Wednesday, December 12, 2012

Pregnancy: Dulu dan Sekarang

Week 16

Basically, tak banyak perbezaan mengandung kali kedua ini dengan mengandungkan Ammar Yusuf. Kenaikan berat badan tetap mendadak macam dulu LOL, muka tetap tak berapa nak berseri, emosi... emosi rasanya jauh lebih baik kot. Tapi, tetap juga ada beberapa perkara yang berbeza, perkara yang baru aku alami, kiranya new experience lah, perkara yang langsung aku tak pernah rasa ketika mengandungkan budak bertuah banyak cakap tu. Biasalah, lain anak lain pengalamannya kan?

Lenguh Berdiri
Berdiri je lenguh tau, berjalan banyak mana pun tak lenguh. Boleh tak macam tu? Serious aku pelik betul lah.  Kalau berdiri, kaki kena sentiasa bergerak. Tak boleh kaki tegak diam je, 5 minit pun dah rasa lenguh, senak perut, dan sebagainya. So aku memang tak bolehlah kalau nak beratur panjang-panjang, or nak basuh pinggan berlonggok-longgok (ehem ehem Daddyyy). Risau juga kalau ini ada kaitan dengan uri jatuh ke apa, tapi scan hari tu doktor cakap kedudukan uri dah cantik dah. Hmm.. Tapi kalau berlarutan macam ini atau jadi lebih teruk, nak kena refer doctor jugalah. Get a second opinion.

Week 17

Alahan Gatal
Haaaa ini memang tak boleh tahan. Masa pregnantkan Ammar Yusuf dulu ramai yang pesan, jangan garu perut, nanti stretchmark kat perut tu merebak merekah, buruk perut nanti. Masa tu aku tak faham, kenapa nak garu perut bukannya gatal pun? Serius tak rasa apa pun masa tu. Sekarang baru aku alami kegatalan tu. Bukan sekadar perut, malah seluruh badan! Pregnant yang first dulu, sehingga ke saat melahirkan anak, perut aku hanya ada satu garisan halus je kat tengah-tengah. Ramai yang cakap cantiknya perut, tak ada rekahan langsung. Kali ini, baru 4 bulan, dah nampak potensi akan ada ugly stretchmark kat perut ni *sobs*. Gatal laaaaa, macam mana nak buat ye? Tanya kat Kakna, dia cakap perut terlampau kering dan mengembang, sebab tu gatal. Kena try pakai stretchmark lotion, ataupun olive oil je. Sebab rasanya masa mengandung ni, tak boleh sapu krim sebarangan nanti meresap kat baby kan? Ada sesiapa pernah alami tak benda ni? Seriously it bothers me too much! Sometimes sampai tak boleh tidur tau :(

Week 19

Penampilan Lebih Terurus
HEHE.. Mengandung kali pertama dulu, aku adalah sangat tidak terurus okay! Mungkin disebabkan morning sickness yang sangat teruk, buat kita rasa tak bermaya dan macam malaaaaaass je nak bermekap bagai. This time, no morning sickness at all Alhamdulillah. Emosi juga jauh lebih baik. Dan suka betul beli baju menandung santek-santek hehe. Memang rasa nak melaram je. Aku tak beli maternity dress pun, aku just beli dress/blouse biasa yang agak besar di bahagian perut maka boleh dipakai masa mengandung, dan lepas bersalin pun masih boleh pakai lagi cuma perlu sesuaikan dengan belt/jacket saje. Mekap? Selama ini aku bukan jenis bermekap tebal pun, sebab leceh nak solat nanti. Karang kena bawa make up remover bagai ke office, malas! Just a basic facial care (face wash, toner, moisturizer) plus foundation, blusher sikit and lipbalm je. Lipbalm tu dah ada color dah, so tak payah nak pakai lipstick lagi. Cumanya, this time, memang belum pernah lagi selamba pergi office tanpa mekap langsung. Dulu selalu kot pergi office with a bare face je sampai kena tegur dengan bos kenapa pucat sangat T_T


Bahagian mata memang tak pernah tambah apa-apa, even mascara pun. Sebab... tak pandai. Sebab... mata besar sangat.. kalau tambah eyeliner/eye-shadow lagi nampak macam gothic ke apa entah. Tak sesuai :/

*******************

Tentang jantina. Setakat 19 minggu hari ini, belum pernah scan jantina lagi, mungkin next month kot pergi. Well, bila dah ada anak lelaki ni, hati kita of course la sedikit sebanyak ada terbit keinginan nak dapat anak perempuan pula. Macam itulah sebaliknya pun, tanyalah mana-mana ibu pun. Masa mengandungkan Ammar Yusuf dulu, instinct aku sangat kuat mengatakan aku mengandung anak lelaki. Entah mengapa. Kali ini, tak tahulah nak cakap macam mana. Nak kata instinct, mungkin juga terdorong dengan keinginan sendiri, maka ada juga naluri rasa macam mengandung anak perempuan. Entah. Tapi sebenarnya dalam masa yang sama, ada juga berharap this time anak lelaki juga. Sebab boleh pakaikan baju sama dua-dua orang, macam kembar HEHE comelnya.. Lepas tu nanti bila dah besar, aku imagine jalan ramai-ramai satu family macam bodyguard je, Mummy sorang gegirl kat tengah-tengah dikelilingi jejaka-jejaka wahhhh =D

