you, but it's more to what I feel about myself when I'm with you. Seperti apa yang dijawab Yusry apabila ditanya sebab dia mengahwini Lisa,

"You're special, you're the best. You make me feel special, and you make me feel that I'm the best"

I've to admit that I'm struggling to balance between being needy and independent. I've been both, not necessarily in my marriage, it can be in my previous relationships or somewhere in the middle. The outcome is pretty much like this.

Miss Needy = Mengada, annoying.
Miss Independent = Terasa hebat lalu besar kepala.

*sigh*

And as expected, my husband answered, "I would appreciate if you being independent, but of course not to the extend that I'm no longer feel needed. You don't have to be strong all the time."

No straight guy wants to marry another 'guy'. Maka pendek kata, isteri mesti pandai berdikari, at the same time pandai juga bermanja-manja. Be independent, with grace. Hmm..

Friday, February 17, 2012

Berjanji Memang Senang

"Apabila kita mengarang sesuatu, dan mula berasa bosan dengan apa yang dikarang di pertengahannya, berhentilah. Sebab jika kita sendiri berasa bosan dengan apa yang dikarang, mungkin orang lain juga akan berasa bosan membacanya."

Itulah yang aku selalu buat apabila berblog ini. Bila datang mood yang membuak-buak untuk mengarang tentang sesuatu isu/panduan/perasaan, aku akan terus mengarang dan cuba habiskan apa yang dikarang itu.

Bila dah taip panjang lebar, tiba-tiba rasa bosan dan malas nak sambung, aku akan berhenti dan sambung bila mood dah datang semula.

Jarang sekali aku paksa diri untuk habiskan penulisan apabila rasa bosan itu timbul. Banyaklah sebabnya; tiba-tiba habis idea, tiba-tiba ayat jadi tak sedap dibaca, tiba-tiba tak jumpa satu perkataan yang tepat untuk menggambarkan sesuatu. Rasa geram, dan bosan. Lalu berhenti.

Maka berlambak-lambaklah draft entri dalam ini. Draft yang lama belum bersambung, dah nak taip cerita lain. Haih, memang jenis buat kerja separuh jalan.

Kerja banyak sangat sekarang. Hati tak sedap nak berblog bila kerja banyak menunggu, rasa macam ada sesuatu yang mengganggu dan memberat di dada.

Maaf ye pembaca, banyak menabur janji manis sahaja. Kata nak post pasal itulah, inilah. Tapi tak ada pun. Rasa bersalah nak balas message pembaca yang bertanya,

"Husna, kata nak buat review pasal Medela Swing?"

"Kak, bila nak buat senarai yang tak perlu dibeli untuk newborn tu?"

"Husna, saya dah lama tunggu bila Husna nak cerita pasal pumping at office hour tu.."

Truly sorry girls, Kak Husna kau ni pandai je berjanji macam-macam. Slowly ye, I'll try to make it. Mungkin ambil masa sikit. Or maybe uols boleh beralih ke blog lain yang ada buat entri yang sama ke. Huhu. Sedih. Hilang dah reader.

Mood kena ada, barulah entri lebih berkualiti dan bermanfaat. Orang kata, kalau tiada apa yang baik untuk diperkatakan, jangan berkata apa-apa. Zaman lagho dulu, selamba buat entri macam sampah. Sekarang ni, macam segan-segan je dengan kau orang bila terkeluar entri entah apa-apa, macam dah membuang masa kau orang membaca sesuatu yang sia-sia :(

Masa juga membataskan, kalau taip dalam keadaan terkejar-kejar, macam tak feel pula. Eceh.

Maaf ya.

Thursday, February 16, 2012

Aku Setiap Pagi

Masuk-masuk office, switch on lampu dan air-cond, tukar kasut ke selipar jepun pink, on laptop. Sementara tunggu laptop warm up, pergi pantry bancuh Milo. Dulu aku WAJIB bancuh Nescafe, until I read that Nescafe will reduce production of breastmilk, dengan berat hati aku beralih kepada minuman adik-adik. Milo :/

Sambil makan nasi lemak, mata tengok Facebook. Scroll down Home, baca status orang. Like mana-mana yang rasa macam best ayatnya, like gambar bayi rakan-rakan yang menggeramkan rasa nak gigit, buka group Kumpulan Ibu Menyusu, cursing myself sebab jealous tengok stok susu masing-masing. Balas komen orang, balas mesej peminat wakaka please don't hate me :p

Klik link Twitter. Tengok Mention/Interaction. Okay follower ada bertambah dua orang. Wadehel apahal balik-balik omputih yang follow ini scam nak trap aku ke website porno ke apa??

Klik gambar untuk tidak merosakkan mata anda.

Tersenyum-senyum baca karenah orang lain pagi-pagi. Mostly mesti wish good morning and marah-marah pasal traffic jammed. Including myself :p Rolling eyes bila ada orang penuhkan timeline dengan asyik retweet benda yang bagi aku tak perlu nak diretweet pun.

Klik link blog sendiri. Tengok bloglist kat tepi belah kanan. Okay ada seorang dua yang update blog. Bacalah sekejap. Yang lain apasal malasnya nak update blog?? Boring tahu tengok tajuk post kau orang tak ubah-ubah pun grrr..

Buka Youtube, tengok video anak. Berbunga hati, lebar senyumku. Tengok sejuta kali pun takkan pernah bosan. Haih si mata bulat Mummy. Hari-hari rindu awak tau!


Tengok WhatsApp group yang dibuat khas untuk BFF tersayang. Gossip Girls hehe. 'Girls' lah sangat, padahal rata-rata dah jadi bini orang pun. Aku seorang je mak orang, kira aku paling senior lah (sebenarnya paling gatal kahwin awal haha). Load earlier messages, baca semula apa yang digosipkan rakan-rakan masa aku dah tertidur malam itu.

Senyum sorang-sorang. Bahagianya hidup di zaman teknologi begini. Biar berjauhan, tapi terasa sangat dekat di hati (skema tak aku letak nama penuh kau orang kahkahkah! Banyak sangatlah nama sama dalam phone ini, keliru dah aku :p)

9:30, done makan nasi lemak.

Tengok stack of papers kiri kanan, kerja menimbun menunggu. Mungkin aku perlu mula bekerja sekarang.

Eh, baca sampai habis? Hehe sorry entri langsung tak berkualiti :p Will come up with something beneficial later. Thanks for reading!

Friday, February 3, 2012

6 Bulan Yang Indah

Ammar Yusuf sayang,

Hari ini, awak dah genap 6 bulan. Bermakna telah genap 6 bulan Allah pinjamkan awak dalam hidup Mummy. Banyak sangat perubahan awak berbanding 6 bulan lepas, terlalu banyak yang berlaku dalam masa yang sangat singkat. Sampai Mummy tak terkejar rasanya. Kenapa membesar cepat sangat ni? ;) Daddy cakap, masih terbayang-bayang lagi wajah bersih awak terkebil-kebil pandang muka Daddy sewaktu diazankan dulu. Awak memang budak baik, dalam pada baby lain kiri kanan awak menangis, awak good boy sangat diam je tunggu Daddy datang azankan awak.

Ammar Yusuf buah hati Mummy,

6 bulan pertama ini, banyak yang Mummy belajar dari awak. Awak membuatkan Mummy nampak satu sisi dalam diri Mummy yang Mummy tak pernah perasan kewujudannya selama ini. Awak membuatkan Mummy memandang hidup ini dari sudut yang lebih positif. Macam tak sangka, bayi sekecil awak boleh memberi impak yang sangat signifikan dalam hidup Mummy.

Mummy jadi sangat memilih tempat makan, mana-mana pun Mummy mesti nak tahu halal haramnya, sebab Mummy nak yang elok-elok sahaja masuk dalam badan awak.

Nak beli baju, Mummy mesti tengok kualiti kainnya, supaya apabila dukung awak, awak akan rasa selesa. Tak ada lagi baju berlabuci, bermanik tabur segala. Dan mesti yang senang untuk menyusu awak bila-bila masa.

Nak bawa awak keluar, mesti akan pilih-pilih tempat, supaya awak tak bercampur dengan asap rokok, atau kawasan yang terlalu bising, sesak atau kotor. Atau kawasan yang susah untuk awak menyusu. Susah-susah Mummy lindung awak dari asap rokok segala, jangan pula awak sengaja masukkan asap rokok dalam paru-paru awak apabila besar nanti ya!

Ammar Yusuf anak soleh Mummy,

6 bulan pertama ini, Mummy tak pernah rasa Mummy dah jadi ibu yang sempurna untuk awak. Sangat banyak kekurangan yang Mummy perlu perbaiki, banyak yang perlu dipelajari. Tapi percayalah, kasih dan cintanya Mummy pada awak.. tidak mampu Mummy gambarkan dengan kata-kata. Segala yang Mummy buat, sesungguhnya hanya untuk awak. Jika satu dunia pun menentang awak, Mummy akan tetap bersama-sama awak. Me and you, against the world kan?

Ammar Yusuf penyinar hidup Mummy,

Tak lama lagi, awak akan mula merangkak, berjalan, berlari. Walau macam mana Mummy nak awak terus jadi si kecil yang akan tersenyum lebar setiap kali nampak Mummy, yang akan peluk erat Mummy setiap kali menyusu, yang sangat-sangat memerlukan Mummy dan bergantung harap pada Mummy Daddy, Mummy tahu ianya adalah sangat mustahil. Awak akan terus membesar, dan mungkin menjauh, sekelip mata sahaja. Namun ingatlah, kasih Mummy pada awak tidak akan berubah, tidak akan pudar, tidak mungkin hilang.

************************************


Selamat 6 bulan, Sayang. Allah, lanjutkanlah usia kami berdua. Aku memang hambaMu yang tidak pernah puas dan gemar meminta-minta tanpa segan silu dariMu ya Allah. Tapi aku tetap ingin memohon, merayu, panjangkanlah tempoh Kau pinjamkan dia kepada aku. Sekurang-kurangnya, sehingga nafasku yang terakhir.