So, kalau ditanya nak anak lelaki atau perempuan, aku seriously macam tak kisah. Both are fine with me, kalau dapat lelaki, ada alasan untuk cuba lagi secepat mungkin kahkahkah. Tak adalah, kalau dapat lelaki sama je perasaannya dengan dapat anak perempuan. Syukur dengan apa saja rezeki yang Allah bagi, orang lain ada yang bertahun kahwin tak ada anak tau. Apa yang aku sangat-sangat harapkan, aku dapat bersalin dengan lebih mudah berbanding dulu, dan anak yang lahir sihat sempurna, itu dah sangat-sangat mencukupi untuk aku. InshaAllah, Amin.











11 comments:

Nurmala Mazlan said...

AMIN!!!!~

Arya Stark said...

Husna, seriously pregnancy looks good on you! See? Just tummy je yang expand. Yang lain maintain! You lucky woman! Hehe. =) You know what, I dulu pun mengalami kegatalan satu badan yg amat teruk. Worst part kat perut. Habis berbotol2 Bio Oil dina tepek kat badan... so what I did last time was, each time x selesa gatal, mandi, bukak aircond full blast, and pakai undergarments aje. Memang baju xboleh dah... rasa nak mengamuk aje. Tapi kalau kat office kena tahan ajelah. Kadang kalau gatal teruk sgt i masuk surau n nangis2 hehe. Haru biru sungguh. But then towards 3rd trimester tu, gatal gilang... tapi mcm cacing kepanasan. Dah bukak aircond full blast pun blh peluh2. Hehe. pregnancy woes. I hope u won't get stretch marks! Drink lots n lots of water, pastu try tepek sebanyak2 oil/cream for stretch marks yg ada di pasaran hehe. Prevention is better than cure! Good luck dear!

ettyzukhair said...

errpp..cun sey preggy mommy ni...etty dulu start awal preggy pakai bio-oil..kunun2 xmo ade gatal2 n strecth mark..but tup2 mid 7m naik segala strecthmark..huduh kalau nengok..n till todate..masih ade..stress tau...laki mak main gitar atas perut!!! sental ngan ape pon xjln..huwaaaaa

DYatie ABakar said...

nak jugak mengandung lagi tapi itu la... huhu... btw, gatal perut tuh mak sy sllu pesan cuma garu2 lambat tapi bukan garu...maksudnya macam main2 kan je hujung jari kat part yg gatal tuh.. :D

Husna Hadzarami said...

Amiinn, thank you!

Husna Hadzarami said...

Awww thank you Dina!! Sebenarnya peha lengan pun naik juga, tapi ilusi warna baju dan seluar kot HEHE.

Alahai.. samalah, sekarang ni kalau mandi memang lamaaaa je duduk dalam bilik air. Sebab selesa je rasa, sental-sental badan guna span mandi tu. Dia bukan setiap masa gatal, ada masanya teruk sangat tergaru-garu, ada masanya okay je. Tapi memang bila kena yang teruk tu, memang tak senonoh la nampak tergaru-garu je, nak-nak kalau kat office T_T

I pun harap tak ada stretchmark, sebab dengar cerita stretchmark ni like, permanent, takkan hilang kan? Aiyo :(

Husna Hadzarami said...

Alala thank you! Haa dah 2 orang suggest Bio-Oil ni. Tapi pernah je pakai masa student dulu, macam tak berapa berkesan je untuk parut-parut. Mungkin tak sesuai utk kita kot.

Alamak, sental tak jalan?? OK ni memang saspen :(

Husna Hadzarami said...

Hehe, means macam usap-usap jelah kan? Kita try juga buat macam tu, tapi tak puas! Hehe nak juga garu guna kuku tu ha, baru lega. Tapi memang tak elok pun garu-garu sangat, berparut nanti ..

FAA said...

T, i kena jugak gatal2 tuh. And at some point masa mula-mula tuh dah macam kena demam campak dah. Sampai sekarang scar ada sebab i garu melampau. T__T Anyways, I refer kat specialist, doktor cakap benda tuh kind of normal. Biasanya ada hormone yang gatal-gatal kena kat orang mengandung, depends on that person. Normally orang kena masa awal-awal pregnancy (which is in your case) and sometimes dah nak habis (in my case). Tapi slowly bila dah nak beranak nih, gatal-gatal tuh dah berkurang except that ugly scar yang I dah buat. T__T

fifie said...

Ini yang buat I suka baca blog mak mak nie, I boleh baca experience mereka pasal I jenis suka tahu benda benda macam nie. hikhik

puan jari said...

Same with me x suka(x pandai sebenarnya)pakai eyeshadow/maskara kt mata.Lebih selesa pakai bedak, blusher n lipstik je!Yang penting senang nak cuci time nak solat:)